tukarkan setiap ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.doc

2
Tukarkan setiap ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. 1. Pasukan bola sepak Malaysia mengalahkan pasukan bola sepak Singapura dalam satu perlawanan persahabatan. 2. Perdana Menteri menemui ketua perwakilan pelajar daripada semua universiti awam di Putrajaya. 3. Awak sudah makan kuih di atas meja itu? 4. Kerajaan tetap menjaga dan memelihara hak setiap kaum di negara ini. 5. Pengetua telah merasmikan bangunan baru itu pada hari Jumaat lepas. 6. Mustaqim mengambil buku dan fail-fail itu sebelum beredar. 7. Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman daripada kita. 8. Saya menghadiahi ibu sejambak bunga mawar sempena hari ulang tahun kelahirannya. 9. Kalian perlu membuat keputusan dengan segera kerana hal ini tidak boleh ditangguh lagi.

Upload: ismet-ulam-raja

Post on 11-Jan-2016

171 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tukarkan setiap ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.doc

Tukarkan setiap ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. 

1. Pasukan bola sepak Malaysia mengalahkan pasukan bola sepak Singapura dalam satu

perlawanan persahabatan. 

2. Perdana Menteri menemui ketua perwakilan pelajar daripada semua universiti awam di

Putrajaya.

3. Awak sudah makan kuih di atas meja itu?

4. Kerajaan tetap menjaga dan memelihara hak setiap kaum di negara ini.

5. Pengetua telah merasmikan bangunan baru itu pada hari Jumaat lepas.

6. Mustaqim mengambil buku dan fail-fail itu sebelum beredar.

7. Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman

daripada kita.

8. Saya menghadiahi ibu sejambak bunga mawar sempena hari ulang tahun kelahirannya.

9. Kalian perlu membuat keputusan dengan segera kerana hal ini tidak boleh ditangguh

lagi.

10. Pihak polis telah menemukan bahan bukti kes pembunuhan itu di belakang rumah

mangsa.

Panduan:

Jangan lupa untuk kenalpasti kategori kata ganti diri yang digunakan dalam ayat-ayat di

atas.

Page 2: Tukarkan setiap ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.doc

Kata kerja yang bertulisan tebal dan bergaris perlu ditukar.

Pastikan kalian tidak mengubah maksud ayat.