skim pengiktirafan amalan terbaik sirim: … content/1000039.pdfrekod pencapaian dalam...

10
SKIM PENGIKTIRAFAN AMALAN TERBAIK SIRIM: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN Mengiktiraf Organisasi Malaysia dengan Amalan Terbaik (Program Pembiayaan Geran SIRIM-Fraunhofer) PENGENALAN SKIM Skim pengiktirafan SIRIM dianjurkan oleh SIRIM STS dan ia bertujuan untuk mengiktiraf organisasi Malaysia dengan amalan- amalan terbaik dalam bidang tertentu. Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan adalah salah satu bidang tumpuan yang diberikan pengiktirafan. Pengiktirafan diberikan kepada organisasi yang mempunyai rekod pencapaian dalam menterjemahkan strategi kepada tindakan dan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi. Skim Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan ini ditawarkan kepada organisasi dari semua sektor. Organisasi yang mengikuti skim ini akan dinilai dari sudut amalan terbaik Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan mereka berdasarkan Standard SIRIM (SIRIM 6:2016 – Requirements for Customer Service Management). Pasukan penilai yang terlatih dan profesional dengan latarbelakang, kepakaran dan pengalaman yang luas akan membuat penilaian terhadap amalan pengurusan perkhidmatan pelanggan, mengkaji dokumen dan rekod dan menganalisis prestasi organisasi hasil dari amalan yang dilaksanakan. Laporan interim hasil daripada keputusan penilaian tersebut kemudian dikemukakan kepada pihak pengurusan organisasi. Keputusan untuk memberikan pengiktirafan kepada organisasi adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengesyoran Sijil Amalan Terbaik SIRIM. Organisasi perlu menunjukkan pencapaian prestasi dan memperolehi skor minimum yang ditetapkan. Organisasi yang memperolehi skor minimum ke atas akan dianugerahkan Sijil Pengiktirafan semasa Majlis Malam SIRIM dan Industri yang berprestij. PENGENALAN PENGURUSAN PERKHIMATAN PELANGGAN Khidmat pelanggan merupakan frasa sinonim dengan kepuasan pelanggan. Organisasi yang berorentasikan kepuasan pelanggan sentiasa berusaha ke arah memahami dan memenuhi keperluan pelanggan, mengambil inisiatif untuk melebihi jangkaan pelanggan. Prinsip pengurusan kualiti yang pertama iaitu fokus pelanggan, memerlukan kefahaman yang luas mengenai perkara ini. Menyediakan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan semata-mata tidak menjamin kemampanan perniagaan atau mempromosi imej organisasi. Permintaan pelanggan akan dipengaruhi oleh perubahan dalam teknologi dan inovasi ke atas proses, penambahbaikan, kesedaran pelanggan, evolusi dalam persekitaran perniagaan dan peningkatan daya saing pasaran. Cabaran yang dihadapi ialah sama ada organisasi secara konsisten boleh menyediakan keperluan-keperluan pelanggan dan kecemerlangan pengalaman pelanggan (customer experience). MENGAPA PERLU PENGURUSAN PERKHIMATAN PELANGGAN Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan membantu perniagaan untuk mendapat gambaran jelas tingkah laku pelanggan mereka Menyesuaikan operasi perniagaan untuk memastikan bahawa pelanggan akan mendapat perkhidmatan dalam cara yang terbaik Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan membantu perniagaan untuk mengiktiraf nilai ke atas pelanggan Memberi tumpuan terhadap hubungan pelanggan yang lebih baik Menjadikan organisasi lebih peka terhadap keperluan pelanggan FAEDAH PENGURUSAN PERKHIMATAN PELANGGAN Peningkatan jualan melalui kesesuaian masa disebabkan jagkaan keperluan berdasarkan trend terdahulu Keperluan dikenalpasti secara lebih efektif melalui kefahaman keperluan pelanggan yang spesifik ‘Cross-selling’ lain-lain produk dengan cara penjelasan dan cadangan alternative atau penambahbaikan Pelanggan yang membawa keuntungan dan yang tidak, dapat dikenalpasti Peningkatan kepuasan pelanggan Peningkatan nilai dari pelanggan sedia ada Peningkatan kecekapan keseluruhan Mengurangkan jumlah kos jualan Peningkatan keuntungan PROGRAM SKIM PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN PERKHIMATAN PELANGGAN Program ini menyediakan perkhidmatan perundingan kepada PKS yang terlibat dalam membangun dan mendokumen, melaksana dan menyelenggara sistem pengurusan perkhidmatan pelanggan. Menjelang berakhirnya program, PKS akan dinilai dari sudut pelaksanaan dan kejayaan pengurusan perkhidmatan pelanggan yang dibangunkan. Tindakan susulan akan dijalankan mengikut kesesuaian. METODOLOGI Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut: Analisis jurang bagi menilai perbezaan pelaksanaan/ amalan semasa dengan keperluan program-program untuk membangunkan sistem untuk Sijil/Pengiktirafan, juga untuk mengetahui kesediaan PKS menerima tugas-tugas yang diberikan bagi mengelakkan penarikan diri semasa projek berjalan. Perkhidmatan perundingan dengan kakitangan terbabit yang terlibat dalam proses-proses dan untuk pembangunan program pengurusan perkhidmatan pelanggan. Ini termasuk pra-penilaian untuk memastikan kesediaan dan pelaksanaan sistem sebelum penilaian sebenar. Latihan/penerangan mengenai keperluan berkaitan pengurusan perkhidmata pelanggan berdasarkan Standard SIRIM 6: 2016, serta bengkel pelaksanaan pengurusan perkhidmatan pelanggan. Perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai isu-isu yang timbul sepanjang perkhidmatan perundingan. JANGKAAN HASIL Hasil yang dijangkakan dari program ini adalah: 1. Peningkatan aliran jualan untuk tempoh 5 tahun akan datang. 2. Mengekalkan dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan pada 80% 3. 5 - 10% pengurangan aduan pelanggan GERAN SIRIM-FRAUNHOFER Tujuan Untuk meningkatkan produktiviti PKS dengan menembusi dan meningkatkan teknologi dalam sektor perkilangan menggunakan pendekatan Jerman bagi meningkatkan produktiviti PKS melalui inovasi teknologi. Bantuan Kerajaan Pemberian geran kepada PKS dengan prinsip 80:20; di mana 80% daripada nilai projek dibiayai kerajaan dan 20% adalah komitmen PKS terlibat. KELAYAKAN UNTUK PROGRAM Kategori PKS. 1. Syarikat-syarikat dengan jumlah jualan yang tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. 2. PKS mestilah entiti-entiti yang berdaftar dengan SSM atau lain-lain badan yang setaraf. Syarikat milik Malaysia Sektor pengilangan Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun Sukarela - bersedia untuk diaudit, komited dalam program- program susulan sanggup melakukan pelaburan kewangan 20% daripada nilai projek

