tugasan profile usahawan

16
PROFIL USAHAWAN

Upload: lanhangat

Post on 13-May-2017

825 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Profile Usahawan

PROFIL USAHAWAN

Page 2: Tugasan Profile Usahawan

ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

1. Pendahuluan 3

2. Pengenalan 5

3. Latarbelakang Diri 6

4. Latarbelakang Syarikat 7

5. Pengalaman 8

6. Perjuangan Dalam Perniagaan 10

7. Mula Berniaga Dengan Modal RM 25 11

8. Penetapan Misi Dan Visi 12

9. Kesimpulan 13

10. Rujukan 14

11. Lampiran 15

Page 3: Tugasan Profile Usahawan

PENDAHULUAN

Setiap insan di dunia ini mengimpikan sebuah kehidupan yang baik.

Bergantung kepada kehendak dan minat masing-masing. Ada yang inginkan kasih-

sayang, keluarga bahagia, isteri yang soleh, anak-anak yang cemerlang, rumah

yang cantik, kereta mewah, pendapatan yang lumayan dan juga kebebasan samada

soal pendapatan, masa dan juga kebebasan berbuat keputusan. Namun demikian,

dalam kita mengejar impian, kita juga perlu mempertimbangkan risiko serta

halangan-halangan yang perlu dihadapi bagi setiap insan di muka bumi ini bagi

mengejar matlamat masing-masing.

Semakin banyak yang kita lalui dan semakin banyak kehidupan yang

ditempuhi, maka semakin matanglah kita dalam melaksanakan sesuatu keputusan

mahupun apa jua tindakan yang dilakukan. Justeru itu, apa yang paling penting

dalam nilai sebuah kehidupan adalah usaha atau langkah yang perlu dilakukan

sekiranya seseorang itu jatuh dalam usahanya membangunkan sebuah kehidupan.

Kegagalan demi kegagalan dilakukan. Kerugian mengatasi keuntungan dan itulah

cabaran kepada setiap usahawan atau ahli perniagaan. Namun apa yang boleh

dipelajari di sini adalah usaha untuk bangkit semula dan membuat sesuatu

sehinggalah berjaya mencapai matlamat yang diinginkan.

Bagi yang beragama islam terdapat kata-kata hikmah yang boleh dipegang

seperti “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka

sendiri mengubah nasib mereka.” (Surah ar- Ra’ du ayat 11).

Jadi saya berpendapat bahawa nasib seseorang itu bukanlah bergantung

kepada takdir yang dilaluinya. Tetapi sebagai makhluk Allah S.W.T dimuka bumi ini

tanggungjawab kita sebagai hambanya adalah berusaha untuk memakmurkan

Page 4: Tugasan Profile Usahawan

kehidupan kita bukan sahaja untuk diri sendiri, malah juga boleh dijadikan contoh

buat semua individu yang berada disekeliling kita. Berfikiran positif dan motivasi

dalam diri amat perlu kerana ia merupakan faktor utama dalam setiap kejayaan.

Berani mengambil risiko dan berhati-hati dalam membuat keputusan serta bertindak

mengikut perancangan adalah penentu ke arah mencapai matlamat yang telah

ditetapkan. Fokus utama kepada halatuju perniagaan perlulah jelas dan boleh

dicapai jika ianya dirancang dan dilaksanakan mengikut prosedur-prosedur pelan

pembangunan perniagaan yang telah direkabentuk secara teliti dan berkesan.

Saya juga bersyukur kehadrat ilahi kerana dalam usaha mengumpul

maklumat dan mengenalpasti tokoh usahawan pilihan saya bagi menepati kehendak

tugasan bagi subjek Asas Keusahawanan ini, secara tidak langsung memberi

pengajaran dan pendedahan yang sangat berguna kepada saya untuk dijadikan

panduan kepada saya dimasa akan datang. Hanya tuhan sahaja yang dapat

membalas jasa mereka yang bekerjasama kepada saya dalam proses untuk

menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat buat mereka dan juga

para pengajar yang tidak putus asa mencurahkan ilmu kepada saya. Terima Kasih

yang tidak terhingga saya ucapkan. Saya juga berpesan kepada diri saya supaya

mengambil iktibar dan menggunakan ilmu yang saya peroleh ini dengan sebaik-

baiknya di jalan yang diredhai dan mendapat berkat dari setiap apa yang saya

lakukan. “ Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari

ini. Dan begitulah bagi hari-hari yang seterusnya” .

