judul sesi pengajian: 2003/2004 tan cheng theng … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan...

27
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN, KESALAHFAHAMAN DAN MASALAH PENGUASAAN KONSEP PENGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA DALAM MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN IV DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya TAN CHENG THENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh ________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 14, JALAN KESUMBA, TAMAN PEKAN DR. BAHARIN BIN ABU BARU, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. Nama Penyelia Tarikh: 2 MAC 2004 Tarikh: 11.03.2004 SULIT TERHAD TIDAK TERHAD

Upload: votruc

Post on 07-May-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN, KESALAHFAHAMAN DAN MASALAH PENGUASAAN KONSEP PENGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA DALAM MATA

PELAJARAN BIOLOGI KBSM DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN IV DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya TAN CHENG THENG (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti TeknologiMalaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh

________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 14, JALAN KESUMBA, TAMAN PEKAN DR. BAHARIN BIN ABU BARU, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. Nama Penyelia Tarikh: 2 MAC 2004 Tarikh: 11.03.2004

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Page 2: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

i

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan:

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).”

Tandatangan : ………………………….…..

Nama Penyelia : ….DR..BAHARIN ABU…...

Tarikh: : ………11 / 03 / 2004……….

Page 3: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

ii

TAHAP KEFAHAMAN, KESALAHFAHAMAN DAN MASALAH PENGUASAAN KONSEP PENGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA DALAM MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM DI KALANGAN

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN IV DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH

TAN CHENG THENG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC, 2004

Page 4: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………...

Nama Penulis : ….TAN CHENG THENG….

Tarikh: : .………7/03/2004…………..

Page 5: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

iv

DEDIKASI

Khasnya ditujukan kepada:

Ayah dan ibu yang tersayang,

TAN BONG SENG dan KUNG SWEE LEE

Adik-adik yang dikasihi,

TAN LIP SIN dan TAN LIP YONG

Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, keperihatian dan kasih sayang kalian.

Page 6: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

v

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih

kepada Dr. Baharin Abu selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini di atas

galakan, bimbingan dan nasihat yang diberikan dalam menyempurnakan kajian dan

laporan projek ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Arba’at Hassan yang banyak

menghulurkan bantuan dan bimbingan sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini. Tidak dilupakan juga kepada panel pemeriksa, pensyarah-pensyarah

Fakulti Pendidikan dan teman-teman seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pengetua, penolong

kanan kurikulum, guru-guru Biologi dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam

menjayakan kajian ini dan serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

atau secara tidak langsung dalam menjayakan kajian Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk

Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma bagi mata pelajaran Biologi KBSM di

kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat aliran sains. Selain daripada itu, kajian ini

juga bertujuan untuk mengenalpasti kesalahfahaman konsep serta masalah yang

dihadapi oleh pelajar dalam memahami dan menguasai konsep Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma (Bab 3). Kajian ini melibatkan seramai seratus dua puluh

orang pelajar tingkatan IV dari empat buah sekolah menengah di zon Johor Bahru,

Johor. Soal selidik yang digunakan mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A,

Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi maklumat latar belakang

responden. Bahagian B mengandungi tujuh soalan struktur untuk mengenalpasti

tahap kefahaman dan kesalahfahaman konsep oleh pelajar dan Bahagian C pula

mengandungi 1 soalan terbuka untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh pelajar

dalam menguasai konsep Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma. Data-data

yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan

min. Secara keseluruhannya, keputusan kajian mendapati tahap kefahaman pelajar

mengenai konsep ‘Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma’ adalah pada tahap

faham separuh dengan kesalahfahaman mengikut kategori Lumpe dan Staver (1995).

Kesalahfahaman pelajar adalah terutamanya melibatkan proses resapan, osmosis dan

pengangkutan aktif. Masalah-masalah penguasaan yang dapat dikenalpasti dari kajian

ini adalah berkaitan dengan cara pengajaran guru, persekitaran dan kelengkapan serta

kekeliruan pelajar. Beberapa cadangan dibuat untuk meningkatkan kefahaman pelajar

dalam menguasai konsep ‘Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma’.

