tun fatimah serikandi melayu / tun fatimah the malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan...

10
TuNE SERIKANDI MELAYU Prof. (Adj.) Datuk Dr. Hj. Mohd Jamil bin Mukmin Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Malaysian Institute OfHistorical and Patriotism Studies

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

52 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

TuNESERIKANDI MELAYU

Prof. (Adj.) Datuk Dr. Hj. Mohd Jamil bin Mukmin

Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)Malaysian Institute OfHistorical and Patriotism Studies

Page 2: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

• TUN FATIMAH THE MALAY WARRIOR. •

Kandungan I ContentBAB HALAl\IAN

Pendahuluan

Introduction

Tun Fatimah Puteri Bendahara Seri Maharaja

Tun Fatimah, Daughter ofBendahara Seri Maharaja

Tun Fatimah Sebagai Permaisuri Melaka

Tun Fatimah as the Queen ofMe/aka

Kejatuhan Melaka ke Tangan Portugis

Fall ofMe/aka to the Portuguese

Perjuangan Sultan Mahmud dan Tun Fatimah Menentang Portugis

Sultan Mahmud and Tun Fatimah sStruggle Against the Portuguese

Perjuangan dan Pengorbanan Tun Fatimah

The Struggle and Sacrifice ofTun Fatimah

Kesimpulan

Conclusion

Bibliografi Pilihan

Bibliography

4

22

4

22

7

25

8

26

11

29

15

34

17

35

18

35

Page 3: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

• TUN FATIMAH SERI KANDl MELAYU·

TUNFATIMAHSERIKANDI MELAYU

* Prof (Adj.) Datuk Dr. Hj. Mohd Jamil bin Mukmin

Pendahuluan

Pada zaman keagungan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara terdapat ramaiwirawati atau pejuang wanita yang telah banyak memberi sumbangan kepadakestabilan kerajaan-kerajaan tersebut. Antaranya ialah Sultanah Tajul AlamSafiyatuddin Syah (1641-1675) dan Cut Nyak Dhien (1856-1908) dari Acheh, RatuTribuwana Tunggadevi (1329-1351) dari Majapahit, Puteri Janilan{1683-1718) dariMinangkabau, Sultanah Nurul Azam (1681-1685) dari Sulu, Raja Hijau (1584­1616) dari Patani, dan Tun Fatimah (1510-1528) dari Melaka.! Artikel ini akanmenghuraikan tentang sejarah Tun Fatimah sebagai serikandi Melayu yang tersohordi Nusantara berasaskan sumber-sumber yang boleh dipertanggungjawabkan.

Tho Fatimah Puteri Bendahara Seri Maharaja

Tun Fatimah ialah anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir iaituBendahara Melaka yang ke-8 (1500-1510). Dalam Sejarah Melayu, Tun Fatimahdigambarkan sebagai seorang gadis dan wirawati yang sangat cantik. Catatannyaadalah sebagai berikut:

Maka tersebutlah perkataan peri baik paras anak Bendahara SeriMaharaja Tun Mutahir, yang bernama Tun Fatimah, terlalu sekalieloknya, tiada tercela lagi, sedap manis pantas bagus, seperti lautmadu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulanpurnama keUka cuaca.Tambahan anak Bendahara pula barang lakunya dan barang pakaianlarangan semuanya dapat dipakainya, maka bertambah-tambah baikparasnya. 2

Tun Fatimah telah berkahwin dengan Tun Ali anak Seri Nara DiRaja Tun TahirPenghulu Bendahari Melaka. Sultan Mahmud Syah (1488-15II), telah berangkatmenghadiri majlis perkahwinannya dengan Tun Ali telah jatuh hati apabila

• Prof(Adj.) DalUk Dr. Hj. Mohd JamiI Mukmin ialah Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan PatriotismeMalaysia(lKSEP) serla Naib Pengerusi Dunia Melayu Islam (DMDI). .1 Niriswani Yahaya & Syed Zulfida S.M.Nor, Puten 101 Duma Melayu : SeJarah dan Lagenda.. Kuala Lumpur:Jabatan Muzium Negara, 2003, him. 4,14,86,94,108,132 dan 300.2 W.O. Shellabear, (Penyusun), Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1974, hlm.188.