Ikhlas dari saya,

Ahmad Saiful Ridzwan Bin Jaharuddin

No. Matrik : J42724

No.Kad Pengenalan : 810212-06-5389

Page 5: Tugasan Profile Usahawan

PENGENALAN

Nama sebenar tokoh usahawan yang ingin saya perkenalkan ini adalah Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan “Pak Tam’. Dilahirkan pada 13 Januari 1962 iaitu satu tahun sebelum Tanah Melayu ditukarkan namanya kepada Malaysia iaitu pada tahun 1963. Beliau dibesarkan oleh datuk dan neneknya yang pada ketika itu merupakan pesawah padi. Maklumat dan latarbelakang ibu dan bapa beliau tidak banyak diketahui dan saya difahamkan bahawa mereka juga adalah peniaga dan beliau tidak banyak memperkatakan tentang kedua ibu bapanya. Namun beliau amat menghargai jasa kedua orang tuanya dan juga datuk dan nenek yang membesarkan beliau. Kerana tanpa didikan dan tunjuk ajar mereka beliau tidak akan berjaya sehingga ke tahap hari ini. Ibarat kata pepatah melayu iaitu “ melentur buluh biarlah dari rebungnya” . Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim di ajar tentang adab dan kesopanan serta amalan tradisi orang melayu. Sejak kecil lagi beliau diajar supaya berpegang pada prinsip diri dan kejujuran menjadi faktor utama dalam kehidupan seseorang

Page 6: Tugasan Profile Usahawan

insan. Ilmu dan pengalaman yang ditimba sejak kecil dari bangku sekolah lagi digunakan sebaik-baiknya oleh beliau untuk berusaha sehingga menjadi seorang pemimpin dan usahawan dalam bidang yang beliau ceburi iaitu perniagaan katering yang sangat terkenal iaitu ‘Katering Tuu Dia Pak Tam’ dan juga pengusaha ‘Restoran Juara Saji Sdn. Bhd’ . Kini perniagaan beliau semakin berkembang dan terdapat 5 buah cawangan telah diusahakan oleh beliau iaitu 1 di Hospital Putrajaya, 1 di Selayang, Selangor dan 3 buah di Kuala Lumpur.

LATARBELAKANG DIRI

Anak kelima daripada 9 orang adik beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tinggi di Perak . Kemudian di peringkat menengah rendah iaitu dalam tingkatan 1 hingga tingkatan 3 beliau telah dihantar untuk mengikuti pengajian agama di Ma’ahad Al Ehya Asshariff yang terletak di Gunung Semanggol ,Perak. Bagi sesiapa yang pernah menggikuti perkembangan sejarah pengajian islam di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Ma’ ahad Al Ehya Asshariff di Gunung Semanggol ini juga merupakan tempat bertunasnya sebuah gerakan Islam, Hizbul Muslimin yang digeruni oleh Inggeris pada ketika itu. Antara tokoh pejuang islam yang terkenal pada masa itu adalah seperti As- Sheikh Abu Bakar Al-Baqir yang juga menjadi tunggak masyarakat dan perkembangan pelajaran Islam di Gunung Semanggol. Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk mendalami ilmu agama di Ma’ahad Al Ehya Asshariff dan dengan ini secara tidak langsung beliau dapat mendalami ilmu keagamaan dan menerapkan segala ilmu yang dipelajari dalam kehidupan beliau seharian. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap mengenai sejarah sekolah ini , boleh dirujuk dilaman web Arkib Negara.

Seterusnya bagi menyambung pelajarannya di tingkatan 4 dan 5 , Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim telah didaftarkan di Akademik Utama Alor Setar Kedah. Di sana mulanya perkembangan ciri-ciri kepimpinan dalam diri beliau apabila terpilih sebagai Ketua Tingkatan dan juga Pengawas sekolah di Akademik Utama. Bakat dan

Page 7: Tugasan Profile Usahawan

kepimpinan beliau semakin dipercayai dan telah dipilih untuk menjadi Pengerusi Persatuan pelajar Tingkatan 5. Pada masa itu beliau bercita-cita untuk menjadi guru dan sangat menggemari bidang sukan. Boleh dikatakan hampir semua jenis sukan diceburi oleh beliau ketika dibangku sekolah.

