ucapan menteri kpi sempena perh · 2012-11-24 · dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi ......

8
UCAPAN YB TAN SRI DATUK SERI PENGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DAN JABATAN/AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR TARIKH: 12 NOV, 2012 (ISNIN) TEMPAT: DEWAN SA’ADAH, WISMA MUIS Terima kasih Pengerusi Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia Kepada - YB Datuk Japlin Hj Akim (Pembantu Menteri, KPI) Ybhg Datuk Felix Madan (Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Infrastruktur) Ybhg Tuan Hj Mohd Zain Hj Mohd Said (Pengurus Besar, JKNS yang juga merupakan Pengerusi Penganjur bagi perhimpunan pada kali ini, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Pegawai-Pegawai Kanan Tuan-Tuan/Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian, Pertama sekali, marilah kita sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izinNYA kita dapat bersama di pagi yang penuh bersejarah ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk memberi amanat pada pagi ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada tuan rumah Perhimpunan Patriotik pada kali ini iaitu Jabatan Keretapi Negeri sabah di bawah pimpinan Tuan Hj Mohd Zaid Mohd Said, kerana telah menjayakan pelaksanaan perhimpunan patriotik pada kali ini. Walaupun tempoh masa untuk persediaan agak singkat, tetapi warga kerja JKNS telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjayakan perhimpunan ini. Tidak lupa saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga dengan kehadiran Pembantu Menteri, SUT, TSUT, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan semua kakitangan yang 1

Upload: lediep

Post on 30-Jun-2018

291 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Menteri KPI Sempena Perh · 2012-11-24 · Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi ... Sesungguhnya keamanan yang dikecapi ini adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin

UCAPAN YB TAN SRI DATUK SERI PENGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN

MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DAN

JABATAN/AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

INFRASTRUKTUR

TARIKH: 12 NOV, 2012 (ISNIN)

TEMPAT: DEWAN SA’ADAH, WISMA MUIS

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia

Kepada - YB Datuk Japlin Hj Akim

(Pembantu Menteri, KPI)

Ybhg Datuk Felix Madan

(Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Infrastruktur)

Ybhg Tuan Hj Mohd Zain Hj Mohd Said

(Pengurus Besar, JKNS yang juga merupakan Pengerusi Penganjur

bagi perhimpunan pada kali ini,

Ketua-Ketua Jabatan/Agensi

Pegawai-Pegawai Kanan

Tuan-Tuan/Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian,

Pertama sekali, marilah kita sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana

dengan izinNYA kita dapat bersama di pagi yang penuh bersejarah ini. Saya juga

ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi menjemput

saya untuk memberi amanat pada pagi ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada tuan

rumah Perhimpunan Patriotik pada kali ini iaitu Jabatan Keretapi Negeri sabah di

bawah pimpinan Tuan Hj Mohd Zaid Mohd Said, kerana telah menjayakan

pelaksanaan perhimpunan patriotik pada kali ini. Walaupun tempoh masa untuk

persediaan agak singkat, tetapi warga kerja JKNS telah menunjukkan komitmen

yang tinggi untuk menjayakan perhimpunan ini. Tidak lupa saya mengucapkan

jutaan terima kasih tidak terhingga dengan kehadiran Pembantu Menteri, SUT,

TSUT, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan semua kakitangan yang

1

Page 2: Ucapan Menteri KPI Sempena Perh · 2012-11-24 · Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi ... Sesungguhnya keamanan yang dikecapi ini adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin

hadir pada pagi ini. Semoga hasrat dan tujuan kita berkumpul bersama pagi ini

dapat mencapai matlamatnya. Amin.

Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Perhimpunan Bulanan KPI dan Jabatan/Agensi di bawahnya atau dikenali sebagai

Perhimpunan Patriotik adalah merupakan satu hari yang besar maknanya kerana

pada kesempatan seperti inilah kita semua di bawah satu kementerian dapat

berkumpul, bertemu dan beramah mesra, bertanya-tanya khabar dan dapat

merapatkan hubungan silatur rahim tidak kira pangkat dan kedudukan. Pada

dasarnya, perhimpunan seperti ini seharusnya diadakan setiap bulan, namun kerana

kesibukan tugas dan komitmen masing-masing perhimpunan seperti ini akan tetap

diteruskan, walaupun hanya dapat di laksanakan setahun sekali.