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SKIM PENGIKTIRAFAN AMALAN TERBAIK SIRIM: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN

    Mengiktiraf Organisasi Malaysia dengan Amalan Terbaik (Program Pembiayaan Geran SIRIM-Fraunhofer)

    PENGENALAN SKIM Skim pengiktirafan SIRIM dianjurkan oleh SIRIM STS dan ia bertujuan untuk mengiktiraf organisasi Malaysia dengan amalan-amalan terbaik dalam bidang tertentu. Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan adalah salah satu bidang tumpuan yang diberikan pengiktirafan. Pengiktirafan diberikan kepada organisasi yang mempunyai rekod pencapaian dalam menterjemahkan strategi kepada tindakan dan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi. Skim Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan ini ditawarkan kepada organisasi dari semua sektor.

    Organisasi yang mengikuti skim ini akan dinilai dari sudut amalan terbaik Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan mereka berdasarkan Standard SIRIM (SIRIM 6:2016 – Requirements for Customer Service Management). Pasukan penilai yang terlatih dan profesional dengan latarbelakang, kepakaran dan pengalaman yang luas akan membuat penilaian terhadap amalan pengurusan perkhidmatan pelanggan, mengkaji dokumen dan rekod dan menganalisis prestasi organisasi hasil dari amalan yang dilaksanakan. Laporan interim hasil daripada keputusan penilaian tersebut kemudian dikemukakan kepada pihak pengurusan organisasi.

    Keputusan untuk memberikan pengiktirafan kepada organisasi adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengesyoran Sijil Amalan Terbaik SIRIM. Organisasi perlu menunjukkan pencapaian prestasi dan memperolehi skor minimum yang ditetapkan. Organisasi yang memperolehi skor minimum ke atas akan dianugerahkan Sijil Pengiktirafan semasa Majlis Malam SIRIM dan Industri yang berprestij.

    PENGENALAN PENGURUSAN PERKHIMATAN PELANGGANKhidmat pelanggan merupakan frasa sinonim dengan kepuasan pelanggan. Organisasi yang berorentasikan kepuasan pelanggan sentiasa berusaha ke arah memahami dan memenuhi keperluan pelanggan, mengambil inisiatif untuk melebihi jangkaan pelanggan. Prinsip pengurusan kualiti yang pertama iaitu fokus pelanggan, memerlukan kefahaman yang luas mengenai perkara ini. Menyediakan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan semata-mata tidak menjamin kemampanan perniagaan atau mempromosi imej organisasi. Permintaan pelanggan akan dipengaruhi oleh perubahan dalam teknologi dan inovasi ke atas proses, penambahbaikan, kesedaran pelanggan, evolusi dalam persekitaran perniagaan dan peningkatan daya saing pasaran. Cabaran yang dihadapi ialah sama ada organisasi secara konsisten boleh menyediakan keperluan-keperluan pelanggan dan kecemerlangan pengalaman pelanggan (customer experience).

    MENGAPA PERLU PENGURUSAN PERKHIMATAN PELANGGAN• Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan membantu perniagaan

    untuk mendapat gambaran jelas tingkah laku pelanggan mereka

    • Menyesuaikan operasi perniagaan untuk memastikan bahawa pelanggan akan mendapat perkhidmatan dalam cara yang terbaik

    • Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan membantu perniagaan untuk mengiktiraf nilai ke atas pelanggan

    • Memberi tumpuan terhadap hubungan pelanggan yang lebih baik

    • Menjadikan organisasi lebih peka terhadap keperluan pelanggan

    FAEDAH PENGURUSAN PERKHIMATAN PELANGGAN• Peningkatan jualan melalui kesesuaian masa disebabkan

    jagkaan keperluan berdasarkan trend terdahulu• Keperluan dikenalpasti secara lebih efektif melalui kefahaman

    keperluanpelangganyangspesifik• ‘Cross-selling’ lain-lain produk dengan cara penjelasan dan

    cadangan alternative atau penambahbaikan• Pelanggan yang membawa keuntungan dan yang tidak, dapat

    dikenalpasti• Peningkatan kepuasan pelanggan• Peningkatan nilai dari pelanggan sedia ada• Peningkatan kecekapan keseluruhan• Mengurangkan jumlah kos jualan• Peningkatan keuntungan

    PROGRAM SKIM PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN PERKHIMATAN PELANGGANProgram ini menyediakan perkhidmatan perundingan kepada PKS yang terlibat dalam membangun dan mendokumen, melaksana dan menyelenggara sistem pengurusan perkhidmatan pelanggan. Menjelang berakhirnya program, PKS akan dinilai dari sudut pelaksanaan dan kejayaan pengurusan perkhidmatan pelanggan yang dibangunkan. Tindakan susulan akan dijalankan mengikut kesesuaian.

