tun sir henry lee hau

Upload: ahf

Post on 13-Oct-2015

676 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (1900 - 1988) merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Dia dilahirkan di Hong Kong pada 19 November 1900.[1] Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.

Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]Jump up Wong Siu-lun; Sun Wenbin & Dr. Victor Zheng. "The H.S Lee Family" (dalam bahasa Inggeris). Studies on Chinese Family Enterprises. The Univeristy of Hong Kong.Jump up Lee Kam Hing. "A key man behind the alliance", The Founding Fathers, TheStar Online, 30 Julai 2007. Dicapai pada 11 September 2008. (bahasa Inggeris) Kategori: Laman mengandungi templat petikan dengan parameter tidah sahAhli politik MCAOrang Cina Malaysia

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isi kandungan [sorokkan] 1 Latar belakang1.1 Isu perkauman dalam pilihan raya 19691.2 Pembangkang meraikan kemenangan1.3 Perarakan kematian Cina1.4 Rumah Menteri Besar Selangor1.5 Rejimen Renjer1.6 Askar Melayu1.7 Panggung Odeon1.8 Persepsi2 Angka korban3 Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei4 Mageran5 Nota6 Rujukan7 Pautan luar

Latar belakang[sunting | sunting sumber]Isu perkauman dalam pilihan raya 1969[sunting | sunting sumber]Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Pembangkang meraikan kemenangan[sunting | sunting sumber]Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina[sunting | sunting sumber]

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.[4] Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer[sunting | sunting sumber]

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu[sunting | sunting sumber]Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon[sunting | sunting sumber]Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.[5] Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]

Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

Persepsi[sunting | sunting sumber]Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[6]

Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.

Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.[7]

"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.[8]

Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.

Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.

"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.

"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.

Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.

"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim.

Angka korban[sunting | sunting sumber]

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu : 86 orangCina : 342 orangLain-lain : 3 orangStatistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan]

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei[sunting | sunting sumber]Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran[sunting | sunting sumber]Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

Nota[sunting | sunting sumber]Jump up Ralat petik: Tag tidak sah; teks bagi rujukan zakaria tidak disediakanJump up Hwang, In-Won (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, p. 78. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 981-230-185-2.Jump up Al-Mukmin, Hatta (2005). "Keranamu UMNO", p. 104. Abadi Publishing House. ISBN 983-2215-00-5.Jump up Sa-belum dan sa lepas Mei 13, Abdul Rahman (Tunku, Putra Al-Haj), Penerbitan Utusan Melayu, 1969 - Malaysia - 259 pagesJump up Tanda Putera - Filem kenegaraan.Jump up "Another look at incident on May 13", The Star, 2007-05-14. Jump up Tragedi 13 Mei: Hakikat yang sebenar Oleh Lim Kit SiangJump up Saya tiada di KL semasa tragedi 13 Mei -Kit SiangRujukan[sunting | sunting sumber]Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1]Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today.Watershed elections of 1969, 8 August 2007, Malaysian HistorySumber Polis Diraja Malaysia[perlu rujukan]Pautan luar[sunting | sunting sumber]The 13 th May 1969 Racial Riots - The True and Fair View.May 13, 1969: Truth and reconciliation.Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969

00 hari: Cabaran kekalkan perpaduan

Oleh Zuriati Zulmi dan Noor Farhana Ahmad Norain

Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 6 Mei lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 , Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu. - BERNAMAGENAP 100 hari selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri hari ini, menangani cabaran pendamaian dilihat terus menjadi komitmen beliau dalam usaha mengekalkan kestabilan negara.

Beberapa pihak turut berpendapat ia cabaran terbesar perdana menteri ekoran perpecahan masyarakat yang dilihat ketara selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling berkata usaha pertautan dan kesepaduan masyarakat adalah tugas utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara selepas pilihan raya umum ke-14 pula.

"Cabaran paling utama, bagaimana untuk menautkan kembali anggota warganegara yang berfikir sebagai orang Malaysia.

"Itulah cabaran pilihan raya ke-14 nanti untuk melihat sama ada pengundi mengundi sebagai orang Malaysia seluruhnya atau terus mengundi mengikut kaum masing- masing," katanya kepada Bernama.

Dari segi pembangunan, beliau berkata apa yang penting adalah rakyat dapat melihat kerajaan melaksanakan sepenuhnya apa yang telah dirancang kerana perancangan pembangunan dirangka sejak sebelum pilihan raya lagi.

Turut menyuarakan pendapat yang sama ialah aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye, yang mahu melihat perpaduan kaum di bawah gagasan 1Malaysia, terus diperkukuh.

"Hasrat untuk melihat perpaduan kaum di bawah gagasan 1Malaysia mungkin tidak tercapai sekiranya segelintir pihak masih mengamalkan politik perkauman," katanya.

