laporan tahunan 2014 - utm.my · objektif unit oshe utm ... -niosh johor. -sekolah tun fatimah ......

33
LAPORAN TAHUNAN 2014 UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) www.utm.my/oshe/ https://www.facebook.com/UnitOSHEUTMJB

Upload: vohanh

Post on 26-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN TAHUNAN

2014

UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) www.utm.my/oshe/ https://www.facebook.com/UnitOSHEUTMJB

2 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Fungsi Unit OSHE 3

Objektif Unit OSHE 4

Latarbelakang Unit OSHE 5 - 8

Kalendar Aktiviti 2014 9 -12

Kunjungan Dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 13

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk 14 - 16

Majlis Bersama Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MBKKP) IPT/IPP 17 - 18

Kursus / Bengkel / Latihan 19 - 23

Pemeriksaan / Audit KKP 24 – 25

Polisi KKP 26

Pengurusan Buangan Terjadual Universiti 27 – 28

Perlindungan Sinaran 29 – 30

Penyiasatan Insiden 31 - 33

3 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

FUNGSI UNIT OSHE UTM

Merancang dan melaksanakan aktiviti-

aktiviti pemantauan dan pemeriksaan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan di

tempat kerja.

Menyelaras dan melaksana program

latihan mengenai kesedaran keselamatan

dan kesihatan pekerjaan.

Merancang dan menjalankan aktiviti

pengauditan berkala dan pemeriksaan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Menyediakan keperluan bahan dan

peralatan untuk aktiviti keselamatan dan

kesihatan pekerjaan.

Menyediakan laporan audit dan

pemeriksaan keselamatan serta

mengemaskini garis panduan laporan

makmal/bengkel di UTM.

Menyelenggara inventori peralatan

keselamatan (Safety Equipment) di UTM.

Mengurus dan menyelia proses

pengumpulan dan penghantaraan sisa

buangan terjadual untuk dilupuskan.

Merekod dan menyimpan dokumen

berkaitan inventori bahan kimia dan sisa

terjadual.

4 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

OBJEKTIF UNIT OSHE UTM

Mencegah kemalangan dan masalah

kesihatan pekerja dan orang awam di

UTM.

Merancang pemeriksaan berkala

terhadap standard kemudahan fizikal

dan keselamatan pekerjaan dan

merancang aktiviti pengauditan terhadap

tempat, sistem dan prosedur kerja yang

selamat.

Melaporkan dan menyiasat semua

insiden yang menyebabkan kecederaan

dan kerosakan pada aset Universiti dan

merancang langkah-langkah pengawalan.

Menyedia dan mengekalkan persekitaran

kerja yang kondusif dan menyediakan

peralatan dan kemudahan yang selamat

untuk mengurangkan kecelakaan

terhadap keselamatan dan kesihatan.

Menyediakan maklumat terkini kepada

pekerja dan menyediakan latihan

keselamatan dan kesihatan yang

mencukupi.

Mengkaji dan memperbaiki polisi

Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran

dari masa ke semasa.

5 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM telah ditubuhkan

pada Jun 2001 bagi memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

yang telah dikuatkuasakan pada 25 Februari 1994. Matlamat utama akta ini ialah untuk

memupuk komitmen majikan dan juga pekerja terhadap amalan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan. Oleh itu, langkah penguatkuasaan akta ini merupakan satu daripada

usaha kerajaan untuk membendung kejadian-kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan

di negara ini yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Akta ini digubal untuk melengkapi undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan

yang telah sedia ada, seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dan ianya telah

memperkemaskan lagi kehendak-kehendak perundangan berkaitan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan dengan mewujudkan suatu sistem penguatkuasaan yang berasaskan

kepada gabungan-gabungan peruntukan-peruntukan Akta, peraturan-peraturan dan

tataamalan-tataamalan industri yang disediakan melalui kerjasama kerajaan, majikan dan

pekerja.

Menurut peruntukan-peruntukan di dalam Akta ini, tanggungjawab utama untuk

memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah terletak pada mereka yang

mewujudkan risiko di tempat kerja dan mereka yang bekerja dengan risiko tersebut. Oleh

yang demikian, golongan utama di tempat kerja yang diberi kewajipan am di bawah Akta

ini ialah majikan, orang-orang yang bekerja sendiri dan pekerja di samping mereka yang

merekabentuk, mengilang, mengimport dan membekal peralatan dan bahan-bahan yang

digunakan di tempat kerja.

Akta ini telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil oleh majikan, setakat

yang praktik, untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan orang-orang yang

bekerja untuk mereka. Antaranya ialah mengada dan menyenggara loji dan sistem kerja

yang selamat, menyusun langkah-langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan

dalam penggunaan, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan,

menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang perlu untuk memastikan

LATAR BELAKANG UNIT OSHE

6 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya, memastikan premis kerja, serta jalan

masuk dan keluarnya, adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja-

pekerjanya, serta menyedia dan menyenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat

untuk para pekerjanya.