4

Page 4: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

'TUN FATIMAH THE MALAVWARRlOR'

IEMPAYAR KERAJAAN MELAKA

KEDAH

TERENGGANU

LAUT CHINA SELATAN

BENTAN

Empayar Me/aka

5

Page 5: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

* TuN FATIMAH SERIKANDI MELWU *

Islana Kesu/lanan Me/aka.Sumber: Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Kola Melaka dalam abad ke-15 (selelah kedalangan Islam).Sumber: Perbadanan Muzium Me/aka (PERZIM)

6

Page 6: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

• TuN FATIMAH THE MAu\Y WARRIOR'

melihat keeantikan Tun Fatimah itu. Baginda berasa murka dan mendendami TunMutahir kerana tidak memaklumkan kepadanya sebagaimana adatnya, bahawabeliau mempunyai anak gadis yang eantik. Hasil perkahwinan Tun Ali dan TunFatimah itu mereka telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Tun'Terang.3

Raja Mendaliar, Dato' Syahbandar Melaka dan rakan-rakannya saudagar NinaSura Dewana dan Si Kitul yang memang bermusuhan dengan Bendahara TunMutahir telah mengambil kesempatan di atas peristiwa ini. Mereka telah memberiemas dan perak kepada Laksamana Khoja Hassan supaya mempersembahkankepada Sultan Mahmud yang Bendahara Tun Mutahir meraneang untukmerampas kuasa dan ingin menjadi Sultan. Mendengar tuduhan tersebut, SultanMahmud yang sememangnya mendendaminya berasa tersangat murka dan tanpausul periksa terlebih dahulu telah memerintahkan agar Bendahara Tun Mutahirdan seluruh ahli keluarganya dihukum bunuh. Tun Mutahir dan seluruh ahlikeluarganya termasuklah Tun Ali iaitu suami Tun Fatimah telah dibunuh, keeualiTun Fatimah, anaknya Tun Terang dan Tun Hamzah, anak keeil Seri Nara Di RajaTun Tahir.4

Tho Fatimah Sebagai Permaisuri Melaka

Tun Fatimah kemudiannya telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud, danseterusnya ditabalkan sebagai permaisuri Melaka pada tahun 1510. Walaupun TunFatimah telah menjadi permaisuri Melaka, beliau terus bersedih di atas perbuatanbaginda membunuh ahli keluarganya. Tun Fatimah tidak sanggup mengandungkananak dengan Sultan Mahmud selagi baginda tidak memberi jaminan melantikputeranya sebagai Sultan menggantikan baginda kemudian. Setelah mendapatjaminan barulah Tun Fatimah mengandungkan zuriat Sultan Mahmud. KemudianTun Fatimah melahirkan Raja Putih, Raja Khatijah dan Raja Ali. Setelah RajaAli dilahirkan, Sultan Mahmud menitahkan memalu gendang dan melepaskantembakan memberi isyarat kepada rakyat jelata yang baginda beroleh seorangputera.5

Setelah beberapa lama Tun Fatimah menjadi pemaisuri Melaka akhirnyaSultan Mahmud menyedari hukuman yang dijatuhkan ke atas ayahandanya,Tun Mutahir itu adalah fitnah semata-mata daripada Raja Mendaliar, Nina SuraDewana, dan Si Kitul. Baginda tersangat murka dan telah menjatuhkan hukumanbunuh ke atas mereka dan seluruh ahli keluarga mereka.6

3 Ibid., him. 191-192.4 "Tun Fatimah, " Ensklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1999, him. 2512,5 Ibid.6 Ibid.

7

Page 7: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

• TUN FATIMAH SERlKANOI MELAYU'

Gambar perkahwinan diRaja Melaka - Ilustrasi Pelukis Belanda.Sumber: MALAYSIA: A Pictorial Historical 1400 - 2004, him. 23

Mengikut buku Tun Fatimah karangan Harun Aminurrashid, Tun Fatimahbukan sahaja terkenal kerana kecantikan rupa parasnya, tetapi juga sifat-sifatkepintaran dan kepahlwanannya.7 Beliau bersama-sama rakan-rakan wanitanyayang lain telah mempelajari ilmu kepahlawanan seperti pencak silat dan sebagainyasehingga dikenali sebagai wirawati Melaka yang gagah berani. Menurut beliau,Tun Fatimah bersama semua wirawati yang lain telah keluar menentang soldaduPortugis yang membuat kacau mengganggu wanita-wanita di pasar semasa merekamenyerang Melaka 1511. Kekuatan serangan Tun Fatimah dan wirawati Melakaitu telah menyebabkan soldadu Portugis itu lari bertempiaran menyelamatkan dirike kapal mereka.8

Kejatuhan Melaka ke Tangan Portugis

Kegemilangan empayar Me1aka pada abad ke-13 hingga ke-16 telah mulamerundum pada peringkat akhir pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Pada zamanitu beberapa orang wira Melaka seperti Bendahara Tun Perak dan LaksamanaHang Tuah telah meninggal dunia. Pada masa yang sarna Sultan Mahmud danpembesar-pembesar negeri telah berbalah sesama sendiri. Mereka mengamalkanrasuah, penyelewengan, berfoya-foya dan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagaicontohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana menyogok emas sepuluh kati

7 Harun Aminurrashid, Tun Fatimah, Pustaka Melayu: Singapura, 1960, h1m.67.8 Mohd Jamil Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Melaka;IKSEP, 2004, hlm.n.

