ucapan hari anugerah cemerlang sekolah 2007

11
c UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH Yang Saya Hormati Pn.Pengacara Majlis, Yang dihormati ………………………………………… Yang DiPertua Persatuan Ibubapa Dan Guru Sekolah Kebangsan Pendidikan Khas Kuantan. Tuan- tuan dan Puan-puan , Guru-guru rakan seperjuangan seterusnya anak-anak yang dikasihin sekelian. Assalamualaikum Warahmatullahitaala wabarakatuh. Syukur Alhamdulillah / kita diberi kesempatan untuk bersama pada pagi ini / untuk sama-sama meraikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Pendidikan Khas Kuantan.

Upload: muhdnazri

Post on 20-Jun-2015

1.036 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah 2007

c

UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH

Yang Saya Hormati Pn.Pengacara Majlis,

Yang dihormati …………………………………………

Yang DiPertua Persatuan Ibubapa Dan Guru Sekolah Kebangsan Pendidikan Khas Kuantan. Tuan-tuan dan Puan-puan , Guru-guru rakan seperjuangan seterusnya anak-anak yang dikasihin sekelian.

Assalamualaikum Warahmatullahitaala wabarakatuh.

Syukur Alhamdulillah / kita diberi kesempatan untuk bersama pada pagi ini / untuk sama-sama meraikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Pendidikan Khas Kuantan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian,

Terlebih dahulu ingin saya sampaikan salam dari Guru Besar,Pn.Hjh.Naemah / kerana tidak dapat bersama kita pada hari ini./ Beliau sedang berkursus di IAB (Genting Highland) selama 2 minggu.

Page 2: Ucapan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah 2007

Tuan-tuan dan puan-puan ,

Setiap penghujung tahun, majlis anugerah cemerlang pasti menjelang / yang cemerlang akan membawa pulang habuan setelah penat berjuang untuk mencapai kecemerlangan. / Syabas kepada yang berjaya./ cuba lagi kepada yang kurang memuaskan.

Pada hari ini jugalah / tuan-tuan dan puan-puan ingin tahu sedikit sebanyak / program-program dan laporan sekolah sepanjang tahun ini.

Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan ketahui / sekolah ini telah menjalankan pelbagai program / untuk memberi ilmu dan pendidikan / sebaik mungkin kepada anak-anak di sekolah ini.Selain daripada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas / guru-guru mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR /Murid-murid tahun 4 & 5 pula akan diajar melalui program mentor-mentee /Semua guru terlibat dalam program ini. Kelas ini berjalan dari hari Isnin hingga Khamis / dan di ikuti dengan aktiviti kokurikulum./ Pada sebelah malamnya pula / anak-anak yang tinggal di asrama akan mengikuti program asrama /

Page 3: Ucapan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah 2007

yang juga merupakan program akademik / bagi membantu pelajaran anak-anak ini.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan / pihak sekolah juga telah menjemput / guru-guru pakar dari sekolah arus perdana untuk memberi tip-tips dan teknik-teknik terkini bagi membantu guru dan murid kita.Selain dari itu pihak Jabatan Pendidikan Khas juga mengadakan berbagai program kecemerlangan akademik di peringkat Jabatan sendiri / dalam membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan murid-murid pendidikan khas kita.

Dalam bidang kokurikulum pula / murid-murid kita tidak ketinggalan dan sering mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan. Contohnya olahraga / tilawah dan pertandingan bercerita. Semalam murid kita baru saja pulang dari camping / yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Khas sendiri.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

Sepanjang tahun 2007 ini beberapa kejayaan telah sekolah perolehi / antaranya; 1: Berjaya mendapat Johan dalam

………………………………………………..

Page 4: Ucapan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah 2007

2. Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Servival Kids (peringkat negeri)

3. ………………………………………………….

Harapan kita agar/ program-program ini dapat membantu anak-anak kita / ke arah pendidikan yang lebih cemerlang.