Di samping kewajipan-kewajipan am tersebut, majikan juga dikehendaki untuk

menyediakan pernyataan bertulis mengenai dasar, organisasi dan susunan langkah-

langkah untuk memlihara keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta dikehendaki

menyebarkan dasar tersebut kepada para pekerja.

Falsafah AKKP berasaskan kepada pendekatan pengaturan kendiri, iaitu tanggungjawab

memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terletak pada mereka yang mewujudkan

risiko dan bekerja dengan risiko tersebut. Konsep pengaturan kendiri ini menggalakkan

perundingan, kerjasama serta penglibatan pekerja dan majikan dalam usaha untuk

meningkat tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

Selain daripada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta

Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), akta-akta lain yang berkaitan dengan tugas serta

tanggungjawab Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) ialah;

1. Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 127),

2. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341),

3. Akta Racun 1952 (Akta 366),

4. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan lain-lain.

7 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Unit OSHE berada di bawah pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Yg Bhg Prof. Dr Azlan b. Ab

Rahman. Manakala Unit OSHE pula diketuai oleh seorang Pengarah, dibantu oleh tiga orang

Timbalan Pengarah, iaitu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Radiasi & Biokeselamatan

dan Alam Sekitar. Bagi melancarkan pengurusannya, Unit ini mempunyai beberapa staf

profesional dan sokongan yang terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains,

Penolong Jurutera dan staf pentadbiran pejabat.

Carta Organisasi Unit OSHE

PENGARAH (DS54)

PM Dr. Johan b. Sohaili

TIMB. PENGARAH (DS54)

PM Dr. Jafariah bt. Jaafar

TIMB. PENGARAH (DS52)

PM Dr. Yahya b. Mohamad

Yatim

ALAM SEKITAR

SETIAUSAHA PEJABAT (NA27)

Cik NurNadia bt. Sohaini

TIMB. PENGARAH (DS52)

Dr. Suhairul bin Hashim

SINARAN&BIOKESELAMATAN KKP

JURUTEKNIK KOMPUTER (FT22) En. Abd Aziz b. Abd Latif

PEGAWAI SAINS (C41)

En. Ab Hanan b. Md Basri

PEN. PEG. SAINS (C27) En. Mohd Azri b. Mohd

Amin

PEN. PEG. SAINS (C27) Pn. Intan Nordiana bt.

Ahmad

PEN. JURUTERA (J29)

En. Mohd Hanif b. Amir

PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17) Pn. Nor Izyawaty bt. Ithnin

PEMBANTU OPERASI (N11) En. Nazrullah Farihaz b. Nasir

IT PENTADBIRAN

Ceramah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

(KKP) dan HIRARC.

PELAKSANAAN:

-Unit Kualiti, DSI, FKE, Razak School UTM KL,

PHB, Pejabat Pendaftar (Bah. HCD) UTMKL,

Fakulti Sains.

-MahaMurni Plantations Sdn.Bhd.

-NIOSH Johor.

-Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.

Kursus / Bengkel / Latihan

- Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR -Bengkel Pengurusan Bahan Kimia.

-Bengkel Pemurniaan Senarai Semak AKKP.

-Latihan Pengurusan Tindakan Kecemasan

untuk Pasukan Kecemasan Universiti.

PELAKSANAAN:

-Kerjasama Pusat Latihan (HCD) UTM, Ahli Panel

Pengaudit AKKP dan Akademi Bomba &

Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Baru, Selangor.

Operasi Pengawasan Binatang Liar dalam

JANUARI - DISEMBER

10 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Pemantauan KKP sekitar UTM.

-Aktiviti kerja oleh kontraktor

PELAKSANAAN:

Kerjasama pihak PHB dan Bahagian

Keselamatan.

kampus.

PELAKSANAAN:

Kerjasama Bahagian Keselamatan, Pejabat HEMA

dan PERHILITAN.

Latihan Pengungsian Bangunan & Demostrasi

Pemadaman Kebakaran.

PELAKSANAAN:

Bahagian Keselamatan, PHB, PKU, PTJ, Kolej

Kediaman.

Pengurusan Pelupusan Sisa Buangan

Terjadual Universiti.

PELAKSANAAN:

FKK, FPREE, FS, Ibnu Sina, FKA, FKM, FKE, IBD

dan FBME.

Audit Anugerah Keselamatan & Kesihatan

Pekerjaan (AKKP) 2013 bersempena Majlis

Citra Karisma 2014.

PELAKSANAAN:

UTM JB dan UTM IC KL.

JANUARI & OGOS FEBRUARI - APRIL

11 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Mesyuarat JKKP Induk UTM

-Ahli JKKP Induk

Mesyuarat MBKKP IPT/IPP

-UPM dan Monash University.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat

(CSR).