Page 8: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

vii

ABSTRACT

The purpose of this research is to examine the Form Four science students’

understanding on the topic of 'Pengerakan Bahan Merentas Membran Plasma' in

Biology KBSM. The research also attempts to explain student's misunderstanding

and the problems they faced in understanding the topic. The respondents were one

hundred and twenty Form Four students from four secondary schools in Johor Bahru,

Johor using a set of questionnaires. The questionnaires consist of Part A, Part B and

Part C. The students were required to fill in their background in Part A. Part B

consists of seven structured questions to determine the students’ understanding on the

concept. Part C consists of one open-ended question to find out problems faced by

students in understanding the concept. The data was analyzed descriptively to obtain

the frequency, percentage and mean. On the overall, the result shows that student's

understanding level towards the concept of 'Pengerakan Bahan Merentas Membran

Plasma' was 'Partial Understanding and Misunderstanding' according to a five

category written test analysis, adapted from Lumpe and Staver (1995). Most of the

students exhibited a misunderstanding to the concept of diffusion, osmosis and active

transport. Study environment and the equipments available, students’ confusion, and

finally instructors’ teaching methods supposedly as the important factors that cause

the students faced problems in understood the topic. Finally, some suggestions were

given in this research to improve student's understanding on the topic.

Page 9: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 12

1.4 Persoalan Kajian 13

1.5 Kepentingan Kajian 14

1.6 Batasan Kajian 15

1.7 Definisi Operasi 16

1.7.1 Mata Pelajaran Biologi KBSM 16

Page 10: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

ix

1.7.2 Tahap Kefahaman 17

1.7.3 Kesalahfahaman Konsep 17

1.7.4 Pelajar 17

1.8 Penutup 18

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 19

2.1 Definisi Konsep 20

2.2 Klassifikasi Pembentukan Dan Pembelajaran

Konsep 22

2.3 Kesalahfahaman Konsep Sains Secara Umum 25

2.4 Kesalahfahaman Konsep: Resapan Dan Osmosis 28

2.5 Peranan Guru Dalam Mengatasi Masalah 30

Kesalahfahaman Konsep

2.6 Penutup 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 34

3.1 Reka Bentuk Kajian 34

3.2 Populasi dan Tempat Kajian 35

3.3 Instrumen Kajian 37

3.4 Kajian Rintis 38

3.5 Analisis Kajian 39

3.6 Penutup 42

Page 11: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

x

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.0 Pengenalan 43

4.1 Profil Responden 44

4.2 Persoalan Kajian I 46

4.3 Persoalan Kajian II 55

4.4 Persoalan Kajian III 61

4.5 Penutup 63

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 65

5.1 Perbincangan 65

5.1.1 Tahap Kefahaman dan Kesalahfahaman Konsep 66

5.1.2 Masalah Pembelajaran Konsep Pergerakan

Bahan Merentas Membran Plasma 73

5.2 Kesimpulan 74

5.3 Kekangan Kajian 76

5.4 Cadangan Kajian 77

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81

BIBLIOGRAFI 82

LAMPIRAN 89

Page 12: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 SPM 1999-2000. Bilangan Calon Yang Mengambil

Mata Pelajaran Biologi, Fizik dan Kimia. 10

1.2 SPM 1999 - 2000. Analisis Mata Pelajaran

Biologi Mengikut Peringkat. 11

3.1 Sekolah Dan Bilangan Pulangan Soal Selidik

Yang Lengkap 36

3.2 Skor Markah Untuk Setiap Tahap Kefahaman 41

3.3 Skor Min Untuk Setiap Tahap Kefahaman 41

4.1 Bilangan Responden Mengikut Sekolah 45

4.2 Bangsa dan Jantina Responden 45

4.3 Analisis Mengenai Konsep Membran

Plasma (Soalan 1) 47

4.4 Analisis Mengenai Definisi Resapan, Osmosis

Dan Pengangkutan Aktif (Soalan 2) 48

4.5 Analisis Mengenai Jenis Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma (Soalan 3) 49

4.6 Analisis Mengenai Konsep Larutan Hipotonik, 50

Larutan Isotonik dan Larutan Hipertonik (Soalan 4)

