hbae2103 membuat rekaan dan corak

29
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Kandungan Muka surat i. Biodata 1 ii. Sekapur Sirih 3 1. Pengenalan 4 2. Lakaran Kerangka dan bahagian batik dan songket 5 3. Kepentingan Rekaan dan Corak Pada Kain Batik dan kain Songket 6 4. Fungsi dan Kegunaan Kain Batik Dan Kain Songket 7 7 Proses Dan Teknik Penghasilan Batik Tekap 8 5. Proses Dan Teknik Pembuatan Kain Songket 13 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009 1

Upload: amin6110

Post on 13-Jun-2015

5.197 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Kandungan Muka surat

i. Biodata 1

ii. Sekapur Sirih 3

1. Pengenalan 4

2. Lakaran Kerangka dan bahagian batik dan songket 5

3. Kepentingan Rekaan dan Corak Pada Kain Batik

dan kain Songket 6

4. Fungsi dan Kegunaan Kain Batik Dan Kain Songket 7

7 Proses Dan Teknik Penghasilan Batik Tekap 8

5. Proses Dan Teknik Pembuatan Kain Songket 13

9 Rancangan Mengajar Harian PSV 16

10 Penutup 19

6. Bibliografi 20

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

1

Page 2: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

i. BIODATA

NAMA : AMINUDIN BIN MAT LUDIN

NO. MATRIKS : 690101086925002

NO. KAD PENGENALAN : 690101086925

ALAMAT : NO.86, PERSIARAN DELIMA 7,

TAMAN DELIMA,

31050 SALAK BHARU, SUNGAI SIPUT (U),

PERAK.

ALAMAT EMEL : [email protected]

NOMBOR TELEFON : 0135936020

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN IPOH, PERAK

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

2

Page 3: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

ii.

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-

Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi

menyelesaikan amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir dalam melakukan

dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan semuanya itu.

Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal

memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.

Sejunjung kasih dan penghormatan kepada Encik MOHD RAZALI BIN JAAFAR,

selaku tutor bagi kursus HBAE2103 Corak dan Rekaan. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta

komen beliau yang bernas lagi jitu tidak mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan yang

begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata semangat beliau telah membuatkan saya begitu

terangsang untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan

daripada keluarga dan sahabat yang sentiasa berada di samping untuk membantu saya.

Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

Terima kasih untuk semua.

IlmuIlmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan tersebutadalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan tersebut

bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran (Guru)bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran (Guru)

memiliki kekuatan ilmu. memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘‘Guru Mursyid’Guru Mursyid’...

1. Pengenalan.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

3

Page 4: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni.

Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang moden

akan tidak terhasil. Corak dapat didefinisikan sebagai suatu susunan motif sama ada secara

teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang

iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.

Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam

susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan

termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Dengan kata lain corak terancang

mempunyai pengulangan motif. Sementara corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas

tanpa mempunyai motif tertentu. Biasanya corak tidak dirancang ini dihasilkan dengan cara

merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya.

Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif

terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya

tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa

kita dengar adalah seperti corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan sebagainya.

Dalam tugasan kali ini saya akan cuba menganalisis, mengenalpasti dan

membincangkan rekaan dan corak yang ada pada objek tradisional yang terdapat pada objek

kain batik tekap atau blok dan juga kain songket. Kain batik dan songket dipilih kerana ianya

merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di negara ini. Sejak abad ke 15 Masihi lagi

manusia telah menemui kaedah pembuatan batik dan menenun kain songket secara tradisional.

Pembuatan batik dan penenunan kain songket suatu ketika dahulu hanya dipelopori dan

digunakan oleh golongan bangsawan dan istana tetapi sekarang penggunaanya sudah semakin

meluas oleh orang kebanyakan dalam majlis formal atau tidak formal.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

4

Page 5: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

2. Lakaran kerangka dan bahagian-bahagian Kain

Batik dan Kain Songket.

Bahagian-bahagian Kain Batik

Bahagian-bahagian kain songket

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

5

kepala kain

pengapit kepala kain badan kain

kaki kain

badan kain

kepala kain

badan kain

Page 6: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

3. Kepentingan Rekaan dan Corak Pada Kain Batik dan kain Songket

Pada awalnya aktiviti membuat batik dan menenun songket hanya terbatas kegunaan

diraja saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar mereka.