PELAKSANAAN:

“OSH in School”

-Sek. Men. Keb. Taman Desa Skudai.

-Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.

MAC, JUN, SEPT & DIS

JUN & DISEMBER

FEBRUARI & OKTOBER

12 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Penguatkuasaan Pematuhan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

(Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) USECHH

2000.

PELAKSANAAN:

Kolam Renang UTM JB.

SEPTEMBER - DISEMBER

KUNJUNGAN DARI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

13 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Sepanjang tahun 2014, Unit OSHE telah menerima kunjungan daripada pelbagai Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) yang bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai peranan dan

aktiviti Unit OSHE.

Lawatan Delegasi UMK pada 17 Disember 2014

Lawatan Delegasi UMP pada 22 September 2014

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) INDUK

14 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk UTM merupakan

jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mematuhi Peraturan - Peraturan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. Unit OSHE UTM

merupakan Sekretariat dan Penyelaras kepada Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan &

Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk UTM.

Antara peranan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk UTM

adalah:

• Pencegahan kemalangan dan gangguan yang mengakibatkan gangguan

keselamatan dan kesihatan terhadap orang-orang di UTM.

• Pemeriksaan berkala terhadap piawai kemudahan fizikal dan keselamatan

pekerjaan, dan pengauditan tempat, sistem dan prosedur di tempat kerja.

• Memastikan peralatan dan kemudahan yang disediakan berada dalam

keadaan yang dapat mengelakkan bencana keselamatan dan kesihatan.

• Menyelaras penyebaran maklumat terkini kepada staf.

• Memastikan semua staf menerima latihan yang mencukupi dalam aspek

keselamatan dan kesihatan.

• Memastikan semua perkara berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan

dapat difahami, diaplikasi dan dipatuhi.

• Menyiasat;

• Perkara-perkara tidak selamat yang dilaporkan kepada majikan.

• Mengemaskini polisi keselamatan dan kesihatan UTM dari semasa ke

semasa.

• Menyelaras dan memantau aktiviti JKKP fakulti dan bahagian.

• Merekod dan melapor sebarang insiden near-miss dan kemalangan kepada

Ketua Pengarah DOSH.

• Lain-lain fungsi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk:

15 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Sepanjang tahun 2014, sebanyak empat siri Mesyuarat JKKP Induk dan lima Mesyuarat

Khas JKKP Induk telah diadakan dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor

(Pembangunan), Yg Bhg Prof. Dr Azlan b. Ab Rahman, sebagaimana yang telah diperincikan

di dalam Jadual di bawah.

Bil. Mesyuarat Tarikh Tempat

1 31 Mac 2014 Bilik Mesyuarat Utama, FKM

2 18 Jun 2014 Bilik Mesyuarat Utama, FKE

3 17 September 2014 Bilik Mesyuarat Utama, CICT

4 4 Disember 2014 Bilik Mesyuarat Dekan, FBME

Jadual: Mesyuarat JKKP Induk pada tahun 2014

Bil. Perkara Lokasi Kejadian Tarikh

1 Kebakaran Blok P06 (FKE) 27 Feb 2014

2 Kematian Pelajar Tahun 1 (PALAPES)

UTM 1 Apr 2104

3 Siling Bumbung Runtuh Blok E04 (FKM) 23 Apr 2014

4 Insiden Bumbung Runtuh Blok P23 (FKM) 8 Mei 2014

5 Kebakaran KSJ (UTM IC KL) 2 Julai 2014

Jadual: Mesyuarat Khas JKKP Induk pada tahun 2014

16 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Terdapat beberapa Jawatankuasa Kecil KKP Induk UTM telah ditubuhkan bagi membantu

Jawatankuasa KKP Induk dalam melaksanakan fungsi – fungsinya. Senarai Jawatankuasa

adalah seperti berikut:

Bil. Jawatankuasa Kecil Keanggotaan

1. Jawatankuasa Induk Makanan Universiti Pusat Kesihatan Universiti (Pengerusi),

Pejabat Harta Bina, Unit OSHE, Bahagian

Keselamatan, Pejabat HEMA, Majlis

Perwakilan Mahasiswa, Pengusaha

Kafeteria.

2. Jawatankuasa LaluLintas Universiti PM Dr. Othman Bin Che Puan

(Pengerusi), Pejabat Harta Bina, Unit

OSHE, Bahagian Keselamatan.