    METODOLOGIProgram ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:• Analisis jurang bagi menilai perbezaan pelaksanaan/

    amalan semasa dengan keperluan program-program untuk membangunkan sistem untuk Sijil/Pengiktirafan, juga untuk mengetahui kesediaan PKS menerima tugas-tugas yang diberikan bagi mengelakkan penarikan diri semasa projek berjalan.

    • Perkhidmatan perundingan dengan kakitangan terbabit yang terlibat dalam proses-proses dan untuk pembangunan program pengurusan perkhidmatan pelanggan. Ini termasuk pra-penilaian untuk memastikan kesediaan dan pelaksanaan sistem sebelum penilaian sebenar.

    • Latihan/penerangan mengenai keperluan berkaitan pengurusan perkhidmata pelanggan berdasarkan Standard SIRIM 6: 2016, serta bengkel pelaksanaan pengurusan perkhidmatan pelanggan.

    • Perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai isu-isu yang timbul sepanjang perkhidmatan perundingan.

    JANGKAAN HASILHasil yang dijangkakan dari program ini adalah:1. Peningkatan aliran jualan untuk tempoh 5 tahun akan datang.2. Mengekalkan dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan

    pada 80%3. 5 - 10% pengurangan aduan pelanggan

    GERAN SIRIM-FRAUNHOFER

    TujuanUntuk meningkatkan produktiviti PKS dengan menembusi dan meningkatkan teknologi dalam sektor perkilangan menggunakan pendekatan Jerman bagi meningkatkan produktiviti PKS melalui inovasi teknologi.

    Bantuan KerajaanPemberian geran kepada PKS dengan prinsip 80:20; di mana 80% daripada nilai projek dibiayai kerajaan dan 20% adalah komitmen PKS terlibat.

    KELAYAKAN UNTUK PROGRAM• Kategori PKS.

    1. Syarikat-syarikat dengan jumlah jualan yang tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

    2. PKS mestilah entiti-entiti yang berdaftar dengan SSM atau lain-lain badan yang setaraf.

    • Syarikat milik Malaysia• Sektor pengilangan• Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun• Sukarela - bersedia untuk diaudit, komited dalam program-

    program susulan sanggup melakukan pelaburan kewangan 20% daripada nilai projek

  • PROGRAMKOS PROJEK

    RMKOMITMEN PKS (20%)

    RM

    Customer Service Management 40,000 8,000

  • SKIM PENGIKTIRAFAN AMALAN TERBAIK SIRIM: 5S HIJAU (G5S)

    Mengiktiraf Organisasi Malaysia dengan Amalan Ter-baik (Program Pembiayaan Geran SIRIM-Fraunhofer)

    PENGENALAN SKIM Skim pengiktirafan SIRIM dianjurkan oleh SIRIM STS dan ia bertujuan untuk mengiktiraf organisasi Malaysia dengan amalan-amalan terbaik dalam bidang tertentu. G5S adalah salah satu bidang tumpuan yang diberikan pengiktirafan. Pengiktirafan diberikan kepada organisasi yang mempunyai rekod pencapaian dalam menterjemahkan strategi kepada tindakan dan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi. Skim Pengiktirafan G5S ini ditawarkan kepada organisasi dari semua sektor.

    Organisasi yang mengikuti skim ini akan dinilai dari sudut amalan terbaik G5S mereka berdasarkan Standard SIRIM (SIRIM 5:2016 – Guideline for implementing green 5S system). Pasukan penilai yang terlatih dan profesional dengan latarbelakang, kepakaran dan pengalaman yang luas akan membuat penilaian terhadap amalan G5S, mengkaji dokumen dan rekod dan menganalisis prestasi organisasi hasil dari amalan yang dilaksanakan. Laporan interim hasil daripada keputusan penilaian tersebut kemudian dikemukakan kepada pihak pengurusan organisasi.

    Keputusan untuk memberikan pengiktirafan kepada organisasi adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengesyoran Sijil Amalan Terbaik SIRIM. Organisasi perlu menunjukkan pencapaian prestasi dan memperolehi skor minimum yang ditetapkan. Organisasi yang memperolehi skor minimum ke atas akan dianugerahkan Sijil Pengiktirafan semasa Majlis Malam SIRIM dan Industri yang berprestij.

    PENGENALAN 5S HIJAUSistem G5S menggabungkan prinsip asal aktiviti pembersihan 5S Jepun dan konsep kitaran Plan-Do-Check-Action (PDCA). Prinsip-prinsip 5S telah ditakrifkan semula sebagai 5S Hijau untuk memberi penekanan terhadap amalan-amalan ke arah mesra alam. Ia adalah sejajar dengan rangka kerja standard-standard sistem pengurusan yang menggabungkan unsur-unsur kualiti (Q), persekitaran (E) dan sistem pengurusan kesihatan, pekerjaan dan keselamatan (OHS).

    MENGAPA 5S HIJAU5S hijau menyediakan asas untuk amalan terbaik dalam mewujudkan tempat kerja terbaik melalui peningkatan kualiti, kesihatan, keselamatan, alam sekitar, produktiviti dan imej (Q, J, S, E, P, I), justeru mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan dan daya saing yang organisasi.

    OBJEKTIF 5S HIJAU• Kualiti: Untuk mewujudkan budaya penambahbaikan

    berterusan di kalangan semua kakitangan untuk kualiti output yang lebih baik dan kepuasan pelanggan.