8

Page 8: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

• TuN FATIMAH THE MAu\Y WARRIOR'

kepada Bendahara Seri Maharaja supaya menyebelahinya dalam perbalahandengan Raja Mendeliar. Manakala Bendahara Tun Mutahir, Data' SyahbandarRaja Mendaliar dan Si Kitul pula telah dihukum bunuh. Keadaan tersebut telahmenyebabkan Melaka hilang kekuatannya sebagai sebuah empayar yang digerunidi rantau Alam Melayu suatu ketika dahulu.9

Nampaknya kuasa dan kekayaan telah menjadi punca utama perbalahan diantara Bendahara Tun Mutahir daripada keturunan Melayu-Islam dan SyahbandarData' Mendaliar daripada keturunan Melayu-Tamil yang sememangnya kaya­raya.

Perang antara angkatan Sultan Ahmad Syah dan Alfonso D'Albuquerque pada 24 Ogos 1511.Tun Fatimah dan Wirawati Me/aka turut mempertahankan Melaka ­

Gombar Ilustrasi Ismail Embong

9 Ibid., hlm.75.

9

Page 9: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

• TUN FATIMAH SERlKANDI MElAYU *

Kekayaan kedua-dua pembesar ini digambarkan di dalam Sejarah Melayu sepertiberikut:

Maka tersebutlah perkataan ada seorang Keling diam di Melaka,jadi Syahbandar. Raja Mendaliar namanya, terlalu kaya; pada zamanitu tiadalah ada taranya dalam Melaka itu. sekali persetua, RajaMendaliar duduk menghadap Bendahara Seri Maharaja, maka kataBendahara, "Hai Raja Mendaliar, hendaklah tuan hamba berkatabenar, berapa ada emas tuan hamba?" Maka kata Raja Mendaliar,"Tuanku, emas saya tidak banyak, ada lima bahara." Maka kataBendahara Seri Maharaja, "Lebih hanya sebahara emas kita daripadaemas Raja Mendaliar".

Adapun akan Bendahara Seri Maharaja, sediakala ia menyuruhmencari, tiada pernah rosak; maka Bendahara Seri Maharaja asyik­asyik dikampungnya segala anak cucunya. maka kata Bendahara SeriMaharaja, "Hei budak-budak, maukah engkau memandang emasku?"Maka sahutanak buah Bendahara, "Mau. Datuk. " Maka kataBendaharaSeri Maharaja, "Pergilah ambilpeti arah kamu itu. " Maka segala anakbuah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu diusungnya beramai­ramai, dibawanya ke hadapan Bendahara Seri Maharaja. Maka oleh

Bendahara disuruhnya buka. tuangkanpada tikar. disuruhnya sukatdengan gantang. Maka kata Bendahara Seri Maharaja pada segalaanak buahnya, "Ambil olehmu segenggam seorang, buat permainan".l0

Keadaan ekonomi Melaka mulai tidak stabil. Sesungguhnya kepesatanpelabuhan dan perdagangan Melaka adalah bergantung kepada kestabilan politikMelaka. Oleh kerana keadaan Melaka tidak stabil, kebanyakan pedagang telahmengalih perhatian ke Aceh, Pattani dan BruneLli Mereka tidak berpuas hati diatas layanan pilih kasih yang diamalkan oleh Syahbandar. Sistem cukai yangtinggi dan tidak adil iaitu sebanyak enam peratus untuk pedagang luar manakalapedagang tempatan cuma dikenakan tiga peratus sahaja. Selain itu dikenakan jugacukai tambahan diraja sebanyak enam peratus untuk pedagang asing dan tigaperatus untuk peribumL lni menyebabkan ekonomi Melaka mula merosot keranaMelaka amat bergantung kepada perdagangan sebagai sumber ekonomi.12