4.7 Analisis Mengenai Konsep Osmosis (Soalan 5) 51

4.8 Analisis Mengenai Konsep Resapan (Soalan 6) 52

4.9 Analisis Mengenai Konsep Pengangkutan

Aktif (Soalan 7) 53

Page 13: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

xii

4.10 Skor Min Untuk Setiap Item Ujian 54

4.11 Tahap Kefahaman Untuk Setiap Item Ujian 54

4.12 Masalah Pembelajaran Yang Dihadapi oleh Pelajar

Mengikut Kategori Tema dan Kekerapan. 62

Page 14: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Ujian Penguasaan 90

B Skema Jawapan Ujian Penguasaan 98

C Contoh Jawapan Untuk Menunjukkan Tahap

Kefahaman Responden Mengikut Kategori 101

D Surat Kebenaran Daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia 103

E Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan

Negeri Johor 105

Page 15: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) pendidikan sains digubal bagi menghasilkan pelajar

yang berilmu pengetahuan luas, bertata etika tinggi, celik sains, serta dapat

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Biologi merupakan salah satu mata pelajaran yang menjadi teras kepada

teknologi. Mata pelajaran Biologi diajarkan adalah untuk menyediakan pelajar yang

lebih cenderung, minat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburi diri dalam

kerjaya bidang sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan pelajar ini

akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang

memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Untuk menjayakan hasrat

ini, pencapaian dan kefahaman pelajar merupakan objektif utama dan sering

mendapat perhatian dalam pembelajaran sains seperti Biologi.

Page 16: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

2

Banyak kajian yang dilakukan di luar negara menunjukkan adanya perkaitan

antara pencapaian akademik pelajar dengan penguasaan konsep-konsep Biologi.

Penguasaan konsep merupakan salah satu faktor yang membantu pelajar untuk

menyelesaikan suatu masalah. Kegagalan pelajar untuk menguasai satu-satu konsep

menyebabkan pelajar gagal apabila diuji (Bloom, 1976).

Di Malaysia, walaupun banyak kajian yang telah dibuat namun masalah

kelemahan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Tambahan lagi, daripada

tiga mata pelajaran sains tulen yang ditawarkan iaitu Biologi, Fizik dan Kimia,

jumlah calon yang mengambil mata pelajaran Biologi sebagai mata pelajaran

peperiksaan adalah yang terendah (Statistik Peperiksaan SPM 1999-2000).

Abu Hassan (1999) pula menyatakan bahawa masalah pengajaran sains di

sekolah yang dihadapi sejak dari dahulu lagi ialah kesukaran untuk memperkenalkan

konsep yang baru di samping memastikan konsep lama tidak dilupai. Hampir semua

konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah, terutamanya dalam sains adalah

berbentuk abstrak (contohnya, haba, suhu, tekaanan dan sebagainya). Kebanyakan

konsep yang terdapat dalam sains tidak mempunyai contoh untuk dilihat dan jika ada

pun kadang-kadang sifat khas yang terdapat dalam sesuatu konsep tidak dapat dilihat.

Walaupun ada kajian-kajian yang telah dilakukan, namun kajian-kajian

tersebut masih belum cukup untuk menjelaskan tahap kefahaman pelajar terhadap

konsep-konsep Biologi. Kebanyakan kajian yang dijalankan hanya tertumpu kepada

salah faham konsep yang wujud dalam pembelajaran dan pengajaran Biologi.

