ucapan dasar 20090416 - sabah.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ......

30
UCAPAN DASAR KERAJAAN OLEH TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI TUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMADSHAH BIN ABDULLAH SEMPENA PEMBUKAAN RASMI PENGGAL KEDUA PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH YANG KETIGA BELAS PADA 16 APRIL 2009

Upload: vuonganh

Post on 11-Mar-2018

243 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

UCAPAN DASAR KERAJAAN

OLEH

TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERITUN DATUK SERI PANGLIMA

HAJI AHMADSHAH BIN ABDULLAH

SEMPENA

PEMBUKAAN RASMI PENGGAL KEDUAPERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH

YANG KETIGA BELAS

PADA

16 APRIL 2009

Page 2: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

TUAN YANG TERUTAMATUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMADSHAH BIN ABDULLAH

YANG DI-PERTUA NEGERI SABAHS.M.N., D.M.K., S.P.D.K., D.P., P.G.D.K., A.S.D.K., K.M.N., J.P.

Page 3: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

YANG AMAT BERBAHAGIATOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA

HAJAH DAYANG MASUYAH BINTI AWANG JAPARS.P.D.K.

Page 4: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

1

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadratAllah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka dapatlahkita berhimpun dalam Dewan yang mulia ini untuk mengadakanPersidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ke-13ini.

2. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniahkepada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh YAB Ketua Menteri yangjuga Menteri Kewangan kerana berjaya memantapkan kedudukankewangan Kerajaan Negeri. Pada tahun 2008 pungutan hasil negeritelah mencatatkan sebanyak RM3.34 bilion dan berupayamengukuhkan simpanan negeri. Pencapaian ke atas kedudukankewangan negeri yang sihat ini adalah manifestasi terhadap usahaKerajaan Negeri selama ini yang memikul amanah untuk membawakemajuan demi kesejahteraan rakyat.

3. Dengan dasar bajet defisit Negeri hampir RM2.8 bilion padatahun 2009 serta penyediaan peruntukan Persekutuan di bawahSabah Development Corridor, bersama peruntukan khas RM1 bilionbagi negeri Sabah dan juga pakej rangsangan di bawah RM60 bilionyang diumumkan pada 10 Mac 2009, pembangunan dalam pelbagaibidang di Sabah dijangka akan menerima lonjakan yang amat ketaradan membuat sumbangan yang bermakna kepada keadaan ekonomisekarang ini. Saya yakin Kerajaan Negeri akan terus dapat membawakemakmuran dan meningkatkan kualiti hidup rakyat, terutamanyabagi rakyat di luar bandar yang saling dikaitkan dengan kemiskinan.Ini terbukti apabila Kerajaan Negeri menyediakan RM50 juta dalambulan Januari tahun ini untuk membantu para pekebun kecil sawituntuk menangani kejatuhan harga buah sawit.

Tuan Speaker,

4. Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan syabas

Page 5: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

2

kepada Kabinet Negeri dan Anggota Perkhidmatan Awam di bawahpimpinan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Amanyang telah berjaya memperoleh peruntukan yang besar daripadaKerajaan Persekutuan untuk mempertingkatkan pembangunan dinegeri Sabah.

5. Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya ingin menyampaikanucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telahmeluluskan RM2.37 bilion untuk Koridor Pembangunan Sabah(SDC) bagi tahun ini dan tahun hadapan dan peruntukan khassebanyak RM1 bilion untuk projek-projek pembangunan kritikal diSabah. Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri telah punmenerima sebahagian besar daripada peruntukan berkenaan dansebilangan besar daripada projek-projek tersebut telah pun muladilaksanakan. Sukacita dimaklumkan ini adalah tambahanperuntukan kepada peruntukan yang diterima untuk RMK-9. Di bawahPakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua, KerajaanPersekutuan juga telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yangbesar untuk pembangunan luar bandar di Sabah dan ini termasuklahmenambah kemudahan elektrik dan bekalan air, pembinaan jalanraya-jalan raya, jambatan-jambatan, membangunkan lebih banyakpusat-pusat Giatmara, menaik taraf sekolah-sekolah, ProjekInfrastruktur Asas dan Projek Infrastruktur dan Ameniti Sosial.

6. Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh KerajaanPersekutuan untuk membangunkan negeri ini, kita perlu melipat-gandakan usaha untuk melaksanakan semua rancanganpembangunan yang diluluskan dengan efisien dan efektif, demikemakmuran dan kesejahteraan negeri kita yang tercinta ini.

EKONOMI NEGERI

7. Dengan keadaan ekonomi global yang tidak begitumenggalakkan, adalah agak sukar bagi kita meramalkan betapadalam dan meluas kesan krisis ini. Ramalan oleh IMF baru-baru inimenunjukkan pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 0.5% menurundaripada ramalan awal 2.2% untuk tahun 2009. Bagi Malaysia,dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama berjumlah RM7 biliondan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua berjumlah RM60 bilion yang

Page 6: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

3

diumumkan baru-baru ini, ekonomi Malaysia mengunjurkanpertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di antara negatif1% hingga 1% untuk tahun 2009.

8. Bagi ekonomi negeri, impak daripada keadaan ekonomi globalyang lembap adalah masih belum ketara kerana biasanyamengalami “lagged effect” seperti pada krisis-krisis yang lalu. Nilaiimbangan dagangan terkini untuk bulan Januari sehingga Novem-ber tahun 2008 masih menunjukkan imbangan dagangan yangmenggalakkan dengan nilai sebanyak RM17.2 bilion berbandingRM6.3 bilion berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2007.Walau bagaimanapun, jumlah nilai import dan eksport mulamenunjukkan pertumbuhan yang negatif dalam bulan Novembertahun 2008. Jumlah import telah jatuh sebanyak 23% manakalajumlah eksport jatuh sebanyak 7% dalam bulan November tahun2008 jika dibandingkan dengan bulan yang sama tahun 2007. Denganharga minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkunganRM1,800 ke RM2,000 bagi satu tan, jumlah eksport minyak sawitmentah dijangka tidak akan jatuh secara signifikan. Destinasi-destinasi eksport utama negeri Sabah seperti negara China dan In-dia masih meramalkan keadaan pertumbuhan ekonomi yang tinggiiaitu sebanyak 5% hingga 6% berbanding negara-negara maju lain.Tindakan India baru-baru ini yang menurunkan duti import ke atasminyak sawit mentah memberi petanda baik kepada eksport negeri.

9. Sepertimana yang dialami oleh negara-negara lain, pelaburandan penggunaan swasta adalah dijangka tidak akan menunjukkanpertumbuhan yang signifikan kerana pelabur-pelabur masihmengamalkan sikap “tunggu dan lihat”. Pakej rangsangan ekonomikedua dengan pelbagai insentif dan bantuan yang diberikan, akandapat membantu meningkatkan keyakinan para pelabur swasta.Pelaburan awam akan memainkan peranan yang penting danbertindak sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeripada tahun ini.

10. Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9%pada 11 bulan pertama tahun 2008, telah mula menunjukkanpenurunan dalam bulan November 2008. Indeks Harga Pengguna

Page 7: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

4

(CPI) pada bulan November 2008 telah menurun sebanyak 0.8%berbanding dengan bulan sebelumnya. Manakala bagi kondisipasaran buruh, negeri ini tidak mengalami keadaan yangmembimbangkan. Mengikut laporan Kementerian Sumber ManusiaMalaysia, pemberhentian kerja yang dilaporkan di negeri Sabahhanya berjumlah 323 pekerja setakat bulan Mac tahun 2009.

PENCAPAIAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-9)

11. Selaras dengan Misi Nasional, fokus pembangunan tahun 2009akan mempergiatkan lagi usaha-usaha yang sedang dijalankan sejakpermulaan RMK-9. Kerajaan akan meneruskan pembangunan tigasektor pertumbuhan iaitu sektor pertanian, pelancongan danpembuatan; menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahanasas ke arah merangsang perkembangan ekonomi dan sosial;melaksanakan program pembasmian kemiskinan, pembangunanwilayah, pembangunan sosial, pembangunan modal insan,pembangunan Sains dan Teknologi, Teknologi Maklumat danKomunikasi; perlindungan dan pemuliharaan sumber asli dan alamsekitar; keselamatan dan lain-lain.

12. Sebanyak 62% daripada peruntukan pembangunan biasa tahun2009 (RM4.35 bilion) adalah diagihkan kepada sektor ekonomi, diikuti28%, 7% dan 3% masing-masing untuk sektor sosial, sektorkeselamatan dan sektor pentadbiran.

13. Saya amat berbangga dengan pencapaian 3 tahun pertamaRMK-9. Jumlah perbelanjaan terkumpul bagi tempoh tahun 2006hingga tahun 2008 ialah RM11.9 bilion. Perbelanjaan pembangunantersebut dibiayai bersama oleh Kerajaan Persekutuan (84%) danKerajaan Negeri (16%).

14. Usaha gigih yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak yang terlibatdalam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan di negeriini telah berjaya membawa perubahan landscape sama ada di bandaratau luar bandar. Projek pembangunan ekonomi, infrastruktur,kemudahan awam dan sosial yang disediakan sepanjang tempohtahun 2006 hingga tahun 2008, nyata telah memberi keselesaandan peningkatan kualiti hidup rakyat jelata di negeri ini.

Page 8: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

5

15. Saya menyeru agar komitmen tersebut dapat diteruskan, keranaselain daripada peruntukan pembangunan biasa RMK-9, negeri initurut menerima peruntukan yang besar di bawah Peruntukan KhasFELDA, Peruntukan Khas RM1.0 bilion, Pakej Rangsangan EkonomiPertama dan Kedua untuk melaksanakan pelbagai program danprojek yang dapat menggiatkan pertumbuhan di pelbagai sektorsosioekonomi di negeri ini.

16. Di bawah Kajian Separuh Penggal RMK-9, peruntukan khasRM1.0 bilion adalah bertujuan bagi membiayai pelaksanaan projek-projek mesra rakyat yang amat diperlukan khususnya di kawasanluar bandar seperti projek peningkatan infrastruktur awam dankemudahan asas. Dalam hal ini, sejumlah RM275.00 juta telahdiperuntukkan untuk projek Bekalan Air Luar Bandar dan RM370.00juta pula diperuntukkan untuk projek menaik taraf infrastruktur jalandan juga projek Jalan Luar Bandar.

17. Dengan jumlah peruntukan sedemikian, sekali lagi sayamenyeru agar agensi-agensi pelaksana Kerajaan Negeri danPersekutuan yang berkenaan dapat meningkatkan kapasiti sistempenyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan efektif bagimemastikan pelaksanaan projek-projek di bawah RMK-9, PakejRangsangan Ekonomi dan Peruntukan Khas ini berjalan lancarmengikut jadual yang ditetapkan.

KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH

18. Sukacita saya ingin meyakinkan kepada rakyat bahawa KerajaanPersekutuan adalah serius dan komited dalam memastikanpelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah dijalankan dengan teraturdan seterusnya mencapai objektifnya. Pada tahun ini, KerajaanNegeri telah menerima peruntukan sejumlah RM560 juta daripadaKerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan projek-projek KoridorPembangunan Sabah sahaja.

19. Dengan Rang Undang-Undang SEDIA (Pihak BerkuasaPembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah) yang diluluskan padaawal tahun ini, SEDIA telah bersiap untuk memulakan operasi danbergerak sepenuhnya menggalakkan pelaburan dalam SDC dan juga

Page 9: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

6

untuk memastikan semua projek-projek biayaan Kerajaan akandilaksanakan dengan licin dan lancar. SEDIA akan memainkanperanan yang penting dalam memudahkan pelaksanaan projek-projek biayaan pihak Kerajaan dan pihak Swasta dalam SDC dengantujuan utama untuk merealisasikan visi yang telah termaktub dalamPelan Induk Koridor Pembangunan Negeri Sabah (SDC Blueprint).

Tuan Speaker,

SEKTOR PERTANIAN

20. Sektor pertanian dijangka kekal sebagai penyumbang utamakepada KDNK negeri Sabah iaitu kadar sumbangan sekitar 26-30%.Di bawah RMK-9, teras utama pembangunan sektor pertanian adalahmeningkatkan tahap pengeluaran makanan domestik bagimengurangkan kebergantungan import makanan serta menjadikanSabah sebagai negeri pengeluaran makanan negara.

21. Walau bagaimanapun, tempoh akhir RMK-9 semakin mencabardengan ekonomi dunia mengalami penyusutan momentumpertumbuhan dan dengan beberapa isu baru dalam landskapekonomi dunia iaitu kekurangan makanan di peringkat global. Bagimenangani masalah ini Kerajaan telah melaksanakan Dasar JaminanMakanan Negara termasuk mengujudkan simpanan stok beras,memastikan import makanan perlu yang mampan dan membukatanah baru dan meningkatkan kemudahan infrastruktur pengairanbagi meningkatkan pengeluaran makanan.

22. Berpandukan Dasar Pertanian Negeri Sabah Kedua dan DasarPertanian Negara Ketiga dan Pelan Induk Koridor PembangunanSabah, Kerajaan Negeri berkeyakinan penuh bagi mencapai sasarantersebut memandangkan penggunaan tanah dan laut belumdieksploitasikan sepenuhnya. Produktiviti sektor pertanian akandipertingkatkan dengan mengaplikasi teknologi dan mekanisasi baru.

23. Mengikut statistik terkini, Tahap Sara Diri Bahan Makanan NegeriSabah bagi komoditi makanan utama iaitu beras mencapai 27%,sayur-sayuran 60%, buah-buahan 89%, daging lembu 26%, dagingayam 98% manakala susu segar, ikan dan daging khinzir telahmelebihi 100%.

Page 10: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

7

24. Dalam usaha untuk meningkatkan tahap sara diri yang sediaada, Kerajaan akan terus membangun kawasan padi sedia adadaripada 40,800 hektar kepada 50,000 hektar. Jabatan PertanianSabah, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Lembaga PertubuhanPeladang adalah agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawabuntuk terus membangun kawasan tanaman padi yang sedia adaagar pengeluaran hasil dapat digandakan. Ini dilaksanakan melaluiprogram-program pembangunan tanaman padi termasuk bantuaninsentif pembajakan dan bantuan baja kepada pengusaha padisawah serta penambahbaikan infrastruktur pengairan dan saliran dikawasan sawah padi. Di samping itu, pengusaha padi huma (padibukit dan padi Kendinga) juga diberi insentif khas dalam bentuk baja,racun perosak dan peralatan.