    • Kesihatan dan Keselamatan: Untuk memastikan persekitaran kerja yang sihat dan selamat melalui amalan 5S Hijau oleh semua orang di tempat kerja.

    • Persekitaran: Untuk mengurangkan dan mencegah kesan alam sekitar, dengan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dan lain-lain amalan berkonsepkan hijau dalam pengurusan sisa serta penjimatan tenaga dan sumber.

    • Produktiviti: Meningkatkan produktiviti pekerja dan mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan sumber-sumber lain.

    • Imej: Memaparkan imej organisasi yang baik.

    FAEDAH MENGAMALKAN 5S HIJAU• Mengurangkan kadar kemalangan (diukur melalui kadar kehilangan

    masa kecederaan’).• Mengurangkan kos perubatan akibat kecederaan.• Menggalakkan penjimatan kos dengan mengurangkan inventori,

    sewa tempat penyimpanan, penggunaan tenaga dan sisa buangan di kawasan pengeluaran.

    • Mengurangkan masa menunggu, seterusnya memperbaiki masa penghantaran produk.

    • Mengurangkan kekerapan kerosakan peralatan dengan menggunakan konsep ‘pembersihan adalah pemeriksaan’.

    • Mengurangkan masa pencarian dokumen dan peralatan.• Meningkatkan kualiti produk melalui pengurangan kesilapan, fool

    proof’ atau ‘fail-safe’ ; dan penghindaran kecacatan.• Melaksanakan 3R dan lain-lain amalan konsep hijau bagi

    mengurangkan sisa dan penggunaan sumber.• Meningkatkan kualiti persekitaran kerja (lebih bersih, lebih sihat dan

    lebih selamat).• Pekerja menjadi lebih berdisiplin.

    PROGRAM SKIM PENGIKTIRAFAN 5S HIJAUProgram ini menyediakan perkhidmatan perundingan kepada PKS yang terlibat dalam membangun dan mendokumen, melaksana dan menyelenggara sistem G5S. Menjelang berakhirnya program, PKS akan dinilai dari sudut pelaksanaan dan kejayaan G5S yang dibangunkan. Tindakan susulan akan dijalankan mengikut kesesuaian.

    METODOLOGIProgram ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:• Analisis jurang bagi menilai perbezaan pelaksanaan/amalan semasa

    dengan keperluan program-program untuk membangunkan sistem untuk Sijil/Pengiktirafan, juga untuk mengetahui kesediaan PKS menerima tugas-tugas yang diberikan bagi mengelakkan penarikan diri semasa projek berjalan.

    • Perkhidmatan perundingan dengan kakitangan terbabit yang terlibat dalam proses-proses dan untuk pembangunan program G5S. Ini termasuk pra-penilaian untuk memastikan kesediaan dan pelaksanaan sistem sebelum penilaian sebenar.

    • Latihan/penerangan mengenai keperluan berkaitan G5S berdasarkan Standard SIRIM 5: 2016, serta bengkel pelaksanaan G5S.

    • Perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai isu-isu yang timbul sepanjang perkhidmatan perundingan.

    JANGKAAN HASILHasil yang dijangkakan dari program ini adalah:1. 5 hingga 10% peningkatan produktiviti2. 5 hingga 10% pengurangan sisa3. Mengekalkan dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan pada

    80%4. Budaya amalan hijau – Reduce, Reuse, Recycle.

    GERAN SIRIM-FRAUNHOFER

    TujuanUntuk meningkatkan produktiviti PKS dengan menembusi dan meningkatkan teknologi dalam sektor perkilangan menggunakan pendekatan Jerman bagi meningkatkan produktiviti PKS melalui inovasi teknologi.

    Bantuan KerajaanPemberian geran kepada PKS dengan prinsip 80:20; di mana 80% daripada nilai projek dibiayai kerajaan dan 20% adalah komitmen PKS terlibat.

    KELAYAKAN UNTUK PROGRAM• Kategori PKS.

    1. Syarikat-syarikat dengan jumlah jualan yang tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

    2. PKS mestilah entiti-entiti yang berdaftar dengan SSM atau lain-lain badan yang setaraf.

    • Syarikat milik Malaysia• Sektor pengilangan• Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun• Sukarela - bersedia untuk diaudit, komited dalam program-program

    susulan sanggup melakukan pelaburan kewangan 20% daripada nilai projek

  • PROGRAMKOS PROJEK

    RMKOMITMEN PKS (20%)

    RM

    5S Hijau 30,000 6,000

  • SKIM PENGIKTIRAFAN AMALAN TERBAIK SIRIM: PENGURUSAN INOVASI

    Mengiktiraf Organisasi Malaysia dengan Amalan Terbaik (Program Pembiayaan Geran SIRIM-Fraunhofer)

    PENGENALAN SKIM Skim pengiktirafan SIRIM dianjurkan oleh SIRIM STS dan ia bertujuan untuk mengiktiraf organisasi Malaysia dengan amalan-amalan terbaik dalam bidang tertentu. Pengurusan Inovasi adalah salah satu bidang tumpuan yang diberikan pengiktirafan. Pengiktirafan diberikan kepada organisasi yang mempunyai rekod pencapaian dalam menterjemahkan strategi kepada tindakan dan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi. Skim Pengiktirafan Inovasi ini ditawarkan kepada organisasi dari semua sektor.

    Organisasi yang mengikuti skim ini akan dinilai dari sudut amalan terbaik pengurusan inovasi mereka berdasarkan Standard SIRIM (SIRIM 8:2016 - Guidance towards becoming an innovative organization). Pasukan penilai yang terlatih dan profesional dengan latarbelakang, kepakaran dan pengalaman yang luas akan membuat penilaian terhadap amalan pengurusan inovasi, mengkaji dokumen dan rekod dan menganalisis prestasi organisasi hasil dari amalan yang dilaksanakan. Laporan interim hasil daripada keputusan penilaian tersebut kemudian dikemukakan kepada pihak pengurusan organisasi.