Walaubagaimanapun, ada di antara penyelidikan-penyelidikan yang telah dibuat cuba

untuk membincangkan tahap kefahaman konsep dan salah konsep di kalangan pelajar

Page 17: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

3

seperti oleh Lumpe dan Staver (1995) dan Simpson dan Marek (1988). Mereka

mengatakan salah satu faktor penyumbang kepada kelemahan pelajar dalam pelajaran

adalah kegagalan mereka menguasai konsep-konsep Biologi.

Simpson dan Marek (1988)menegaskan bahawa individu yang faham dengan

baik terhadap sesuatu konsep terbuktilah berlakunya pembelajaran bermakna dan

bukannya pembelajaran hafalan. Justeru, dalam sukatan pelajaran Biologi KBSM

kemahiran memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip biologi turut diberi

keutamaan dalam objektif-objektif utama mata pelajaran Biologi dengan memberi

penekanan terhadap kecekapan penguasaan konsep (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2001).

Kajian-kajian yang dilakukan ke atas kesalahfahaman konsep yang wujud

dalam pembelajaran dan pengajaran konsep Biologi hanya banyak dijalankan di luar

negara. Kekurangan kajian yang berkaitan dengan tahap kefahaman, kesalahfahaman

dan masalah penguasaan terhadap konsep Biologi amat ketara di Malaysia. Jadi,

adalah wajar kajian ini dibuat untuk mengkaji kefahaman dan kelemahan pelajar

dalam menguasai konsep-konsep Biologi, khasnya dalam tajuk Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma dan mencari cara yang empirikal untuk memahami

pembelajaran tajuk ini supaya pendekatan yang efektif dapat dirancang dan

diperkenalkan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam tajuk Biologi yang

dikaji.

Page 18: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

4

1.1 Latar Belakang Masalah

Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata

pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah sains untuk sekolah rendah dan

sains untuk sekolah menengah. Mata-mata pelajaran elektif cuma ditawarkan di

sekolah menengah atas iaitu Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Sukatan

Pelajaran Biologi KBSM digubal untuk memenuhi keperluan negara dan ciri-ciri

sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan

mengoptimumkan hasil pembelajaran.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Abdul Shukor

bin Abdullah (2001), mata pelajaran Biologi KBSM bermatlamat untuk melahirkan

murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang Biologi, kemahiran saintifik dan

kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini

berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Kandungan kurikulum Biologi KBSM

terdiri daripada lima tema iaitu:

I. Pengenalan kepada biologi (Bab1)

II. Menyiasat sel sebagai unit asas kehidupan (Bab 2, 3, 4, 5, 6)

III. Menyiasat fiosiologi hidupan (Bab 7, 8, 11, 12, 13, 14)

IV. Menyiasat pewarisan dan variasi dalam kehidupan (Bab 15, 16)

V. Menyiasat hidupan dan perhubungan dengan persekitaran (Bab 9, 10)

Pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep sains dalam tema-tema yang

dinyatakan di atas dirancangkan dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan

proses pembelajaran dan minat murid-murid khususnya dalam mata pelajaran sains

(Kuetel, 1963; Fisher dan Ilpson, 1986). Setiap tema mengandungi beberapa bidang

Page 19: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

5

pembelajaran. Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan dan kesepaduan

antara pelbagai pengetahuan dalam bidang biologi. Kesemua tema ini merangkumi

10 bab yang perlu dipelajari oleh pelajar Tingkatan IV dan 6 bab yang perlu

dipelajari oleh pelajar Tingkatan V untuk menghadapi peperiksaan SPM. Senarai 10

bab yang termasuk dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan IV adalah:

Bab 1 Pengenalan Kepada Biologi

Bab 2 Struktur Sel dan Fungsi Bahagian Sel

√ Bab 3 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma (Topik Kajian)

Bab 4 Komposisi Kimia Dalam Sel

Bab 5 Pembahagian Sel

Bab 6 Oganisasi Sel

Bab 7 Nutrisi

Bab 8 Respirasi

Bab 9 Ekosistem Dinamik

Bab 10 Ekosistem Terancam

Terdapat 10 objektif yang tersenarai dalam Sukatan Pelajaran Biologi KBSM

bertujuan untuk membolehkan pelajar:

1. Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip biologi dan

menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam dan pengalaman

harian.