25. Dalam menangani isu kekurangan tanah khususnya untukpengeluaran tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran secarabesar-besaran dan komersil Kerajaan telah menggunakanpendekatan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Denganpewujudan TKPM di bawah program Koridor Pembangunan Sabah(SDC), Kerajaan akan bertanggungjawab menyediakan infrastrukturasas, sementara lot-lot akan disewakan kepada para pengusaha.Projek perintis TKPM di Tawau dijangka bermula pada pertengahantahun ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pengeluaranmakanan bagi menampung keperluan negeri dan untuk eksport.Kerajaan juga akan menggalakkan penanaman tanaman jenis barudan produk-produk asli istimewa (Specialty Natural Products) yangbernilai tinggi seperti vanila, herba dan seumpamanya.

26. Bagi subsektor penternakan, usaha pembangunan akan terusditumpukan kepada pengeluaran komoditi daging lembu, kerbau,kambing, rusa dan susu segar secara perladangan komersil denganpenglibatan para penternak, Syarikat Milik Kerajaan (GovernmentLinked Company) dan swasta melalui program transformasi yangtelah diperkenalkan sejak tahun 2005. Di bawah projek KoridorPembangunan Sabah (SDC), tiga buah perladangan ternakan lembupedaging, lembu tenusu dan kambing yang berskala komersil akandibangunkan iaitu Keningau Integrated Livestock Centre di Sebrang,Keningau untuk menternak lembu tenusu, Nabawan LivestockIndustry Development (NLID) bagi menternak lembu pedaging dan

Page 11: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

8

kambing dan Projek Agropolitan-Ternakan Lembu Tenusu di KotaBelud. Ketiga-tiga projek ini akan melibatkan penyertaan golongansasar di luar bandar dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatandan taraf hidup mereka di samping meningkatkan keupayaanpengeluaran daging lembu dan kambing serta susu segar di negeriini.

27. Khazanah laut kita adalah sumber utama bahan makanantempatan. Jabatan Perikanan akan terus melaksanakantanggungjawabnya untuk memastikan penerokaan sumber-sumberperikanan diterokai secara mapan untuk menjadi industri perikanankekal sebagai sektor ekonomi dan pengeluaran bahan makananpenting yang berkekalan. Regim pengurusan sumber perikanan iniakan disokong dengan usaha-usaha pemuliharaan sepertipembinaan tukun-tukun tiruan, penguatkuasaan perikanan danprogram penstokan semula. Pengurusan berlandaskan perkongsianpintar yang menggemblengkan daya usaha penduduk-penduduktempatan seperti Tagal akan terus diperluaskan. Perusahaanakuakultur dan perikanan laut dalam difokuskan menjadi penjanautama dalam pembangunan industri perikanan tempatan; parapelabur, baik tempatan atau asing, digalakkan dan disokong untukmenceburi dalam dua sektor kecil ini. Usaha-usaha untuk meningkatlagi eksport hasil-hasil perikanan tempatan akan terus digiatkan. Initermasuk program peningkatan jaminan kualiti, kebersihan dankeselamatan makanan laut dan biosekuriti perikanan, dan programpenyelidikan dan pembangunan (R & D).

28. Dalam tahun 2008 Lembaga Industri Getah Sabah, telahmembeli getah daripada pekebun kecil di seluruh Sabah sebanyak63,009 metrik tan bernilai RM327,606,026. Pada tahun yang sama,Lembaga Industri Getah Sabah juga telah berjaya mengeksportsebanyak 53,000 metrik tan getah yang telah diproses dalam pelbagaigred ke 30 buah negara di seluruh dunia bernilai RM471,486,766.Dengan itu industri getah telah memainkan peranan penting ke arahmerangsang ekonomi negeri Sabah secara keseluruhannya.

29. Sementara itu, bagi tahun 2009 di bawah kemajuan RMK-9,Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM84.0 jutauntuk pembangunan sektor pertanian.

Page 12: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

9

SEKTOR PELANCONGAN

30. Jumlah kedatangan pelancong ke Sabah bagi tempoh Januarihingga Disember 2008 adalah seramai 2,300,428 orang, menurunsebanyak -7.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2007.Daripada jumlah tersebut, 1,599,230 (+7.3%) merupakan pelawatdomestik dan 701,198 (-29.0%) adalah pelawat asing. Walaubagaimanapun, jika dilihat dari segi jumlah bersih ketibaan pelawatbagi tahun 2008 dengan tidak mengambil kira jumlah pekerja asingdaripada Indonesia dan Filipina serta pelawat yang menggunakanpas lintas batas ke negeri Sabah adalah seramai 2,095,140 orang.Jumlah bersih ini menunjukkan peningkatan sebanyak 5.0%(1,994,436 orang) berbanding tahun 2007. Usaha promosi Sabahsebagai destinasi percutian melalui talian dan laman web LembagaPelancongan mendapat sambutan yang memberangsangkandengan jumlah lawatan ke laman tersebut sebanyak 3.2 juta orangpada tahun 2008. Jumlah penyertaan mesyuarat, konferens danpersidangan (MICE) di Sabah telah meningkat daripada 41,000 orangpada tahun 2007 kepada 57,000 orang pada tahun 2008 iaitupeningkatan sebanyak 40.0%.

31. Memandangkan keadaan ekonomi dunia yang lembap,pendapatan industri pelancongan menurun daripada RM4.62 bilionpada tahun 2007 kepada RM4.09 bilion pada tahun 2008. Puncautama penurunan ini adalah disebabkan oleh penurunan dalampendapatan pelancongan asing. Pada tahun 2008 pendapatanpelancongan asing mencatatkan RM1.69 bilion berbanding RM2.39bilion pada tahun 2007. Walau bagaimanapun pelancongan domestikmenunjukkan peningkatan pendapatan pada tahun 2008 iaitudianggarkan sebanyak RM2.39 bilion berbanding RM2.22 bilion padatahun 2007. Pendapatan pelancongan dijangka akan berkurangankepada RM3.90 bilion bagi tahun ini manakala ketibaan pelancongasing dijangka akan jatuh dengan marginal sebanyak 3% sahajadisebabkan oleh pelbagai tarikan pelancongan berbentuk “value formoney” di Sabah berbanding dengan negara-negara lain.

32. Sebagai salah satu sektor utama, pembangunan sektorpelancongan akan terus memberi tumpuan kepada peningkatankeupayaan sektor ini menjana pendapatan kepada negeri Sabah,

Page 13: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

10

melalui pengurusan dan pembangunan produk pelancongan yangberkualiti, pembangunan modal insan yang berkualiti, pemasarandan penyediaan infrastruktur serta rangkaian logistik yang cekapdan bersepadu.

33. Kerajaan Negeri Sabah melalui kerjasama strategik dengansektor swasta akan mengambil langkah-langkah yang bersepaduuntuk memastikan kemudahan penginapan bertaraf lima bintangyang mencukupi. Komitmen daripada pelbagai agensi awam Negeridan Persekutuan, sektor korporat dan semua lapisan masyarakatamat diperlukan untuk mewujudkan persekitaran dan kemudahanasas yang bersih, mesra pelanggan dan selesa.