Jika kita lihat pencapaian UPSR pada tahun 2005 ia itu dengan kelulusan 11.6% tetapi pada tahun lepas / kita mendapat kelulusan 0% . Walaupun begitu kita mencapai peningkatan yang baik dalam mata pelajaran/ contohnya B.Inggeris sebanyak ………%Dan matematik mencapai hingga 61%.Yang menjadi penghalangnya adalah / pelajaran penulisan yang memang kita tahu murid kita tidak mempunyai bahasa./ Insyaalah pihak sekolah akan cuba / mencari jalan dengan program-program yang lebih strategic dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan semasa anak-anak bersama tuan-puan.

Semoga pencapaian UPSR pada tahun ini mencapai kejayaan seperti yang kita harapkan./ sama-samalah kita berdoa.

Page 5: Ucapan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah 2007

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian,

Saya faham dan akur akan kekangan masa / dan jarak tempat tinggal tuan-puan dengan sekolah / tetapi saya juga guru-guru sekolah ini memohon agar setiap kali tuan-puan berpeluang bertemu dengan guru-guru / ambillah peluang dan kesempatan begini untuk bertemu dengan guru / Bertanya kabar mengenai pelajaran dan masalah anak-anak / supaya kita lebih memahami dan dapat membantu mereka terutama dalam pelajaran mereka.

Semoga tahun 2008 nanti akan memberi kejayaan dan kecemerlangan yang berganda dengan adanya bantuan dari pihak ibubapa semua.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan sekelian pada tahun 2008 kita tidak ada calon UPSR / Ini disebabkan murid tahun 5 sekarang yang mengikuti PPSMI atau(ETeMs) akan berada di tahun 6 rendah dan mereka hanya akan menduduki UPSR pada tahun 2009 nanti.

Page 6: Ucapan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah 2007

Tuan-tuan sekelian:

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini / untuk menyampaikan beberapa perkara / yang penting perlua tuan-tuan dan puan-puan ambil perhatian:Pertama: Berkenaan yuran sekolah:

Sebagaimana yang telah diumumkan bahawa yuran sekolah telah dimansuhkan / tetapi bayaran-bayaran lain masih ada dan perlu dijelaskan.

Kedua: Berkenaan dengan pakaian sukan atau P.J/

Harap sangatlah jika seluar anak-anak ini telah koyak atau dalam keadaan yang tidak boleh dipakai lagi / Pihak sekolah mohon supaya dapat dibeli yang baru./ Tuan-tuan boleh beli di mana-mana kedai asalkan seluar itu bewarna biru gelap dan baju t berkolar.

Satu perkara lagi ye/ tuan-tuan dan puan-puan / sekiranya ada sumbangan baju atau seluar sukan dari mana-mana ejensi pihak sekolah berharap agar pakaian tersebut tidak disimpan di rumah / harap dapat di tinggalkan di asrama. / kerana jika ada sesuatu acara yang memerlukan anak-anak ini keluar/ bolehlah dipakai seragam.

Page 7: Ucapan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah 2007

Tuan-tuan dan Puan-puan.

Perkara yang ketiga ialah / berkenaan dengan pendaftaran murid asrama.

Pendaftaran murid asrama pada tahun 2008. Pihak sekolah telah mengambil keputusan bahawa / murid yang ingin mendaftar sebagai ahli asrama / tidak akan dibenarkan berulang seperti tahun ini. Maksudnya/ ibubapa tidak boleh lagi mengambil anak pada waktu petang / atau ambil anak pada hujung minggu. Anak boleh diambil / mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak asrama nanti.

Pihak sekolah akan merancang program-program asrama dengan lebih kemas lagi pada tahun hadapan dan murid-murid yang tinggal di asrama akan dapat mengikuti program dengan lebih berkesan dan teratur.

Semoga apa juga perancangan yang akan di buat nanti / berjalan dengan sempurna dan di redhai oleh Allah Subhanahuwataala. Hendaknya . Amin .

Dengan itu saya sudahi dengan wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Page 8: Ucapan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah 2007