    Keputusan untuk memberikan pengiktirafan kepada organisasi adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengesyoran Sijil Amalan Terbaik SIRIM. Organisasi perlu menunjukkan pencapaian prestasi dan memperolehi skor minimum yang ditetapkan. Organisasi yang memperolehi skor minimum ke atas akan dianugerahkan Sijil Pengiktirafan semasa Majlis Malam SIRIM dan Industri yang berprestij.

    PENGENALAN INOVASIInovasi telah diterima secara menyeluruh sebagai paksi kepada output dan produktiviti, dan sebagai elemen penting kejayaan dalam usaha memperkukuh dayasaing dan kecekapan sesebuah organisasi. Inovasi merujuk kepada mendapatkan idea atau kaedah yang lebih baik, atau mengintegrasikan pendekatan baru dalam model kontekstual. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

    Organisasi yang inovatif bukan sahaja berupaya untuk melakukan perubahan tetapi juga boleh menyesuaikan keadaan dengan dunia sekelilingnya.

    MENGAPA PERLU INOVASI• Inovasi membantu dalam survival organisasi • Inovasi meningkatan prestasi organisasi• Inovasi merupakan daya motivasi dan mewujudkan rasa

    bangga anggota kerja• Menjana kekayaan individu, organisasi dan negara• Inovasi menjana sumber pendapatan baru yang dilihat mustahil

    sebelum ini • Penambahbaikan sosial dicapai dan kehidupan yang lebih baik

    FAEDAH INOVASI• Pekerja inovatif meningkatkan produktiviti• Pekerja inovatif mencipta dan melaksanakan proses baru• Meningkatkan daya saing organisasi melalui kepelbagaian

    produk serta memenuhi keperluan pelanggan• Meningkatkan keuntungan organisasi• Membina semangat kerja berpasukan yang lebih kuat• Pekerja lebih peka dan berusaha ke arah objektif dan strategi

    organisasi• Pekerja diberikan latihan dan alat untuk mempertingkatkan

    kecekapan

    PROGRAM SKIM PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN INOVASIProgram ini menyediakan perkhidmatan perundingan kepada PKS yang terlibat dalam membangun dan mendokumen, melaksana dan menyelenggara sistem pengurusan inovasi. Menjelang berakhirnya program, PKS akan dinilai dari sudut pelaksanaan dan kejayaan pengurusan inovasi yang dibangunkan. Tindakan susulan akan dijalankan mengikut kesesuaian.

    METODOLOGIProgram ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:• Analisis jurang bagi menilai perbezaan pelaksanaan/

    amalan semasa dengan keperluan program-program untuk membangunkan sistem untuk Sijil/Pengiktirafan, juga untuk mengetahui kesediaan PKS menerima tugas-tugas yang diberikan bagi mengelakkan penarikan diri semasa projek berjalan.

    • Perkhidmatan perundingan dengan kakitangan terbabit yang terlibat dalam proses-proses dan untuk pembangunan program pengurusan inovasi. Ini termasuk pra-penilaian untuk memastikan kesediaan dan pelaksanaan sistem sebelum penilaian sebenar.

    • Latihan/penerangan mengenai keperluan berkaitan pengurusan inovasi berdasarkan Standard SIRIM 8: 2016, serta bengkel pelaksanaan pengurusan inovasi.

    • Perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai isu-isu yang timbul sepanjang perkhidmatan perundingan.

    JANGKAAN HASIL (tertakluk kepada tumpuan inovasi)Hasil yang dijangkakan dari program ini adalah:1. 5 hingga 10% peningkatan produktiviti2. Peningkatan aliran jualan untuk tempoh 5 tahun akan datang.3. 5 hingga 10% pengurangan sisa4. Mengekalkan dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan

    pada 80%5. Budaya inovasi – satu inovasi setiap 2 tahun

    GERAN SIRIM-FRAUNHOFER

    TujuanUntuk meningkatkan produktiviti PKS dengan menembusi dan meningkatkan teknologi dalam sektor perkilangan menggunakan pendekatan Jerman bagi meningkatkan produktiviti PKS melalui inovasi teknologi.

    Bantuan KerajaanPemberian geran kepada PKS dengan prinsip 80:20; di mana 80% daripada nilai projek dibiayai kerajaan dan 20% adalah komitmen PKS terlibat.

    KELAYAKAN UNTUK PROGRAM• Kategori PKS.

    1. Syarikat-syarikat dengan jumlah jualan yang tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

    2. PKS mestilah entiti-entiti yang berdaftar dengan SSM atau lain-lain badan yang setaraf.

    • Syarikat milik Malaysia• Sektor pengilangan• Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun• Sukarela - bersedia untuk diaudit, komited dalam program-

    program susulan sanggup melakukan pelaburan kewangan 20% daripada nilai projek

  • Bil PerkaraBil

    Hari Kerja

    RM/hariTermasuk SST

    Geran (80%)

    Komitmen PKS (20%)

    A. LATIHAN

    1A Kefahaman inovasi dan alat-alat inovasi

    2 5,724 1,145

    2A Kefahaman SIRIM 8:2016 Guidance towards becoming an innovative organization

    1 2,862 572

    Jumlah A 3 8,586 1,717

    B. PERUNDINGAN

    1B Phasa 1 - Baseline• Penetapan objektif dan skop• Fungsi, tanggungjawab dan

    bidang kuasa• Perancangan• Penetapan pengukuran

    8 16,960 3,392

    Phasa 2 – Prioritization• Mengenalpasti dan

    pemilihan projek• Penjadualan (scheduling)• Pemilihan alat-alat (tools)