Seperti perhimpunan-perhimpunan patriotik kita yang lalu, perhimpunan patriotik

kita pada kali ini juga antaranya adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat

patriotisme dan rasa tanggungjawab terhadap kerajaan. Selain itu, perhimpunan

seumpama ini juga dapat memantapkan keharmonian, perpaduan, kerjasama serta

jalinan yang silaturrahim yang erat di antara semua kakitangan KPI, Jabatan

mahupun agensi yang bernaung di bawahnya. Justeru itu, sebagai anggota

Perkhidmatan Awam yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembinaan negara

bangsa malaysia ini, kita perlu mengekalkan semangat ini sampai bila-bila bagi

memastikan negara kita terus dapat menikmati keamanan dan kejahteraannya oleh

generasi akan datang.

Datuk2/Tuan2/Puan2 Yang Dihormati,

Pada perhimpunan kali ini juga ingin saya mengajak Yang Berbahagia Datuk/Tuan-

tuan dan Puan-puan sekalian untuk menghayati amanat Perdana Menteri, YAB Dato’

Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dalam pembentangan bajet 2013 pada 28

September 2012 lalu. Bajet 2013 yang bertemakan ‘Memakmur Negara,

Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati’ adalah sebuah bajet yang menjaga

kebajikan dan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat.

2

Page 3: Ucapan Menteri KPI Sempena Perh · 2012-11-24 · Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi ... Sesungguhnya keamanan yang dikecapi ini adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin

Ingin saya menarik perhatian Yang Berbahagia Datuk/Tuan-tuan dan Puan-puan

sekalian pada fokus keempat bajet iaitu konsolidasi fiskal dan mempercekap

penyampaian perkhidmatan awam, YAB Perdana Menteri menyeru penjawat awam

memberi perkhidmatan terbaik dengan menerapkan budaya produktiviti, kreativiti

dan inovasi. Amalan kerja pula mestilah cepat, tepat dan berintegriti. Langkah ini

akan mencetuskan paradigma baru dan seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat

terhadap prestasi perkhidmatan awam yang lebih efisien dan efektif serta lebih

responsif.

Perkhidmatan awam merupakan tulang belakang pentadbiran sesebuah negara.

Sebagai entiti pelaksana dasar yang digubal oleh pucuk pimpinan negara, keupayaan

penjawat awam bekerja secara cekap dan berkesan adalah satu keperluan penting.

Kita sebagai penjawat awam perlu mengubah cara berfikir dengan mengambil

langkah yang proaktif dalam menangani isu dan kehendak rakyat yang merupakan

pelanggan utama kita. Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi

transformasi ini sebagai tindakan yang praktikal, elemen kreativiti dan inovasi wajar

diberikan penekanan oleh anggota perkhidmatan awam.

Berita gembira untuk kita pada bajet 2013 sudah semestinya adalah pemberian

bonus sebanyak satu setengah bulan gaji oleh Kerajaan. Diharapkan pemberian

bonus yang dilaksanakan secara berperingkat ini dapat mengurangkan bebanan para

penjawat awam terutamanya yang berkeluarga sempena musim awal persekolahan

akan datang. Semoga pemberian bonus ini memberi kita lebih semangat untuk

bekerja dengan jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah

diamanahkan. Kita perlu menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu

dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Seharusnya kita memastikan tiada

penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan

peralatan serta tenaga kerja.

Bajet Negeri Sabah pula yang bertemakan “PENYATUAN USAHA KE ARAH

KESEJAHTERAAN RAKYAT YANG BERTERUSAN” telah dibentangkan oleh YAB Datuk

Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Merangkap Menteri Kewangan Sabah

pada 19 Oktober 2012 juga tidak kurang hebatnya, di mana ia bukan sahaja

memberikan banyak faedah bukan sahaja kepada rakyat juga memberi impak

3

Page 4: Ucapan Menteri KPI Sempena Perh · 2012-11-24 · Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi ... Sesungguhnya keamanan yang dikecapi ini adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin

maksima ke arah pembangunan negeri Sabah. Sekali lagi saya ingin menyeru semua

warga KPI dan agensi di bawahnya untuk merenung kembali intipati Bajet 2013 agar

semua Kementerian dan Jabatan untuk mengurus dan melaksanakan bajet 2013

demi mencapai objektif utama seperti berikut:

• mengukuhkan kedudukan kewangan negeri ;

• menambah baik infrastruktur asas dan prasarana awam;

• mempercepatkan pencapaian halatuju;

• membangunkan belia dan modal insan yang bernilai dan

berkualiti tinggi;

• membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kualiti hidup

rakyat; dan

• mencapai pembangunan wilayah yang seimbang.

• Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas

Sebagai sebuah kementerian yang mengurus pembangunan infrastruktur dan

pasarana negeri Sabah, tugas dan tanggungjawab ini bukannya mudah dan dapat

dicapai dalam masa sehari. Ianya merupakan satu amanah yang sangat berat dan

memerlukan komitmen yang tinggi. Hasrat hati rakyat hendaklah diutamakan dan

pembangunan yang seimbang di antara bandar dan luar bandar haruslah diberi

perhatian. Saya sebagai Menteri yang diamanahkan di bawah kementerian ini amat

bersyukur kerana bajet kali ini telah memberi peruntukan yang besar iaitu sebanyak

RM1.412 bilion adalah disediakan pada tahun hadapan untuk membiayai pelbagai

program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang akan memberi

impak maksima ke arah meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat, khasnya para

penduduk di luar bandar. Ini juga sekaligus membantu merapatkan jurang

pembangunan di antara bandar dan luar bandar.

Program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam termasuk projek-projek

jalanraya untuk memberi kemudahan asas kepada kawasan-kawasan yang

dikenalpasti boleh merangsang pertumbuhan sosio-ekonomi di samping

memperluaskan lagi aksesibiliti ke kawasan-kawasan terpencil. Prasarana bekalan

air pula akan dipertingkatkan untuk menampung peningkatan keperluan bekalan air

disamping mengatasi masalah-masalah bekalan air di beberapa kawasan di negeri

4

Page 5: Ucapan Menteri KPI Sempena Perh · 2012-11-24 · Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi ... Sesungguhnya keamanan yang dikecapi ini adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin

ini. Usaha juga akan diambil untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur

maritim, baik dalam penyediaan kemudahan maritim awam mahupun kemudahan

pemunggahan kargo yang lengkap di pelabuhan-pelabuhan utama di Sabah. Fokus

ini adalah sejajar dengan hasrat untuk membolehkan pelabuhan-pelabuhan di negeri

ini berdaya saing di kalangan pelabuhan-pelabuhan di rantau Asia. Perkhidmatan

keretapi sebagai pengangkutan alternatif yang moden dan selesa juga akan terus

dipertingkatkan

Sekali lagi dimaklumkan bahawa Pembangunan infrastruktur dan perhubungan

disediakan sebanyak RM763.7 juta. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak

RM742.95 juta adalah untuk jalanraya dan jambatan, RM13.5 juta untuk pelabuhan

dan dermaga dan RM7.25 juta untuk perkhidmatan keretapi. Sehubungan dengan

itu, saya menyeru kepada semua jabatan/agensi di bawah KPI untuk menggunakan

peruntukan yang disediakan dengan berhemat namun dalam masa yang sama

bertekad cemerlang untuk memajukan ‘core business’ masing-masing dengan

jayanya, tanpa adanya karenah birokrasi dan sifat sambil lewa sehingga pembaziran

kewangan berlaku. Kita semua perlu berkerja keras dan berganding bahu untuk

memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap rakyat Sabah khususnya. Dalam

program Pembangunan Infrastruktur dan kemudahan awam termasuk projek-projek

jalanraya, kemudahan-kemudahan asas ini perlu diperluaskan lagi ke kawasan-

kawasan terpencil bagi meransang pertumbuhan sosio ekonomi di samping

memperluaskan lagi aksesibiliti ke kawasan-kawasan tersebut. Begitu juga prasarana

bekalan air yang perlu dipertingkatkan bagi menampung peningkatan keperluan air

dan seterusnya mengatasi masalah-masalah bekalan air di beberapa kawasan di

negeri ini. Di samping itu, peningkatan kemudahan lengkap di pelabuhan-pelabuhan

utama di Sabah juga perlu diberi fokus agar agar pelabuhan-pelabuhan di negeri ini

mampu bersaing di kalangan pelabuhan-pelabuhan di rantau asia. Begitu juga

dengan perkhidmatan keretapi negeri ini yang mana perlu diberi perhatian agar

terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selesa kepada pengguna.

Apabila kita memperkatakan pelaksanaan tugas yang berkesan atau perkhidmatan

yang berkesan, satu elemen penting yang tidak dapat kita elakkan ialah aspek

integriti Penjawat Awam. Saya juga difahamkan bahawa KPI baru-baru ini telah

mengadakan Taklimat Integriti yang di sampaikan oleh SPRM. Usaha ini haruslah

5

Page 6: Ucapan Menteri KPI Sempena Perh · 2012-11-24 · Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi ... Sesungguhnya keamanan yang dikecapi ini adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin

dipuji dan diberi penekanan memandangkan impak gejala rasuah itu bukan sahaja

dapat meruntukan moral malah boleh menjatuhkan sesebuah negara. Gejala rasuah

yang berleluasa boleh membawa kerugian berjuta ringgit kepada kerajaan,

sedangkan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk membangunkan negara kita