3. Jawatankuasa Pasukan Tindakan

Kecemasan (ERT) Universiti

Bahagian Keselamatan (Pengerusi), Unit

OSHE, HEK, HEMA, BPO, HCD, CTL, PHB,

Pejabat Bendahari, PKU, I/C PTJ,

4. Jawatankuasa Pelarasan Pelaporan

Insiden

Unit OSHE (Pengerusi), Bahagian

Keselamatan, CICT,

5. Jawatankuasa Audit Unit OSHE (Pengerusi), Panel Pengaudit

6. Jawatankuasa Biokeselamatan Unit OSHE (Pengerusi),

17 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Majlis Bersama Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan IPT/IPP adalah sebuah badan yang

ditubuhkan atas dasar perkongsian ilmu kepada semua ahli dalam MBKKP IPT/IPP

mengenai aspek pengurusan keselamatan & kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Idea penubuhan MBKKP IPT/IPP tercetus hasil dari perbincangan dalam Bengkel

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan antara IPTA di Malaysia yang telah diadakan di

Universiti Sains Malaysia (USM) pada 23 Januari 2003. Mesyuarat penubuhan MBKKP

IPT/IPP telah diadakan pada 17 April 2003 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia

(UTM). Tujuan MBKKP IPT/IPP ini ditubuhkan adalah untuk memastikan IPT/IPP

mempunyai peranan untuk membantu kerajaan dalam menangani cabaran keselamatan &

kesihatan pekerjaan pada masa kini dan akan datang.

Antara objektif penubuhan MBKKP ialah:

Menyebarkan maklumat & tindakan yang berkesan.

Mewujudkan satu jaringan keselamatan dan kesihatan pekerjaan antara IPT/IPP.

Mewujudkan kesedaran mengenai KKP.

Memanfaatkan semua IPT/IPP terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Membangunkan pengurusan KKP yang terancang, teratur dan jelas.

Keahlian Majlis Bersama Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MBKKP) IPT/IPP

Setakat ini, bilangan IPTA/IPTS yang telah menjadi ahli adalah sebanyak 34 buah dan 14

buah IPP turut serta menjadi ahli dalam MBKKP.

Mesyuarat Majlis Bersama Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MBKKP) IPT/IPP

Mesyuarat MBKKP IPT/IPP diadakan sebanyak 2 kali dalam setahun dan setiap IPT/IPP

akan diberi peluang menjadi tuan rumah bagi mengendalikan mesyuarat MBKKP IPT/IPP

tersebut. Unit OSHE UTM merupakan Sekretariat dan Penyelaras kepada MBKKP IPT/IPP

sejak tahun 2010.

MAJLIS BERSAMA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (MBKKP) IPT/IPP

18 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Bil. Mesyuarat Tarikh Tempat

1. 22 Julai 2003 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2. 8 Disember 2003 Universiti Utara Malaysia (UUM)

3. 11 Jun 2004 Universiti Teknologi Petronas (UTP) 4. 17 Disember 2004 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

5. 25 April 2005 Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

6. 11 Julai 2005 Universiti Sains Malaysia (USM) 7. 27 November 2005 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

8. 4 Disember 2006 Universiti Teknologi Malaysia (UTM

9. 13 Februari 2007 Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH)

10. 7 Ogos 2007 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

11. 27 November 2007 Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP) 12. 15 April 2008 Universiti Teknologi MARA (UiTM)

13. 5 Mac 2009 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 14. 1 Jun 2010 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

15. 12 Disember 2010 Universiti Malaysia Sabah (UMS)

16. 20 Jun 2011 Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

17. 13 Disember 2011 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

18. 3 Jun 2012 Universiti Malaya 19. 5 Disember 2012 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

20. 28 Mei 2013 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

21. 23 Disember 2013 Universiti Sains Malaysia (USM) 22. 6 Jun 2014 Universiti Putra Malaysia (UPM)

23. 27 November 2014 Monash University Jadual: Mesyuarat MBKKP IPT/IPP Induk dari tahun 2003 hingga 2014

19 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Bagi tujuan meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta kompentensi staf termasuk

pelajar dan masyarakat kampus UTM umumnya terhadap KKP, maka pelbagai bentuk

kursus dan latihan telah dirancang untuk dilaksanakan. Dengan kerjasama semua pihak,

kursus dan latihan KKP berikut secara umumnya telah berjaya dianjurkan.

Kursus KKP Dalaman Untuk Staf

Pada Tahun 2014, Unit OSHE telah menganjurkan beberapa kursus dan bengkel dengan

kerjasama Unit Latihan, HCD UTM.

Bil. Program Tarikh Tempat

1. Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR

17 – 18 Februari 2014 Dewan Utama, Pusat Latihan UTM

2.

Program Latihan Pengurusan Tindakan Kecemasan Untuk Pasukan Tindakan Kecemasan Universiti

3 – 5 Jun 2014 Akademi Bomba Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bahru, Selangor

3. Bengkel Pengurusan Bahan

Kimia

16 – 17 Julai 2014 Dewan Utama, Pusat Latihan UTM

4. Bengkel Permurnian Senarai Semak AKKP

9 – 10 Disember 2014 Blok N24

Jadual: Kursus KKP dalaman yang telah diadakan sepanjang tahun 2014

KURSUS / BENGKEL / LATIHAN

20 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Kursus KKP Luaran Untuk Staf

Seramai lima orang staf Unit OSHE yang dibiayai oleh Unit Latihan (HCD) atau PTJ masing-

masing telah mengikuti kursus dan latihan KKP anjuran institusi luar bagi meningkatkan

pengetahuan.