Oleh kerana banyak daripada pembesar tinggal diluar istana, maka kesenian batik dan songket

ini dibawa oleh mereka keluar dari istana dan dihasilkan pula ditempat masing-masing. Ini

menjadikanya hak rakyat jelata. Apabila batik dan songket telah digunakan secara meluas

dikalangan rakyat biasa dan tukang pandai seni yang bilangannya juga semakin ramai maka

timbul masalah hak cipta. Kepentingan utama rekaan dan corak kain batik dan songket ialah

hak cipta, nilai estetik, nilai komersial dan nilai identiti.

Akta Harta Intelek dapat mencegah berlakunya tindakan penciplakan atau plagiat, iaitu

suatu tindakan dengan maksud menarik keuntungan dari ciptaan-ciptaan yang merupakan

kekayaan intelektual seseorang. Dengan cara ini ianya dapat melindungi harta intelek atau

paten sesuatu karya atau barangan seseorang dari diplagiat atau dicetak rompak. Di dalam

Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Manusia Perkara 27 ayat 1, menetapkan;

“Setiap orang mempunyai hak sebagai pencipta untuk mendapatkan perlindungan atas

kepentingan-kepentingan moral dan material yang merupakan hasil dari ciptaannya di bidang

ilmu pengetahuan sastera dan seni”

Sehubungan dengan itu, rekaan dan corak yang asli dan dihasilkan oleh seseorang

penggiat seni merupakan sesuatu aset yang harus dilindungi daripada diciplak. Walaupun motif-

motif yang dihasilkannya adalah berdasarkan motif dan corak tradisional, namun reka susun

dan gabungan warna dan teknik yang digunakan harus boleh membezakannya daripada reka

bentuk seni yang dihasilkan terlebih awal serta mempunyai nilai estetik yang tersendiri.

Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan batik dan

songket juga memainkan peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang hidup mengikut aliran

zaman. Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan nilai seni yang kreatif mengikut

kehendak zaman akan menjadikannya “mati” dan hanya layak untuk menjadi bahan sejarah.

Kreativiti penggiat seni yang berterusan mencipta corak dalam rekaan batik dan songket

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

6

Page 7: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

mengikut kehendak dan permintaan penggemar batik dan songket akan menjadikan

batik dan songket sesuatu yang diminati dan mempunyai nilai komersial yang berterusan. Ini

akan memberi nilai tambah kepada penggiat seni batik dan songket tersebut.

Nilai komersial yang terdapat pada batik dan songket bergantung kepada rekaan dan

corak yang dihasilkan pada permukaan batik dan songket. Nilai komersial inilah yang

merancakkan industi pembikinan batik dan penenunan songket di Malaysia. Nilai komersial

akan secara tidak langsung membangkitkan suatu pesaingan dikalangan penggiat batik dan

songket untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Sudah pasti rekaan dan corak yang

akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan akan ada sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh

pelbagai pengusaha batik dan songket tempatan.

Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik dan songket. Akhir-

akhir ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal pembikinan dua khazanah ini terutamanya

daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti batik Malaysia dengan batik-

batik keluaran negara jiran seperti Indonesia, Negeri Thai dan sebagainya mempunyai keunikan

rekaan dan corak tersendiri dan perbezaannya juga ketara. Begitu juga dengan keunikan

tenunan motif yang tertentu pada kain songket telah memberikan identiti tersendiri umpamanya

tenunan songket Terengganu berbaza dari Pahang. Ini secara langsung memberi identiti yang

tersendiri kepada batik Malaysia dan kain songket seterusnya membezakannya dengan batik

negara lain. Jelaslah di sini, rekaan dan corak pada batik dan songket memainkan peranan

penting dalam memberi identiti kepada sesuatu hasilan seni karya tersebut.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

7

Page 8: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

4. Fungsi dan Kegunaan Kain Batik Dan Kain Songket

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk

membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal

terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan

majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,

cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli

dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing

kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang

ke negara masing-masing.

