tugasan_3_bmp_6014

22
TUGASAN 3 (10 HALAMAN) 20% TAJUK: ULASAN BUKU SECARA INDIVIDU Buat satu ulasan buku dalam bidang falsafah bahasa atau falsafah pendidikan bahasa sediakan satu contoh proposal dan penyelidikan dalam bidang falsafah bahasa atau falsafah pendidikan bahasa. A. Judul : FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA B. Nama Penulis : I. MOHD RASHID MD IDRIS II. ABU HASSAN ABDUL C. Pengenalan – Huraian Tajuk Dalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa, pengarang telah berjaya mempertengahkan beberapa persoalan yang berkisarkan konsep, pelaksanaan dan persepsi guru berhubung falsafah pendidikan bahasa Melayu dalam konteks pendidikan di Malaysia dengan mengemukakan tiga penyelidikan ringkas untuk memperkukuhkan perbincangan secara menyeruluh terhadap falsafah pendidikan bahasa. Pada awal perbincangan, pengarang cuba untuk mengenegahkan konsep-konsep penting dalam memahami bahasa, falsafah, pendidikan, falsafah bahasa dan falsafah pendidikan bahasa. Dalam penyelidikan pertama berhubung dengan pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan. Penyelidikan kedua menjurus kepada aplikasi dan penilaian falsafah pendidikan bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan manakala penyelidikan yang ketiga menghala kepada pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa di sekolah menengah kebangsaan melalui persepsi guru dengan berfokuskan pendekatan bersepadu, termasuk perancangan

Upload: siti-zainah-ismail

Post on 24-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

TUGASAN 3 (10 HALAMAN) 20%TAJUK: ULASAN BUKU SECARA INDIVIDUBuat satu ulasan buku dalam bidang falsafah bahasa atau falsafah pendidikan bahasa sediakan satu contoh proposal dan penyelidikan dalam bidang falsafah bahasa atau falsafah pendidikan bahasa.

A. Judul : FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASAB. Nama Penulis : I. MOHD RASHID MD IDRISII. ABU HASSAN ABDUL

C. Pengenalan Huraian TajukDalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa, pengarang telah berjaya mempertengahkan beberapa persoalan yang berkisarkan konsep, pelaksanaan dan persepsi guru berhubung falsafah pendidikan bahasa Melayu dalam konteks pendidikan di Malaysia dengan mengemukakan tiga penyelidikan ringkas untuk memperkukuhkan perbincangan secara menyeruluh terhadap falsafah pendidikan bahasa. Pada awal perbincangan, pengarang cuba untuk mengenegahkan konsep-konsep penting dalam memahami bahasa, falsafah, pendidikan, falsafah bahasa dan falsafah pendidikan bahasa. Dalam penyelidikan pertama berhubung dengan pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan. Penyelidikan kedua menjurus kepada aplikasi dan penilaian falsafah pendidikan bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan manakala penyelidikan yang ketiga menghala kepada pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa di sekolah menengah kebangsaan melalui persepsi guru dengan berfokuskan pendekatan bersepadu, termasuk perancangan pengajaran dan perlaksanaan pengajaran berhubung pendekatan bersepadu dalam pendidikan bahasa Melayu. Akhirnya, disertakan pengalaman guru merancang dan melaksanakan falsafah pendidikan bahasa dalam pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan Model Falsafah Bahasa untuk mencapai tujuan tersebut. Pengarang berharap usaha-usaha yang bersungguh-sungguh mesti dilaksanakan segera agar pendidikan bahasa Melayu di Negara ini terus maju dan menjadi pemangkin kepada pengeluaran modal insane yang cemerlang dari segi nebtak dan rohani hasil adunan falsafah pendidikan bahasa Melayu yang khusus.