Program Tempat Tarikh Penyertaan

Safety & Health Officer (SHO)

NIOSH, Johor 4 Mei – 4 Jun 2014

-Pn. Intan Nordiana, OSHE -En. Mohammad Firdaus, Bahagian Keselamatan -Pn. NurFarhana, UPMU

Seminar Kebangsaan Biokeselamatan

Kuala Lumpur 18 – 19 Jun 2014

- PM Dr. Wan Muhammad Saridan - En. Mohd Azri - En. Mohd Hanif

IH Forum: Issues and Challenges in Chemical Health Risk Assessment

Hartford Conference Centre, Crown Regency Kuala Lumpur

30 Sept 2014 PM Dr. Jafariah

Jadual: Kursus KKP luaran sepanjang tahun 2014

21 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Ceramah dan Bengkel

Bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan warga UTM, Unit OSHE telah berjaya

menganjurkan beberapa siri ceramah dan bengkel KKP di sekitar UTM dan di luar UTM.

Tarikh Ceramah PTJ Yang Terlibat Penceramah

9 Jan 2014 KKP di Tempat Kerja Unit Kualiti, DSI En. Ab Hanan

26 Jan 2014 Bengkel HIRARC FKE En. Ab Hanan

19 – 21 Feb 2014

KKP di Tempat Kerja & HIRARC

Razak School & MJIIT UTM IC KL

Prof. Dr. Maketab PM Dr. Jafariah En. Ab Hanan

24 Feb 2014 Pengurusan Risiko (KKP) di

Tempat Kerja PHB En. Ab Hanan

6 Mac 2014 Taklimat Pengurusan KKP CFirst En. Ab Hanan

18 – 19 Mac 2014

Pengenalan KKP & Pengurusan Risiko (KKP) di

Tempat Kerja

Pejabat Pendaftar (Bahagian HCD) UTM

IC KL En. Ab Hanan

25 – 26 Mac 2014

Keselamatan Bahan Kimia Pejabat Pendaftar UTHM & Unit KKP

UTHM En. Ab Hanan

29 Apr 2014 Safety Talk : Safety & Health at

Work Awareness Kolej Datin Seri

Endon En. Ab Hanan

20 – 21 Mei 2014

Chemical Safety – SHO Program

NIOSH PM Dr. Jafariah

21 Mei 2014 Bengkel HIRARAC FKM En. Ab Hanan

17 – 18 Jun 2014

Management of Chemicals and Chemical / Lab Waste

Institut Kimia Malaysia (Cawangan

Selatan)

PM Dr. Jafariah

22 – 23 Jun 2014

Minggu Pengurusan Fakulti Sains PM Dr. Jafariah

23 Jun 2014 Bengkel HIRARC JKKP Bangunan Sultan Ibrahim

En. Ab Hanan

24 – 25 Jun 2014

Chemical Safety – SHO Program

NIOSH PM Dr. Jafariah

16 – 17 Jul 2014

Pengurusan Bahan Kimia Unit Latihan, HCD PM Dr. Jafariah En. Ab Hanan

10 Ogos 2014 Bengkel CHRA FKK En. Ab Hanan

26 – 27 Ogos 2014

Chemical Safety – SHO Program

NIOSH PM Dr. Jafariah

9 Sept 2014 Taklimat Penubuhan Pasukan

Tindakan Kecemasan FKM En. Ab Hanan

22 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

23 Sept 2014 Laboratory Safety FS En. Ab Hanan

8 Okt 2014 Safety Talk : How to Complete

Chemical Register IBD En. Ab Hanan

13 Okt 2014 Keselamatan Bahan Kimia Sekolah Tun Fatimah PM Dr. Jafariah

9 – 12 Okt 2014

Chemical Safety – SHO Program

NIOSH PM Dr. Jafariah

15 Okt 2014 Chemical Safety – Kolokium

Staf FBME En. Ab Hanan

30 Okt 2014 Keselamatan Bahan Kimia MahaMurni

Plantations Sdn. Bhd. En. Ab Hanan

26 – 27 Nov 2014

Chemical Safety – SHO Program

NIOSH PM Dr. Jafariah

2 – 3 Dis 2014

Pengurusan Bahan Kimia Berbahaya

FKM En. Ab Hanan

6 Dis 2014 Chemical Safety – SHO

Program NIOSH PM Dr. Jafariah

22 Dis 2014 Seminar Perkongsian TACIT

Knowledge Staf Makmal UTM PM Dr. Jafariah

Jadual: Ceramah dan bengkel yang telah diadakan sepanjang tahun 2014

23 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Latihan Pengungsian Bangunan & Pemadaman Kebakaran

Dalam usaha untuk melatih para penghuni bangunan samada pejabat atau kolej kediaman

bertindak semasa situasi kecemasan, latihan pengungsian bangunan telah dijalankan.

