ucapan murid

5
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Yang berusaha Tuan Guru Besar, En. Azman bin Dahalan, Yang Dihormati Barisan Guru-guru Penolong anan, Yang diraikan Puan !ohani binti "smail, Guru-guru serta rakan-rakan #ang dihormati sekalian, Terlebih dahulu sa#a ingin merakamkan u$a%an terima kasih ke%ada %ihak majlis kerana memberi kesem%atan ke%ada sa#a untuk men#am%aikan u$a%an bagi me&akili murid-murid Sekolah ebangsaan 'em%aga (. )ntuk itu, izinkan sa#a untuk mela*azkan bebera%a rangka% %antun + Terbang serindit ke %ohon meranti, ingga% sebentar membuat sarang, 'ajlis indah lagi diberkati, Bagi meraikan ikgu !ohani tersa#ang.

Upload: niaga-qaseh

Post on 06-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha Tuan Guru Besar, En. Azman bin Dahalan, Yang Dihormati Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Yang diraikan Puan Rohani binti Ismail, Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid Sekolah Kebangsaan Mempaga 1.

Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :

Terbang serindit ke pohon meranti,Hinggap sebentar membuat sarang,Majlis indah lagi diberkati,Bagi meraikan Cikgu Rohani tersayang.

Bibir merah tergigit lada,Lada dicampur bersama laksa,Walau di mana Cikgu Rohani berada,Ingatlah kami anak didik tercinta.

Berkilau-kilau cincin permata,Begitu indah cantiknya rupa,Biarpun kelak jauh di mata,Namun di hati tidak kan lupa,

Petang hari menuju ke pekan,Ingin membeli popia dan samosa,Doa ikhlas kami hulurkan,Semoga Cikgu Rohani sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,Semoga kemesraan terus berpanjangan,Ilmu diberi harap dihalalkan,Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Cikgu Rohani kerana telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami semua di sini. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Cikgu Rohani tidak dapat kami balas hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala-gala-Nya. Terima kasih juga kepada Cikgu Rohani kerana tidak pernah jemu mendidik kami ke arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang berterusan.

Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Cikgu Rohani samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu yang telah Cikgu Rohani berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.