SEKTOR PEMBUATAN

34. Dari tahun 2009 hingga tahun 2010 ini adalah tempoh yangamat mencabar bagi sektor perindustrian di seluruh dunia, termasukMalaysia. Pada tahun 2006, sektor pembuatan merupakanpenyumbang ketiga terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) Negeri Sabah iaitu sebanyak 11% selepas sektor pertaniandan penternakan, sektor perlombongan dan kuari. Puratapertumbuhan sektor ini pada kadar 9% setahun dalam tempoh2002-2006 agak memberangsangkan kerana kadar ini melebihi kadarpertumbuhan ekonomi negeri secara keseluruhan sebanyak 5.5%pada tempoh yang sama. Pertumbuhan sektor ini dijangka menurunsedikit pada tahun 2009-2010 akibat pengambilan sikap yang lebihberhati-hati di kalangan pelabur berikutan iklim ekonomi dunia yangsuram. Kesan ini sudah mula dirasai dengan penurunan dari segijumlah permohonan menjalankan projek perkilangan di Sabah yangberjumlah 11 permohonan pada tempoh tiga bulan pertama tahun2009 berbanding 17 permohonan pada tempoh yang sama padatahun 2008.

35. Walau bagaimanapun, program-program dan projek-projekpembangunan untuk sektor ini yang telah dirancang di bawah RMK-9 dan SDC bagi tempoh tahun 2009-2010 mampu merangsangpembangunan ekonomi yang berterusan. Antara projek berimpaktinggi yang berupaya meningkatkan momentum pembangunanekonomi dalam sektor perindustrian adalah pelaksanaan Projek

Page 14: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

11

Kelompok Industri Kelapa Sawit atau Palm Oil Industrial Cluster(POIC) Fasa 3 di Lahad Datu dan Sandakan. Kedua-dua projek initersenarai di bawah SDC yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

36. Kerajaan Negeri akan mewujudkan Sepangar SME Park dikawasan berhampiran dengan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP)di Sepangar yang bakal menjadi pusat industri makanan di Sabah.Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri danKementerian Pembangunan Perindustrian kini sedang bekerjasamadengan Halal Development Corporation untuk menjadikan SepangarSME Park sebagai salah satu model terbaik Taman Industri Halalmenjelang tahun 2010. Kajian akan dijalankan untuk mewujudkanPelan Induk Pembangunan “Hub” Halal di Sabah bagi merangkapembangunan yang sistematik dan bersepadu.

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

37. Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan terus menyediakanperuntukan yang besar untuk pembangunan infrastruktur dan utilitidi negeri Sabah seperti membina dan menaik taraf jalan raya,bekalan air di bandar-bandar utama, jalan raya luar bandar, jambatan,bekalan air luar bandar dan pembetungan untuk memberi keselesaankepada rakyat jelata dan menyokong pembangunan pelbagai sektorekonomi seperti sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan.

38. Dalam tempoh kedua Rancangan Malaysia Kesembilan (2009-2010), sebahagian besar jumlah siling peruntukan Kerajaan Negeridan Persekutuan adalah bagi pembangunan infrastruktur dan utilitiseperti pembinaan dan penaiktarafan jalan raya termasuk projek-projek infrastruktur di bawah SDC, bekalan air, pembetungan,pelabuhan dan dermaga serta beberapa projek pembinaan yang lain.

39. Dalam tahun 2009 ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkansejumlah RM371 juta kepada Kementerian PembangunanInfrastruktur dan Jabatan serta Agensi di bawahnya untukmelaksanakan program dan projek infrastruktur dan kemudahanawam. Antara program tersebut ialah jalan raya (RM144 juta),bekalan air (RM166 juta), bangunan negeri (RM9.2 juta),pembetungan (RM28.5 juta), keretapi negeri (RM15.00 juta) dan

Page 15: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

12

pelabuhan dan dermaga (RM8.00 juta). Manakala, sejumlah RM348juta merupakan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untukmelaksanakan projek-projek pembangunan seperti bekalan airpembetungan, stokereta dan penaiktarafan kemudahan bengkelkeretapi. Bagi tahun 2009 ini juga, Kerajaan Persekutuan telahmenyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion khasnya untukpembangunan sektor pengangkutan di negeri ini.

40. Projek-projek infrastruktur di bawah Koridor PembangunanSabah yang telah mula dilaksanakan pada awal tahun 2009termasuklah lima belas (15) jalan ke kawasan pertanian, penternakandan perikanan. Manakala projek-projek seperti pengorekan dasarlaut laluan masuk ke pelabuhan Sandakan, penyediaan infrastrukturbagi projek “Hub Pendidikan Sandakan”, jalan-jalan utama kekawasan-kawasan produktif dan pembesaran Lapangan TerbangSandakan merupakan antara projek infrastruktur SDC lain yang jugaakan dilaksanakan pada tahun 2009 ini.

Tuan Speaker,

41. Kerajaan Persekutuan di bawah Mini Bajet Tahun 2009 jugatelah memperuntukkan sebanyak RM230 juta untuk menambahkanliputan elektrik dan bekalan air di kawasan-kawasan Pedalaman diSabah dan Sarawak selain tambahan peruntukan sebanyak RM500juta untuk projek-projek Pembangunan Infrastruktur Asas danPembangunan Infrastruktur Ameniti Sosial dengan tumpuan kepadaSabah dan Sarawak.

PENYUSUNAN SEMULA SOSIOEKONOMI

42. Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan DasarWawasan Negara telah merangka pelbagai program dan projek demimenyusun semula sosioekonomi melalui pendekatan yang lebihefektif khususnya untuk membasmi kemiskinan di bandar dan luarbandar, membuka peluang-peluang pekerjaan, membangunkanprasarana fizikal di luar bandar dan pembentukan MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). KementerianPembangunan Luar Bandar Sabah, Korporasi Pembangunan Desa,KO-NELAYAN, SEDCO, FELCRA dan FELDA adalah antara agensi

Page 16: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

13

Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan projek-projek ke arah penyusunan semula sosioekonomi di bawahRancangan Pembangunan Lima Tahun.

43. Dalam RMK-9, Kerajaan Negeri telah memperuntukkansejumlah RM330.7 juta kepada Kementerian Pembangunan LuarBandar Sabah. Peruntukan tersebut digunakan untuk melaksanakanProjek Pembangunan Kecil, Program Ameniti dan Ekonomi Desa,Satu Daerah Satu Produk, Pembangunan Usahawan Desa,Peruntukan Khas, Pembasmian Kemiskinan dan PenempatanSemula Mangsa Banjir. Program utama pembasmian kemiskinan dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah adalah MiniEstet Sejahtera atau singkatannya MESEJ. Sebanyak 45 buahMESEJ dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tempoh RancanganMalaysia Ke-9. Setakat ini sebanyak 22 buah MESEJ Pertaniandan 7 buah MESEJ Akuakultur telah dilaksanakan.

44. Manakala di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar danWilayah pula, sebanyak RM149 juta telah diperuntukkan untukprogram Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan sebanyakRM167 juta untuk projek Agropolitan Pulau Banggi, Kudat. Beberapaprojek Agropolitan juga telah dirancang untuk dilaksanakan di bawahKoridor Pembangunan Sabah yang dibiayai oleh KerajaanPersekutuan. Usaha untuk menambah baik perkhidmatan sepertipenyediaan perumahan rakyat termiskin, kemudahan-kemudahanpelajaran (termasuk tadika, sekolah, pembangunan modal insan),pusat kesihatan (klinik desa), bekalan air, elektrik dan jalan rayaserta kemudahan awam yang lain di luar bandar akan dipertingkatkansupaya dapat membantu menaik taraf hidup rakyat termiskin amnya.

