formula pembinaan negara menurut sir muhammad iqbal

24
FORMULA PEMBINAAN NEGARA MENURUT SIR MUHAMMAD IQBAL FORMULA PEMBINAAN NEGARA MENURUT SIR MUHAMMAD IQBAL

Upload: man-ana-man-anta

Post on 16-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

FORMULA PEMBINAAN NEGARA MENURUT SIR MUHAMMAD IQBAL

FORMULA PEMBINAAN NEGARA MENURUT SIR MUHAMMAD IQBAL

FORMULA PEMBINAAN NEGARA MENURUT SIR MUHAMMAD IQBAL1Pembentukkan sesebuah Negara tidak hanya dilihat pada sudut pembangunan fizikalnya sahaja. Aspek spiritual, intelektual dan nilai insani adalah elemen yang utama dalam pembentukan sebuah negara Madani dan sifat manusiawinya memenuhi nilai kemanusiaan.

Nilai kemanusiaan dan sistem demokrasi ini, dicorak kembali dan dimasukkan nilai-nilai yang murni sehingga tidak menyanggahi nilai dan asas kemanusiaan.PENDAHULUANPembinaan dan pembangunan semula nilai manusiawi dan fikiran berlandaskan jalan dan halatuju yang betul harus dirungkai kembali kekusutannya dan disusun kembali.

Pembangunan dan penyemaian kembali nilai Islam kedalam jiwa masyarakat muslim adalah agenda utama yang diketengahkan oleh Muhammad Iqbal, di samping menyediakan juga formula kepada tertegaknya kembali masyarakat dan Negara yang berdiri pada landasan dan mempunyai hubung jalin antara pembangunan spiritual dan fizikal.

Bukanlah masalah berpecah, ia bukanlah hanya pemikiran, hanya perasaan ataupun hanya perbuatan, ia adalah ungkapan keseluruhan manusia. Ia bukanlah satu agama dalam erti kata yang biasa, ia adalah falsafah kehidupan yang berusaha menjaga perkembangan peribadi yang harmoni dan memenuhi nilai kemanusiaan. Al-Quran dan Negara, moral dan politik adalah dalam satu wahyu .IQBAL MENYATAKAN;Sir Muhammad Iqbal dilahirkan di Sialkot iaitu sebuah Bandar yang terletak di Punjab pada 22 Febuari 1873.Nenek-moyang beliau, terdahulu sebelum memeluk Islam adalah sebagai ketua agama Hindu di Khashmir dan telah memeluk agama Islam dua ratus tahun sebelum.

Daripada masa itu,keluarga Iqbal telah berubah sikap dan kepercayaan dengan semangat ketakwaan, kecintaan kepada agama dan pegangan kepada Allah. Bapa Iqbal sendiri adalah seorang Muslim yang taat dengan kuat berpegang kepada ajaran sufi.BIODATA MUHAMMAD IQBALSetelah menyelesaikan pengajian di Sialkot, Iqbal meneruskan pengajian pada Government College di Lahore. Pada tahun 1897, Iqbal berhasil meraih gelar BA, dan mendapatkan gelar M.A pada 1899 dalam bidang falsafah pada College yang sama.

Sebagai murid berprestasi penerima anugerah medali siswa cemerlang, Iqbal mendapatkan sokongan dari Sir Thomas Arnold untuk melanjutkan pengajiannya ke Eropah.Pada 1905 hingga 1908, beliau meneruskan pengajian peringkat doktor di Munich-Jerman.

Dengan tesis bertajuk The Development Of Metaphysics in Persia, Iqbal meraih gelar doktornya. Dalam masa yang sama Iqbal menyelesaikan pengajian dalam bidang hukum di Lincolns In di Cambridge.

KARYA IQBAL

Penyemaian dan pembangunan nilai kemanusiaan dan elemen spiritual ini merupakan tunjang utama dalam membentuk asas ketamadunan dan pembangunan Negara yang kukuh. Nilai kemanusiaan ini adalah satu perkara dan keperluan bagi manusia untuk berada di atas landasan yang betul. Kepercayaan kepada falsafah meterialisme dan individualisme menjadikan seseorang itu bertindak luar dari landasan manusiawi yang betul.NILAI MANUSIAWI SEBAGAI ASAS KETAMADUNANSikap kebergantungan kepada kepentingan diri dan keuntungan tanpa diresapi dengan kebersamaan menjadikan individu atau sesetengah masyarakat meggunakan segala kesempatan dan peluang yang ada hanya untuk kepentingan sendiri tanpa melihat kepada keperluan masyarakat yang lebih utama.