Minat berniaga bermula pada 1982 . Pada tahun 1984 beliau menamatkan zaman bujang dengan mengahwini Puan Hajah Noraini Binti Baharom. Dan dikurniakan 8 orang anak iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. 3 orang anaknya bekerja dengan beliau menguruskan cawangan restoran yang lain manakala 3 orang masih belajar dan 2 orang lagi masih kecil. Di sini saya berpendapat bahawa Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim telah diajar untuk berdikari dan merantau sejak kecil lagi. Tidak hairanlah beliau mempunyai pengalaman yang luas bukan sahaja dalam kehidupan malah turut diaplikasikan dalam perniagaan beliau.

LATARBELAKANG SYARIKAT

Juara Saji Sdn. Bhd. Syarikat kepunyaan Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim telah ditubuhkan pada 20 November 2001. Ia merupakan syarikat yang dimiliki bumiputera sepenuhnya dan beralamat di No. 3, 5 & 7, Jalan 2/10, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Pada tahun 1999, Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim telah membuka pusat latihan memproses dan memasak yang didaftarkan atas nama Pasta Juarasa Sdn. Bhd. Pasta Juara Sdn. Bhd. adalah merupakan panel kepada Kementerian Pembangunan Usahawan, MARA dan FAMA. Namun, pada 2002, Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim telah menjual sahamnya bagi menubuhkan sebuah syarikat iaitu Juara Saji Sdn. Bhd.

Pada awal tahun 2002, pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mewartakan untuk merobohkan kedai Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim yang terletak berhampiran bulatan Selayang dan akan dipindahkan ke Medan Selera Selayang. Namun, ia telah ditolak oleh Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim memandangkan tempat tersebut tidak berapa sesuai kerana tidak menjadi tumpuan ramai.

Page 8: Tugasan Profile Usahawan

Syarikat Juara Saji Sdn. Bhd. menjalankan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan restoran, katering, penyediaan bankuasi untuk pelbagai aktiviti seminar, majlis harijadi, kenduri, majlis perkahwinan, bilik mesyuarat, kursus dan latihan memasak dan pengurusan makanan serta mengendalikan perkhidmatan bilik asrama untuk peserta dan orang ramai (Homestay).

Kursus-kursus pengurusan restoran dan katering serta kursus masakan dianjurkan bersama beberapa agensi kerajaan iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan, MARA dan FAMA.

Sehingga ke hari ini, Juara Saji Sdn. Bhd. semakin berkembang maju ke hadapan dan berani menyahut cabaran di dalam bidang Hospitality Industri sejajar dengan VISI syarikat MENYEDIAKAN KONSEP MODEL RESTORAN SEBAGAI IKUTAN UNTUK MELAHIRKAN USAHAWAN BERJAYA DI DALAM BIDANG HOSPITALITY INDUSTRI.

PENGALAMAN

Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim turut berkongsi beberapa pengalaman beliau kepada saya terutamanya dalam bidang perniagaan, pekerjaan dan juga pengalaman beliau mengikuti kursus. Beliau juga merupakan seorang trainer yang baik dan sering mendapat jemputan sebagai penceramah oleh MARA, MEDEC, INSKEN, MITI dan FAMA terutamanya dalam menyampaikan ilmu di bidang Pengurusan Restoran Dan Katering, kursus-kursus masakan dan juga bidang pembuatan kek serta pastri . Berikut merupakan senarai pengalaman beliau yang dapat saya tuliskan secara ringkas seperti di bawah:

Pengalaman Perniagaan

Tahun Aktiviti1983 – 1992 Membekal makanan basah dan kering

Page 9: Tugasan Profile Usahawan

1986 – 2002 Memulakan perniagaan gerai moden

1998 – 2002 Menjalankan ‘outside catering’

15 Ogos – 15 Nov 2002 Menjalankan kursus SPKR dengan pihak MEDEC

2002 – sekarang Menubuhkan Syarikat Juara Saji Sdn Bhd

Pengalaman Pekerjaan

Tahun Aktiviti2002 – sekarang Pengarah Urusan Juara Saji Sdn. Bhd

2002 – sekarang Juru runding MARA dan FAMA

2002 Pengusaha katering Operasi Haji 1422 H di Mekah

2001 Ketua Tukang Masak Musim Haji 1421 H di Mekah

1998 – 2001 Pengarah Program Latihan di Pusat Latihan Juarasa

Sdn Bhd

1998 – 2001 Ketua Jurulatih Masakan di Pusat Latihan Juarasa

Sdn Bhd.