Semasa mantan Perdana Menteri Malaysia ke -5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi

memegang jawatan orang nombor satu dalam Kerajaan Malaysia, kain batik telah diangkat

martabatnya. Semua ini adalah hasil usaha isteri beliau iaitu Allahyahhamah Tun Endon. Kain

batik menjadi suatu yang cukup popular bukan sahaja menjadi rebutan pakar-pakar fesyen

untuk menghasilkan pakaian-pakaian baru berasaskan kain batik, malahan kakitangan awam

digalakan mengenakan pakaian batik pada setiap hari Khamis. Industri batik yang sebelum ini

malap telah berkembang dan bersinar hingga ke peringkat antarabangsa terutamanya dalam

pertunjukan fesyen antarabangsa malahan Malaysia dikenali kerana kain batiknya yang bermutu

tinggi.

Sementara itu, kain songket juga tidak kurang hebatnya dan merupakan antara

perusahaan tradisional yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Sejarah Kain Songket adalah

hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang

emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket

berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah

berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan

Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau

ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi

ayam dan sebagainya.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

8

Page 9: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun

itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang

panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang

penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja

menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi

lagi unik.

Kalau dahulu kain songket hanya dipakai dan digunakan oleh golongan bangsawan dan

istana kerana kain songket melambangkan status seseorang ketika itu. Tambahan pula harga

yang yang agak mahal kerana proses pembikinannya amatlah rumit. Tetapi kini situasi tersebut

telah jauh berbeza, kain songket telah digunakan oleh orang kebanyakan terutamanya ketika

majlis perkahwinan bagi raja sehari dan di dalam majlis atau sesuatu perayaan. Kain songket

telah dijadikan sampin dan menjadi kemestian dipakai bersama baju Melayu terutamanya

semasa perayaan hari raya.

Kain songket juga telah dipelbagaikan kegunaannya dengan dijadikan pelbagai jenis barang

seperti beg tangan, kasut, alas bekas tepak sirih dan sebagainya. Dengan campurtangan kerajaan

dalam perusahaan tenunan kain songket dilihat dapat memelihara industri songket ini untuk

terus berkembang dan dijadikan sebagai satu warisan dan identiti ketuanan Melayu di Malaysia

seperti mana yang diusahakan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad

Shah yang mewujudkan Galeri Perusahaan Songket bagi memelihara khazanah dan warisan

songket ini supaya tidak lekang dek panas dan dan tidak luntur dek hujan.

Kesimpulannya, rekaan dan corak di dalam karya seseorang penggiat seni batik dan

penenun songket sesungguhnya memberi pengertian yang amat mendalam dan bukan hanya

untuk nilai estetik semata-mata. Corak dan rekaan pada sebidang batik dan songket mempunyai

hak ciptaan, nilai komersial yang tinggi dan identitinya tersendiri. Bahkan batik menjadi

pakaian rasmi bagi pekerja sektor awam pada setiap hari Khamis sementara kain songket pula

menjadi pakaian rasmi Raja-Raja Melayu pada majlis-majlis rasmi begitu juga untuk mereka

yang menjadi raja sehari.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

9

Page 10: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

5. Proses Dan Teknik Penghasilan Batik Tekap

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok

corak diperbuat daripada kayu atau logam yang digelar sarang. Proses ini dilakukan berulang-

ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah

dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Gambarajah C: Blok atau Sarang

Proses menekap batik mempunyai beberapa langkah yang perlu diambil perhatian dan

dilakukan dengan penuh hati-hati agar ianya menghasilkan sesuatu hasil seni yang bermutu.

Jika tidak, bukan saja hasilnya tidak mencapai tahap bermutu yang diharapkan tetapi akan

merugikan. Langkah-langkah dalam proses ini adalah seperti berikut:

i. Membasuh kain untuk menghilangkan kanji.

ii. Membentangkan kain yang telah dibasuh diatas meja pengecap.Pastikan kain diratakan

dan ditegangkan untuk membolehkan proses penerapan dilakukan dengan kemas dan

lancar.

iii. Panaskan lilin didalam kuali leper.

iv. Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas permukaan kain. Lakukan

dengan kemas.Pastikan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk

sehelai kain sarung,corak badan kain adalah berbeza dengan kepala kain atau bahagian

lain. Untuk menghasilkan sehelai kain sarung,lebih daripada satu blok digunakan.

v. Celup kain kedalam pewarna Naphtol.Warna yang berbeza digunakan dimulai dengan

warna muda diikuti dengan warna gelap.

vi. Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash).

vii. Basuh dan jemurkan kain.

viii.