D. Penyataan masalahi. Bab 2: Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Bahasa Melayu Di Malaysia (Penyelidikan Pertama)Penyataan masalah yang telah ditengahkan dalam buku menerusi tiga penyelidikan yang telah dibuat oleh pengarang. Dalam penyelidikan yang pertama iaitu Falsafah Bahasa dalam Konteks Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia, pengarang ingin membuat perbandingan dengan kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Awang Sariyan. Pengkaji berusaha untuk membandingbezakan pelaksanaan falsafah bahasa dengan memfokuskan pengisian sukatan pelajaran Bahasa Melayu serta strategi pengajaran dan pembelajarannya. Permasalahan ini dipilih oleh pengkaji bertujuan untuk melihat sebarang perubahan atau penambahbaikan dalam aspek pelaksanaan atau amalan pendidikan Bahasa Melayu yang sudah semestinya memerlukan reformasi bersesuaian dengan falsafah yang mendasarinya.

ii. Bab 3: Pelaksanaan Dan Penilaian Falsafah Pendidikan Bahasa Melayu (Penyelidikan Kedua)Dalam penyelidikan yang kedua pengarang berpendapat bahawa bahasa Melayu berpotensi dan berupaya dijadikan sebagai suatu medium untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai murni agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut tercapai sepenuhnya. Namun begitu, pengarang juga berpendapat bahawa wujud sesuatu falsafah pendidikan bahasa Melayu yang khusus dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat mengisi usaha untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari sudur bahasa. Selain itu, aspek pelaksanaan atau amalan pendidikan bahasa Melayu yang semestinya memerlukan reformasi untuk mengisi falsafah tersebut. Kedua-dua aspek ini pernyataan masalah tersebut juga dipersetujui oleh Awang Sariyan. (1997:35)

Oleh yang demikian, pengarang berpendapat bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri sebenarnya kurang terdedah dengan ilmu falsafah bahasa ini. Hal demikian mungkin disebabkan tidak semua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu memiliki kelayakan ikhtisas yang khusus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini menyebabkan berlakunya sebuah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat akademik semata-mata sehingga mengabaikan keperluan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan rohani. Dengan itu, sememang wajar pengkaji menjalankan kajian ini bagi mencari jawapan bagi masalah-masalah yang timbul dalam bidang falsafah bahasa khususnya dari aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah.iii. Bab 4: Pelaksanaan Dan Persepsi Guru Terhadap Falsafah Pendidikan Bahasa Melayu. (Penyelidikan Ketiga)Dalam penyelidikan yang ketiga, pengarang mendapati masih ramai guru yang belum jelas tentang konsep falsafah pendidikan bahasa ini dan bagaimana falsafah ini diaplikasikan di dalam dunia pendidikan, terutamanya dalam bidang pendidikan bahasa. Konsep berkaitan dengan pendekatan bersepadu ini juga mungkin masih kabur pada sesetengah guru terutamanya guru-guru baharu di mana ianya berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika guru-guru Bahasa Melayu itu sendiri tidak jelas dan faham tentang falsafah pendidikan bahasa yang patut diaplikasikan, maka timbul masalah dalam pendidikan bahasa di Malaysia seterusnya akan menjatuhkan kualiti pendidikan Negara.

Selain itu, kebanyakan guru bahasa sering menghadapi masalah berhubung dengan pengajaran terutamanya berkaitan pendekatan bersepadu dalam pendidikan bahasa Melayu ini. Masalah yang timbul juga mungkin meliputi pelbagai aspek dan perkara. Hal ini demikian kerana, kebanyakan guru mungkin kurang arif berhubung cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi seterusnya boleh menyebabkan masalah menjadi berlarutan dan menjejaskan prestasi mereka sebagai seorang guru bahasa. Oleh yang demikian, pengkaji meneruskan kajiannya untuk meninjau pelaksanaan dan persepsi guru terhadap falsafah pendidikan bahasa Melayu dalam penyelidikan yang ketiganya.

E. Objektif kajianDalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa pengarang mengenengahkan beberapa objektif kajian berdasarkan tajuk-tajuk kajian yang telah dibuat seperti berikut:-i. Penyelidikan Pertama1. Pengkaji berharap agar dapat mengetahui makna dan huraian terperinci mengenai falsafah bahasa.2. Pengkaji juga berharap dapat member pendedahan kepada guru-guru lain khususnya guru Bahasa Melayu dalam memahami dan menghayati falsafah bahasa di sebalik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Hal ini demikian kerana, pengkaji berpendapat seseorang guru itu akan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh mengajar jika mereka faham dan tahu intipati yang menjadi akar kepada ilmu yang mereka curahkan.3. Pengkaji turut berharap dapat menterjemahkan gagasan murni yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengenai potensi Bahasa Melayu sepanjang zaman melalui pelbagai reformasi yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran sekolah menengah.