Oleh itu, peluang yang diberikan akan digunakan untuk mengaut seberapa banyak keuntungan dan penyalah gunaan kuasa yang ada untuk menambahkan segala kehendak mereka mengikut nafsu dan kepentingan. Muhammad Iqbal menyatakan:

It demands a loyalty to God, not to thrones. And Since God is the ultimate spiritual basis of all life, loyalty to God virtually amounts man's loyalty to his own ideal nature .

Ia menuntut kesetiaan kepada Allah, bukan kepada takhta. Dan kerana Tuhan adalah asas spiritual muktamad semua kehidupan, kesetiaan kepada Allah hampir jumlah lelaki kesetiaan kepada sifat ideal-nya sendiri.Hala tuju dan visi yang jelas turut berperanan dalam membina delegasi yang baik.

Perkara ini keperluan yang penting, kerana visi yang jelas disertai dengan nilai ketuhanan dan sifat manusiawi, maka segala perjalanan dan langkah yang disusun mampu untuk sampai kepada satu tahap yang baik.

Iqbal menyatakan: Vision and power both combined are essential to the spiritual expansion of humanity. Vision without power may bring moral elevation, but no lasting culture. Similarly, power without vision result in destruction and tyranny. Pemerintahan dalam sesebuah Negara merupakan sifat semulajadi yang wujud dalam diri manusia. Ibn Khaldun menyifatkan hidup secara bermasyarakat adalah keperluan hidup manusia.Manusia sesekali tidak mampu untuk hidup secara bersendirian .

Oleh itu, kehidupan bermasyarakat memerlukan sistem dan bentuk pemerintahan yang bertindak sebagai pengatur segala urusan dan keperluan masyarakat.

DEMOKRASI DAN POLITIK NILAI

Kesan daripada peninggalan penjajah ke atas tanah umat Islam, bukan hanya memecahkan sempadan kenegaraan, tetapi juga meninggalkan satu sistem yang mengubah bentuk pola pemikiran dan tindakan dalam penentuan dan pemilihan pemerintah.

Kecelaruan dalam menentukan bentuk dan pola pemerintahan, menyebabkan umat Islam khususnya tidak lagi mampu berdiri dalam satu lingkungan dan landasan yang sama.Muhammad Iqbal menyatakan:

Biarkan orang-orang bodoh itu bertengkar mengenai bentuk pemerintahan, kata Alexander Pope. Aku tidak dapat bersetuju dengan falsafah politik seperti ini. Menurutku, sesebuah pemerintahan-apa pun bentuknya, adalah sebuah kekuatan yang menentukan dalam membetuk karekter sesebuah bangsa. Hilangnya kekuatan politik berarti hancurnya keperibadian Negara tersebut.

Sistem demokrasi atau penentuan dari rakyat dalam pemilihan dan penentuan bentuk pemerintahan adalah jalan yang di ambil untuk meneruskan delegasi pola pemerintahan ini.

Keperluan kepada pemerintahan ini merupakan asas yang penting dalam mengurus, mentadbir dan yang paling penting adalah sebagaipusat penyatuan segala kelompok, kaum, agama dan bangsa.Penyatuan yang terbentuk melalui segala elemen ini membentuk satu kesepakatan dan kekuatan sesebuah Negara.Pembebasan segala kefahaman, pola pemikiran dan pemerintahan daripada kesan peninggalan penjajah adalah usaha yang berterusan bagi melahirkan satu bentuk Negara yang berlandasakan ajaran, nilai dan tingkah laku bertepatan dengan nilai Islam.

Muhammad Iqbal menyatakan; Aku menentang nasionalisme sebagaimana difahami di Eropah kerana kulihat di dalamnya benih meterialisme tak bertuhan, yang kuanggap merupakan bahaya besar bagi umat manusia di zaman moden. Patriotisme adalah kebajikan fitrah yang sempurna, yang mempunyai tempat dalam kehidupan moral manusia. Sekalipun demikian, masalah paling utama bagi manusia adalah imannya, kebudayaannya dan tradisi sejarahnya.

Pengamalan sistem demokrasi dalam sesebuah Negara memerlukan masyarakat memahami dan membentuk struktur yang tersendiri bagi menapis segala bentuk kefahaman yang menyeleweng dari nilai dan ajaran Islam itu sendiri. Pengaruh terhadap fahaman atau isme yang lain boleh menjadikan seluruh masyrakat dan Negara tidak berada dalam keadaan yang stabil, kerana setiap individu mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan atau berlakunya penindasan.

Sistem demokrasi adalah sebagai satu wasilah atau metod dalam membentuk atau menemukan titik perbezaan dan persamaan antara setiap individu atau kumpulan di dalam masyarakat tersebut. Sesungguhnya, nilai kemanusiaan, semangat beragama dan kecintaan kepada tanah air adalah agenda yang penting dan menjadi isu bersama dalam pembangunan Negara.