Rajah 5.1 :Proses-Proses dan teknik penghasilan Kain Batik Tekap /Blok

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

10

Page 11: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.Kain perlu dibasuh untuk buang kanji 2. Membentangkan kain yang telah

dibasuh diatas meja

3. Panaskan lilin

4. Celup blok atau sarang kedalam lilin

dan terapkan lilin keatas permukaan kain

5. Celup kain kedalam pewarna Naphtol6.Rebus kain dan campurkan serbuk soda

(soda ash).

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

11

Page 12: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

7. Rendam dan bilas kain 8.Jemur

6. Proses Dan Teknik Pembuatan Kain Songket

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

12

Page 13: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Pada asasnya kain songket dihasilkan menerusi proses-proses seperti yang berikut:

.

Mewarna Benang

Benang untuk tenunan terdiri daripada benang

kapas, benang sutera, benang emas, dan benang

perak. Benang emas dan benang perak adalah

bahan asli yang tidak perlu diwarnakan.

Gempalan benang mentah diwarna berulang kali

supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan

kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas

dengan air, lalu dijemur sehingga kering.

Menerai Benang

Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat

rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh

yang dinamakan benang pakan

Menganing

Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik

mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian

Menggulung

Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan

panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung)

Menyapuk

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

13

Page 14: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera

sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini

dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

Menggarat

Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya

dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak

karat diteka

Menyongket

Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau

bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng

Menekat

Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau

tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan

daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan

benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban

dikenalsebagai menyulam atau menekat benang emas

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

14

Page 15: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Menenun

Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau

'kei' dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu

sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas

benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan

perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

Contoh kain songket yang telah siap ditenun. Kelihatan sungguh cantik dan unik.

7. Rancangan Mengajar Harian PSV

Tarikh : 3/11/2009

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

15

Page 16: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tahap : Tahap DuaTahun : 5 BestariMasa : 9.45-10.45 ( 1 jam)Bidang : Membuat Rekaan CorakTajuk : Batik dan Songket

Ojektif Pengajaran:

Pada akhir sesi pembelajaran pelajar dapat

1. Menyatakan 3 perbezaan dan 3 persamaan kain batik dan songket.

2. Menerangkan 3 perbezaan dan 3 persamaan penggunaan dan fungsi kain batik dan

songket.

3. Mencatatkan 3 perbezaan dan persamaan proses pembuatan batik dan songket.

4. Melakarkan 3 persamaan dan perbezaan motif dan corak kain batik dan kain songket.

Alat Bantu dan Bahan:

Gambar Contoh, Kain batik, kain songket, lilin, blok yang telah disediakan terdahulu, lilin,

pewarna, alatan kuali, periuk, meja, soda ash dan lain-lain bahan yang diperlukan dari masa

kesemasa.

Persediaan Guru:

Gambar dalam slide (Microsolf Power Point) termasuk gambar batik dan kain songket, proses,

contoh-contoh teknik , bahan maujud seperti batik sebenar sebagai contoh, pelbagai warna dan

lilin.

Kegiatan Hasil Pembelajaran Kemahiran Generik/Nilai

Langkah 1: 1.1 Pelajar membuat catatan 1.1 Kemahiran mendengar

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

16

Page 17: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Set Induksi (7 minit)

1.Dengan mengunakan

tayangan slid, guru terangkan

contoh-contoh gambar batik

dan songket dengan jenis-

jenis motif seperti flora,fauna

dan geometri. Pelajar diarah

untuk melakar dan melukis

corak dan motif seperti yang

ditunjukkan.

2. Guru terangkan dengan

ringkas tentang tajuk.

Mengagihkan batik dan

songket sebenar kepada

pelajar untuk dikaji dan

diamati oleh pelajar.

1.2. Pelajar melakar corak dan

motif seperti diterangkan oleh

guru.

dan mencatat.