ii. Penyelidikan Kedua1. Untuk menerokai bidang falsafah bahasa dan menunjukkan perkaitan pentingnya diwujudkan suatu falsafah pendidikan bahasa Melayu yang khusus.2. Untuk mendalami teori-teori falsafah bahasa iaitu falsafah Barat dan falsafah Islam dan mengaitkannya dengan reality pendidikan bahasa Melayu masa kini.3. Meninjau sejauh mana pengaplikasian falsafah pendidikan bahasa Melayu di sekolah menengah terutamanya dalam kalangan guru Bahasa Melayu.4. Menyarankan strategi bagi meningkatkan falsafah pendidikan bahasa dalam konteks reformasi pendidikan Negara.

iii. Penyelidikan Ketiga1. Menghuraikan secara terperinci konsep-konsep dan pengertian falsafah pendidikan bahasa.2. Mengenal pasti persepsi guru tentang konsep pendekatan bersepadu perancangan pengajaran dan pelaksanaan pengajaran berhubung pendekatan bersepadu dalam pendidikan Bahasa Melayu3. Menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan pendekatan bersepadu pendidikan Bahasa Melayu dan mengemukakan cadangan penyelesaiannya.

F. Persoalan KajianDalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa pengarang mengetengahkan beberapa persoalan kajian berdasarkan tajuk-tajuk kajian yang telah dibuat. Namun begitu pengarang tidak menyatakan persoalan kajian dalam kajiannya yang pertama. Pengkaji seharusnya menyatakan persoalan kajian dalam kajiannya yang pertama agar persoalan yang dipersoalkan dapat dikaji dengan lebih mantap. Dalam kajian yang kedua, pengkaji menjalankan kajian dengan mengambil kira pendapat tokoh-tokoh bahasa yang telah membuat kajian dalam bidang tersebut melalui pembacaan. Hasil daripada pembacaan, pengkaji mendapati bidang falsafah mempunyai cirri-ciri kesamaan teori-teori falsafah bahasa yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa sama ada di dalam atau di luar Negara. Namun begitu, kajian mengenai bidang falsafah bahasa Melayu ini masih jarang diterokai oleh tokoh-tokoh bahasa tempatan. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa sememangnya wajar tajuk ini dibuat kajian bagi mendalami bidang falsafah bahasa Melayu.

Dalam penyelidikan ketiga, pengkaji telah berjaya mengetengahkan tiga(3) persoalan kajian seperti berikut:-1. Apakah persepsi guru tentang konsep atau gagasan pendekatan bersepadu dalam pendidikan bahasa Melayu?2. Apakah para guru merancang pendekatan bersepadu dalam persediaan mengajar dan mengaplikasikannya dalam pengajaran?3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru dalam melaksanakan pendekatan bersepadu dan langkah yang diambil untuk mengatasinya?

G. Kepentingan KajianDalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa pengarang mengenengahkan beberapa kepentingan kajian berdasarkan tajuk-tajuk kajian yang telah dibuat seperti berikut:-i. Penyelidikan Pertama1. Kajian ini penting dan mampu member manfaat kepada diri pengkaji sendiri, para guru subjek Bahasa Melayu khususnya, dan juga kepada sesiapa sahaja yang mencintai bahasa Melayu.2. Kajian ini dapat member kesan kepada pembacanya melalui penghayatan mengenai falsafah murni bahasa Melayu yang tunjang kepada pendidkan subjek Bahasa Melayu di sekolah.3. Kajian ini dapat membantu guru memahami falsafah bahasa dan pelaksanaannya dalam sistem pendidikan di Malaysia.4. Kajian ini juga penting dan merupakan salah satu usaha kecil pengkaji bagi memperkenal dan mengangkat martabat bahasa Melayu di mata penutur asing atau penutur yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

