tugasan patterns and designs(hbae2103)

8
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBAE2103 CORAK DAN REKAAN SEMESTER SEPTEMBER 2015 ____________________________________________________________ ____________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda . Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 6hb - 8hb November 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 8hb November 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

Upload: noomder

Post on 05-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TUGASAN

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Patterns and Designs(Hbae2103)

TUGASAN________________________________________________________________________

HBAE2103CORAK DAN REKAAN

SEMESTER SEPTEMBER 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 6hb - 8hb November 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 8hb November 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s Announcement di myVLE).

Page 2: Tugasan Patterns and Designs(Hbae2103)

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Bil. Kadar Pertindihan Potongan Markah

1. 0 – 30 02. 30.01 – 50 53. 50.01 – 70 104. 70.01 - 100 100

Page 3: Tugasan Patterns and Designs(Hbae2103)

SOALAN TUGASAN

Menurut Erickson (1978), pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan

guru untuk mengekalkan minat pelajar. Berdasarkan penyataan di atas, terdapat pelbagai

kaedah dan teknik mencorak untuk menarik minat murid dalam berkarya.

Huraikan DUA teknik atau kaedah Cetakan mudah yang sesuai bagi murid-murid Tahap

Satu. Huraian teknik tersebut hendaklah diperjelaskan secara terperinci proses

penghasilannya dan disokong dengan bahan-bahan visual berserta contoh-contoh hasil

cetakannya.

[Jumlah: 40 markah]

Format Penulisan

1. Pengenalan.

Definisi Cetakan.

Jenis-jenis Cetakan.

Maklumat umum tentang Cetakan.

2. Diskripsi tentang Cetakan.

Fungsi Cetakan dalam kehidupan manusia.

Teknik-teknik penghasilan.

3. Pilih DUA dan perjelaskan secara terperinci proses penghasilannya.

Alat dan bahan yang digunakan.

Langkah-langkah penghasilan.

4. Kemukakan sokongan dengan bahan-bahan visual berserta contoh-contoh hasil

cetakan.

5. Rumusan dan pendapat.

Rujukan laman web:

http://www.educatorstechnology.com/2013/03/importance-of-3d-printing-in-

education.html

http://www.learncraftdesign.com/learn/primary-resources

Page 4: Tugasan Patterns and Designs(Hbae2103)

RUBRIK TUGASAN

Kriteria Wajaran

Tidak Lengkap

Lemah Sederhana Baik Cemerlang

Markah0 1 2 3 4Pengenalan 1 Tiada

pengenalan.Pengenalan yang umum dan lemah tentang Cetakan.

Pengenalan yang sederhana tentang Cetakan serta tujuan..

Pengenalan yang baik tentang Cetakan serta tujuan.

Pengenalan yang menarik dan jelas tentang Cetakan serta tujuan.

4

Isi kandungan

4 Tiada cadangan kaedah dan teknik tidak dijelaskan.

Kaedah dan teknik yang kurang berkesan dan tidak sesuai dengan Cetakan yang di pilih.

Kaedah dan teknik yang sederhana dari segi huraian langkah-langkah menghasilkan Cetakan dengan contoh yang kurang dari DUA Cetakan.

Kaedah dan teknik yang baik dari segi huraian langkah-langkah menghasilkan Cetakan dengan DUA contoh Cetakan yang sangat sesuai.

Kaedah dan teknik yang sangat baik dari segi menghasilkan Cetakan dengan DUA contoh Cetakan.

16

Maklumat sokongan

3 Tiada huraian langkah dan tiada contoh Cetakan.

Huraian langkah-langkah membuat Cetakan tidak mengikut urutan yang betul dan contoh Cetakan kurang daripada 2 jenis.

Huraian langkah-langkah membuat Cetakan mengikut urutan yang betul berserta dengan 2 jenis Cetakan.

Huraian dan ilustrasi langkah-langkah membuat Cetakan jelas mengikut urutan yang betul berserta dengan 2 jenis Cetakan.

Huraian langkah-langkah membuat Cetakan jelas mengikut urutan yang betul berserta ilustrasi yang sangat baik dengan 3 jenis Cetakan.

12

Page 5: Tugasan Patterns and Designs(Hbae2103)

Kesimpulan 1 Tiada kesimpulan.

Kesimpulan yang umum dan tidak menjawab persoalan tugasan dengan tepat.

Kesimpulan yang boleh diterima tetapi tidak tepat dalam menjawab persoalan tugasan.

Kesimpulan yang baik dan menjawab persoalan tugasan.

Kesimpulan yang kukuh, jelas dan menyeluruh serta menjawab persoalan tugasan.

4

Oeganisasi 1 Keterangan tidak tersusun.

Keterangan tidak disusun mengikut urutan dan cara penulisan yang kurang menarik.

Beberapa keterangan disusun mengikut logik dan cara penulisan yang sederhana.

Keterangan disusun mengikut logik dan penerangan serta bahasa yang digunakan adalah baik.

Keterangan disusun dengan teratur mengikut logik. Penulisan yang dirancang dengan berkesan dan menarik.

4

JUMLAH MARKAH 40