1.2 Naturalisme

1.2. Kemahiran melukis dan

melakar

Langkah 2: (20 min)

1.Perbincangan berkenaan

pengalaman sedia ada murid

tentang jenis-jenis batik dan

songket yang pernah mereka

lihat.

2. Mengenalpasti jenis-jenis

motif yang diketahui dan

mengkategorikan mengikut

persamaan dan perbezaan

2.1 Menerangkan penggunaan

dan fungsi batik dan songket.

2.2 Murid membuat catatan

2.3 Menerangkan proses

pembuatan kedua kain

tersebut.

2.4 Menyenaraikan jenis

motif pada corak batik dan

songket

2.1 Kemahiran verbal

linguistik interpersonal dan

intrapersonal

2.2 Kemahiran mendengar

dan menganalisis

2.3.Kecerdasan visual dan

Logik Matematik

Laangkah 3 (26 minit)

1 Guru menerangkan teknik-

teknik penghasilan batik dan

1.1 Mencatat, menyenarai,

mengklasifikasi . motif

berdasarkan objek alam dan

1.1.Kemahiran mendengar

dan mencatat.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

17

Page 18: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

songket. Berpandukan gambar

dan tayangan slide pelajar

diarah untuk mengenalpasti

dan mencatat teknik-teknik

yang diterangkan.

2 Guru menerang/tunjuk cara

tugasan yang akan dilakukan

oleh pelajar mengikut (3

kump) kumpulan. Kumpulan

membuat kajian dan lakaran

motif berdasarkan motif flora,

fauna dan geometri

berdasarkan corak dan rekaan.

2.2. Melakar persamaan dan

perbezaan motif dan corak

batik dan songket mengikut

kategori/kumpulan seperti

yang diagihkan oleh guru

penggunakan pensel serta

mengaplikasikan teknik

lukisan.

1.2 Naturalisme

2.2.Kecerdasan visual dan

Logik Matematik dan

Kontruktivisme. Mencungkil

potensi kecerdasan pelajar

melalui penerokaan,penemuan

dan penciptaan

Penutup: ( 7 minit)

Mengarah pelajar

membersihkan meja dan kelas

sekiranya tugasan telah

disiapkan. Perbincangan

berkenaan hasil dan masalah-

masalah yang dihadapi dalam

proses penghasilan batik

blok/tekap dan songket.

Memberi galakkan kepada

pelajar berkenaan hasil yang

telah disiapkan. (jika siap)

Menghargai nilai seni dalam

melalui proses penghasilan

disamping menambah

pengalaman baru.

Apresiasi seni dan

menghargai nilai-nilai

kerjasama bekerja dalam

kumpulan

8. Penutup

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

18

Page 19: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Rekaan dan corak sesungguh suatu bentuk kreativiti

artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif,psikomotor dan efektif. Dalam

penghasilan batik blok atau tekap, rekaan corak terancang dan tidak terancang menghasilkan

kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimana pun,kemahiran, kesedaran dan

pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana

ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip

rekaan.

Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat

diperlukan untuk menguasai kemahiran. Kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu

kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni disamping mempunyai daya imaginasi yang

tinggi dan dapat menilai serta menghayati sesuatu karya seni dengan lebih mendalam. Sesuatu

karya seni itu hanya dapat dinilai dan dihayati oleh yang yang memang berjiwa seni kerana seni

itu indah dan Allah s.w.t sukakan keindahan.

9. Bibliografi

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

19

Page 20: HBAE2103 Membuat Rekaan Dan Corak

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bok Kai Wa, Ibrahim Syed. (1998). Pendidikan Seni STPM.

Kuala Lumpur : Eastview Publications Sdn. Bhd.

Hassan M. Ghazali. (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5, Penerbitan

Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,

KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,

KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983. An Intellectual Property Law Primer. New York: Clark

Boardman

Leela R (1995), Memperkenalkan Kraf Tradisional, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Motif-motif Batik (1991), Kuala Lumpur : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,

Infokraf Malaysia.

Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989) Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta., Pustaka Sinar

Harapan

Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, UNITEM

Sdn.Bhd.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN690101086925Semester September 2009

20