Iqbal menyatakan bahawa;

Demokrasi Islam tidak tumbuh dari perluasan kesempatan ekonomi: ia merupakan sautu prinsip rohani yang didasarkan pada anggapan bahawa setiap wujud manusia adalah satu pusat dari kemampuan yang berkemungkinan dapat dikembangkan dengan peningkatan suatu cara yang tertentu.

Terpengaruhnya seseorang itu terhadap fahaman materialistik, menjadikan jawatan dan ruang yang diperoleh oleh mereka sebagai peluang untuk mengambil kesempatan mengaut segala keuntungan dan mencipta nama walau bertentangan dengan undang-undang yang ditetapkan.

Fahaman ini bukan sahaja membentuk satu fahaman yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan tetapi turut mewujudkan sistem taraf manusia.Gelora arus pemikiran dan pembangunan masa kini sesekali tidak terlepas daripada fahaman materialistisme dan individualism. Kesan daripada ini, ummat Islam telah kehilangan sifat kemuliaan dan hala tuju dalam membina struktur kehidupan.

Berpunca daripada keimanan dan kepercayaan terhadap isme ini, umat Islam khususnya telah kehilangan kekuatan kesatuan dan pembinaan jati diri. Pujangga menyatakan, dua perkara yang tidak dapat diketahui dengan tepat saat berlakunya, iaitu tidur dalam hidup seseorang dan saat runtuhnya suatu ummat . IMPLEMENTASI PEMIKIRAN MUHAMMAD IQBAL DALAM ORIENTASI KEKINIANSemangat, keazamaan serta membangun kepercayaan diri (Self Confidance) ummat Islam yang diterbitkan kembali oleh Muhammad Iqbal, ibarat menghidupkan kembali tanah yang telah mati. Kepercayaan kepada diri sendiri diibaratkan obor yang dinyalakan di tengah kegelapan dunia yang hilang nilai dan akhlak yang murni dalam diri masyarakat.

Kemuliaan dan kepercayaan diri sendiri kepada ummat Islam khususnya seharusnya menjadi agenda dalam pembinaan kembali kehidupan pada masa kini, dalam menghadapi gelora dan ombak materialistik. Kemuliaan ini seperti yang dicatatkan dalam al-Quran Kamu adalah sebaik-baik manusia yang dikeluarkan untuk sekalian manusia . Penerapan kepada penyatuan antara politik dan agama adalah aspek dan formula yang utama menjadi batu asas kepada pembnetukan kembali semangat kebangkitan ummat Islam. Antara kaedah dan cara yang ditinggalkan oleh sekalian penjajah tanah umat Islam seluruhnya adalah menstrukturkan dan mencorakkan agar nilai agama dan politik tidak diadunkan bersama. Pecah dan perintah inilah yang menjadi pegangan utama para penjajah untuk melemahkan kesatuan ummat Islam.

Pengembalian kembali kepada tradisi Islam, penilaian kembali terhadap teks untuk disesuaikan berdasarkan konteks dan penyemaian nilai Islam ke dalam sisitem politik pada masa kini, merupakan langkah yang diambil dan agenda utama umat Islam untuk mengembalikan kepada moral dan pembentukkan tradisi Islam yang terdahulu.

Dari pemaparan tentang konsep politik dan kenegaraan yang dikemukakan oleh Muhammad Iqbal, dapat penulis rumuskan, dasar utama pembentukan negara adalah Tawhid yang mengimplikasikan makna kedaulatan Tuhan.

Negara Islam berorientasikan kepada Tuhan, sebagai Sumber Utama kehidupan. Prinsip tawhid akan melahirkan rasa kebangsaan dan kesetiaan kepada saudara seakidah tanpa ikatan sempadan. Pengertian sempadan hanya difahami sebagai sarana untuk pengenalan saja.Ini memandangkan ajaran Islam menghendaki berlakunya kesejahteraan dan keadilan sejagat.KESIMPULANKelihatan dalam huraian mengenai teori politik Iqbal ini, persoalan tentang sistem serta lain-lain hal teknikal yang melibatkan pengurusan negara dan rakyat ditinggal.Perkara ini bukanlah tidak penting dalam konteks kerangka berfikir Iqbal tetapi beliau pergi lebih jauh dari hanya berbincang tentang sistem tersebut.

Beliau memilih untuk memberi perhatian terhadap falsafah, yakni asas dan dasar kenegaraan itu sendiri yang dikira tersangat penting, di mana persoalan ketuhanan dan fungsi kenabian mewarnai gagasan siasah beliau.Walau bagaimanapun persoalan sistem boleh berubah, menurut kesesuaian sesebuah negara.