ucapan 2 (1)

4
Terima kasih Tuan Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah Binti Madarsa, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), Yang Dihormati Puan Suraya Binti Md Zhatu, Yang Dihormati Tuan HJ. Dr.Isa Bin Asiz, para pensyarah serta pelatih-pelatih guru IPGKBM yang dikasihi sekalian. Wangi bunga tumbuh melata, Sayang Merpati di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Awal Bismillah pembuka bicara. Assalamu`alaikum warahmatullah, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia Alhamdulillahi rabbal `alamin. Wassalatu wassalamu `ala asyrafil ambiai warmusalin. Wa`ala alihi wasahbihi ajmain. Bersyukur kita kehadrat Ilahi di atas rahmat dan limpah kurnia-Nya yang mengizinkan kita dapat bersama-sama menghadiri Ceramah Rancangan Pendidikan Individu pada hari ini. Para Hadirin Sekalian, Terdapat pelbagai tujuan mengapa RPI ini dibentuk. Antaranya sebagai perancangan bertulis yang dibentuk bagi menjelaskan objektif, matlamat pembelajaran dan penempatan pelajar, dokumentasi segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar .Selain itu RPI ini juga adalah satu alat yang

Upload: anonymous-dkzoro

Post on 22-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN 2 (1)

Terima kasih Tuan Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah Binti

Madarsa, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM),

Yang Dihormati Puan Suraya Binti Md Zhatu, Yang Dihormati Tuan HJ. Dr.Isa Bin

Asiz, para pensyarah serta pelatih-pelatih guru IPGKBM yang dikasihi sekalian.

Wangi bunga tumbuh melata,

Sayang Merpati di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamu`alaikum warahmatullah, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Alhamdulillahi rabbal `alamin. Wassalatu wassalamu `ala asyrafil ambiai warmusalin.

Wa`ala alihi wasahbihi ajmain.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi di atas rahmat dan limpah kurnia-Nya yang

mengizinkan kita dapat bersama-sama menghadiri Ceramah Rancangan

Pendidikan Individu pada hari ini.

Para Hadirin Sekalian,

Terdapat pelbagai tujuan mengapa RPI ini dibentuk. Antaranya sebagai

perancangan bertulis yang dibentuk bagi menjelaskan objektif, matlamat

pembelajaran dan penempatan pelajar, dokumentasi segala pengubahsuaian dan

penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan

kepada pelajar .Selain itu RPI ini juga adalah satu alat yang dibina bertujuan bagi

melindungi hak pelajar, ibu bapa dan juga guru dan sebagai alat pengurusan bagi

keseluruhan proses pengajaran dan penilaian pelajar.

Aliran penyediaan RPI pula boleh dibahagikan kepada enam peringkat iaitu

aktiviti pra rujukan, rujukan dan perancangan awal, penilaian pelbagai disiplin,

mesyuarat RPI, pelaksanaan rancangan pengajaran dan permantauan

perkembangan pelajar di mana proses ini melibatkan penglibatan pelbagai pihak

termasuklah pasukan pelbagai disiplin dan juga jawatan kuasa mesyuarat RPI .

Page 2: UCAPAN 2 (1)

Dalam erti kata lain, RPI ini  dibentuk untuk dijadikan sebagai satu garis

panduan  bertulis dan juga sebagai asas kepada keseluruhan proses pengajaran

pelajar di samping melindungi hak pelbagai pihak yang berkepentingan seperti

pelajar, ibu bapa dan guru khas itu sendiri. Di samping itu, RPI juga adalah satu

instrumen yang menjadi pemangkin kepada koloborasi pelbagai pihak yang

mempunyai kepakaran  dan juga kepentingan bagi membina rancangan pendidikan

yang bersesuaian dan bermakna untuk pelajar.

Pelaksanaan RPI adalah merupakan satu peristiwa yang signifikan dalam

bidang pendidikan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran di negara kita.