Tuan Speaker,

45. Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah membelanjakanperuntukan kewangan yang agak banyak untuk melaksanakanprogram/projek penyusunan semula sosioekonomi di Sabah denganharapan agar kumpulan sasar iaitu rakyat termiskin dapat menikmatifaedah pembangunan ekonomi dengan berusaha meningkatkankualiti hidup masing-masing. Pada masa yang sama, saya jugaberharap kaum Bumiputera dapat menceburi diri secara aktif dalam

Page 17: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

14

bidang perdagangan dan perindustrian dengan semangat berdayasaing dan berdaya tahan untuk mengharungi pasaran global dankeadaan ekonomi yang merudum sekarang.

46. Untuk tujuan ini, sukacita dimaklumkan bahawa KerajaanPersekutuan melalui Mini Bajet 2009 yang diumumkan baru-baru initelah menambah pelbagai program untuk membantu golonganBumiputera. Ini termasuklah Projek Pembangunan Usahawan DalamBidang Peruncitan, “Graduate PROSPER Programme”, ProgramTunas Mekar dan pelbagai program mikrokredit di bawah AmanahIkhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN),Bank Simpanan Nasional Berhad, “Agro Bank” dan “FishermanWelfare Fund”. Dengan sokongan kuat, bantuan dan kemudahandaripada Kerajaan, saya dengan ini menggalakkan golonganBumiputera agar lebih bijak memanfaatkan segala bantuan danpeluang yang disediakan ini.

PEMBANGUNAN SOSIAL

Menggalakkan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat

47. Pembangunan sosial memainkan peranan yang penting dalammembentuk pembangunan jangka panjang negara. Pembentukanmasyarakat penyayang akan menjadi asas yang kuat kepada usahauntuk menambah baik kebajikan dan kualiti hidup rakyat padaumumnya.

48. Saya dengan ini menyeru agar program-program pembangunansosial sama ada terhadap individu, keluarga dan komuniti diberitumpuan yang lebih untuk menguatkan lagi institusi keluarga danjuga meningkatkan penyertaan komuniti. Kerajaan akan bekerjasamadengan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan juga sektor swastadalam program-program pembangunan keluarga dan komunitidengan matlamat untuk memupuk masyarakat dan generasipenyayang, memantapkan penerapan nilai-nilai murni kekeluargaandi kalangan masyarakat dan juga untuk menggalakkan integrasi danpenyatuan masyarakat. Kualiti hidup rakyat di pelbagai peringkatjuga haruslah terus diperbaiki dan ditingkatkan terutamanya bagigolongan yang kurang bernasib baik seperti golongan kanak-kanak

Page 18: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

15

atau anak yatim piatu, orang kurang upaya, ibu tunggal atau keluargabermasalah dan warga tua. Kebajikan golongan ini perlu diberikanlebih perhatian memandangkan mereka memerlukan tumpuan danbimbingan yang khusus. Kerajaan perlu meningkatkan usaha-usahanya bagi menyediakan sokongan dan perhatian iaitu melaluiprogram-program khas dan kemudahan-kemudahan bagimembolehkan golongan ini dapat menjalankan kehidupan yangnormal sama seperti ahli masyarakat yang lain. Penyediaankemudahan-kemudahan yang bebas halangan atau ‘barrier free’ danperkhidmatan-perkhidmatan awam kepada golongan kurang upayadan warga tua juga haruslah diberikan tumpuan yang lebih.

49. Di bawah Bajet Negeri 2009, Kerajaan Negeri telahmengumumkan bahawa bantuan kepada golongan warga tua, OKUdan ibu tunggal dinaikkan seratus peratus daripada jumlah bantuansedia ada. Ini menunjukkan betapa Kerajaan tetap prihatin dalammenjaga kebajikan golongan-golongan ini agar terus mendapattempat yang sewajarnya dalam masyarakat.

50. Untuk golongan tua atau warga emas, saya menggalakkan agarterdapat lebih banyak program-program yang memberi tumpuankepada penyertaan komuniti dapat dilaksanakan yang mempromosicara hidup yang sihat, ruang memberi sumbangan dalam aktivitisosial dan rekreasi. Program-program sukarela perlu digalakkan dikalangan generasi muda serta aktiviti-aktiviti berbentuk integrasi,berkongsi kemahiran dan pengalaman, kemahiran ICT akanmemastikan golongan ini terus menyumbang kepada keluarga,masyarakat dan negara.

Menggalakkan Budaya Membaca dan Belajar (Reading andLearning Culture)

51. Selain itu, menjadi matlamat utama Kerajaan untuk meningkatkankesedaran dan kepentingan menanam tabiat membaca.Perpustakaan dengan pelbagai bahan-bahan bacaan dan lengkapdengan talian internet dapat mengakses maklumat dari pangkalandata di seluruh dunia. Selain daripada memupuk budaya membaca,Kerajaan juga menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.Pada tahun ini, Kerajaan akan terus membina beberapa

Page 19: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

16

perpustakaan dan memperbaiki perpustakaan-perpustakaan yangsedia ada. Perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak sertaperpustakaan bergerak internet akan ditambah dan diperluaskanliputan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar.

Menyediakan Perumahan dan Perkhidmatan Bandar

52. Di samping itu, usaha berterusan akan diambil untukmemastikan seluruh rakyat daripada pelbagai peringkat pendapatanmempunyai akses untuk mendapat rumah yang selesa, berkualitidan mampu milik terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.Bagi tujuan ini, sektor swasta akan digalakkan untuk membina lebihbanyak rumah-rumah kos sederhana dalam projek-projekpembangunan mereka manakala sektor awam menumpukanperhatian kepada pembinaan rumah-rumah kos rendah untukgolongan miskin dan kurang upaya di kawasan bandar, pinggir bandardan luar bandar dalam usaha untuk menghapuskan setinggan dikawasan-kawasan luar bandar.

53. Pelbagai usaha akan diteruskan bagi memperbaiki kualiti hidupdan sosioekonomi bagi masyarakat luar bandar. Penyediaankemudahan-kemudahan infrastruktur dan keselesaan awam jugaakan terus diperbaiki. Pihak Berkuasa Tempatan juga akanmengambil langkah-langkah bagi meningkatkan keindahan dankebersihan bandar dengan landskap yang menarik. Selaras dengan“Local Agenda 21”, perkhidmatan-perkhidmatan di kawasan bandarakan dipertingkatkan dalam usaha untuk menyediakan lebih banyakpremis-premis perniagaan, suasana yang bersih, perkhidmatanpengangkutan yang lebih baik dan sistem perparitan yang lebihsistematik. Selain itu, pelbagai usaha akan digalakkan untukmengurangkan pencemaran dan penjimatan tenaga melalui promosireka bentuk dan teknologi penjimatan tenaga. Pada masa hadapan,saya ingin melihat lebih banyak bangunan-bangunan yang ‘mesraalam’ dibina bagi mempromosikan cara hidup yang sihat dibina dibandar-bandar di negeri ini.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

54. Pembangunan Modal Insan merupakan satu sektor penting yang

Page 20: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

17

perlu diperkasakan bagi menjana pertumbuhan ekonomi negeriSabah. Selaras dengan teras kedua misi nasional yang diperkenalkanpada awal RMK-9 iaitu, “Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan danInovasi Negara” serta memupuk “Minda Kelas Pertama”, keperluanuntuk membangunkan modal insan yang berkualiti, beretika, mahirdan terlatih perlu dipertingkatkan.

55. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang dalam usahamembangunkan “Hub” Pendidikan Sandakan yang turut menyokongpelaksanaan inisiatif pembangunan modal insan ini. Pembangunan“Hub” Pendidikan Sandakan ini merupakan langkah positif KerajaanNegeri dalam memantapkan lagi institusi latihan di negeri ini yangbakal melahirkan ramai modal insan berkualiti serta berwibawa.Usaha pembangunan “Hub” Pendidikan Sandakan ini juga selarasdengan hasrat Kerajaan untuk menyediakan kemudahan pendidikanyang lebih selesa kepada rakyat di negeri ini berikutan daripadakesediaan beberapa institusi-institusi latihan dan institusi pengajiantinggi untuk turut serta dalam pelaksanaan “Hub” pendidikan ini.

56. Peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan danpenggalakan sumber pertumbuhan baru serta pewujudan KoridorPembangunan Sabah akan meningkatkan permintaan bagi pekerjamahir dan separuh mahir dalam semua sektor. Bagi memenuhi gunatenaga yang akan diperlukan ini, institusi latihan awam dan swastaperlu mempersiapkan institusi masing-masing bagi meningkatkanlagi kapasiti dan kualiti latihan melalui kerjasama yang lebih besardengan sektor-sektor utama di bawah Halatuju Pembangunan danKemajuan Negeri Sabah. Di samping itu, usaha bagi melahirkanmodal insan yang berkualiti secara menyeluruh perlu diteruskanbukan sahaja memadankan permintaan dan penawaran modal insantetapi juga bagi mengelakkan dari kebergantungan kepada pekerjaasing.

57. Senario ekonomi global yang tidak menentu kebelakangan inimemerlukan usaha berterusan Kerajaan bagi mengatasi kemelutekonomi yang jika tidak ditangani lebih awal akan menjurus kepadapemberhentian pekerja dan peningkatan kadar pengangguran.Dengan itu, Jabatan-jabatan Kerajaan dan juga pihak swastaterutama sekali jabatan dan institusi yang mengendalikan program-

Page 21: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

18

program latihan disaran untuk merangka, merancang sertamenyusun semula program-program latihan dan penempatanmasing-masing.

58. Saya amat bersyukur kerana Kerajaan Negeri masih mampubertahan daripada isu pemberhentian pekerja. Statistik yangdikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah melaporkan bahawabagi tempoh Ogos 2008 sehingga Mac 2009, hanya seramai 324pekerja telah diberhentikan yang melibatkan sebanyak 41 buahsyarikat di bawah sektor pembuatan, pertanian, perhotelan danrestoran manakala seramai 244 pekerja terlibat dalam pengurangangaji melibatkan hanya 3 buah syarikat sahaja iaitu 2 buah syarikat dibawah sektor pembuatan dan sebuah syarikat di bawah sektorperkhidmatan. Program latihan dan penempatan untuk para graduandan belia serta pekerja yang diberhentikan yang dilaksanakan olehKementerian Sumber Manusia Malaysia melalui JabatanPembangunan Kemahiran amatlah bertepatan. Dengan pelaksanaanprogram seperti ini, adalah diharapkan kadar pengangguran seluruhnegara amnya dan negeri Sabah khususnya akan dapat dikurangkan.

59. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yangmeluluskan sebanyak RM639 juta di bawah RMK-9 bagimelaksanakan berbagai program latihan dan meningkatkan mutupendidikan di Sabah. Pengumuman oleh YAB Perdana Menteri, Dato’Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak ketika membentangkan pakejrangsangan kedua di Dewan Rakyat baru-baru ini, memperuntukkansebanyak RM2.0 bilion bagi tujuan latihan serta mengurangkanpengangguran dan menambah peluang pekerjaan amat bertepatanketika negara kita sedang dilanda kegawatan ekonomi. KerajaanPersekutuan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2bilion bagi negeri Sabah dan Sarawak. Program dan projek yangakan dilaksanakan di negeri ini termasuklah pembinaan beberapabuah pusat Giat MARA, menaik taraf sekolah dan penyediaaninfrastruktur lain.

60. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan RM9.00juta di bawah bajet pembangunan bagi penambah baik infrastrukturdan program latihan belia dan beliawanis lepasan sekolah yangdikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia di bawah

Page 22: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

19

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan TeknologiMaklumat. Menyedari betapa pentingnya pembangunan sumbermanusia khususnya di negeri Sabah, Kerajaan juga telah meluluskansiling peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada KementerianPembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat bagimelaksanakan satu Kajian Pelan Induk Pembangunan Modal InsanNegeri Sabah bagi tempoh 2009 sehingga 2025.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

61. Kerajaan Negeri komited untuk mengurangkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar. Pada tahun 2008,Kerajaan telah melatih seramai 23,000 orang daripada pelbagaiperingkat lapisan masyarakat dalam pelbagai aspek kemahiranteknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kira-kira 70% daripadajumlah ini adalah daripada kalangan pelatih daripada luar bandar.Pengambilan pekerja-pekerja oleh syarikat-syarikat jugamenunjukkan kecenderungan untuk melantik calon-calon yangmempunyai kemahiran dalam bidang ICT. Kecenderungan inimenunjukkan penerimaan ICT dalam kalangan masyarakat dan jugakepentingan ICT yang semakin meningkat.

62. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), KerajaanNegeri melalui Kementerian Pembangunan Sumber dan KemajuanTeknologi Maklumat dan Unit Kemajuan IT akan melaksanakan enamprojek E-Desa menjelang penghujung tahun 2010 sebagai tambahankepada sebelas Pusat E-Desa yang telah pun beroperasi. Projek inimendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pemimpin-pemimpin masyarakat dan penduduk-penduduk di luar bandar.Masyarakat luar bandar semakin menyedari akan kepentingan ICTdalam meningkatkan taraf kehidupan mereka sama sepertikepentingan kemudahan asas lain seperti jalan raya, jambatan, airdan elektrik.

63. Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai agensi pusat sepertiSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawahKementerian Tenaga, Air dan Komunikasi akan terus melaksanakanprojek-projek infrastruktur ICT di Sabah untuk meningkatkan lagiliputan dan capaian perkhidmatan telekomunikasi dan jalur lebar

Page 23: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

20

berkelajuan tinggi selaras dengan Pelan Induk ICT di bawah programMyICMS 886 iaitu pembangunan lapan jenis perkhidmatan ICT, lapanjenis infrastruktur ICT dan enam kawasan pertumbuhan baru ICT.

PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI

64. Momentum perkembangan sektor sains dan teknologi di Sabahakan terus dipergiatkan selaras dengan matlamat Dasar Sains danTeknologi Negara ke arah meningkatkan kapasiti penyelidikan danpembangunan (R & D). Antara fokus pembangunan sektor ini adalahmemupuk budaya kreativiti, inovasi dan keusahawanan berasaskansains dan teknologi serta melahirkan generasi baru kelompokperkhidmatan dan perindustrian yang berdaya saing di peringkatantarabangsa. Kerajaan Negeri akan terus menjalinkan kerjasamayang erat dengan agensi-agensi persekutuan seperti KementerianSains, Teknologi dan Inovasi, Pusat Sains Negara, MIMOS, SIRIMdan agensi-agensi lain dalam bidang-bidang berkaitan.