    Phasa 3 – Pelaksanaan• Brainstorming• Bengkel aplikasi alat-alat• Pelaksanaan projek

    2B Phasa 4 – Semakan projekPhasa 5 – Penutupan dan pelaporan

    3B • Penilaian pelaksanaan 2 4,454 891

    Total B 10 21,414 4,283

    Total A + B 14 30,000 6,000

    PROGRAMKOS PROJEK

    RMKOMITMEN PKS (20%)

    RM

    Pengurusan Inovasi 37,500 7,500

  • SKIM PENGIKTIRAFAN AMALAN TERBAIK SIRIM: LEAN MANAGEMENT

    Mengiktiraf Organisasi Malaysia dengan Amalan Ter-baik (Program Pembiayaan Geran SIRIM-Fraunhofer)

    PENGENALAN SKIM Skim pengiktirafan SIRIM dianjurkan oleh SIRIM STS dan ia bertujuan untuk mengiktiraf organisasi Malaysia dengan amalan-amalan terbaik dalam bidang tertentu. Lean Management adalah salah satu bidang tumpuan yang diberikan pengiktirafan. Pengiktirafan diberikan kepada organisasi yang mempunyai rekod pencapaian dalam menterjemahkan strategi kepada tindakan dan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi. Skim Pengiktirafan Lean Management ini ditawarkan kepada organisasi dari semua sektor.

    Organisasi yang mengikuti skim ini akan dinilai dari sudut amalan terbaik mereka berdasarkan Standard SIRIM (SIRIM 12:2017 – Lean management - Part 1: Requirements for key activities). Pasukan penilai yang terlatih dan profesional dengan latarbelakang, kepakaran dan pengalaman yang luas akan membuat penilaian terhadap amalan Lean Management, mengkaji dokumen dan rekod dan menganalisis prestasi organisasi hasil dari amalan yang dilaksanakan. Laporan interim hasil daripada keputusan penilaian tersebut kemudian dikemukakan kepada pihak pengurusan organisasi.

    Keputusan untuk memberikan pengiktirafan kepada organisasi adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengesyoran Sijil Amalan Terbaik SIRIM. Organisasi perlu menunjukkan pencapaian prestasi dan memperolehi skor minimum yang ditetapkan. Organisasi yang memperolehi skor minimum ke atas akan dianugerahkan Sijil Pengiktirafan semasa Majlis Malam SIRIM dan Industri yang berprestij.

    PENGENALAN LEAN MANAGEMENTPendekatan untuk mengurus sebuah organisasi yang menyokong konsep lean. Ini termasuk penambahbaikan yang berterusan, pendekatan kerja yang sistematik jangka panjang yang bertujuan untuk mencapai perubahan kecil yang berkesan dalam proses-proses, untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti.

    Lean bermaksud mewujudkan nilai yang tinggi untuk pelanggan-pelanggan dengan sumber-sumber yang sedikit. Organisasi yang mengamalkan lean memahami nilai ke atas pelanggan dan akan lebih fokus kepada proses-proses yang penting dan menambahbaik secara berterusan. Matlamat utama adalah untuk memberikan nilai terbaik kepada pelanggan melalui proses penciptaan nilai yang sempurna dengan pembaziran sifar dan kos yang efisyen.

    MENGAPA LEAN MANAGEMENTLean Management adalah satu cara yang lebih baik untuk berurusan dengan pertumbuhan ekonomi yang rendah, yang sedang kita hadapi atau akan kita hadapi di masa-masa akan datang. Penambahbaikan terhadap proses-proses yang perlu dalam sesebuah organisasi akan membuahkan hasil. Penambahbaikan juga perlu untuk menjaga kepentingan pemegang taruh sesebuah organisasi. Hasil Lean Management akan menjadi sedikit dan lambat jika pemimpin gagal untuk mengiktiraf Lean sebagai penyelesaian kepada masalah aliran maklumat, yang mana akan memberi kesan terhadap memperbaiki kesejahteraan anggota kerja dalam organisasi.

    Untuk mebolehkan sesebuah organisasi meraih faedah daripada Lean, pemimpinnya perlu mengakui bahawa segala proses pekerjaan boleh diperbaiki, dan tiada siapa yang terkecuali daripada usaha penambahbaikan. Organisasi di mana setiap orang menambahbaik kesemua proses kerja mereka untuk menefaat bersama, merupakan salah satu organisasi yang berkembang dan akan terus maju dan berjaya untuk jangka panjang.

    OBJEKTIF LEAN MANAGEMENT• Mengurangkan penghasilan sisa di sebabkan pergerakan,

    pengeluaran berlebihan, pengangkutan, inventori, masa menunggu dan kecacatan

    • Mengurangkan paras inventori• Mengurangkan masa pengeluaran atau kitaran masa

    perkhidmatan• Mengoptimumkan penggunaan buruh dan meningkatkan

    keupayaan

    FAEDAH MENGAMALKAN LEAN MANAGEMENT• Peningkatan keuntungan• Aliran tunai yang lebih kukuh• Mengurangkan kos operasi• Meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan dan Keselamatan• Fleksibiliti perniagaan yang lebih baik• Perkembangan bakat• pengurangan bahaya alam sekitar• Peningkatan kepuasan pelanggan

    PROGRAM SKIM PENGIKTIRAFAN LEAN MANAGEMENTProgram ini menyediakan perkhidmatan perundingan kepada PKS yang terlibat dalam membangun dan mendokumen, melaksana dan menyelenggara sistem Lean Management. Menjelang berakhirnya program, PKS akan dinilai dari sudut pelaksanaan dan kejayaan Lean Management yang dibangunkan. Tindakan susulan akan dijalankan mengikut kesesuaian.