Penglibatan Kementerian Pendidikan di dalam pendidikan  khas bermula pada tahun

1962 apabila  Bahagian Sekolah telah menjemput seorang juru runding dari Amerika

Syarikat iaitu Frank L Franks bagi membantu merancang program pendidikan khas

di Malaysia (Abdul Rahim, 2000:6). Pengaruh pendidikan dari Amerika Syarikat ini

terus bertambah apabila beberapa orang pegawai pendidikan tempatan telah dilatih

di beberapa buah institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat pada awal tahun 80-

an. Apabila mereka kembali ke negara ini, idea dan pengalaman mereka secara

tidak langsung mempengaruhi pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia (Abdul

Rahim, 2000:6).

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa RPI ini

sememangnya membawa kesan yang positif dan penting untuk dilaksanakan.

Morgan dan Rhode (1983:64) telah menjalankan satu kajiannya bagi menilai sikap

guru khas terhadap RPI di Utah, Amerika Syarikat dan didapati sampel menyatakan

bahawa proses RPI telah membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan, RPI

dapat menolong guru mengatur masa mereka dan pelaksanaan RPI dapat memberi

kepuasan kerja yang lebih kepada guru-guru khas. Ini turut dipersetujui oleh

Gallaher & Desimone di dalam Kirk et. al (1997:63) di mana mereka mengatakan

terdapatnya bukti bahawa hubungan yang lebih baik terbentuk di antara guru dan ibu

bapa dan lebih pemahaman oleh pihak keluarga mengenai program pendidikan

khas.

Snyder (2002:4) melalui kajiannya terhadap pelajar-pelajar kurang upaya

perkembangan di Pennsylvania, Amerika Syarikat mendapati terdapat keberkesanan

di dalam mengajar aspek penentuan kendiri dengan cara memberi latihan kepada

pelajar untuk mengendalikan mesyuarat RPI mereka sendiri. Dapatan kajian

Page 3: UCAPAN 2 (1)

menunjukkan terdapat peningkatan dalam keupayaan pelajar untuk mengendalikan

mesyuarat RPI di dalam situasi yang sebenar dari aspek memperkenalkan individu

dan menerangkan tujuan mesyuarat, mengimbas matlamat yang lalu,

membincangkan matlamat yang akan datang dan menutup mesyuarat. Torgerson et.

al (2004:4) juga bersetuju latihan diberi kepada pelajar bagi mengendalikan

mesyuarat RPI mereka sendiri akan dapat meningkatkan keupayaan diri pelajar.

Kajian beliau mendapati setelah diberi latihan yang terperinci, 90 peratus daripada

pelajar-pelajar kurang upaya yang menjadi sampel kajian mampu mengendalikan

sendiri mesyuarat RPI mereka.   

            Melalui kajian-kajian di atas adalah terbukti bahawa RPI jika dirancang dan

dilaksanakan dengan teliti bukan sahaja dapat membawa kesan yang positif

terhadap pencapaian pelajar tetapi juga dapat mengeratkan hubungan guru dan ibu

bapa selain daripada memberi lebih kefahaman kepada ibu bapa mengenai

pendidikan anak mereka.  

Walaupun pelaksanaan RPI banyak membawa kesan positif tetapi terdapat

pelbagai masalah yang dihadapi semasa melaksanakannya. Di negara kita, Supiah

Saad (1995) dalam kajiannya terhadap pembentukan dan pelaksanaan RPI bagi

pengajaran pemulihan Matematik telah mendapati ada beberapa masalah dihadapi

iaitu pembinaan dan pelaksanaan RPI hanya dibuat oleh guru pemulihan secara

persendirian iaitu tanpa sebarang bantuan daripada pihak-pihak lain, kesukaran bagi

mendapatkan tahap pencapaian semasa murid dengan tepat dan juga kesukaran

menulis matlamat jangka panjang dan objektif jangka pendek. Beliau mendapati

faktor-faktor yang menyebabkan permasalahan ini adalah disebabkan oleh kurang

kepakaran daripada pihak guru sendiri, kekurangan instrumen bagi menjalankan

ujian diagnostik yang bersesuaian serta beban kerja yang amat banyak. 

Sekian terima kasih