2. Memahami pengetahuan biologi dan aplikasi dalam bidang sains dan

teknologi kehidupan harian.

3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.

Page 20: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

6

4. Mengaplikasikan pengetahuan biologi, kemahiran berfikir dan kemahiran

saintifik secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan yang rasional dan bertanggung jawab berkaitan dengan

isu biologi dalam kehidupan harian.

5. Menggunakan pengetahuan biologi untuk meningkatkan taraf kesihatan dan

kesejahteraan diri.

6. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan, perhubungan

hidupan dengan persekitaran dan kepentingan pengurusan alam sekitar yang

bijak demi menjaminkan kemandirian hidupan.

7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.

9. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi

sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.

10. Menyedari bahawa segala pengetahuan yang diperolehi melalui kajian sains

merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional

tentang fenomena alam berasaskan kemampuan dan keupayaan akal.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, muka surat 5)

Dalam mata pelajaran Biologi, terdapat konsep-konsep sains yang abstrak dan

memerlukan pengetahuan dan kemahiran aras kognitif yang tinggi untuk memahami

konsep-konsep tersebut dengan baik. Kefahaman konsep-konsep adalah penting

untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi kerana konsep boleh

Page 21: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

7

dianggap sebagai pembentukan asas ‘struktur’ kandungan dalam proses pembelajaran

(Hoover, 1997). Ianya berkaitan dengan objektif pertama yang termaktub dalam

sukatan pelajaran Biologi KBSM iaitu membolehkan pelajar memperolehi

pengetahuan dan pemahaman tentang konsep dan prinsip Biologi dan mengaitkannya

untuk memahami fenomena alam dan pengalaman harian.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, pembelajaran yang bermakna itu

bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Ilmu pengetahuan

sains tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba

sempurna. Pelajar sebenarnya telah mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir

semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan salah

konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan

asal pelajar itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin

memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

Page 22: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

8

1.2 Pernyataan Masalah

Biologi dianggap sebagai satu mata pelajaran yang membosankan kerana

terlalu banyak menggunakan hafalan disebabkan istilah-istilah dan terminologi yang

banyak perlu diingati (Omundsen, 1999). Menurut Mary dan Chin (1999), masalah

pembelajaran konsep yang wujud di kalangan pelajar adalah akibat daripada:

i. Kekeliruan tentang istilah saintifik.

ii. Kefahaman konsep asas kurang betul, dan

iii. Penerangan fenomena alam berdasarkan pemerhatian.

Kesukaran dalam memahami konsep dan istilah boleh menjejaskan pencapaian

pelajar dalam peperiksaan, malah masalah ini akan menjadi penghalang kepada

berlakunya proses pembelajaran bermakna.

Berdasarkan maklumbalas awal daripada beberapa guru biologi yang

berpengalaman, mereka menyatakan bahawa kebanyakan pelajar sekolah menengah

mempunyai pengetahuan asas sains yang lemah. Masalah yang sama juga dilaporkan

berlaku di luar negara. Yap Din-Yan (1996) mendapati kebanyakan pelajar di Hong

Kong menghadapi masalah salah konsep dalam topik osmosis, respirasi, nutrisi dan

makanan, sistem pembiakan, sistem peredaran darah, enzim, genetik dan

pembahagian sel. Dalam satu kajian lain oleh Marek, Cowan dan Cavallo (1994) di

Amerika Syarikat mendapati bahawa seratus peratus pelajar yang terlibat dalam

kajiannya menghadapi masalah kesalahfahaman mengenai konsep resapan.