Pengalaman Kursus

Tahun Aktiviti12 Dis 1983 - 16 Dis 1983 Kursus Pengedaran MARA 

14 Nov 1983 -18 Nov 1983 Kursus Pemasaran MARA

9 Okt 1998 Seminar “Power of Human Relationship”

21 Sept 1991 Kursus Asas Perakaunan Penjaja-

penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil

Melayu

11 Jul 1995 -13 Jul 1995 Kursus Pengurusan Restoran dan

Kedai makan MARA

Operasi Haji musim haji 1421 Hijrah

10 Mei 1999 Kursus Kemahiran Pemprosesan

Makanan dan Seni Makanan Aiskrim

Page 10: Tugasan Profile Usahawan

dan Shake di Chef Li Training Centre;

7 Mei 1999 Kursus Mengadun dan Mengisar

Rempah Ratus di Chef Li Training

Centre

22 Mei 2000 - 25 Mei 2000 Kursus Teknologi Penyahbekuan

Makanan ( MARDI )

16 Okt 2000 -19 Okt 2000 Kursus Kebersihan Dan Sanitasi Kilang

Untuk Pengusaha Makanan

21 Julai 2001 29 Julai 2001 Majlis Perasmian Makan-Makan

Kementerian Kebudayaan dan

Pelancongan Malaysia

10 Sep 2002 -13 Sep 2002 Kursus Memproses Kicap dan Taucu

( MARDI )

19 Okt 2002 – 20 Okt 2002 Kursus Induksi Pertauliahan Persijilan

kemahiran Malaysia (MLVK)

18 Apr 2005 – 21 Apr 2005 Kursus Amalan Kebersihan Yang Baik

(GHP) anjuran MARA

PERJUANGAN DALAM PERNIAGAAN

Disebalik setiap kejayaan seseorang insan sudah pasti ada cerita yang tersembunyi disebalik kehidupan bagi seorang insan yang berjaya. Tidak ketinggalan juga bagi seorang usahawan sektor makanan seperti Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim. Saya amat bertuah kerana walaupun saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan maklumat mengenai beliau namun akhirnya pada 12 Julai 2011 iaitu hari Selasa Jam 9.30 malam akhirnya saya telah berjaya menemubual Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim di pejabat beliau sendiri. Tujuan saya menemubual beliau adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengalaman beliau sebelum bergelar usahawan. Boleh dikatakan beliau merupakan seorang yang agak pemurah kerana sudi berkongsi ilmu dan pandangan beliau kepada saya terutamanya dalam menceritakan pengalaman sebenar beliau.

Page 11: Tugasan Profile Usahawan

Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim mula berhijrah ke Kuala Lumpur sejak Julai 1983 (tarikh sebenar tidak diingati), iaitu setelah tamat pengajian di tingkatan 6. Permulaan karier beliau bekerja dengan sebuah syarikat (nama syarikat dirahsiakan). Namun demikian pengalaman tersebut agak pahit untuk dikenang kerana beliau telah ditipu sehinggakan gaji tidak dibayar. Setelah itu beliau cuba menceburi perniagaan pasar borong pada November 1983. Tanpa sebarang modal dan hanya bergantung atas kepercayaan antara beliau dengan pembekal , Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim memulakan perniagaan pasar borong pertama beliau dengan membekal Ayam Daging.

Setelah hampir 7 tahun menjalankan perniagaan pasar borong iaitu membekal Ayam Daging, sekali lagi beliau berdepan dengan masalah kejatuhan dalam perniagaan pada tahun 1990. Menurut beliau punca utama kegagalan perniagaan tersebut adalah disebabkan oleh kekangan dan kelemahan dalam pengurusan perniagaan.

Namun demikian, beliau tidak berputus asa dan terus berusaha mencari peluang perniagaan untuk menyara kehidupan keluarganya. Beliau mula cenderung untuk mencari perniagaan secara antarabangsa. Usaha pencarian beliau membuahkan hasil kerana pada tahun 1990 sehinggalah tahun 1992 beliau menceburi bidang pemasaran kredit kad dan terlibat dalam urusan pengeluaran tunai mata wang asing. Penglibatan selama 2 tahun dalam bidang perniagaan antarabangsa memberikan pelbagai pengalaman yang sangat berguna kepada beliau tak kira samada pahit atau manis. Dan yang terakhir sekali beliau pernah melakukan perniagaan mengeksport Kamera Video yang didapati di Malaysia untuk dihantar ke India. Dalam masa yang sama beliau mengimport ‘shark fin’ atau sirip ikan jerung untuk dipasarkan di Malaysia.