Justeru, beliau berharap perdana menteri lebih tegas dalam isu perpaduan ini kerana ia perkara penting dalam agenda pembangunan negara menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Komitmen itu jelas diterjemahkan perdana menteri melalui Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948, dengan memberi jaminan tidak akan menjejaskan kuasa kerajaan dalam menangani perbuatan yang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

Walaupun kerajaan ingin menjamin kebebasan bersuara setiap warganegaranya, namun bagi rakyat sendiri ia tidak boleh disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan kaum dan keharmonian negara.

Apa yang jelas, tumpuan utama Najib sebaik diberi mandat semula adalah menyatukan semula hubungan rakyat negara ini yang sedikit sebanyak berpecah pada PRU13 sehingga membentuk polarisasi kaum.

Berdasarkan usaha ke arah itu, Najib juga mencadangkan penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional pada 26 Jun lepas sebagai usaha mencapai matlamat penyatuan nasional bagi mengerat semula hubungan antara rakyat.

Aspek keselamatan turut menjadi agenda utama untuk menyediakan persekitaran yang selamat kepada rakyat.

Komitmen itu dinyatakan dengan kesediaan kerajaan membantu pasukan keselamatan negara khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan apa sahaja yang perlu mengikut asas dan kemampuan untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah.

Sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada beberapa menteri termasuk menteri dalam negeri dan menteri di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan untuk berbincang dengan peguam negara dan ketua polis negara bagi menentukan peruntukan tambahan dalam undang-undang yang boleh memperkukuh keupayaan bidang kuasa polis untuk bertindak.

Menyentuh isu keselamatan, Lee yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata terdapat kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk menangani isu keselamatan terutama jenayah dalam pentadbiran Najib.

"Tapi untuk pastikan bahawa apa yang dikatakan oleh perdana menteri dapat dijadikan satu kenyataan, adalah bahawa arahan beliau dilaksanakan di seluruh peringkat kerajaan untuk pastikan bahawa isu keselamatan dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.

Selain itu, kerajaan turut membincangkan pelbagai pandangan mengenai keperluan menggubal satu rang undang-undang baharu menyamai Ordinan Darurat 1969 yang dimansuhkan pada 2011.

Selain mendapatkan pandangan polis dan peguam negara, kerajaan juga akan mengambil kira pendapat beberapa pihak yang berkepentingan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam.

Awal bulan ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan sedang berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung draf rang undang-undang baharu itu, berkata ekoran pemansuhan Ordinan Darurat 1969 (EO), lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ramai kembali melakukan aktiviti jenayah.

Menurutnya sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah.

Dalam akujanji BN pada PRU13 lepas, kerajaan berjanji menurunkan harga kereta dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional.

Hasilnya dapat dilihat apabila laporan menyatakan beberapa model kereta jenama Peugeot, Proton, Perodua dan Honda masing-masing menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Laporan itu menyebut pelan penurunan harga dapat dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Menyediakan rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki juga masih menjadi tumpuan kerajaan yang mengumumkan pembinaan 100,000 unit Projek Perumahan Awam 1Malaysia di seluruh negara pada Julai lepas.

Berkeluasan antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi, harga seunit rumah yang ditawarkan di bawah skim PPA1M ialah antara RM150,000 dan RM300,000.

Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu yang memuji langkah kerajaan menunaikan janji-janji pilihan raya berkata ini hanyalah permulaan kepada tempoh 60 bulan yang dimiliki Najib dalam penggal kedua beliau selaku perdana menteri.

Bagaimanapun beliau berharap kerajaan akan terus memberi perhatian kepada kos kehidupan pengguna selain aspek kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam yang amat penting bagi golongan berpendapatan rendah.

Najib juga komited dalam meningkatkan kualiti tadbir urus dan integriti merentas semua segmen, selain memperhebat usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Najib berkata untuk membuktikan keseriusan iltizam kerajaan dalam menangani isu tadbir urus, integriti dan rasuah, kerajaan telah merangka sebuah pelan integriti yang bersifat merentas batas dan menyeluruh.

"Butiran mengenai pelaksanaan khusus pelan ini akan saya umumkan dalam masa terdekat," beliau dilaporkan berkata.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan di bawah Najib dilihat akan meningkatkan pelaksanaan Dasar Transformasi Nasional ke arah memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan, inflasi dan kos kehidupan menurun, kadar pengangguran rendah dan kadar jenayah terkawal.

Selain itu, penekanan usaha turut diberikan untuk memastikan akses kepada pendidikan berkualiti yang saksama, pengecilan jurang prasarana mahupun pendapatan bandar serta luar bandar, kadar pelaburan asing dan domestik yang sihat, serta daya saing nasional terus meningkat. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130814/re_01/100-hari-Cabaran-kekalkan-perpaduan#ixzz361MIAFpY Utusan Melayu (M) Bhd