65. Selaras dengan komitmen Kerajaan dalam membangunkansektor sains dan teknologi ini, Kerajaan Negeri melalui Unit Sainsdan Teknologi akan menjalankan kajian feasibiliti penubuhan PusatSains Sabah di bawah Kajian Separuh Penggal RMK-9.

SUMBER DAN ALAM SEKITAR

66. Kerajaan Negeri Sabah sentiasa komited terhadap penjagaanalam sekitar dan sumber asli. Komitmen ini diterjemahkan melaluikeseimbangan pelaksanaan dan keperluan pembangunan denganpenjagaan alam sekitar secara mampan termasuklah pemuliharaankepelbagaian biologi dan ekosistem.

67. Aktiviti-aktiviti perladangan dan pertanian, penebusgunaan tanahdi kawasan sensitif seperti hutan paya bakau boleh menyebabkankemusnahan habitat semula jadi. Di samping itu, kawasan-kawasanberkaitan akan menjadi semakin kecil dan terpisah antara satu samalain (fragmented). Keadaan ini akan mengakibatkan daya tampunghabitat semula jadi semakin berkurangan. Oleh yang demikian,pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengelakkanpembangunan di kawasan yang sensitif. Saya gembira apabiladimaklumkan bahawa kawasan Lower Kinabatangan-SegamaWetlands telah disenaraikan sebagai kawasan RAMSAR pertama

Page 24: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

21

di Sabah dan yang keenam di Malaysia. Kawasan RAMSAR yangberkeluasan 78,800 hektar ini amat kaya dengan kepelbagaianbiologi. Kejayaan itu menunjukkan pengiktirafan antarabangsaterhadap kepentingan ekosistem tanah lembap dalam konservasiflora dan fauna di Sabah.

68. Penggunaan secara meluas “Instrumen Perancangan AlamSekitar” seperti Penilaian Strategik Alam Sekitar akan terusdigalakkan. Penggunaan instrumen ini amat penting memandangkanamalan sumber asli dan kepelbagaian biologi secara mampan akanmemastikan penggunaan sumber asli secara optimum. Penekananjuga akan diberi kepada usaha meningkatkan tahap kesedaran dikalangan masyarakat, memandangkan penjagaan alam sekitarmerupakan tanggungjawab setiap individu di negeri ini.

PENGURUSAN HUTAN

69. Negeri Sabah telah melaksanakan Dasar Pengurusan HutanSecara Berkekalan atau Sustainable Forest Management (SFM)sejak tahun 1989. Dasar ini telah menghasilkan satu sistem hutanlestari bagi menjamin pengeluaran sumber balak di negeri ini akanterus berkekalan. Matlamat utama adalah untuk mewujudkan danmengaplikasikan pengurusan hutan yang diterima pakai dari segiekologi dan saintifik. Matlamat selanjutnya adalah bagi menjaminperanan hutan tersebut sebagai tunggak ekonomi negeri, memeliharakestabilan alam sekitar dan pemuliharaan kepelbagaian hayat.

70. SFM juga menitikberatkan perlindungan bagi tujuan tadahanair, perlindungan hidupan liar terancam dan pemulihan hutan. Bagikawasan-kawasan tanah dan air yang sensitif dan kritikal, Kerajaanmelalui Jabatan Perhutanan Sabah akan melindungi kawasan-kawasan tersebut daripada sebarang pencerobohan ataupembalakan. Bagi melindungi hidupan liar yang terancam, KerajaanNegeri Sabah telah mengisytiharkan kawasan Hutan Simpan Ulu-Segama Malua seluas lebih kurang 240,000 hektar sebagai KawasanPerlindungan Orang Utan.

WANITA DALAM PEMBANGUNAN

71. Kerajaan akan terus menggalakkan lebih ramai penglibatan

Page 25: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

22

golongan wanita di dalam tenaga kerja. Ini adalah kerana golonganwanita memainkan peranan yang penting dalam menyumbangkepada pembangunan sosioekonomi negara. Kedua-dua sektorawam dan swasta adalah digalakkan agar membantu dalammenambah penglibatan lebih ramai golongan wanita dalam tenagakerja, iaitu melalui penyediaan lebih banyak peluang pekerjaandengan persekitaran yang kondusif dengan mengambil kira pelbagaiperanan dan tanggungjawab golongan wanita.

72. Di samping itu, lebih banyak peluang latihan dan latihan semulaakan disediakan bagi membolehkan golongan wanita memperolehdan meningkatkan kemahiran yang relevan mengikut kehendakindustri. Pada masa yang sama, pelbagai usaha juga akandipertingkatkan untuk menambah lebih ramai penglibatan golonganwanita dalam aktiviti-aktiviti perniagaan dan keusahawanan melaluipemberian bantuan kewangan dan program-program latihan. Bagikemajuan golongan wanita, Kerajaan bersama-sama dengan sektorswasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) adalah digalakkanuntuk lebih aktif di dalam forum-forum antarabangsa terutamanyayang berkaitan dengan hal ehwal pembangunan wanita.

73. Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Wanitadi atas penyediaan Pelan Induk Pembangunan 10 Tahun Wanita.Saya berharap segala cadangan yang terkandung dalam pelantersebut akan dilaksanakan secepat mungkin.

74. Saya juga berharap agar dengan terbinanya Wisma Wanitabernilai RM16 juta yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri, JabatanHal Ehwal Wanita dapat berperanan lebih proaktif dan berkesanterutamanya dalam membantu Kerajaan melaksanakan program-program peningkatan dan kemajuan golongan wanita di negeri ini.

PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

75. Golongan belia adalah golongan yang sentiasa ada pada setiapmasa dan saling bersilih ganti. Oleh yang demikian, golongan iniperlu diperkasakan sepanjang masa bagi membolehkan beliamenjadi modal insan yang dapat menyumbang kepadapembangunan negeri dan negara. Tiga (3) ciri asas belia perkasa

Page 26: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

23

ialah kemantapan jasmani, rohani dan akhlak. Proses pemantapandilakukan melalui 9 program teras iaitu program penubuhanpersatuan belia akar umbi di daerah, patriotisme, kemasyarakatan,gaya hidup sihat, cinta alam, cabaran dan rekreasi, bersamapersatuan beruniform, bersama pelajar IPTA/IPTS dan programpersatuan akar umbi.

76. Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang berbudaya sukan,pembinaan prasarana sukan di peringkat daerah, bahagian dannegeri akan terus dilaksanakan. Untuk itu, sistem pengurusan danpentadbiran sukan yang berkesan akan dilaksanakan. Budaya kerjabermatlamat dan fokus ke arah melahirkan masyarakat sihat, cergasdan berdaya saing akan terus diamalkan. Ini bagi melahirkanJurulatih, Pentadbir, Pegawai Teknikal dan Atlet yang unggul danberpengetahuan.