Dugaan sewaktu beliau menjalankan perniagaan adalah beliau pernah cuba dipengaruhi oleh individu yang mengambil kesempatan untuk kaya dalam masa yang singkat. Hal ini menjadi cabaran kepada diri beliau untuk membuat keputusan dan menilai baik buruk keputusan tersebut bergantung kepada tingginya iman dan ketulusan hati. Beliau pernah ditawarkan untuk menghantar dadah berbentuk Kokain untuk dieksport ke pasaran antarabangsa dengan bayaran yang agak lumayan pada ketika itu iaitu sebanyak RM 30 000 untuk sekali penghantaran. Rasa takut dalam diri dan memikirkan soal keselamatan keluarga akhirnya beliau memberanikan diri untuk menolak tawaran tersebut . Dan setelah itu pelbagai usaha yang dilakukan oleh beliau mendapat tentangan dan halangan dari pelbagai pihak yang cuba mensabotaj dan ingin menjatuhkan perkembangan karier beliau dalam perniagaan.

Setelah berbincang dengan isterinya iaitu Puan Hajah Noraini Binti Baharom, akhirnya beliau membuat keputusan untuk meninggalkan perniagaan antarabangsa

Page 12: Tugasan Profile Usahawan

tersebut. Sekali lagi, beliau mengalami kesusahan dalam hidup. Berbekalkan semangat dan jati diri beliau disamping sokongan isteri akhirnya beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan secara kecil-kecilan.

MULA BERNIAGA DENGAN MODAL RM 25

Pada 14 April 1994 , suatu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim. Adalah merupakan titik permulaan beliau dalam perniagaan makanan. Dengan hanya bermodalkan RM 25 , beliau mula berniaga dengan membuka warung kecil iaitu dengan menjual Mee Rebus dan Rojak. Kesabaran dan kegigihan beliau untuk terus berusaha dalam perniagaan ini amat penting. Beliau turut berkongsi pengalaman kepada saya dan memaklumkan penetapan matlamat amat penting untuk seseorang usahawan mencapai kejayaan. Jualan hari pertama beliau adalah sebanyak RM 45, kemudian diikuti dengan hari kedua hasil jualan meningkat kepada RM 65 dan seterusnya hari ketiga jualan juga meningkat kepada RM 85. Hari demi hari perniagaan beliau membuahkan hasil berkat atas kesungguhan dan tawakal kepada Allah swt. , kerana hanya tuhan sahaja yang memberikan rezeki dan hanya Dialah yang menentukan berapa banyak rezeki yang layak diterima oleh seseorang .

Saya semakin tertarik dengan cerita beliau, langkah seterusnya beliau berazam untuk meningkatkan hasil jualan kepada RM 600 sehari dalam masa 6 bulan , beliau menerapkan unsur promosi serta pemasaran dan mencari jalan untuk menarik perhatian pelanggan untuk melariskan jualan makanan beliau. Alhamdullillah usaha beliau membuahkan hasil. Setahun kemudian warung kecil beliau dinaikkan taraf kepada Gerai Nasi Kandar. Strategi yang sama juga digunakan dalam perniagaan tersebut dan setahun kemudian beliau telah berjaya menaikkan taraf premis perniagaan beliau dari status gerai kepada bentuk Kedai.

Saya turut bertanya berapa ramai orang pekerja yang beliau gajikan untuk melaksanakan perniagaan. Menurut beliau, sewaktu beliau hanya berniaga secara warung beliau hanya menggajikan 2 orang pekerja bumiputera, kemudian beliau menambah lagi seorang pekerja apabila dinaikkan taraf kepada gerai. Dan setelah premis berstatus Kedai pula beliau menggajikan 9 orang pekerja bumiputera. Tambah beliau lagi beliau lebih suka menggajikan pekerja bumiputera kerana ingin membantu anak bangsa dan belum berkeinginan untuk mengambil pekerja asing. Beliau amat berkeyakinan bahawa industri makanan mampu memberikan pendapatan yang lebih baik setanding dengan bidang lain.

Page 13: Tugasan Profile Usahawan

PENETAPAN MISI DAN VISI

Setelah hampir 7 tahun mengendalikan kedai makan , bermula Febuari tahun 2002 kedai makan beliau telah dinaik taraf kepada bangunan Restoran 3 pintu dan 3 tingkat setelah membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama perniagaan pada masa ini iaitu Syarikat Juara saji Sdn. Bhd. Tanggungjawab untuk mengembangkan perniagaan semakin bertambah. Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim mula menetapkan misi dan visi untuk perniagaan beliau. Tujuan penetapan visi dan misi ini dilakukan adalah bertujuan untuk merealisasikan impian beliau untuk berjaya dalam industri makanan yang semakin hari semakin mendapat tempat dihati setiap masyarakat di Malaysia. Disamping itu juga beliau turut menetapkan halatuju syarikat, mewujudkan jenama bagi syarikat, mengadakan motto syarikat dan juga objektif penubuhan syarikat bagi melengkapkan profil perniagaan beliau agar dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya dalam industri perniagaan makanan. Berikut adalah pernyataan yang telah ditetapkan dalam perkara-perkara yang disebutkan seperti di atas:-

Misi Syarikat

Mewujudkan keperihatinan yang tinggi terhadap perkhidmatan mesra pelanggan.