10 W.G. Shellabear" (Penyusun), Sejarah Melayu, him. 190.

11 Ibid" him 192-193.12 Orang-orang Eropah, khususnya British, Belanda, Sepanyol, Portugis dan Peraneis lelah membual ekspedisike seluruh dunia selelah mereka bangkit menjadi kuasa besar dalam abad ke-15. Portugis Inggeris dan Belandalelah berada di Lautan Hindi dan Selat Melaka dalam abad ke-16 lagi. Tujuan mereka adalah untuk menguasaiperdagangan di rantau ini. Portugis telah mula masuk ke Melaka pada tahun 1509 dengan alasan untuk berdagangletapi tujuan utamanya adalah untuk membuat pengintipan. Armada Portugis telah berada di perairan Melaka

ada 28 Jun 1511. Pada 25 Julai 1511 mereka telah memulakan serangan ke Melaka. Pada 10 Ogos 1511 angkalan

~ortugiS telah melanearkan serangan seeara besar-besaran. Pad~ 24 Ogos 1511 ~elak~ telah jatuh ke tangan P~rtug.isselelah berlaku peperangan hebat di antara Melaka dan POrtuglS selama 14 han. Slla !thaI Yahaya Abu Bakar, Dctlk­detik Melaka Mempertahankan Maruahnya", dalam Kisah Melaka 1511, Melaka: lKSEP, 2006, hIm. 46·50.

10

Page 10: Tun Fatimah Serikandi Melayu / Tun Fatimah The Malay …rasuah, penyelewengan, berfoya-foyadan bersikap zalim terhadap rakyat. Sebagai contohnya perbuatan saudagar Nina Sura Dewana

'TuN FATIMAH THE MALAY WARRIOR '

Apabila Portugis menyerang Melaka, pedagang-pedagang asing turutmembantu Portugis. Ini kerana mereka merasa tidak puas hati di atas layanan yangdiberikan oleh pembesar-pembesar Melaka dan sering juga mereka dibezakanterutamanya dalam hal pembayaran cukai. Serangan yang begitu sistematikyang dilancarkan oleh Portugis telah berjaya menjatuhkan empayar Melakapada 24 Ogos 1511.13 Rakyat Melaka tidak meIakukan persediaan yang cukupuntuk menentang serangan ini, akhirnya terpaksa menerima kekalahan tersebut.Sultan Mahmud Syah telah berundur bersama-sama para pembesar, hulubang­hulubalang serta Tun Fatimah dan seterusnya mendirikan sebuah kerajaan baru diJohor. Baginda telah singgah di beberapa tempat seperti Pagoh, Muar dan Pahang.Akibat daripada serangan Portugis terhadap tempat-tempat tersebut, baginda telahberundur ke Bentan dan seterusnya ke Kampar di Sumatera.14

Perjuangan Sultan Mahmud dan Tun Fatimah Menentang Portugis

Dalam masa Sultan Mahmud dan hulubalang berundur, baginda terusmelancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka. Tun Fatimah bukan sahajasentiasa memberi semangat kepada baginda tetapi turut serta turun ke medanperjuangan. Sultan Mahmud telah melancarkan beberapa siri serangan ke atasPortugis di Melaka, Pagoh dan Muar. Namun, semuanya telah tewas.15 Malahanpihak Portugis telah menyerang kubu Sultan Mahmud di Pagoh. Oleh itu bagindatelah berundur ke Pahang dan kemudian ke Bentan. Sultan Mahmud telah membinakubu pertahanan di Bentan untuk merasmpas semula Melaka dari tangan Portugiskerana mengikut adat raja Melayu, "Negeri belum alah selagi raja belum mati".16Buku Sejarah Riau telah menggambarkan peristiwa ini sebagai berikut:

Selama beberapa tahun dalam konsolidasi kemaharajaan Melayuyang dirintis dari tahun 1511, tidak terjadi kontak senjata denganPortugis. Sultan Mahmud Syah I selalu mencari titik-titik kelemahanPortugis. Sebaliknya Portugis merasa tidak berani langsung menyerangpusat Kemaharajaan Melayu yang telah dipindahkan dari Me/aka keBintan. Kesempatan ini dipergunakan Kemaharajaan untuk mengatursiasat dan memperkuatkan armada.

Dari Bintan Sultan Mahmud Syah I mengorganisir markas Komando utamadi kubu Kota Kara dan Kopak dan memperkuatkan pangkalan armada Melayuuntuk menghentam Portugis dan menguasai kemba!i lalu !intas di Selat Melaka.

13 Kennedy, J., A History Of Malaya, 3rd Edition, Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co., 1993, him. 23-2714 Abdullah Zakaria Ghazali, " Sultan dan Portugis: PeJjuangan Sultan Johor Menentang Portugis, 1528-1641",Kisah Melaka 1511, Me1aka: IKSEP,2006, him. 88-90.IS Ibid. him. 89.16 Ibid., him. 90.

11