Pengungsian bangunan bererti bahawa para penghuni sesebuah bangunan keluar daripada

bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan laluan menuju tempat

berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja. Ringkasnya, sehelai

sepinggang. Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang diambil untuk

berkumpul di tempat yang ditetapkan ialah tujuh minit sahaja.

Nama Kolej / Fakulti Yang Terlibat Tarikh Latihan

Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) 13 Feb 2014 Kolej Tun Fatimah 28 Feb 2014

Kolej Tunku Canselor 20 Mac 2014

Menara Razak, UTM IC KL 17 April 2014 Bahagian Keselamatan 9 Julai 2014

Fakulti Pendidikan (FP) 20 Ogos 2014 Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) 28 Ogos 2014

Fakulti Sains (FS) 22 Sept 2014 Fakulti Kejuruteraan Petroleum & Kejuruteraan Tenaga

Diperbaharui (FPREE) 23 Sept 2014

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) 28 Sept 2014

Unit Perhubungan Alumni 18 Dis 2014 Pejabat Harta Bina (PHB) 23 Dis 2014

Jadual: Latihan Pengungsian Bangunan & Pemadaman Kebakaran sepanjang tahun 2014

24 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Audit KKP Sempena Majlis Citra Karisma 2014

Audit KKP yang dijalankan oleh Unit OSHE adalah bertujuan untuk memeriksa dan menilai

untuk memperolehi gambaran keseluruhan pelaksanaan proses pengurusan KKP

berlandaskan terma sistem perundangan dan sistem pengurusan KKP yang diterimapakai.

Ianya meliputi aspek:

- Polisi, objektif, prosedur dan lain-lain keperluan yang berkaitan;

- Kepatuhan (compliance), kaedah-kaedah kawalan dan penyelenggaraan;

- Kesesuaian, ketepatan dan keberkesanan.

Laporan pengauditan akan dikemukakan kepada PTJ yang berkenaan untuk

penambahbaikan dan ringkasannya dinilai oleh JKKP.

Secara keseluruhannya, audit KKP sempena Majlis Citra Karisma 2014 yang telah

dijalankan oleh Unit OSHE bagi tahun 2014 seperti berikut;

KATEGORI FINALIS PEMENANG

Fakulti/Bahagian -Pusat Kesihatan UTM JB

-Pusat Kesihatan UTM JB

Makmal/Bengkel

Kolej Kediaman -Kediaman Siswa Jaya, UTM KL -Kolej Dato’ Onn Jaafar, UTM JB

Kediaman Siswa Jaya, UTM KL

PEMERIKSAAN / AUDIT KKP

25 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Pemeriksaan, Penelitian dan Ujian Kebuk Wasap (Kawalan Kejuruteraan)

Pemeriksaan, penelitian dan ujian kebuk wasap (kawalan kejuruteraan) dilakukan bagi

mendapatkan penanda aras untuk mengenalpasti dan menilai prestasi kebuk wasap yang

bermasalah. Selain itu, ia juga bertujuan memastikan keselamatan staf dan pelajar yang

menggunakan kebuk wasap terlindung.

Keselamatan dan kesihatan staf, pelajar dan penyelidik adalah berisiko tinggi sekiranya

kebuk wasap yang digunakan tidak memenuhi piawaian. Pemeriksaan, pengujian dan

penilaian yang dilakukan berdasarkan kepada piawaian American Conference of

Governmental Industrial Hygenists (ACGIH). Selepas pemeriksaan dijalankan, satu

laporan akan dibuat dan dikemukakan kepada PTJ yang berkenaan untuk tindakan

selanjutnya.

Bil Nama PTJ Tarikh /Masa

Pemeriksaan

Jumlah kebuk

wasap yang diperiksa

Kebuk wasap yang memenuhi piawaian

Kebuk wasap yang

TIDAK memenuhi piawaian

Catatan

1. FS (Bangunan

Cluster)

29 Mei 2014 20 8 10 2 tidak diuji disebabkan

kejadian makmal terbakar

2. Makmal Teknologi

Zarah

13 Ogos 2014 1 1 - -

3. UPMU (Blok T03)

26 Ogos 2014 10 10 - Pemeriksaan kali kedua

4. CLEAR, UTM KL

10 Sept 2014 1 1 - -

Jadual: Pemeriksaan, Penelitian dan Ujian Kebuk Wasap (Kawalan Kejuruteraan) yang telah

diadakan sepanjang tahun 2014

26 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Penyemakan Polisi Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran UTM

Polisi Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran (KKP) UTM yang dikeluarkan oleh JKKP pada

tahun 2006 telah disemak semula oleh Unit OSHE dan secara rasminya ditandatangani oleh

Naib Canselor UTM, Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar pada 2 September 2013.

