tugasan penulisan kes nike di vietnam

6
PUSAT PENGAJIAN MINDEF SEMESTER OGOS 2010 /BAHAGIAN I ETIKA PERNIAGAAN (UGD 1123) Topik: KES NIKE DI VIETNAM NORMAYUDI BIN ABU BAKAR (MD 0950089) INSTRUCTOR NAME: EN NIZAM DATE OF SUBMISSION: 6 OKT 2010

Upload: mayudi

Post on 13-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tugasan Kes Nike

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Penulisan Kes Nike Di Vietnam

PUSAT PENGAJIAN MINDEF

SEMESTER OGOS 2010 /BAHAGIAN I

ETIKA PERNIAGAAN

(UGD 1123)Topik:

KES NIKE DI VIETNAM

NORMAYUDI BIN ABU BAKAR (MD 0950089)

INSTRUCTOR NAME:

EN NIZAM

DATE OF SUBMISSION:

6 OKT 2010

Page 2: Tugasan Penulisan Kes Nike Di Vietnam

TUGASAN PENULISAN KES NIKE DI VIETNAM

Jawapan Kepada Soalan Kes

Soalan 1

“Kilang peras tenaga” bermaksud sesebuah kilang yang beroperasi secara memeras

tenaga pekerja dengan maksimum tetapi gaji atau upah yang diberikan kepada pekerja amat

rendah berbanding bebanan tugas yang dilaksanakan terlalu banyak. Layanan yang tidak

berperikemanusiaan oleh majikan kepada pekerjanya juga, sebagai contoh kes penderaan dan

lain-lain lagi. Disamping itu, persekitaran tempat kerja yang tidak sihat dan selamat, tidak dititik

beratkan untuk para pekerja menjalankan tugas serta kebajikan pekerja tidak dijaga.

Soalan 2

Pada pendapat saya, kilang-kilang yang mengeluarkan produk Nike yang beroperasi di

Asia seperti di negara Vietnam, China dan Thailand boleh dianggap sebagai “kilang peras

tenaga” kerana upah yang diberikan kepada pekerja-pekerja kurang dari minimum gaji yang

dibenarkan mengikut undang-undang di negara tersebut. Pihak pengurusan Nike beranggapan

negara-negara Asia seperti Vietnam, China dan Thailand adalah negara membangun dan hanya

sekadar mencukupi membayar upah pekerja yang rendah disebabkan nilai matawang di negara

Asia rendah berbanding dengan negara asal pengeluar produk tersebut. Tidak seperti di negara

barat, pekerja-pekerja kilang Nike yang didirikan di negara tersebut telah diberikan gaji yang

setimpal dengan bebanan tugas. Oleh itu, imej jenama Nike di negara barat amat bagus

terutamanya di Amerika Syarikat tetapi tidak di negara-negara Asia seperti Vietnam, China dan

Thailand.

Soalan 3

Pada pendapat saya, pihak pengurusan Nike merasakan jenama produk keluarannya

terlalu hebat dipasaran dunia sehinggakan mereka merasa angkuh dan mengeluarkan kenyataan

Page 3: Tugasan Penulisan Kes Nike Di Vietnam

seperti itu. Mereka juga merasakan masalah yang berlaku di Vietnam bukan kesalahan dan

tanggungjawab mereka. Mereka juga menafikan bahawa kilang-kilang di Asia adalah bukan

milik syarikat tersebut bagi mengaburi mata dan tanggapan dunia terhadap jenama produk Nike

supaya tidak terjejas.

Soalan 4

(a) Pengguna?

Sebagai pengguna, saya tidak akan menyokong produk tersebut dengan tidak membeli

barangan keluaran Nike. Saya akan mengesyorkan kepada rakan-rakan supaya jangan membeli

produk yang sama disebabkan pemasalahan yang berlaku di Vietnam. Saya juga akan

mengesyorkan kepada badan-badan NGO supaya memboikot keluaran Nike dipasaran dan

menghalang promosi produk tersebut berkembang luas dipasaran negara. Selain itu, saya juga

akan mengesyorkan kepada KDNHEP dan Kementerian Penerangan supaya memulaukan produk

tersebut dan menyiarkan perkara sebenar yang berlaku di Vietnam di media massa.

(b) Kerajaan Vietnam?

Menguatkuasakan undang-undang kerajaan dari segi hak pekerja, persekitaran kerja,

layanan majikan kepada pekerja, gaji atau upah yang diberikan, masalah penderaan seksual

terhadap pekerja dan pengambilan buruh kanak-kanak dengan lebih ketat lagi. Pihak kerajaan

Vietnam hendaklah tegas didalam menangani masalah ini dan pamantauan secara kerap oleh

pihak berkuasa kerajaan. Kerajaan juga boleh menarik balik permit perusahaan yang diberikan

kepada pihak Nike. Sekiranya masalah tersebut masih tidak boleh ditangani, kerajaan boleh

mengarahkan kilang tersebut ditutup serta-merta dan pampasan akan diberikan kepada para

pekerja.

Page 4: Tugasan Penulisan Kes Nike Di Vietnam

(c) Kerajaan Malaysia?

Kerajaan Malaysia boleh membantu kerajaan Vietnam melalui pertubuhan ASEAN

dengan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sikap pengurusan Nike kepada wakil-wakil

pertubuhan dunia. Melalui saluran tersebut, masyarakat dunia akan lebih prihatin dan bersimpati

dengan nasib pekerja-pekerja di Vietnam dan sesuatu tindakan akan diambil terhadap syarikat

tersebut. Dengan ini, nasib pekerja-pekerja di Vietnam akan lebih terjamin dan terpelihara.

(d) Pekerja Nike?

Pekerja kilang Nike di Vietnam boleh menubuhkan sebuah persatuan sekerja yang kukuh

dan kuat dari segi keahlian dan keanggotaan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati pekerja

kepada pengurusan Nike. Begitu juga pekerja kilang Nike dimana-mana negara, mereka boleh

berbuat perkara yang sama dan memaksa pengurusan Nike menghentikan perbuatan yang

berlaku di Vietnam. Pekerja juga boleh memaksa supaya kilang Nike ditutup daripada beroperasi

bagi menjaga kepentingan kemanusian pekerja di Vietnam.

Jelaskan Tindakan Yang Anda Akam Ambil

Pertama sekali saya tidak akan membeli produk berjenama Nike untuk kegunaan peribadi

walaupun saya ketahui produk tersebut berkualiti dan berjenama. Sebagai pengguna, saya akan

menyuarakan pendapat dan cadangan kepada Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya

memulaukan produk keluaran Nike daripada terjual di pasaran. Saya akan mengajak persatuan

untuk mengadakan kempen kesedaraan kepada masyarakat yang mana setiap produk Nike yang

dipakai adalah penderitaan yang ditanggung oleh pekerja kilang Nike di Vietnam.