ii. Penyelidikan Kedua1. Pembinaan suatu kerangka falsafah pendidikan bahasa bagi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu di Negara ini, khususnya bagi bahasa Melayu dalam konteks yang lebih luas.2. Mengisi gerakan pengislaman ilmu merupakan jihad umat Islam di seluruh dunia bagi mengetengahkan epistemology atau teori ilmu yang berpaksikan tauhid dan syariah dalam semua bidang, termasuk dalam bidang pendidikan bahasa.3. Kajian ini diharapkan dapat menterjemahkan gagasan-gagasan murid yang terungkap dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, khususnya yang berkaitan dengan pendidikan bersepadu, dengan pertimbangan khusus dari sudut peranan bahasa Melayu dalam proses pengilmuan generasi muda.4. Kajian ini diharapkan dapat membantu mengisi kekurangan kajian tentang beberapa aspek linguistik Melayu yang belum mendapat perhatian yang mendalam, termasuk bidang falsafah bahasa.5. Kajian ini diharapka dapat melengkapkan diri pengkaji dan rakan-rakan seperjuangan yang lain, mengenai ilmu falsafah pendidikan bahasa Melayu, sebelum menjejakkan kaki ke sekolah sebagai guru Bahasa Melayu kelak.

iii. Penyelidikan Ketiga1. Memberi pendedahan dan huraian terperinci berkaitan konsep falsafah bahasa dan falsafah pendidikan bahasa dapat dihurai dan diperdalam supaya pembaca dapat memahami bidang ini dengan jelas.2. Melihat sejauh manakah pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa di sekolah di samping mengenal pasti persepsi, perancangan dan pelaksanaan guru berkaitan pendekatan bersepadu dalam pendidikan Bahasa Melayu.3. Menyenaraikan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam melaksanakan pendekatan bersepadu pendidikan bahasa Melayu ini dapat dikesan dan dikaji seterusnya mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut.H. Metodologii. Penyelidikan PertamaPengkaji memilih untuk melaksanakan kaedah kualitatif iaitu dengan memfokuskan kajian perpustkaan untuk menganalisis dan menyiapkan kertas projek ini. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif ini melibatkan kerja-kerja dalam bidang bukan nombor, yang mungkin juga dalam bentuk pernyataan akau penceritaan. Pengkaji banyak mendapatkan maklumat melalui pembacaan buku, buku teks pelajar, jurnal, kertas seminar, internet dan bahan utamanya adalah Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2002. Bahan-bahan rujukan ini tidak hanya diperolehi di perpustkaaan Universiti Pendidikan Sultan Idris sahaja. Pengkaji juga turut mencari bahan-bahan maklumat di perpustkaan university lain terutamanya Perpustakaan Utama Universiti Malaya dan juga di Perpustakaan Negara.

ii. Penyelidikan KeduaKajian ini dijalankan berdasarkan dua reka bentuk kajian iaitu Kaedah Tinjauan (survey) dan Kajian Keppustakaan. Kaedah-kaedah tersebut digunakan untuk mengetahui persepsi guru mata pelajaran Bahasa Malayu peringkat sekolah menengah tentang pendekatan bersepadu pendidikan bahasa Melayu, perancangan dan pelaksanaan dalam pengajaran. Banyak maklumat seperti buku-buku dan jurnal-jurnal bagi mendapatkan sumber kajian diperolehi dari perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Negara dan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Tempat kajian dijalankan di SMK Perempuan Bukit Kuda Perak dan SMK Abdul Samad Kelantan. Sampel kajian dalam penyelidikan ini ialah guru-guru sekolah menengah yang mengajar Bahasa Melayub di kedua-dua sekolah berkenaan. Sempel kajian dan responden kajian yang digunakan sebanyak 50 sempel, iaitu 25 sempel daripada SMK Perepuan Bukit Kuda dan 25 sempel lagi daripada SMK Andul Samad Kelantan. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan borang selidik yang terdiri daripada dua jenis iaitu Borang soal-selidik maklumat latar belakang guru dan Borang soal-selidik persepsi guru. Borang soal-selidik ini telah diedarkan kepada 50 orang responden di kedua-dua buah sekolah tersebut. Responden telah diberi masa selama dua minggu untuk mengisi borang soal-selidik tersebut. Penganalisisan data dilakukan setelah maklumat yang diperolehi daripada borang soal-selidik yang telah diisi oleh responden. Pengkaji menggunakan program SPSS untuk menganalisis kekerapan bagi setiap bahagian yang diisi oleh guru-guru yang dikaji. Analisis tersebut dilakukan bagi memenuhi tuntutan tujuan kajian dan soalan kajian yang telah ditetapkan.