Polisi yang dikeluarkan pada tahun 2007. Polisi yang dikemaskini pada tahun 2008.

Polisi terkini yang dikemaskini pada September 2013.

POLISI KKP

27 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Selain khidmat KKP yang telah dinyatakan di atas, Unit OSHE juga dipertanggungjawabkan

untuk mengurus, menyedia dan menyelaras khidmat pelupusan buangan terjadual yang

dihasilkan oleh PTJ mengikut kehendak perundangan Negara, terutama Peraturan Kualiti

Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Bagi Pengurusan Buangan Terjadual Universiti, Unit OSHE telah mengambil pendekatan

dengan menggunakan kaedah kitar semula. Syarikat Kitar Semula yang berdaftar dengan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dilantik untuk mneguruskannya iaitu Positive Chemicals

Sdn Bhd. Kaedah ini telah dimulakan sejak tahun 2010, dimana sebelum ini Unit OSHE

mengambil pendekatan menghantar terus tempat Tapak Pelupusan Buangan Terjadual di

Bukit Nenas, Negeri Sembilan melalui Kualiti Alam Sdn Bhd.

Rajah: Carta Alir Pengurusan Buangan Terjadual

PENJANAAN SISA

Sisa Dijana Daripada Aktiviti Makmal / Bengkel

PENGENALPASTIAN

Mengenalpasti Jenis Dan Kategori Sisa

PENGLABELAN

Melabel Mengikut Jenis Dan Kategori Sisa Pada Bekas

PENGHANTARAN

Mengeluarkan Bekas Sisa Dari Makmal Ke Tempat Pengumpulan Sementara

PENGUMPULAN

Mengumpul Semua Bekas Sisa Kimia Di Tempat Pengumpulan Sementara

Sebelum Tindakan Unit OSHE

PELUPUSAN

Syarikat Kitar Semula (Positive Chemicals Sdn Bhd)

PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL UNIVERSITI

28 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Berikut merupakan statistik pengurusan buangan terjadual yang diuruskan sejak tahun

2010 hingga 2014.

Rajah: Kuantiti (kg) Pelupusan Mengikut Tahun 2010 - 2014

Rajah: Perbelanjaan Mengurus Pelupusan Tahun 2010 - 2014

14,560

10,600

14,760

18,14019,198

0

5,000

10,000

15,000

20,000

25,000

2010 2011 2012 2013 2014

Kg

Tahun

36,450

28,500

46,850

55,35058,407

0

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

70,000

2010 2011 2012 2013 2014

RM

(2.50/kg)

Tahun

29 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Semua punca sinaran mengion perlu dilesenkan dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Arom

(LPTA) mengikut Kehendak Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 termasuk pendaftaran

pekerja sinaran. Mulai tahun 2011, semua aspek berkaitan dengan keperluan perlesenan

sinaran mengion yang digunakan di PTJ diselaras dan diuruskan oleh Unit OSHE. Sehingga

tahun 2014, sebanyak 247 punca bahan radioaktif dan 10 radas penyinaran dilesenkan dan

seramai 41 pekerja sinaran berdaftar dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).

PTJ

BAHAN

BAHAN

RADIOAKTIF

PEMILIKAN

RADAS

PENYINARAN

PEKERJA

SINARAN

YANG

DIIKTIRAF

Fakulti Sains 244 3 13

Institut Ibnu Sina - 2 7

Pusat Kesihatan Universiti - - 8

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal - 2 3

Bangunan UIRL, Unit Pengurusan

Makmal Universiti

2 1 5

Malaysia-Japan International

Institute of Technology (MJIIT)

1 1 2

Fakulti Kejuruteraan Elektrik - 1 -

Unit OSHE - - 2

JUMLAH 247 10 41

Jadual: Statistik punca sinaran dan pekerja sinaran yang didaftarkan mengikut PTJ

Lesen perlindungan sinaran bagi UTM telah diperbaharui selama 2 tahun bermula 1 Mei

2014 sehingga 30 April 2016 oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom.

Melantik Dr. Rosman bin Surie dari Pusat Kesihatan Universiti sebagai Pengamal Perubatan

BErdaftar Yang Diluluskan (ARMP) bagi UTM Johor Bahru.

