tutorial mte 3073

4
1.Salah satu isu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah guru terlalu memberi penekanan kepada algoritma untuk mendapatkan jawapan tanpa menitikberatkan pemahaman konsep matematik . Terangkan bagaimana guru dapat membantu murid memperolehi pengetahuan matematik yang seimbang dari segi konsep dan algoritma dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai. Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Konsep dan Algoritma merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran Matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985). Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui konsep dan algoritma. Kita sentiasa mendengar aduan murid- murid sekolah rendah bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang susah dan matapelajaran yang membosankan. Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah mempelajari Matematik. Contohnya, segolongan pelajar yang lemah pula tidak dapat menterjemahkan soalan yang berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau ketaksamaan Matematik yang betul untuk membuat pengiraan yang selanjutnya. Sebahagian tatatanda Matematik telah menimbulkan kesukaran intrinsik. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami kehendak soalan. Maka ini mengakibatkan mereka menggunakan peraturan-peraturan atau strategi penyelesaian yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan tersebut. Kelemahan daya berfikir menjadi punca kelemahan pelajar bumiputera dalam Matematik. Tidak dapat dinafikan

Upload: sitherrai-paramananthan

Post on 22-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

4

TRANSCRIPT

1.Salah satu isu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah guru terlalu memberi penekanan kepada algoritma untuk mendapatkan jawapan tanpa menitikberatkan pemahaman konsep matematik. Terangkan bagaimana guru dapat membantu murid memperolehi pengetahuan matematik yang seimbang dari segi konsep dan algoritma dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai.

Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Konsep dan Algoritma merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran Matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985). Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui konsep dan algoritma. Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang susah dan matapelajaran yang membosankan. Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah mempelajari Matematik. Contohnya, segolongan pelajar yang lemah pula tidak dapat menterjemahkan soalan yang berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau ketaksamaan Matematik yang betul untuk membuat pengiraan yang selanjutnya. Sebahagian tatatanda Matematik telah menimbulkan kesukaran intrinsik. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami kehendak soalan. Maka ini mengakibatkan mereka menggunakan peraturan-peraturan atau strategi penyelesaian yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan tersebut. Kelemahan daya berfikir menjadi punca kelemahan pelajar bumiputera dalam Matematik. Tidak dapat dinafikan bahawa mata pelajaran Matematik memerlukan kuasa pemikiran kognitif yang tinggi dan perlu dimiliki oleh pelajar. Masalah ini sering dihadapi oleh pelajar sekolah rendah. Pelajar biasanya didapati kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah yang dianggap susah. Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam matematik. Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah lazimnya dikaitkan dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur penyelesaian tidak begitu nyata atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Murid-murid yang berpencapaian rendah menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat dan menggunakan pelbagai kemahiran matematik. Mereka juga mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian jika di bandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka. Montague (1993) melaporkan bahawa murid yang berpencapaian rendha menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam pencapaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan murid untuk menyelesaiakan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian (multi step). Selain itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga menghadapi kesukaran mengingat. Ini merupakan ketidakupayaan murid dalam menguruskan maklumat untuk penyimpanan. Kesukaran mengingat meghalang murid daripada menyimpan fakta dengan lama. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran juga menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual-ruang. Mereka menghadapi masalah menulis dalam garis lurus, menggunakan garis nombor dan menentukan arah (Miller dan Mercer, 1997). Selain itu, pelajar menghadapi masalah apabila mereka dikehendaki memilih operasi tambah, tolak, darab dan bahagi bergantung kepada arahan soalan yang melibatkan satu langkah penyelesaian sahaja. Pada tahap dua pula pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yangmemerlukan lebih daripada satu langkah penyelesaian. Strategi penyelesaian dengan memilih operasi yang betul sahaja mungkin tidak menepati arahan soalan kerana ia juga mungkin mempunyai dua langkah penyelesaian untuk menghasilkan penyelesaian yang sempurna. Maka kebanyakkan keseronokkan tadi akan berubah apabila minat pelajar mula berkurangan terhadap mata pelajaran matematik yang juga menghantui pelajar kepada bentuk soalan bertambah sukar bagi mereka. Minat di sini bermaksud tertarik kepada matematik atau merasa ingin memberi perhatian kepadanya. Masalah seperti ini dapat diselesaikan melalui Scaffolding. Scaffolding merupakan merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk belajar dan memecahkan masalah.Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk, dorongan, peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan, memberikan contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar itu belajar sendiri. Ini merupakan teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan. Pembelajaran dengan bantuan scaffolding memberi manfaat kepada pelajar yang lemah. Pendekatan melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu is menjadikan pelajar berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif sehingga berjaya. Pelajar dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman pembelajaran serta meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang perlu dicapai. kepadamasalah yang diberikan.Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik yang menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat berbagai ramalan apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik. Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan konsep dan algoritma Matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam Matematik.Di samping itu pelajaran itu juga seharusnya mempunyai kerja praktik yang sesuai, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidiki pelbagaicara penyelesaian masalah matematik.