iii. Dalam kajian ini, pengkaji juga menggunakan kaedah tinjauan. Responden kajian ini terdiri daripada 25 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah dalam daerah Kuala Selangor. Persepsi guru dipilih sebagai tumpuan kajian kerana pemahaman, penghayatan, perencanaan dan pelaksanaan pengajaran guru adalah amat bergantung terhadap persepsi seseorang guru itu sendiri. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah SMK Pengkalan Permatang Kuala Selangor dan SMK Seri Desa Tanjung Karang Selangor. Instrument kajian yang digunakan adalah borang soal-selidk. Kaedah pengumpulan dan penganalisian data yang digunakan pula ialah pengumpulan data jenis kuantitatif. Dalam kajian ini program SPSS juga digunakan bagi menganalisis data mentah yang diperolehi untuk dianalisis.

I. Kerangka Teoretikal konsep teoriBerdasarkan perbincangan mengenai padanan Teori Relatif dengan Teori Kenuranian Bahasa, maka Mohd Rashid Md Idris dalam tesisnya Ph.D beliau (2007) telah mengemukakan sebuah model yang diberi nama Model Falsafah Bahasa. Ringkasan dapatan Teori Relatif yang dikemukakan oleh Edward Sapir (1884 1939) dan Benjamin Whorf (1897 1941) ialah bahasa berperanan dalam mempengaruhi pemikiran dan cara hidup individu dan masyarakat penuturnya. Dapatan teori ini menjadi asas kepada Model Falsafah Bahasa. Model ini diperkemaskan dengan kemasukan dapatan Teori Kenuranian Bahasa. Ringkasan dapatan daripada teori ini ialah potensi berbahasa adalah kurnia Allah. Antara tokoh yang banyak membicarakannya ialah S.M. Naquib al-Attas (1991;1978), Hashim Hj. Musa (1980;1991), Mangantar Simanjuntak (1987). Awang Sariyan (1997;2007), dan Noriah Mohamed (1999), termasuk juga kitab al-Quran.

J. Tinjauan literaturi. Penyelidikan PertamaBahagian ini membincangkan tinjauan literature atau kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan falsafah pendidikan bahasa Melayu dan sejarah perkembangannya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dengan melihat kajian-kajian terdahulu, pengkaji akan lebih mudah memahami isu yang bakal pengkaji analisis. Namun begitu, dalam penyelidikan pertama pengkaji banyak merujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh terdahulu yang cuba membincangkan falsafah bahasa secara terperinci walaupun bidang ini merupakan sebuah bidang yang belum ramai tokoh bahasa yang mengkaji bidang ini.

Hashim Hj. Musa (1994:10) menjelaskan bahawa falsafah sebagai kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Belaiu turut menjelaskan konsep falsafah yang paling luas dan serba merangkumi, mencakupi keseluruhan pengetahuan konsepsi manusia tentang semua bidang, cadangan dan menjadikannya satu keseluruhan, satu gemblengan pengetahuan konsepsi manusia.

Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003: 24), mazhab falsafah idealism dan realism tergolong dalam kategori falsafah tradisional, manakala mazhab falsafah pragmatism dan eksistensialisme ula tergolong dalam kategori falsafah moden. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman dalam bukunya bertajuk Falsafah pendidikan Kurikulum (2003: 29), menyatakan falsafah adalah tidak bercanggah dengan kehendak atau prinsip yang terdapat dalam ajaran Islam. Jika sains adalah mencari kebenaran, falsafah adalah mendekati kebenaran, manakala agama pula adalah kebenarannya.

Menurut Asmah Hj. Omar (1983: 1), tidak terdapat satu makna khusus mengenai bahasa kerana ada yang melihatnya sebagai lambing atau kod, dan ada pula yang mendefinisikannya sebagai sistem atau alat sahaja, iaitu sebagai alat komunikasi, alat pemikiran, alat penglihatan dunia dan berbagai-bagai lagi.

