ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. · pdf filementransformasikan pengajian tinggi...

9
Page | 1 UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 14 JUN 2011 (SELASA), 9.00 PAGI, MAEPS, SERDANG. Assalamualaikum wrt. wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1. Pertamanya, sukalah saya melahirkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita bersama-sama dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 pada pagi yang berbahagia ini. Terlebih dahulu, setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan seluruh jawatankuasa yang terlibat menganjurkan majlis ini. 2. Pada tahun ini, saya difahamkan seramai 1083 orang pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dari pelbagai peringkat jawatan dan jabatan telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana

Upload: trinhdieu

Post on 11-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. · PDF filementransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik . Page ... tadbir urus yang baik, ... 6/16/2011 8:57:21

Page | 1

UCAPAN

MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN

MAJLIS PENYAMPAIAN

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

14 JUN 2011 (SELASA), 9.00 PAGI, MAEPS, SERDANG.

Assalamualaikum wrt. wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

1. Pertamanya, sukalah saya melahirkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat

Allah Taala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita

bersama-sama dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 pada

pagi yang berbahagia ini. Terlebih dahulu, setinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi

kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya

menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini. Di kesempatan ini juga,

saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan seluruh

jawatankuasa yang terlibat menganjurkan majlis ini.

2. Pada tahun ini, saya difahamkan seramai 1083 orang pegawai

Kementerian Pengajian Tinggi dari pelbagai peringkat jawatan dan jabatan

telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana

Page 2: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. · PDF filementransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik . Page ... tadbir urus yang baik, ... 6/16/2011 8:57:21

Page | 2

prestasi mereka sepanjang tahun 2010. Daripada jumlah tersebut, seramai

107 orang adalah pegawai di peringkat Ibu Pejabat Kementerian Pengajian

Tinggi, 711 orang pegawai politeknik serta bakinya 265 orang pegawai dari

kolej komuniti seluruh negara. Sata ucapkan syabas dan tahniah kepada

kesemua penerima APC tahun 2010. Sesungguhnya majlis ini diadakan khas

untuk mengiktiraf sumbangan dan jasa bakti tuan-tuan dan puan-puan yang

telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang perlu dicontohi oleh semua

warga Kementerian Pengajian Tinggi yang lain.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(SISTEM PENYAMPAIAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI)

3. Dalam konteks negara kita Malaysia, sektor pengajian tinggi

berperanan sebagai pemain dan penyumbang utama yang menggerakkan

transformasi kerajaan, transformasi ekonomi dan menggalas tanggungjawab

yang besar melalui pengeluaran modal insan berkualiti serta peningkatan ilmu

pengetahuan serta inovasi negara bagi menyokong Rancangan Malaysia

Kesepuluh (RMKe 10) dan Model Baharu Ekonomi (MBE). Bagi

merealisasikan peranan utama dan kritikal ini, kementerian telah

memperkenalkan beberapa dasar mahupun pelan yang bertujuan

mentransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik

Page 3: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. · PDF filementransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik . Page ... tadbir urus yang baik, ... 6/16/2011 8:57:21

Page | 3

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan terbaharu, Pelan Tindakan

Pembangunan Modal Insan Inovasi. Bagi menjayakan pelaksanaan pelan-

pelan tersebut, kita memerlukan sistem penyampaian yang proaktif dan

dinamik di mana kementerian seharusnya bertindak sebagai PEMUDAH

CARA ATAU FASILITATOR (BUKAN REGULATOR) dengan menampilkan

perkhidmatan yang berkualiti, cekap, berkesan dan efisien serta

memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang taruh melalui aspek

tadbir urus yang baik, budaya kerja cemerlang, sumber kewangan yang

mencukupi, sumber manusia yang kompeten dan infrastruktur yang

lengkap.