    METODOLOGIProgram ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:• Analisis jurang bagi menilai perbezaan pelaksanaan/

    amalan semasa dengan keperluan program-program untuk membangunkan sistem untuk Sijil/Pengiktirafan, juga untuk mengetahui kesediaan PKS menerima tugas-tugas yang diberikan bagi mengelakkan penarikan diri semasa projek berjalan.

    • Perkhidmatan perundingan dengan kakitangan terbabit yang terlibat dalam proses-proses dan untuk pembangunan program Lean Management. Ini termasuk pra-penilaian untuk memastikan kesediaan dan pelaksanaan sistem sebelum penilaian sebenar.

    • Latihan/penerangan mengenai keperluan berkaitan Lean Management berdasarkan Standard SIRIM 12: 2017, serta bengkel pelaksanaan Lean Management.

    • Perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai isu-isu yang timbul sepanjang perkhidmatan perundingan.

    JANGKAAN HASILHasil yang dijangkakan dari program ini adalah:1. 5 hingga 10% peningkatan produktiviti2. 5 hingga 10% pengurangan pembaziran3. 5 hingga 10% pengurangan inventori4. Mengekalkan dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan

    pada 80%

    GERAN SIRIM-FRAUNHOFER

    TujuanUntuk meningkatkan produktiviti PKS dengan menembusi dan meningkatkan teknologi dalam sektor perkilangan menggunakan pendekatan Jerman bagi meningkatkan produktiviti PKS melalui inovasi teknologi.

    Bantuan KerajaanPemberian geran kepada PKS dengan prinsip 80:20; di mana 80% daripada nilai projek dibiayai kerajaan dan 20% adalah komitmen PKS terlibat.

    KELAYAKAN UNTUK PROGRAM• Kategori PKS.

    1. Syarikat-syarikat dengan jumlah jualan yang tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

    2. PKS mestilah entiti-entiti yang berdaftar dengan SSM atau lain-lain badan yang setaraf.

    • Syarikat milik Malaysia• Sektor pengilangan• Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun• Sukarela - bersedia untuk diaudit, komited dalam program-

    program susulan sanggup melakukan pelaburan kewangan 20% daripada nilai projek

  • Bil PerkaraBil

    Hari Kerja

    RM/hariTermasuk SST

    Geran (80%)

    Komitmen PKS (20%)

    A. LATIHAN DAN BENGKEL

    1A Kefahaman konsep Lean Management dan alat-alat lean

    2 5,724 1,145

    2A Kefahaman Keperluan Lean Management – keperluan untuk aktiviti penting (SIRIM 12:2017)

    1 2,862 572

    Jumlah A 3 8,586 1,717

    B. PERUNDINGAN DAN BIMBINGAN

    1B Bengkel• Hoshin kanri• VSM• Mengenalpasti Muda, Mura,

    Muri• Kawalan visual (me de miru

    kanri)• Mengenalpasti, pemilihan

    dan pelaksanaan projek dan alat-alat lean

    1 2,120 424

    2B Perundingan• Penggunaan alat-alat lean• Pelaksanaan Hoshin kanri• Pembangunan prosedur

    operasi (SOP)• Pelaksanaan dan

    pemantauan Projek• Pra-penilaian

    7 14,840 2,968

    3B Penilaian pelaksanaan 2 4,454 891

    Jumlah B 10 21,414 4,283

    Jumlah keseluruhan A + B 14 30,000 6,000

    PROGRAMKOS PROJEK

    RMKOMITMEN PKS (20%)

    RM

    Lean Management 37,500 7,500

  • SKIM PENGIKTIRAFAN AMALAN TERBAIK SIRIM: TOTAL PRODUCTIVE MAINTENANCE (TPM)

    Mengiktiraf Organisasi Malaysia dengan Amalan Ter-baik (Program Pembiayaan Geran SIRIM-Fraunhofer)

    PENGENALAN SKIM Skim pengiktirafan SIRIM dianjurkan oleh SIRIM STS dan ia bertujuan untuk mengiktiraf organisasi Malaysia dengan amalan-amalan terbaik dalam bidang tertentu. Total Productive Maintenance (TPM) adalah salah satu bidang tumpuan yang diberikan pengiktirafan. Pengiktirafan diberikan kepada organisasi yang mempunyai rekod pencapaian dalam menterjemahkan strategi kepada tindakan dan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi. Skim Pengiktirafan TPM ini ditawarkan kepada organisasi dari semua sektor.

    Organisasi yang mengikuti skim ini akan dinilai dari sudut amalan terbaik TPM mereka berdasarkan Standard SIRIM (SIRIM 19:2017 – Requirements for implementing Total Productive Maintenance). Pasukan penilai yang terlatih dan profesional dengan latarbelakang, kepakaran dan pengalaman yang luas akan membuat penilaian terhadap amalan TPM, mengkaji dokumen dan rekod dan menganalisis prestasi organisasi hasil dari amalan yang dilaksanakan. Laporan interim hasil daripada keputusan penilaian tersebut kemudian dikemukakan kepada pihak pengurusan organisasi.

    Keputusan untuk memberikan pengiktirafan kepada organisasi adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengesyoran Sijil Amalan Terbaik SIRIM. Organisasi perlu menunjukkan pencapaian prestasi dan memperolehi skor minimum yang ditetapkan. Organisasi yang memperolehi skor minimum ke atas akan dianugerahkan Sijil Pengiktirafan semasa Majlis Malam SIRIM dan Industri yang berprestij.

    PENGENALAN TOTAL PRODUCTIVE MAINTENANCETPM merupakan satu program penyelenggaraan yang melibatkan satu konsep yang baru untuk menyelenggara kilang dan peralatan. Matlamat program TPM adalah untuk meningkatkan pengeluaran dengan memastikan penyelenggaraan tidak berjadual dan kecemasan pada tahap minimum, pada masa yang sama, meningkatkan kepuasan pelanggan dan moral pekerja.

    TPM berasal dari Jepun pada tahun 1971 dari Japanese Institute of Plant Maintenance (JIPM) diikuti beberapa dekad-dekad pembangunan di beberapa syarikat besar. Sejak itu TPM telah berkembang dengan ketara untuk membentuk pendekatan berstruktur dengan menggunakan set lengkap alat-alat dan teknik-teknik untuk menghindarkan kerugian organisasi dan sepanjang aliran nilai (value stream).

    MENGAPA TPMTPM menjadikan fokus terhadap penyelenggaraan sebagai sebahagian penting perniagaan. ‘Downtime’ penyelenggaraan diambilkira dalam jaduan pengeluaran, dan dalam banyak kes, menjadi sebahagian daripada proses pengeluaran. TPM melibatkan operator pengeluaran dalam proses penyelenggaraan dan meletakkan penekanan terhadap memperkasa operator pengeluaran untuk membantu mengekalkan peralatan dan jentera mereka. Ini melenyapkan konsep “saya (operator pengeluaran) melaksakan kerja, dan anda (Jabatan Penyelenggaraan) membetulkan kerosakan”. Keadaan ini meletakkan orang-orang yang paling rapat dengan mesin yang bertanggungjawab ke atas penjagaannya. Oleh itu, TPM adalah satu pendekatan yang berkesan dalam meningkatkan produktiviti dengan meningkatkan up-time, mengurangkan cycletime dan menghapuskan kecacatan.

    OBJEKTIF TPM• Untuk memaksimumkan Overall Equipment Effectiveness (OEE)

    dalam merealisasikan matlamat kerosakan sifar, kemalangan sifar dan kecacatan sifar

    • Untuk mempertingkatkan kemampuan penyelenggaraan peralatan dan jentera dan memanjangkan hayatnya

    • Untuk menjadikan peralatan dan mesin lebih mudah diselenggara, contohnya mudah untuk melincirkan dan membersih

    • Untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran pekerja dalam penyelenggaraan.

    FAEDAH MENGAMALKAN TPM• Meningkatkan produktiviti dan kecekapan kilang secara

    keseluruhan • Pengurangan aduan pelanggan• Pengurangan dalam kos pengilangan (dengan mencapai kos life

    cycle pengeluaran, peralatan dan mesin yang optimum) • Peningkatan penglibatan pekerja dan pemerkasaan dalam sistem

    penyelenggaraan

    PROGRAM SKIM PENGIKTIRAFAN TOTAL PRODUCTIVE MAINTENANCEProgram ini menyediakan perkhidmatan perundingan kepada PKS yang terlibat dalam membangun dan mendokumen, melaksana dan menyelenggara sistem TPM. Menjelang berakhirnya program, PKS akan dinilai dari sudut pelaksanaan dan kejayaan TPM yang dibangunkan. Tindakan susulan akan dijalankan mengikut kesesuaian.

    METODOLOGIProgram ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:• Analisis jurang bagi menilai perbezaan pelaksanaan/amalan semasa

    dengan keperluan program-program untuk membangunkan sistem untuk Sijil/Pengiktirafan, juga untuk mengetahui kesediaan PKS menerima tugas-tugas yang diberikan bagi mengelakkan penarikan diri semasa projek berjalan.

    • Perkhidmatan perundingan dengan kakitangan terbabit yang terlibat dalam proses-proses dan untuk pembangunan program TPM. Ini termasuk pra-penilaian untuk memastikan kesediaan dan pelaksanaan sistem sebelum penilaian sebenar.

    • Latihan/penerangan mengenai keperluan berkaitan TPM berdasarkan Standard SIRIM 19: 2017, serta bengkel pelaksanaan TPM.

    • Perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai isu-isu yang timbul sepanjang perkhidmatan perundingan.

    JANGKAAN HASILHasil yang dijangkakan dari program ini adalah:1. 5 hingga 10% peningkatan produktiviti2. 5 hingga 10% pengurangan masa down-time3. Mengekalkan dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan pada

    80%4. Pemerkasaan pekerja dalam penyelenggaraan

    GERAN SIRIM-FRAUNHOFER

    TujuanUntuk meningkatkan produktiviti PKS dengan menembusi dan meningkatkan teknologi dalam sektor perkilangan menggunakan pendekatan Jerman bagi meningkatkan produktiviti PKS melalui inovasi teknologi.

    Bantuan KerajaanPemberian geran kepada PKS dengan prinsip 80:20; di mana 80% daripada nilai projek dibiayai kerajaan dan 20% adalah komitmen PKS terlibat.

    KELAYAKAN UNTUK PROGRAM• Kategori PKS.

    1. Syarikat-syarikat dengan jumlah jualan yang tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

    2. PKS mestilah entiti-entiti yang berdaftar dengan SSM atau lain-lain badan yang setaraf.

    • Syarikat milik Malaysia• Sektor pengilangan• Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun• Sukarela - bersedia untuk diaudit, komited dalam program-

    program susulan sanggup melakukan pelaburan kewangan 20% daripada nilai projek

  • PROGRAMKOS PROJEK

    RMKOMITMEN PKS (20%)

    RM

    Total Productive Maintenance 37,500 7,500

    SKIM PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN2a.pdfSKIM PENGIKTIRAFAN G5SSKIM PENGIKTIRAFAN InovasiSKIM PENGIKTIRAFAN LMSKIM PENGIKTIRAFAN TPMa