Dalam mata pelajaran Biologi, topik yang berkaitan dengan osmosis, resapan

dan pengangkutan aktif telah dikenalpasti sebagai salah satu tajuk yang susah untuk

Page 23: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

9

difahami. Menurut Fisher dan Lipson (1986), konsep osmosis, resapan dan

pengangkutan aktif ini sangat luas dan abstrak untuk difahami dan dipelajari. Untuk

memahami konsep-konsep ini memerlukan aras kognitif yang tinggi serta melakukan

latihan yang banyak. Dalam sukatan pelajaran Biologi KBSM, konsep yang berkaitan

dengan osmosis, resapan dan pengangkutan aktif merupakan subtopik yang

terkandung di bawah tajuk Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma seperti

mana yang akan dikaji dalam kajian ini.

Dalam kajian Odom dan Barrow (1995), menyatakan bahawa kebanyakan

pelajar menengah atas mengalami kesalahfahaman konsep mengenai resapan dan

osmosis. Pelajar tidak dapat membezakan konsep osmosis dengan resapan apabila

diberi suatu soalan aplikasi. Pelajar didapati tidak mudah melepaskan konsepsi awal,

walaupun guru telah mengajar konsepsi yang diguna oleh saintis. Pelajar lebih

cenderung menggunakan konsepsi yang salah walaupun mereka telah didedahkan

kepada konsep saintifik seperti yang diajar oleh guru. Kesalahfahaman tidak mudah

dinyahkan dan didapati akan terus kekal walaupun hingga ke peringkat pendidikan

tinggi (Webb, 1992).

Westbrook dan Marek (1992) telah menjalankan satu kajian tinjauan terhadap

300 orang pelajar mengenai tahap kefahaman konsep resapan di kalangan 4

kumpulan pelajar; gred 7 (12 tahun), gred 10 (15 tahun) dan peringkat kolej di

Amerika Syarikat. Hasil kajian mendapati tiada seorang pun yang memahami

sepenuhnya konsep resapan dengan memberi jawapan tepat semasa menjawab

soalan-soalan yang berkaitan dengan konsep resapan. Pelajar-pelajar tersebut kerap

menggunakan istilah-istilah sains yang kurang sesuai semasa menjelaskan sesuatu

fenomena sains. Sebagai contoh, apabila mereka ditanya ‘apa yang akan berlaku jika

sesuatu pewarna dimasukkan ke dalam sebikar air jernih?’ Jawapan yang dinyatakan

oleh kebanyakan pelajar gred 7 menunjukkan kesalahfahaman iaitu “pewarna akan

Page 24: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

10

meresap dan hilang dengan cepat kerana apabila sesuatu zat terlarut bertemu dengan

pelarut, mereka akan bergabung menjadi satu.”

Sawrey (1990) menegaskan pelajar yang tidak memahami sesuatu konsep yang

diajar akan memberikan jawapan yang sama walaupun jawapan yang diberi

sebelumnya adalah salah. Kesalahfahaman konsep dalam pembelajaran sains adalah

penting sebab kesalahfahaman konsep itu memberi peluang menyaksikan proses dan

fungsi minda (Fisher dan Lipson, 1986). Dengan mengesan salah konsep di kalangan

pelajar dalam kelas, guru dapat membimbing pelajar melalui satu urutan pengajaran

yang dapat membantu membentuk kefahaman seperti yang diterima oleh ahli sains

iaitu apa yang hendak diajar. Fenomena ini harus diberi perhatian supaya masalah

pemahaman konsep dalam tidak berterusan.