Visi Syarikat

Menyediakan konsep model restoran sebagai ikutan untuk melahirkan usahawan berjaya di dalam bidang hospitality industri.

Halatuju Syarikat

Menyediakan perkhidmatan,penyediaan dan penyajian makanan lengkap dengan kemudahan kursus, penginapan, bilik mesyuarat sebagai pusast rangkaian Tuuu...Dia Pak Tam.

Jenama Syarikat

Tuuu... Dia Pak Tam

Motto Syarikat

Sedap bagi Tau Kawan, Tak Sedap Bagi Tau Pak Tam

Objektif Syarikat

Membentuk budaya niaga yang professional di dalam menuju era perniagaan global, dengan jaminan mutu dan kepuasan pelanggan, disamping melahirkan generasi usahawan mampan, bersatu dan berwawasan.

Page 14: Tugasan Profile Usahawan

KESIMPULAN

Kegagalan menjadi pengajaran kepada setiap usahawan untuk berjaya. Berani menghadapi risiko dan melakukan kajian sebelum membuat keputusan merupakan faktor utama yang perlu diamalkan dalam diri seorang usahawan. Begitulah yang dimaksudkan oleh Tuan Haji Rusli Bin Ibrahim , di mana beliau sendiri melalui pelbagai pengalaman hidup dan cabaran dalam mengejar impian menjadi seorang usahawan. Sekali gagal tidak bererti gagal selamanya. Apa yang penting adalah bangkit dari kegagalan untuk terus usaha mengejar impian untuk berjaya bukan sahaja dalam bidang keusahawanan malah apa jua bidang yang diminati. Apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa pengalaman tidak dapat dicipta, tetapi ia adalah merupakan sesuatu yang perlu kita lalui. Ianya perlu dikongsi supaya menjadi panduan dan dorongan kepada kita untuk berjaya. Terpulang pada diri setiap individu masing-masing samada hendak memilih jalan pintas mahupun berusaha bertungkus lumus untuk mengejar kejayaan. Namun demikian, setiap keputusan yang kita lakukan sudah pasti perlu ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Maksud saya di sini adalah, pergorbanan samada dari segi prinsip kehidupan seperti kejujuran dan kesabaran merupakan penentu dalam apa jua keadaan yang akan ditempuhi oleh kita di masa akan datang. Saranan Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim kepada saya adalah kita perlu sedar dan tahu bahwa tidak ada jalan pintas untuk menuju kejayaan selain dari berusaha untuk mencapai impian tersebut hingga berjaya. Tuntutlah ilmu dan tingkatkan kemahiran kerana ia amat berguna untuk dijadikan bekalan kepada kita dalam mengharungi cabaran di masa akan datang. Jangan mudah berputus asa jika ada sahaja halangan yang datang. Orang biasa mengganggap halangan itu sebagai batu penghalang tetapi bagi seorang yang cemerlang akan menganggap halangan itu sebagai batu loncatan untuk kita berjaya. Hari semalam adalah sejarah dan ia tidak dapat diubah, namun hari ini dan esok adalah sesuatu yang boleh kita tentukan.Itulah kata-kata falsafah dan azimat yang dapat dikongsikan bersama bukan sahaja buat diri saya malah semua pihak yang ingin menceburi bidang keusahawanan .

RUJUKAN

1. Tuan Haji Ruslin Bin Ibrahim

Pengarah Urusan Syarikat Juara Saji Sdn. Bhd.

Page 15: Tugasan Profile Usahawan

2. Muhammad ikhwan Bin Ruslin

Pengurus Hospi Cafe Juara Saji, Hospital Putrajaya

3. Laman Web : www.paktam.com.my

Page 16: Tugasan Profile Usahawan

LAMPIRAN(Artikel dari akhbar mengenai Syarikat Juara Saji & Pak Tam Katering yang diusahakan oleh Tuan haji Ruslin Bin Ibrahim)