ucapan hak ydp pibg 2014 baru edit

3
CADANGAN TEKS UCAPAN YDP PIBG SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NIRWANA 2014 م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل ا ه ل ل م ا س بTerima kasih Saudari/a Pengacara Majlis, 1. Yang Dihormati Tuan Hj Abd Hamid bin Hussain Pemangku Yang Dipertua (MPAJ) 2. Yang Berusaha Puan Maizan binti Hashim (GURU BESAR) 3. Yang Dihormati Dato’ Hj Mustapha bin Yaakub (NYDP PIBG) 4.Yang Dihormati Puan Aliza bt Mohamad Ngasari (GPK PENTADBIRAN) 5. Yang Dihormati Puan Norehan bt Rimin (GPK HEM) 6. En. Halidon b. Samsuri (GPK KO-KURIKULUM) 7. Yang Dihormati Puan Thevalatha Naidu a/p Thambirajah Penyelia Petang SK Taman Nirwana 8. Ahli jawatankuasa PIBG, ahli jawatankuasa pelaksana majlis, barisan guru- guru, ibu bapa dan murid-murid serta hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam satu lagi upacara penting iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang bagi tahun 2014. Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan, Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada para pelajar dan ibu bapa yang telah menunjukkan keintelektualan dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion peguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti baik dari segi akademik mahupun sahsiah. Semoga majlis yang amat bermakna ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sekolah dan PIBG dapat

Upload: ibney-mia

Post on 20-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ucapan ydp pibg

TRANSCRIPT

CADANGAN TEKS UCAPAN YDP PIBG SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NIRWANA 2014

Terima kasih Saudari/a Pengacara Majlis,1. Yang Dihormati Tuan Hj Abd Hamid bin Hussain Pemangku Yang Dipertua (MPAJ)2. Yang Berusaha Puan Maizan binti Hashim (GURU BESAR) 3. Yang Dihormati Dato Hj Mustapha bin Yaakub (NYDP PIBG)4.Yang Dihormati Puan Aliza bt Mohamad Ngasari (GPK PENTADBIRAN)5. Yang Dihormati Puan Norehan bt Rimin (GPK HEM) 6. En. Halidon b. Samsuri (GPK KO-KURIKULUM)7. Yang Dihormati Puan Thevalatha Naidu a/p ThambirajahPenyelia Petang SK Taman Nirwana8. Ahli jawatankuasa PIBG, ahli jawatankuasa pelaksana majlis, barisan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid serta hadirin yang dihormati sekalian.Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam satu lagi upacara penting iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampangbagi tahun 2014.Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada para pelajar dan ibu bapa yang telah menunjukkan keintelektualan dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion peguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti baik dari segi akademik mahupun sahsiah.Semoga majlis yang amat bermakna ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan gemilang dan terbilang.Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sekolah dan PIBG dapat bekerjasama mendepani segala cabaran dan permasalahan yang timbul.Pihak sekolah dan ibu bapa, sebaik-baiknya wujudkan suasana kolaboratif dengan sentiasa berbincang. Hindarkan sebarang perbalahan kerana ini tidak menguntungkan, malah merugikan semua pihak.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,Memandangkan pendidikan mampu menyuburkan kualiti kehidupan dan bersifat dinamik, guru-guru perlu mewujudkan tanggapan yang positif terhadap diri dan kerjayanya.Perkara ini penting kerana masyarakat akan membuat tanggapan terhadap guru berasaskan cara mereka berfikir, berpakaian, bercakap dan berinteraksi dengan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.Ibu bapa dan masyarakat pula, hendaklah

bersifat rasional dan jangan cepat melatah menyalahkan pihak sekolah apabila timbul sesuatu masalah, terutama berkaitan masalah disiplin anak-anak. Saya percaya, Tuan Guru Besar merupakan seorang individu yang bertanggungjawab dan mahukan sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan baik serta kondusif.Cuma kadangkala masalah disiplin berlaku tanpa disangka dan sebagai ibu bapa, keikhlasan Tuan Guru Besar mengurus sekolah perlu dilihat secara positif.

Kita juga patut sedar, sistem pendidikan masa kini memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa, memenuhi tuntutan zaman dan lingkungan. Walau bagaimanpun, kita mungkin perlu mengimbau sejenak dan menginsafi betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysia dengan menikmati pelbagai peluang pendidikan ditawarkan. Apa yang paling penting adalah kesungguhan dan keinginan kita mengejar setinggi mana pencapaian yang dikehendaki.Kita juga perlu membuat persiapan bagi menghadapi pelbagai cabaran yang sudah tentu tidak sama lagi dengan yang ada pada masa semalam,hari ini dan mungkin juga esok hari. Menginsafi hakikat ini, maka tidak syak lagi bahawa sistem pendidikan itu sebenarnya menuntut kita untuk sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu dan tekad yang baru pada setiap masa.

Oleh hal yang demikian tuan-tuan dan puan-puan, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada ibu bapa agar senantiasa merebut peluang sebarang yang ada.Saya menyarankan para pelajar, guru-guru malahan ibu bapa sentiasa memberi nilai tambah kepada diri dengan terus belajar dan menambah ilmu supaya kita semua akan terus relevan dengan perubahan serta peredaran zaman. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa pendidikan yang mengutamakan aspek akademik semata-mata akan menyebabkan lahirnya generasi yang pintar tetapi tidak mampu menonjolkan kebestariannya dalam tindakan atau

membuat keputusan.Oleh itu, aspek kemanusiaan tidak seharusnya diketepikan kerana melaluinya terdapat beberapa pertimbangan atau budi bicara bagi membolehkan pembentukan sahsiah yang seimbang.Lantaran itu, golongan pendidik, ibu bapa dan masyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskinikan pengetahuan sedia ada sambil meneruskan usaha untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berakhlak mulia, berhemah tinggi, dan disegani pada peringkat global. Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,Sempena Majlis Hari Anugerah SK Taman Nirwana ini, saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga SK Taman Nirwana, PIBG, ibu bapa dan para pelajar cemerlang kerana komited sehingga dapat menjayakan program sekolah. Saya selaku perasmi akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada pihak sekolah untuk melahirkan modal insan gemilang dan terbilang.Akhir kata kepada Tuan Guru Besar, Yang Dipertua dan ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, guru-guru dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini saya ucapkan terima kasih, kerana sesungguhnya perpaduan dapat dibentuk melalui majlis seperti ini. Sehubungan itu saya sekian kalinya berdoa semoga sekolah ini akan terus mencapai kejayaan seperti mana yang mereka hajati dalam masa yang terdekat ini.Sekian, wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.Terima kasih.