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985: 42), pula menjelaskan bahasa sebagai suatu sistem lambing yang terdiri daripada leretan bunyi yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artrikulasi manusia yang terdiri daripada alat-alat seperti lidah, anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan sebagainya.

Hashim Hj. Musa (1994: 1) mengatakan bahawa falsafah bahasa adalah gabungan daripada kajian falsafah dan kajian bahasa atau linguistik. Falsafah bahasa secara umumnya meneliti hubungan antara bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia, proses berfikir, pandangan dunia, reality kewujudan manusia dalam erti kata menilai bahasa sebagai pembawa makna. Satu alat perhubungan, perakaman, penimbunan, pewarisan dan sebagai lambing atau simbolik.

Awang Sariyan (2004: 2), menyentuh falsafah bahasa daripada aspek perspektif Islam dengan menjelaskan bahawa pembicaraan aspek ini berkait rapat dengan gagasan pengislaman ilmu yang melibatkan keupayaan meletakkan segala ilmu termasuk linguistic, dalam orientasi, objektif, dan focus yang berasaskan tasawur sudut pandangan sarwa Islam .

Menurut Kaelan M.S, falsafah bahasa merupakan salah satu cabang falsafah yang mula dikenali dan berkembang sekitar abad ke-20 ketika ahli falsafah menyedari bahawa terdapat banyak masalah dan konsep falsafah baru yang dijelaskan melalui analisis bahasa kerana bahasa merupakan sarana yang vital dalam falsafah (1998: 5)

ii. Penyelidikan KeduaDalam buku Penghantar Falsafah Bahasa, Hashim Hj. Musa (2006: 7) mentakrifkan falsafah sebagai ilmu yang mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logical yang merupakan hakikat benda-benda dan kejadian dalam alam semesta ini yang dilihat dan dihuraikan secara holistic atau menyeluruh berdasarkan paradigm berfikir secara logic melalui kaedah renungan, penaakulan dan hujahan yang logical dan rasional dengan nilai kebenarannya diukur berasaskan akal yang rasional.

Hasim Hj. Musa (1994: 57) dalam bukunya Falsafah Bahasa Melayu Beberapa Aspek Kajian, membuat ksimpulan bahawa matlamat utama dalam pembelajaran bahasa bukan setakat mennetahui selok belok binaan bahasa, bunyi dan ejaannya, perkataan dan kosa katanya dan binaan ayat, kalusa fan frasanya, tetapi melebihi itu semua ialah mempelajari bagaimana hendak mengguna bahasa supaya tercapai ilmu sebenar yang boleh membimbing manusia kepada pengenalan, pengecaman, dan pengesahan kedudukan yang tepat dan benar bagi segala benda dalam pentarafan ciptaan alam semesta (kosmos) yang dengan itu membawa kepada pengenalan, pengecaman, dan pengesahan kepada kedudukan yang tepat dan benar bagi Tuhan di dalam pentarafan kewujudan.

Hashim Hj. Musa dalam artikelnya yang bertajuk Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Negara dalam pelita Bahasa bulan Januari 2005 menegaskan bahawa pendidikan dan penyemaian aspek moral, etika, dan kerohanian seharusnya tidak diabaikan, iaitu menyampaikan ilmu fardu ain kepada semua anak bangsa Melayu lebih-lebih lagi kereka yang di bangku sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Awang Sariyan dalam bukunya Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran Dalam Linguistik terbitan tahun 1997 telah berkongsi ilmu mengenai perkembangan falsafah dan pemikiran tentang bahasa menurut perspektif Islam.

