tulisan uthmani.docx

Upload: yuns-abdullah

Post on 29-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk perkongsian

TRANSCRIPT

Penman Digital Al-Quran (Al-Mukry) Portable keluaran Saba Islamic Sdn Bhd; Al-Quran Al-Karim (Digital Muslim Organizer), keluaran Pusat Multimedia Hafiz; Al-Quran Digital Al-Muhafiz, keluaran A.J.V. Electronic Devices Al-Quran Multimedia Edisi Juzu Amma, keluaran Yayasan Restu.

Read more:http://dnobiz.com/santai/awas-al-quran-digital-banyak-kesilapan/#ixzz2AXWMzaWdDi zaman modern saat ini dengan berbagai teknologi yang sedang maju pesat, berbagai inovasi telah dibuat oleh manusia untuk dapat mempermudah aktiviti harian, termasuk juga kemudahan dalam kegiatan beragama seperti dalam hal membaca Al-Quran. Saat ini sudah banyak beredar cetakan mushaf Al-Quran dengan ukuran yang sangat kecil dan sudah termasuk dengan terjemahan bahasa malaysia. Disamping itu, perangkat elektronik yang memuat ayat-ayat Al-Quran pun sudah banyak, mulai dari Quran Pocket, tablet, HP versi Quran dan juga Aplikasi-aplikasi Al-Quran yang mampu dinikmati dari berbagai model HP smartphone. Yang akan dibahas dan share ditulisan ini adalah 3 aplikasi Al-Quran yang dapat dinikmati oleh HP smartphone bersistem operasi android. Sebenarnya sangat banyak aplikasi Al-Quran yang dapat di download di Android Market, namun saya memilih 3 aplikasi ini karena font dan tata letak / sudut ayat yang menyamai Mushaf Al-Madinah, sehingga lebih memudahkan untuk membacanya. Dan lebih optimal lagi ketiga aplikasi dibawah ini digunakan di model HandPhone yang memiliki ukuran layar 3,5 keatas. Sebagaimana yang diketahui ramai, Mushaf al-Quran al-Karim yang diguna pakai pada zaman kini adalah mengikut kaedah penulisan yang ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran al-Karim ini atau lebih dikenali dengan Rasm Uthmani telah diarahkan oleh beliau akibat berlakunya perselisihan bacaan di kalangan umat Islam yang begitu ketara. Jika dilihat dari sudut definisi Rasm Uthmani, Syeikh Abd al-Munim Kamil Syair telah menyebut di dalam kitab beliau Al-Ijaz al-Qurani fi al-Rasm al-Uthmani: yang dimaksudkan dengan perkataan ini (Rasm Uthmani) ialah kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman ibn Affan r.a, dan dihantar ke negara-negara Islam. Maka dinamakan kaedah ini dengan Rasm Uthmani adalah sebagai sandaran kepada Uthman ibn Affan r.a atas perintah beliau untuk menulis semula ayat-ayat al-QuranPenurunan al-Quran pada zaman Rasulullah S.A.W. berlaku ketika baginda berada di Makkah dan al-Madinah adalah secara berperingkat-peringkat. Namun begitu, kesemua ayat-ayat alQuran al-Karim itu adalah bacaan yang telah diajar oleh Malaikat Jibril a.s. kepada baginda mengikut tujuh huruf sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis: Jibril telah membacakan kepadaku satu huruf, maka aku membacanya, lalu ditambah dan ditambah lagi sehingga ia menjadi tujuh huruf. Setelah itu, para sahabat pun mulalah mempelajari dan menghafaz ayatayat suci al-Quran secara musyafahah (mempelajari daripada mulut/bacaan guru) mengikut tujuh huruf tersebut

Walau bagaimanapun, tidaklah semua sahabat baginda mempelajari dan membaca ketujuh-tujuh huruf tersebut. Sebahagian daripada mereka membaca dengan satu huruf, sebahagian yang lain membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Setelah kewafatan baginda S.A.W., maka para sahabat pun bertebaran dan berhijrah ke serata negara dalam menyebarkan lagi dakwah Islamiah kepada umat manusia. Maka terdapatlah mereka (para tabiin) yang mempelajari bacaan al-Quran al-Karim dengan satu huruf sahaja dan ada yang lebih daripada itu berdasarkan kepada bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat. Antara mereka yang masyhur di kalangan para sahabat dalam mempelopori dan menyebarkan bacaan al-Quran ini ialah Ubai bin Kaab r.a. di Syam, Abdullah bin Masud di Kufah dan Abu Musa al-Asyari di negara-negara lain. Hasil daripada perbezaan bacaan secara musyafahah itu yang diajar oleh para sahabat kepada penduduk Islam di negara masing-masing, maka telah membawa kepada perbezaan bacaan yang ketara di kalangan umat Islam ketika itu. Ada di kalangan mereka yang mendakwa bahawa bacaan merekalah yang paling tepat dan ada yang mendakwa bacaan orang Islam di negara lain salah dan sebagainya. Lalu pemerintah Islam atau Khalifah Islam ketika itu, Uthman bin Affan r.a. telah mengarahkan kepada beberapa orang sahabat untuk mengumpulkan kesemua mushaf dan bacaan yang ada agar dapat mengelak dan menghindarkan umat Islam daripada terus berpecah belah.Norazman bin Alias Muhammad Hafiz bin Saleh Abd Muhaimin bin Ahmad Universiti Sains Islam Malaysiahttp://www.ustazrahim.net/qiraat2011/paper/Rasm%20Uthmani-Norazman%20Alias.pdf