tujuan kempen hidup sihat

3
KEMPEN JOM HIDUP SIHAT 1.0 PENGENALAN Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amlan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. 1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang konsisten ,mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan dadah. 1.2 TUJUAN PROGRAM Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan

Upload: dyahsakiwa

Post on 01-Jul-2015

493 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tujuan Kempen Hidup Sihat

KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan

yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan

yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin

kepada amlan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya

kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat

menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat

mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk

sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.

Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang

seimbang, senaman yang konsisten ,mengelakkan stress dan konflik serta

menjauhi penyalahgunaan dadah.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu

Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan

Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi

pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta

masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah

wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda

harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari

seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting

bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua

warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para

Page 2: Tujuan Kempen Hidup Sihat

pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan

kesihatan. Melalui program ceramah , kempen menderma darah dan pameran

kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari

segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di

sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi

meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada

murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati

diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani

sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial

seperti merokok dan peyalahgunaan dadah.

• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan

masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan

menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.

• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar

walau di mana mereka berada.

• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di

sekolah,

• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-

anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.