ucapan pengerusi kgkt sempena jamuan akhir tahun smk ayer tawar 2011

Upload: patrick-ling

Post on 16-Jul-2015

2.095 views

Category:

Documents


163 download

TRANSCRIPT

UCAPAN PENGERUSI KGKT SEMPENA JAMUAN AKHIR TAHUN SMK AYER TAWAR 2011 Ling Ming Hook

Selamat Petang kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan KoKurikulum, guru-guru kanan, guru-guru, staf sokongan, hadirin dan hadirat sekalian. Setelah banyak kali tukar tarikh dan menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati beberapa pihak, akhirnya, akhirnya, kita dapat juga mengadakan jamuan akhir tahun pada hari ini. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang ada di dalam dewan ini, termasuk juga diri saya, kerana berjaya menghadirkan diri di majlis bermakna ini. Hari minggu, saya akui, bukanlah satu hari yang ideal sangat untuk majlis seperti ini. Tuan/puan boleh buat banyak benda hari ini seperti pergi jalan-jalan, berehat di rumah, tidur atau bermesra dengan anak-isteri tetapi tuan/puan tidak. Tuan/puan tetap pilih untuk ke sini bagi meraikan bersama-sama majlis ini kerana kami tahu, tuan/puan sayangkan KGKT dan mahu makan makanan yang kami sediakan. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan pengorbanan tuan/puan hari ini berbaloi. Dari awal-awal kami telah menyediakan beberapa hidangan yang menarik untuk kalian. Sekejap nanti, tuan/puan akan disajikan dengan Makanan 1 Malaysia yang merangkumi makanan-makanan tradisi Orang Melayu, Cina dan India. Makanlah banyakbanyak nanti. Hari ini jangan fikir pasal kalori. Kalau tidak, rugi. Majlis ini juga bakal diserikan lagi dengan nyanyian karaoke. Minta maaflah kerana kami tak mampu untuk jemput bintang-bintang besar seperti Awie atau Mawi. Namun tuan/puan tak perlu gusar kerana sebagai ganti, tuan/puan akan dihiburkan oleh

bakat-bakat tempatan, kelahiran SMK Ayer Tawar sendiri, seperti Liew, Siang Hoi dan rakan-rakan. Bak kata pepatah kalau tak ada rotan, akar pun berguna Tahun ini, seperti tahun-tahun yang sudah, juga diadakan pertandingan pakaian tercantik. Jadi saya lihat semua ada pakai pakaian cantik-cantik hari ini. Syabas, sangat cun!. Tuan-tuan dan puan-puan, sesuatu majlis makan itu belum boleh dikira sempurna kalau tak buat cabutan bertuah. Untuk ini, pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berikut atas sumbangan mereka. Antaranya ialah: 1. Pn Wong Mee Lee (Produk Tupperware bernilai RM100) 2. Kept. Hong Keng Sin (Wang Tunai RM100) 3. Pn Poh Lei Hiok (Wang Tunai RM100) 4. En Yeong Chop Choy (Wang Tunai RM100 + 2 jenis produk elektrik) 5. Pn Daphne Daisy ( Produk Kosmetik bernilai RM190) 6. Pn Hakimah (RM200) 7. Tn Pengetua juga tidak ketinggalan berusaha untuk mendapat sumbangan untuk majlis ini tetapi malangnya, atas sebab teknikal, tak sempat kami nak masukan sebagai item untuk cabutan bertuah pada petang ini. Namun KGKT ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan semoga Tuhan memberkati kemurahan hati semua sponsor kita! Tidak ketinggalan juga sekalung budi untuk pengurusan Orchard Inn atas kerjasama dalam menyediakan makanan dan dewan pada hari ini dan buat AJK KGKT yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis pada petang ini khasnya Pn Yong, Pn Haslinda dan Pn Ooi, jasamu akan sentiasa dikenang. Akhir kata:

TERIMA KASIH DAUN KELADI, PETANG INI KITA MESTI HAPPY-HAPPY