twy

2
1.1 Pengenalan Menurut Wee Eng Hoe (1996) di dalam Wong Ling Syu (2004) kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. Pecahan kecilnya ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan serta kelenturan. Bahagian kedua pula ialah kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor. Bahagian ini merangkumi ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan. Ping-pong amat memerlukan atlet menguasai ketangkasan. Ketangkasan akan membantu atlet untuk bertindak dengan pantas dan selamat tanpa ragu-ragu. Jadi, ini mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitan cara untuk meningkatkan ketangkasan kanak-kanak. Ping-pong adalah sukan yang memerlukan ketangkasan iaitu mata menterjemahkan ke mana lawan ingin menghantar bola dengan cara yg bagaimana (screw atau cut atau spin atau lain2) dan bersedia membalas bola kepihak lawan dengan ketangkasan tangan bertindak. Ketangkasan adalah istilah umum yang digunakan dalam kekuatan dan ’conditioning’ yang merupakan satu elemen yang perlu ada dalam kebanyakan aktiviti sukan termasuklah pemainan ping-pong. Ketangkasan didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat (Sarjit Singh dan Sheikh

Upload: pey-yng-tan

Post on 16-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pt 1

TRANSCRIPT

1.1 PengenalanMenurut Wee Eng Hoe (1996) di dalam Wong Ling Syu (2004) kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. Pecahan kecilnya ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan serta kelenturan. Bahagian kedua pula ialah kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor. Bahagian ini merangkumi ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan. Ping-pong amat memerlukan atlet menguasai ketangkasan. Ketangkasan akan membantu atlet untuk bertindak dengan pantas dan selamat tanpa ragu-ragu. Jadi, ini mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitan cara untuk meningkatkan ketangkasan kanak-kanak. Ping-pong adalah sukan yang memerlukan ketangkasan iaitu mata menterjemahkan ke mana lawan ingin menghantar bola dengan cara yg bagaimana (screw atau cut atau spin atau lain2) dan bersedia membalas bola kepihak lawan dengan ketangkasan tangan bertindak.Ketangkasan adalah istilah umum yang digunakan dalam kekuatan dan conditioning yang merupakan satu elemen yang perlu ada dalam kebanyakan aktiviti sukan termasuklah pemainan ping-pong. Ketangkasan didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat (Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin, 1987). Keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin yang dapat membantu dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan untuk menyelamatkan diri.