iii. Penyelidikan KetigaKajian berkiatan falsafah pendidikan bahasa sebelum ini pernah dilakukan oleh Awang Sariyan dalam tesis kedoktorannya (Ph.D) yang bertajuk Falsafah Pendidikan Bahasa: Kajian tentang Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia dengan Rujukan Khusus kepada Pendidikan Bahasa melayu di Sekolah Menengah. Dalam tesisnya, beliau telah menghuraikan persoalan-persoalan berhubung konsep-konsep yang berkaitan serta pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa di sekolah-sekolah di Malaysia.K. Hipotesisi. Penyelidikan PertamaKajian terhadap pelaksanaan falsafah bahasa dalam sistem pendidikan bahasa Melayu melalui analisis yang dilakukan terhadap kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri. Fokusnya adalah dengan membuat perbandingan terhadap Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melaysia 1988 dengan Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu 2002. Hasil dapatan ini juga sebenarnya merupakan satu sorotan semula terhadap kajian terdahulu yang dilakukan oleh Awang Sariyan terhadap Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Malaysia 1988.Ringkasnya, telah dilakukan banding beza pelaksanaan falsafah bahasa melalui penyerapan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSM 1988 dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2002. Terdapat pelbagai perubahan dan penambahbaikan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2002 seperti perubahan terbesarnya ialah pengelompokan bidang bahasa kepada tiga bahagian iaitu bidng maklumat, interpersonal dan estetik. Para guru juga diberikan kebebasan untuk mengabungjalin dan penyerapkan kemahiran bahasa atau ilmu-ilmu lain bergantung kepada kesesuaian huraian hasil pembelajaran bahasa pada setiap kali sesi pengajaran. Hal ini membolehkan guru-guru lebih berkreativiti dalam mempelbagaikan teknik pengajaran, sekaligus menjadikan pengajaran subjek Bahasa Melayu lebih berkesan lagi.

ii. Penyelidikan KeduaBagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan sebelum ini, dapat dinyatakan bahawa kebanyakan daripada guru-guru tersebut member persepsi yang positif terhadap gagasan pendekatan bersepadu dalam pendidikan bahasa Melayu. Guru-guru tersebut juga dilihat mengaplikasikan konsep kesepaduan tersebut. Hal ini demikian, dalam perancangan bahasa, guru-guru tersebut memberikan persepsi yang positif terhadap perancangan pengajaran harian dengan memastikan adanya pengabungjalinan, penyerapan ilmu dan nilai, serta kemahiran berfikir. Selain itu, guru-guru tersebut juga positif terhadap penyediaan bahan ransangan mengajar. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru itu ada menghadapi masalah semasa dalam proses perancangan mengajar terutama daripada segi merancang pembelajaran yang seimbang daripada sudut bahasa, kemahiran berbahasa, dan penyerapan. Guru-guru juga berhadapan dengan masalah untuk menggabungjalinkan sistem bahasa dengan kemahiran bahasa dan menggabungjalinkan satu kemahiran bahasa dengan kemahiran bahasa yang lain dalam satu pengajaran. Oleh itu, konsep pendidikan bersepadu dalam pendidikan bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah memang wujud dan dipraktikkan.

iii. Penyelidikan KetigaKesimpulan hasil daripada penyelidikan yang dibuat majority daripada mereka berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan, manakala sebilang kecilnya memiliki kelulusan ikhtisas yang lain iaitu Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan juga Sijil Perguruan dari institusi pengajian tinggi dalam negara. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka semenangnya mempunyai latar belakang dan ilmu pendidikan. Persepsi guru tentang aspek-aspek pelaksanaan pengajaran menurut pendekatan bersepadu bagi sebahagian pernyataan dapat dikatakan positif, tetapi masih ada aspek-aspek yang menunjukkan persepsi guru yang kurang jelas tentang pelaksanaan pengajaran menurut pendekatan bersepadu.

L. KesimpulanFalsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderung kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan mempunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada falsafah. Ketika berfalsafah, seseorang itu tidak digalakkan untuk merujuk kepasda sumber kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu persoalan. Sebaliknya, ia digalakkan untuk menjawabnya dengan hanya menggunakan akal sendiri. Aspek pemikiran rasional, logik dan holistik duduknya lebih tinggi daripada teori sempit Barat. Secara mudahnya kita dituntut supaya berfikir menggunakan akal fikiran daripada asyik menurut dan mengikut secara membuta tuli. Akal fikiran pula mestilah tunduk kepada tuntutan syariat dan peraturan yang hakiki supaya arah akal fikir itu terpandu ke arah kebenaran yang hakiki dan mutlak yang sesuai dengan fitrah kejadian akal yang telah ditetapkan batasannya.

M. Bibliografi

Mohd Rashid Md Idris&Abu Hassan Abdul (2010). Falsafah Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn Bhd.

Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim,Perak.

KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAHOLEHWONG POH TIENM20131000275