tun tan cheng lock

4
TUN TAN CHENG LOCK Tun Tan Cheng Lock Tun Tan Chen Lock dilahirkan pada 5 April 1883 di Hereen Street, Melaka. Pada tahun 1913, Tun Tan Cheng Lock telah mengahwini Yeo Yeok Neo, anak Yeo Tin Thye, iaitu Presiden Persatuan Masyarakat Hokkien Melaka. Hasil perkongsian mereka berdua, dikurniakan seorang anak lelaki bernama Tun Tan Siew Sin dan empat orang anak perempuan iaitu Kim Tin, Wee Geok Kim, Alice Kim Yoke dan Agnes Kim Lwi. Berasal daripada keluarga berada dan mendapat pendidikan di sekolah Iggeris. Mendapat pendidikan di Malacca High School dan Raffles Institution, Singapura. Bertugas sebagai guru di Raffles Institution selama enam tahun.

Upload: pca5671

Post on 28-Sep-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jh,gjhgjhg

TRANSCRIPT

TUN TAN CHENG LOCK

Tun Tan Cheng Lock Tun Tan Chen Lock dilahirkan pada 5 April 1883 di Hereen Street, Melaka. Pada tahun 1913, Tun Tan Cheng Lock telah mengahwini Yeo Yeok Neo, anak Yeo Tin Thye, iaitu Presiden Persatuan Masyarakat Hokkien Melaka. Hasil perkongsian mereka berdua, dikurniakan seorang anak lelaki bernama Tun Tan Siew Sin dan empat orang anak perempuan iaitu Kim Tin, Wee Geok Kim, Alice Kim Yoke dan Agnes Kim Lwi. Berasal daripada keluarga berada dan mendapat pendidikan di sekolah Iggeris. Mendapat pendidikan di Malacca High School dan Raffles Institution, Singapura. Bertugas sebagai guru di Raffles Institution selama enam tahun. Bekerja sebagai penolong pengurus di estet getah sepupunya sebelum membuka syarikat getah sendiri. Dilantik menjadi anggota tidak rasmi Majlis Perbandaran Melaka pada tahun 1912.

Pada tahun 1923 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat Orang Asia pertama dilantik ke Majlis Eksekutif Negeri-negeri Selat. Merupakan salah seorang pemimpin paling awal membayangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dilantik sebagai Pengerusi Pusat Tenaga Rakyat dan memasuki Majlis Tindakan Bersama Se-Tanah Melayu (PUTERA-AMCJA) Sejak meletusnya Perang Dunia Pertama, beliau bergiat dalam Persatuan Rakyat British Keturunan Cina Selat( Straits Chinese British Association) Pada tahun 1943 beliau menubuhkan Persatuan Orang Cina Seberang Laut India.

Usaha Tun Tan Cheng Lock dan beberapa pemimpin Cina lain seperti Tun Leong Yew Koh akhirnya melahirkan Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese Association-MCA) PADA Februari 1949.Ketika memimpin MCA, beliau telah menunjukkan kecenderungan membela kaum Cina melalui kerjasama dengan orang Melayu dan India. Beliau menjadi ahli dalam Jawatankuasa Hubungan Kaum, wakil MCA dalam Konvensyen Kebangsaan dan bersama-sama menubuhkan parti Perikatan. Penubuhan Perikatan menjadi landasan mencapai kemerdekaan dan kestabilan politik negara. Asas yang dipupuk dalam Perikatan menjadi ikutan generasi pemimpin yang terkemudian dengan tertubuhnya Barisan Nasional yang mengandungi komponen parti yang lebih banyak.Sebagai mengenang khidmat dan jasa yang ditaburkan, beliau telah dikurniakan anugerah dan bintang kehormatan oleh kerajaan British, Persekutuan dan Negeri. Antaranya ialah S.M.N. yang membawa gelaran Tun oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1958. Seorang pemimpin berjiwa rakyat Perjuangan Tun Tan Cheng Lock telah diteruskan oleh anaknya Tun Tan Siew Sin. Beliau meninggal dunia pada 13 Disember 1960 pada usia 77 tahun.