Kebanyakan pelajar juga didapati tidak memilih Biologi sebagai mata

pelajaran pilihan peperiksaan. Berdasarkan kepada statistik peperiksaan SPM tahun

1999-2000, didapati antara tiga mata pelajaran sains tulen iaitu Biologi, Fizik dan

Kimia, jumlah calon terendah adalah mata pelajaran Biologi seperti dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: SPM 1999 - 2000. Bilangan Calon Yang Mengambil Mata Pelajaran

Biologi, Fizik dan Kimia

Mata Pelajaran Bilangan Calon

Tahun 1999

Bilangan Calon

Tahun 2000

Peratus

Pertambahan (%)

Biologi 62192 67453 7.8

Fizik 79554 94027 15.4

Kimia 81618 98328 17.0

Page 25: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

11

Situasi ini mungkin kerana kebanyakan daripada mereka menganggap konsep

biologi adalah kompleks, sukar difahami dan tidak begitu mencabar minda jika

dibandingkan dengan mata pelajaran elektif lain yang banyak melibatkan pengiraan

(Krynock dan Rob, 1996). Ini disokong oleh Raven (1995) yang mengatakan bahawa

hanya orang yang berfikiran saintifik sahaja yang boleh mempelajari Biologi.

Menurut Gagne (1985), kebanyakan pelajar akan mengambil jalan pintas semasa

mempelajari konsep sains dengan cara menghafal, sama ada dari segi definisi, contoh

atau penggunaan tanpa berusaha untuk memahami konsep sebenar. Kebanyakan

pelajar memilih jalan pintas untuk menghafal konsep Biologi dan bukan untuk

memahami konsep sebenarnya.

Jadual 1.2: SPM 1999 - 2000. Analisis Mata Pelajaran Biologi Mengikut

Pangkat.

Tahun Bilangan

Calon

Sangat Baik

(gred 1-2)

Kepujian

(gred 3-6)

Lulus

(gred 7-8)

Peratus

Jumlah

1999 62192 13.8% 44.1% 36.5% 94.4%

2000 67453 14.1% 44.9% 35.5% 94.8%

Jadual 1.2 pula menunjukkan sebanyak 94.4% dan 94.8% calon yang masing-

masing lulus dalam mata pelajaran Biologi bagi tahun 1999 dan 2000. Keputusan

analisis menunjukkan hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang memperolehi gred

P1 dan P2 dalam mata pelajaran Biologi dan lebih kurang 80% daripada keseluruhan

calon masih dalam status ‘kepujian’ dan ‘lulus’ iaitu antara gred 3 hingga gred 8.

Berdasarkan kepada masalah-masalah yang telah dinyatakan di atas dan

pencapaian rendah pelajar dalam peperiksaan SPM 1999-2000 di atas, satu kajian

Page 26: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

12

perlu dijalankan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar

dalam mempelajari Biologi, khususnya dalam topik Pergerakan Bahan Merentas

Membran Plasma. Kajian ini juga akan menentukan tahap kefahaman dan

kesalahfahaman konsep yang wujud pada pelajar terhadap tajuk Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma. Di samping itu, kajian ini juga akan mengenalpasti

masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai konsep Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk

1. menentukan tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma bagi mata pelajaran Biologi KBSM tingkatan IV.

2. mengenalpasti kesalahfahaman konsep dalam tajuk Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma bagi mata pelajaran Biologi KBSM tingkatan IV.

3. menentukan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari dan

menguasai tajuk Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma bagi mata

pelajaran Biologi KBSM tingkatan IV.

Page 27: JUDUL SESI PENGAJIAN: 2003/2004 TAN CHENG THENG … fileii tahap kefahaman, kesalahfahaman dan masalah penguasaan konsep pengerakan bahan merentas membran plasma dalam mata pelajaran

13

1.4 Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan kajian yang telah dibentuk bagi mendapatkan

jawapan bagi masalah dan objektif kajian ini:

1.4.1 Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma yang berkaitan dengan:

i) Konsep membran plasma

ii) Definisi resapan, osmosis dan pengangkutan aktif

iii) Jenis pergerakan merentas membran plasma

iv) Konsep larutan hipotonik, larutan isotonik dan larutan hipertonik

v) Konsep osmosis

vi) Konsep resapan

vii) Konsep pengangkutan aktif

1.4.2 Apakah kesalahfahaman konsep yang dilakukan oleh pelajar dalam tajuk

Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma?

1.4.3 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami dan menguasai

tajuk Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma?