ucapan ketua kampung mesyuarat pibg 2014

3
Assalamualaikum w.b.t, Bismillahirahmanirrahim, Yang Berusaha saudara Pengacara Majlis, Yang Berusaha Pn. Norizan bt. Osman, Guru Besar SK Kuala Gula, Yang Berusaha Pengerusi PIBG, Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kuala Gula, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana atas limpah dan hidayahnya. pada hari ini, kita dapat bersama- sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Gula Kali Ke - 24 untuk tahun 2014. Terima kasih kepada seluruh warga SK Kuala Gula dan penduduk Kuala Gula atas sambutan yang diberikan pada hari ini. Tuan - Tuan dan Puan - Puan sekalian, Bagi menjamin hasrat dan impian untuk membina sebuah kegemilangan tamadun, tidak ada jalan lain selain gembelingan tenaga dan kualiti generasi muda. Ia harus digilap supaya mereka berpendidikan, berjiwa besar dan bercita-cita tinggi, generasi yang celik sejarah bangsa, berdaya tahan dan berdaya saing, serta benar-benar faham wawasan negara. generasi masa kini tidak kira bangsa harus faham tentang agama dan tidak tenggelam di dalam arus kebendaan. Untuk merealisasikan hasrat kerajaan, maka semua pihak harus memainkan peranan dan memberi pendidikan sempurna dan secukupnya kepada para pelajar sebagai generasi masa hadapan. Para pelajar harus dididik dengan segala kemahiran dan disemai keperibadian akhlak mulia. Segala bentuk disiplin yang membina keterampilan hendaklah digarap dalam pemikiran muda. Jika semua ini dilakukan, maka akan muncul satu tamadun yang harmoni intelek dan peribadi. Tuan - Tuan dan Puan - Puan sekalian,

Upload: rashida-osman

Post on 25-Dec-2015

317 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

contoh ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Ketua Kampung Mesyuarat PIBG 2014

Assalamualaikum w.b.t, Bismillahirahmanirrahim,

Yang Berusaha saudara Pengacara Majlis, Yang Berusaha Pn. Norizan bt. Osman, Guru Besar SK Kuala Gula, Yang Berusaha Pengerusi PIBG, Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kuala Gula, guru-guru, tuan-tuan  dan  puan-puan  yang  saya hormati.

Alhamdulillah,  bersyukur  saya  ke  hadrat  ilahi kerana  atas limpah dan hidayahnya.  pada hari ini, kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Gula Kali Ke - 24 untuk tahun 2014. Terima  kasih  kepada  seluruh  warga SK Kuala Gula dan penduduk Kuala Gula atas sambutan yang diberikan pada  hari ini. 

Tuan - Tuan dan Puan - Puan sekalian,

Bagi  menjamin  hasrat  dan impian untuk membina sebuah kegemilangan tamadun, tidak ada jalan lain selain gembelingan tenaga dan kualiti generasi muda. Ia harus digilap supaya mereka berpendidikan, berjiwa besar dan bercita-cita tinggi, generasi  yang celik sejarah bangsa,  berdaya tahan dan  berdaya  saing,  serta  benar-benar  faham wawasan  negara.  generasi  masa  kini  tidak  kira bangsa  harus  faham  tentang  agama  dan  tidak tenggelam di dalam arus kebendaan.

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan,  maka semua pihak  harus  memainkan  peranan  dan  memberi pendidikan  sempurna  dan  secukupnya  kepada  para pelajar sebagai generasi masa hadapan. Para pelajar harus dididik dengan segala kemahiran dan disemai keperibadian akhlak mulia. Segala  bentuk  disiplin  yang  membina  keterampilan hendaklah digarap dalam pemikiran muda.  Jika semua ini  dilakukan,  maka akan muncul satu tamadun yang harmoni intelek dan peribadi.

Tuan - Tuan dan Puan - Puan sekalian,

Adalah tanggungjawab kita untuk melaksanakan tugas dan amanah  untuk terus  membina  sebuah perhubungan yang baik dengan pihak sekolah melalui  hubungan erat  antara  PIBG  dan  sekolah.

Maka  adalah  lebih  mudah  untuk  melaksanakan  pelbagai  program  untuk  kebaikan  para  pelajar sekaligus  meningkatkan  prestasi  dan kecemerlangan sekolah. Pihak  sekolah  juga  seharusnya  sentiasa  bersama - sama  dengan  PIBG  bergerak  seiring  dengan merancang  dan 

Page 2: Ucapan Ketua Kampung Mesyuarat PIBG 2014

melaksanakan  program  kebajikan, membantu keperluan pelajar yang berpotensi tinggi untuk  berjaya  dan  memastikan  segala  keperluan yang tidak  dapat  diselesaikan oleh pihak sekolah dibantu dan dapat diselesaikan melalui saluran PIBG. Saya percaya, tidak ada jalan mudah untuk mencapai sesebuah kejayaan kecuali  dengan kerja keras dan kerjasama semua pihak.

Pihak PIBG juga harus memperkukuhkan  dan memantapkan  lagi  kepimpinan dan pengurusan organisasinya dari masa  ke  semasa,  membentuk jawatankuasa perlaksanaan yang boleh melibatkan ramai  ibu  bapa,  untuk  bersama-sama  dengan  pihak sekolah  menggerakkan  aktiviti  murid-murid sekolah.

Selain  itu, PIBG juga  boleh  dijadikan forum perbincangan  di  antara  ibu  bapa  dengan  guru mengenai  kemajuan  murid, keperluan pembelajaran dan  menjaga  imej  sekolah,  menaikkan  taraf pencapaian murid,  membantu menambah kewangan sekolah dan membantu  pihak  sekolah  bukan hanya cuba mencari kesalahan pihak sekolah dan sebagainya.

Harapan saya agar sokongan padu harus ibu bapa beri kepada pihak sekolah terutama guru –guru supaya  segala perancangan  dan  pelaksanakan  setiap  program dapat memberi  faedah kepada murid dan PIBG agar dapat terus dijayakan dengan cemerlang disamping menggalakkan lagi penyertaan ibu bapa dalam setiap program yang dirancang terutama program keagamaan.

Tuan - Tuan dan Puan - Puan sekalian,

Saya berharap segala usaha yang dirancang akan  dapat dilaksanakan  dengan  jayanya. Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua AJK PIBG, guru – guru dan ibu bapa.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Gula Kali Ke 24.

Sekian, Terima kasih.