77. Pada tahun ini, Sukan Sabah Keempat atau SAGA IV akandiadakan di Sandakan pada bulan Jun 2009 di mana 25 daerahmenghantar kontinjen untuk bertanding. Saya berharap lebih ramaibakat muda akan dapat dicungkil untuk mengharumkan nama Sabahdi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

PERKHIDMATAN AWAM

78. Usaha memperkasa perkhidmatan awam melalui transformasiserta pembaharuan pentadbiran perlu berterusan supayamenghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Ini juga untukmembentuk anggota perkhidmatan awam yang produktif,berpengetahuan, berkebolehan, berintegriti dan berdaya saing.Inisiatif ini adalah sebagai tindak balas kepada persekitaran globaldan lokal, perubahan Kepimpinan Nasional dan kegawatan ekonomidunia masa kini yang berubah begitu pantas dan penuh denganketidakpastian. Perkhidmatan Awam perlu fleksibel dan responsifkepada perubahan-perubahan tersebut dengan menyediakanpersekitaran kerja yang menggalakkan kreativiti dan inovasi.

79. Perubahan minda kepada pemikiran kreatif dan berinovatif olehwarga perkhidmatan awam akan mampu menangani cabaran-cabaran baru, mampu meramal perubahan yang bakal berlaku,

Page 27: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

24

berani membuat pertimbangan dan keputusan serta sanggupmenghadapi risiko. Di samping itu, penjawat awam yang berilmu,kreatif dan berinovatif adalah tonggak strategi untuk menghadapicabaran persekitaran masa kini tanpa mengkompromi terhadapkuantiti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

80. Sehubungan dengan itu, transformasi perkhidmatan awammemfokuskan kepada usaha mempercepatkan penyampaianperkhidmatan awam dan mengutamakan kehendak pelanggan.Misalnya, Pusat Sehenti (One Stop Agency) yang dipengerusikanoleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri ternyata amat berkesan dandapat mempercepatkan segala keperluan pentadbiran dalam prosespelaksanaan pembangunan negeri. Usaha transformasi untukmeningkatkan profesionalisme dan imej perkhidmatan awam perlusentiasa dinilai dan dikaji bagi menjamin kelancaran dankeberkesanan penyampaian perkhidmatan. Pada masa sama, usahamenjadikan Perkhidmatan Awam Kelas Pertama untuk meningkatkanlagi keberkesanan dan kecekapannya perlu diperhebatkan.

BIMP-EAGA

81. Kerajaan Negeri akan terus menyokong kerjasama serantauBIMP-EAGA memandangkan kepentingannya dari segi keselamatandan menggalakkan pelaburan serta perdagangan serantau danantarabangsa. Kerajaan Negeri akan terus mempelbagaikan usahadan inisiatif dalam mengukuhkan hubungan kerjasama ekonomikhususnya dalam sektor pelancongan dan perdagangan bersamanegara anggota. Bagi mempromosikan potensi sektor pelancongandi negeri Sabah, langkah strategik bagi menggalakkan industripelancongan serta pengangkutan laut dan udara secara bersamadengan negara anggota dilihat berupaya menjana peningkatanekonomi serta menguntungkan Malaysia khususnya negeri Sabahsebagai destinasi tarikan pelancong yang utama di rantau ini.

82. Begitu juga, potensi untuk pembangunan dan perkembanganindustri kelapa sawit perlu diperkembangkan khususnya dalamkerjasama bidang bio-fuel. Pencapaian secara umum dalam sektorsumber asli adalah seperti pengenalan konsep ‘value chain’ dalamprojek rumpai laut dan juga industri kelapa sawit. Di bawah sektor

Page 28: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

25

pelancongan, satu projek “Community Based Ecotourism” telah pundicadangkan untuk dilaksanakan di Tambunan. Bagi merancakkansektor pengangkutan, dua Memorandum Persefahaman berhubungperhubungan udara dan perhubungan laut telah dimeterai pada tahun2008 dan ini telah menyaksikan penerbangan tambahan bagi laluanManila-Kota Kinabalu oleh Syarikat Cebu Pacific Air dan juga Jakarta-Kota Kinabalu oleh Syarikat Air Asia.

83. Bantuan teknikal daripada rakan strategik untuk mewujudkansatu pangkalan data/maklumat mengenai perdagangan danpelaburan untuk kemudahan “market intelligence” seharusnyaditeruskan. Ini menuntut kepada rantaian dan rangkaian komunikasiyang baik di kalangan negara anggota bagi memastikan projek-projekdi bawah kerjasama BIMP-EAGA dapat dilaksanakan denganhalangan yang minimum serta mendatangkan keuntungan khususkepada negeri Sabah.

PENUTUP

Tuan Speaker,

84. Negeri Sabah akan memasuki Rancangan Malaysia Kesepuluhdalam masa dua tahun lagi. Menjadi harapan saya agar ekonomidunia pada masa itu akan pulih berbanding situasi mencabar yangsedang dihadapi pada masa ini.

85. Sementara itu, kita harus bekerja keras dan komited untukmemastikan semua projek yang telah dirancang dapat dilaksanakansecara efektif dan lancar demi kebaikan semua rakyat. Kita perlusentiasa memperkasakan diri untuk membina sebuah negeri yangmaju. Di samping itu, masyarakat majmuk negara ini juga perlu terusbersatu padu dalam memastikan kejayaan matlamat rancangan danprogram Kerajaan tercapai dengan jayanya.

86. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambilkesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepadaYAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak atas pelantikan beliausebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada 03 April 2009

Page 29: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

26

yang lalu. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah ataspelantikan beberapa orang anak jati Sabah bagi menganggotaiKabinet Persekutuan yang baru. Pelantikan ini bukan sahaja akanmembantu memantapkan barisan Kabinet yang baru, tetapi yanglebih penting, negeri Sabah akan memperoleh manfaat secaralangsung khususnya bagi merealisasikan pelaksanaan pelbagaiinisiatif pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

87. Saya yakin dan percaya, Malaysia amnya dan Sabah khasnyaberupaya mengecapi lebih banyak nikmat pembangunan yangbersifat menyeluruh di bawah barisan kepimpinan baru ini, yangmengambil kira penyertaan serta penglibatan semua kaum, selarasdengan slogan ‘1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan’. Jelasnya, kepimpinan baru negara ini diharap mampumembawa perubahan yang benar-benar dapat memperkukuhkankembali daya saing negara di peringkat global, khususnya dalammenghadapi pelbagai isu pembangunan yang kian mencabar.

88. Marilah kita bersama-sama memikul dan berganding bahu untukterus membina sebuah negeri yang maju, aman dan makmur.Dengan izin Allah, kita akan berjaya merealisasikan segala impiandan harapan dan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkanlagi kualiti hidup semua lapisan masyarakat. Kita hendaklah sentiasaberazam tinggi serta gigih dan ikhlas untuk membawa negeri inikepada fasa pembangunan yang lebih berkualiti.

89. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahi kurnia dan rahmat-Nyakepada kita semua dan terus melindungi negeri yang bertuah iniagar kita semua dapat menikmati suasana kehidupan yang aman,makmur dan harmoni.

Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah.Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 30: Ucapan Dasar 20090416 - SABAH.gov minyak kelapa sawit mentah yang berkisar dalam lingkungan ... 10.Kadar inflasi bagi negeri ini yang telah meningkat kepada 5.9% ... mengikut jadual

Disediakan oleh:

Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabahdan

Bahagian Kabinet dan DasarJabatan Ketua MenteriKota Kinabalu, Sabah.k

Gambar dan Reka Bentuk Kulit Buku disediakan oleh:Bahagian Kabinet dan Dasar

Jabatan Ketua MenteriKota Kinabalu, Sabah.

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,TUAN HAJI SALSIDU BIN HAJI IBRAHIM, J.P., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2009