PERLINDUNGAN SINARAN

30 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Manakala keperluan mematuhi syarat pelesenan yang diselaras dan diuruskan secara pusat

oleh Unit OSHE seperti berikut:

PTJ

Fa

ku

lti

Sa

ins

Inst

itu

t Ib

nu

Sin

a

PK

U

FK

M

UIR

L, U

PM

U

Un

it O

SH

E

MJI

IT, U

TM

KL

FP

RE

E

JUM

LA

H

Tentukuran Meter Tinjau di Agensi

Nuklear Malaysia

3 - - - - - - - 3

Tentukuran Dosimeter Peribadi di

Agensi Nuklear Malaysia

5 - - - - - - - 5

Bekalan dan Penilaian Dos Lencana

Filem Untuk Pekerja Sinaran dan

Kawasan (Setiap Bulan)

17 7 8 5 5 2 2 - 46

Bekalan dan Penilaian Dos Lencana

TLD Untuk Pekerja Sinaran dan

Kawasan (Setiap Bulan)

7 - - - - - - - 7

Pengiktirafan Baru Pekerja Sinaran - - - - 5 - 2 1 8

Pemberhentian Pekerja Sinaran 3 0 0 0 0 - 0 0 3

Pemeriksaan Perubatan Pekerja

Sinaran di Pusat Kesihatan

3 4 1 2 0 2 0 0 12

Melupus Bahan Radioaktif dengan

ANM

0 0 - 0 0 - 0 0

Melupus Radas Penyinaran 1 0 - 0 0 - 0 1

Menyelenggara Radas Penyinaran

dengan Syarikat Pembekal

0 0 - 0 0 - 0 0

31 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Setiap kemalangan KKP yang dilaporkan perlu disiasat bagi mengenalpasti punca-punca

kemalangan tersebut dan seterusnya mencadangkan langkah pencegahan bagi

mengelakkan kemalangan yang serupa daripada berulang. Mengikut Akta KKP 1994, setiap

kemalangan/aduan hendaklah disiasat oleh JKKP dan diambil tindakan pembetulan.

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan,

Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) telah diwartakan pada

tahun 2004 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Melalui

Peraturan – Peraturan ini, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

dikehendaki:

Untuk menyiasat aduan, laporan atau apa-apa perkara di tempat kerja yang

dianggap tidak selamat atau sihat kepada majikan.

Melaksanakan kajian terhadap trend dan statistik kemalangan, penyakit dan

keracunan pekerjaan, dan kajadian berbahaya, dan seterusnya mengenalpasti

langkah-langkah pengawalan.

Mengkaji semula dasar dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang

diambil di tempat kerja, dan mengemukakan cadangan kepada majikan mengenai

semakan semula sekiranya perlu.

Menjalankan Siasatan

Aduan atau laporan yang diterima oleh Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan

Pekerjaan (OSHE) UTM akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk Universiti Teknologi Malaysia.

Jawatankuasa akan menjalankan siasatan berhubung kejadian/aduan tersebut

sebaik sahaja menerima aduan atau laporan tersebut dan seterusnya langkah

susulan serta tindakan akan diambil.

Jawatankuasa juga akan merakam gambar-gambar dan mengambil bahan-bahan

bukti di tempat kejadian untuk diteliti.

PENYIASATAN INSIDEN

32 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Maklumat serta keterangan daripada mangsa kemalangan, saksi kemalangan,

Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit atau mereka yang berkenaan akan

diambil dan direkod ke dalam Borang Laporan Kemalangan.

Hasil penyiasatan kemudian akan dilapor dan dibincangkan pada Mesyuarat JKKP

Induk Universiti yang akan datang untuk tindakan selanjutnya.

Laporan penyiasatan akan dihantar kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (JKKP) Johor.

Bil Kategori Bulan Jumlah

Jan-Mac Apr-Jun Jul-Sept Okt-Dis

1. Kemalangan - 1 3 - 4 2. Kebakaran 5 - 1 3 9

3. Tindakan Tidak Selamat 4.1 Kerja Tempat Tinggi 12 9 15 6 42

4.2 Tidak Memakai PPE 2 2 9 7 20 4.3 Tiada Prosedur Kerja 2 1 7 5 15

4. Keadaan Tidak Selamat

5.1 Bumbung/Siling Runtuh 2 3 - 2 7 5.2 Serangan Kulat - 2 1 - 3

5.3 Pokok Tumbang - 1 1 5 7 5.4 Gangguan Binatang Liar 9 7 15 7 38

5.5 Salahguna Peralatan Bomba 7 3 16 5 31 5.6 Tanah Runtuh - 1 - - 1

5.7 Keselamatan Elektrik 4 2 8 4 18 5. Pencemaran Sungai - 1 - - 1

6. Kemalangan Nyaris (Near Miss) - 1 - - 1

JUMLAH 197 Jadual: Kategori insiden berlaku di UTM sepanjang tahun 2014 (Berdasarkan Aduan dan

Pemantauan)

33 Laporan Tahunan Unit OSHE 2014

Rajah: Statistik Insiden Di UTM Sepanjang Tahun 2014

Rajah: Peratusan Kategori Insiden Di UTM Sepanjang Tahun 2014