4. Pelan Tindakan Fasa Dua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang

kita lancarkan minggu lalu turut tidak menolak kepentingan sistem

penyampaian kementerian yang berkualiti dan kukuh selari dengan tuntutan

semasa. Saya difahamkan, beberapa strategi telah dikenalpasti bagi

membangunkan sistem penyampaian kementerian yang berkesan khususnya

dalam tempoh lima tahun ini dan ia termasuklah:

1. Meningkatkan amalan tadbir urus terbaik pada semua peringkat;

2. Menambah nilai dan mambina upaya kapasiti sumber manusia

melalui pengayaan ilmu dan pengalaman;

Page 4: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. · PDF filementransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik . Page ... tadbir urus yang baik, ... 6/16/2011 8:57:21

Page | 4

3. Menerapkan nilai integriti dan pembudayaan inovasi di kalangan

warga kementerian;

4. Meningkatkan penggunaan ICT secara meluas dengan

penambahbaikan terhadap akses dan infrastruktur;

5. Menambahbaik keberkesanan pengurusan sumber kewangan secara

optimum dan seimbang dan

6. Memberi fokus kepada infrastruktur bukan fizikal atau pembangunan

intelektual berbanding fizikal dengan tumpuan penekanan kepada

keberhasilan (outcome).

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

(FAKTOR HUMAN TOUCH ATAU SENTUHAN INSAN DALAM SISTEM

PENYAMPAIAN)

5. Sebuah kementerian kerap kali dinilai dari sudut kualiti sistem

penyampaian perkhidmatannya. Dalam dunia teknologi yang serba canggih,

sistem penyampaian ini amat didukung oleh faktor penggunaan ICT yang

meluas. Dalam era digital kini, adalah amat mudah bagi sebuah kementerian

seperti KPT membangunkan laman sesawang, blog, facebook dan lain-lain

untuk membolehkan warganya mendapatkan maklumat terkini berkaitan

prosedur pentadbiran dan aktiviti lainnya.

Page 5: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. · PDF filementransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik . Page ... tadbir urus yang baik, ... 6/16/2011 8:57:21

Page | 5

6. Tidak dinafikan, media komunikasi dan interaksi ini adalah saluran

penyampaian dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

berasaskan internet kepada semua pelanggan. Ini dilihat penting dalam

usaha kementerian meningkatkan kecekapan pengurusan serta menjamin

pertanggungjawapan awam pada tahap yang tinggi. Umum bersetuju bahawa

ia adalah suatu yang baik, meningkatkan keberkesanan lagi memudahkan

urusan antara KPT dengan warga serta pelanggannya. Walau

bagaimanapun, era digital ini telah menjadikan sistem penyampaian ini

bersifat mekanistik, terlalu tinggi pergantungannya kepada mesin dan

amat impersonal sifatnya. Saya tidak menafikan kadang kala bahasa

emel mahupun sistem automatic reply dalam sistem pengurusan

kementerian umpamanya boleh menimbulkan salah faham, kekeliruan

dan sebagainya.

7. Justeru itu, kita perlu berusaha untuk mengurangkan krisis komunikasi

melalui teknologi yang tidak boleh memperlihatkan reaksi dan sensitiviti di

kalangan yang memberi dan yang menerima perkhidmatan. Malah, kita perlu

mengembalikan elemen HUMAN TOUCH ATAU SENTUHAN INSAN dalam

sistem penyampaian perkhidmatan kementerian dan dari masa ke semasa,

sistem penyampaian perkhidmatan ini perlu ada interaksi manusia pada

Page 6: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. · PDF filementransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik . Page ... tadbir urus yang baik, ... 6/16/2011 8:57:21

Page | 6

tahap-tahap tertentu. PERSOALANNYA, bagaimanakah caranya KPT boleh

membangunkan sistem penyampaian yang bukan sahaja efisen malah mesra

tetapi tidak kurang aspek human touch nya? Saya percaya persoalan ini

perlu diambil kira dan diberi fokus utama oleh kita kerana sistem

penyampaian ini amat penting malah menjadi salah satu daripada Projek

Agenda Kritikal atau CAP dalam PSPTN yang membantu ke arah

kejayaan transformasi pengajian tinggi di negara.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(MELAHIRKAN PEKERJA BESTARI UNTUK MENGUASAI EKOSISTEM

PENGAJIAN TINGGI)

8. Sebagai sebuah kementerian yang berteraskan dunia akademia,

adalah amat perlu agar setiap warga KPT mendukung perubahan positif

dengan mengurus pekerja berilmu, membangunkan budaya bekerja

secara berkumpulan, berintegriti, berupaya mengurus bakat dan

kepemimpinan bertransformasi. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan ini,

adalah amat perlu untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah (value

for money) dan peruntukan yang diberikan perlu diurus secara bijak, telus dan

sebaik mungkin agar seiring dengan dasar kerajaan masa kini yang

mementingkan pengurusan nilai (value management). Kaedah pengurusan

Page 7: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. · PDF filementransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik . Page ... tadbir urus yang baik, ... 6/16/2011 8:57:21

Page | 7

nilai kini menjadi alat pengurusan (management tools) bagi mendapatkan

pulangan optimum dan langkah penjimatan terutama melibatkan pengurusan

projek berimpak tinggi dengan kos yang munasabah serta memberi manfaat

yang besar.