yang tercinta. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua penjawat

awam, khususnya warga KPI dan agensi di bawahnya agar sentiasa mengamalkan

nilai-nilai murni dan berakhlak mulia, malah saya percaya apapun agama yang kita

anuti semuanya menyeru kita untuk membuat kebaikan, bersifat jujur dan amanah

bukan sahaja dalam menjalankan tugasan seharian di pejabat tetapi juga dalam

aspek kehidupan kita seharian. Sehubungan ini setiap Penjawat Awam seharusnya

mempunyai nilai-nilai Amanah, boleh dipercayai, jujur, taat dan mempunyai sifat

peribadi yang luhur. Seseorang Penjawat Awam yang berintegriti ialah sentiasa

menghargai serta memelihara kepentingan Jabatan dan hak orang ramai , bagi

memastikan Penjawat Awam benar-benar dapat melaksanakan tugas dan

bertanggungjawab dengan penuh ketelusan dan kejujuran aspek integriti perlu

diperkukuhkan. Dalam hal ini, Kerajaan sentiasa mengharapkan Pentadbiran Awam

berada ditahap integriti yang tinggi, ini bukan hanya bermaksud Pegawai yang

bersih dari rasuah tetapi juga meliputi semua aspek yang berkaitan dengan menjaga

kepribadian dan maruah.

Sebagai penjawat awam, kita hendaklah sentiasa membina semangat yang tinggi

untuk mempertingkatkan tahap kualiti perkhidmatan supaya sentiasa cemerlang.

Sistem pengurusan kualiti berteraskan Budaya Kerja Cemerlang adalah asas penting

ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang produktif dan berkualiti. Kita perlu

sentiasa mengamalkan dan menitikberatkan prinsip-prinsip asas bekerja yang baik

seperti disiplin yang tinggi, ketepatan masa dan fakta, sikap yang teliti dan terperinci

dalam melaksanakan tugas dan perkhidmatan.

Datuk2/Tuan2/Puan2,

Bagi memastikan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) dapat dilaksanakan dengan

jayanya, semua pihak haruslah bekerjasama dengan Kerajaan untuk sama-sama

mempertingkatkan kualiti kerja yang mempunyai daya kreativiti, inovasi dan budaya

berprestasi tinggi demi mencapai hasrat Kerajaan dalam mempertingkatkan tahap

6

Page 7: Ucapan Menteri KPI Sempena Perh · 2012-11-24 · Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi ... Sesungguhnya keamanan yang dikecapi ini adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin

ketelusan mengenai objektif, sasaran dan rancangan masa hadapan Kerajaan untuk

mencapai sasaran yang ditetapkan. Dalam menyampaikan keberhasilan ini tidaklah

begitu mudah, pelbagai cabaran dan dugaan harus ditempuhi demi melakar

transformasi yang berskala tinggi dan bukan berdikit-dikit seperti yang disarankan

oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Sesungguhnya keamanan yang dikecapi ini adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin

terdahulu dan sekarang yang ingin melihat anak bangsa tidak terus dijajah tetapi

dipandang sebagai bangsa yang bermaruah. Hargai dan peliharalah kesejahteraan

yang dibina ini kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Walaupun

mencabar, kita mesti melaksanakan transformasi ini dan membuat sesuatu yang

berlainan untuk kehidupan generasi Malaysia masa kini demi generasi Malaysia akan

datang dan mempertingkatkan prestasi kita di mata dunia.

Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada KPI, Jabatan dan agensi di bawahnya

agar dapat menyusun dan memperkemaskian strategi pengurusan kewangan demi

memanfaatkan langkah-langkah yang strategik sepertimana yang telah

diperuntukkan dakam Bajet 2013. Justeru itu, perancangan projek-projek

pembangunan perlu disusun mengikut keutamaan serta perancangan pelaksanaan

yang teratur.

Saya juga ingin mengingatkan kepada semua pegawai dan kakitangan KPI, Jabatan

serta agensi di bawahnya agar terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan

lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja dengan menyediakan perkhidmatan

dan sistem penyampaian yang terbaik kepada masyarakat. Di samping itu, saya juga

menekankan bahawanya perlunya menghayati dan mengamalkan profesionalisme

dengan komitmen yang tinggi, bertanggungjawab dan berintegriti dalam

menunaikan tanggungjawab sebagai anggota perkhidmatan awam di samping

meneruskan pembelajaran melalui inovasi dan pelbagai cara untuk kemajuan diri,

organisasi, masyarakat dan negara.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

7

Page 8: Ucapan Menteri KPI Sempena Perh · 2012-11-24 · Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi ... Sesungguhnya keamanan yang dikecapi ini adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin

sekali lagi kepada JKNS di atas penganjuran perhimpunan patriotik pada kali ini.

Sekian.

8