9. Selain itu, kita harus mengakui bahawa usaha untuk melonjakkan peranan

kritikal Kementerian Pengajian Tinggi dalam mentransformasikan negara

tidak hanya bergantung kepada kekuatan dasar atau pelan strategik semata-

mata. Sebaliknya, ia turut didasari oleh faktor modal insan yang berkualiti

dalam sektor pengajian tinggi itu sendiri yang bukan hanya melibatkan pihak

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semata-mata, tetapi Pegawai Tadbir

Diplomatik atau PTD di kementerian. Hari ini, tahap hubungan antara pegawai

kementerian dan pihak IPT masih perlu diperkukuhkan apatah lagi masing-

masing mendapat latihan, kemahiran dan penguasaan yang berbeza.

10. Sehubungan dengan itu, SAYA MENCADANGKAN supaya

semua pegawai kementerian yang kebanyakannya dalam Skim

Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatiik (PTD) dan juga Skim

Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH), mengikuti

program-program in –house di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Misalnya,

kita boleh mencadangkan agar latihan yang perlu dihadiri selama tujuh

Page 8: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. · PDF filementransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik . Page ... tadbir urus yang baik, ... 6/16/2011 8:57:21

Page | 8

hari setahun mengambil kira kehadiran tiga atau empat hari program di

Universiti.

11. Saya percaya usaha murni ini dapat menjana mereka sebagai

PEKERJA BESTARI (KNOWLEDGE WORKERS) yang bersikap terbuka,

berinovasi dan kreatif dalam membantu menyelaraskan pembangunan

universiti dengan tepat. Lebih penting, ia akan membolehkan setiap

pekerja dan pegawai di kementerian mempunyai jiwa atau roh yang

sama dengan jiwa dan roh universiti. Apatah lagi, setiap detik dan ketika,

pembangunan IPT sentiasa bergerak pantas dan pastinya dalam hal ini,

banyak pembaharuan dan trend yang berlaku yang memerlukan keupayaan

pegawai-pegawai kementerian memahami perkembangan ini dengan sebaik

mungkin. Pendek kata, cadangan ini adalah satu keperluan mendesak yang

harus dilaksanakan segera kerana persefahaman dan kefahaman akan

membolehkan sesuatu keputusan melibatkan kepentingan dan pembangunan

universiti dibuat dengan mesra dan tepat.

Page 9: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. · PDF filementransformasikan pengajian tinggi negara dan ia termasuk Pelan Strategik . Page ... tadbir urus yang baik, ... 6/16/2011 8:57:21

Page | 9

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(PENUTUP)

12. Sebagaimana dalam zaman k-ekonomi, modal insan merupakan

kekuatan negara. Maka, pegawai dan kakitangan juga adalah modal insan

kementerian yang akan menentukan kejayaan kita mentransformasikan

sektor pengajian tinggi. Mereka adalah aset kita yang paling penting dan kita

perlu memberi perhatian berterusan. Hari ini, sebahagian daripada mereka

berjaya mencapai tahap kecemerlangan. Pencapaian ini mestilah dipertahan,

dipertingkat dan dilanjutkan. Ini penting supaya usaha-usaha kita

menyumbang kepadfa keberkesanan kementerian dapat dilakukan secara

mapan dan lestari.

13. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada penerima-

penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010. Semoga

komitmen cemerlang yang diberikan menjadi contoh ikutan dan

pengaruh positif ke arah kecemerlangan KPT secara keseluruhan.

Semoga kualiti dan kecemerlangan terus menjadi teras kepada budaya kerja

demi kemajuan dan kemakmuran negara. Sekian Wabillahi Taufiq

Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.