tugasan elektrik - kuiz.doc

14
SOALAN 1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTEM PENJANAAN ? Sistem penjanaan adalah satu sistem untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan kadar yang banyak dan diperolehi daripada stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan oleh air, gas, stim dan sebagainya. Tenaga elektrik diperolehi secara penukaran tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Proses penjanaan tenaga elektrik dilakukan di stesen janakuasa oleh penjana dimana berlaku pemotongan urat daya magnet oleh pengalir. Tenaga mekanik ini diperolehi sama ada dengan pembakaran sumber-sumber asli seperti arang batu, minyak, gas dan diesel atau kuasa air dari empangan atau kuasa angin. Sumber-sumber asli ini digunakan untuk memutarkan bilah-bilah kipas tubin yang disambungkan kepada penjana dan seterusnya penjana tersebut akan menghasilkan tenaga elektrik. Besar kecilnya kuasa yang dihasilkan bergantung pada kekuatan putaran mekanik atau bilah turbin yang dihasilkan dan kadaran penjana. Di Malaysia, terdapat tiga jenis stesen janakuasa iaitu stesen janakuasa terma, hidro dan gas. Stesen janakuasa terma : 1. Stesen penjana arang batu 2. Stesen penjana minyak

Upload: hafiz-bin-harun

Post on 05-Dec-2014

186 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

SOALAN 1

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTEM PENJANAAN ?

Sistem penjanaan adalah satu sistem untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan kadar

yang banyak dan diperolehi daripada stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan

oleh air, gas, stim dan sebagainya. Tenaga elektrik diperolehi secara penukaran tenaga

mekanik kepada tenaga elektrik. Proses penjanaan tenaga elektrik dilakukan di stesen

janakuasa oleh penjana dimana berlaku pemotongan urat daya magnet oleh pengalir.

Tenaga mekanik ini diperolehi sama ada dengan pembakaran sumber-sumber asli seperti

arang batu, minyak, gas dan diesel atau kuasa air dari empangan atau kuasa angin.

Sumber-sumber asli ini digunakan untuk memutarkan bilah-bilah kipas tubin yang

disambungkan kepada penjana dan seterusnya penjana tersebut akan menghasilkan

tenaga elektrik. Besar kecilnya kuasa yang dihasilkan bergantung pada kekuatan putaran

mekanik atau bilah turbin yang dihasilkan dan kadaran penjana. Di Malaysia, terdapat

tiga jenis stesen janakuasa iaitu stesen janakuasa terma, hidro dan gas.

Stesen janakuasa terma :

1. Stesen penjana arang batu

2. Stesen penjana minyak

3. Stesen penjana nukleus ( nuklear )

Stesen janakuasa hidro :

1. Stesen penjana hidroelektrik

Stesen janakuasa gas :

1. Stesen penjana turbin gas

2. Stesen penjana kitar padu

SOALAN 2

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTEM PENGHANTARAN?

Proses menghantar tenaga elektrik dari stesen janakuasa ke pencawang masuk utama

bermula dari penjana hingga ke pengubah langkah naik dari satu stesen penjana ke satu

stesen penjana yang lain. Voltan janaan yang dijalankan oleh penjana kira-kira 11KV,

22KVatau 33KV. Tenaga elektrik ini akan dinaikkan menggunakan pengubah langkah

naik kepada 132KV, 127KV atau 440 KV melalui talian Grid Nasional , Sistem Gelang,

Sistem Jejarimengikut keperluan. Tujuan menaikkan nilai voltan ialah merendahkan arus,

menggunakan kabel bersaiz lebih kecil bagi mengurangkan kepanasan kabel dan voltan

susut.

Bahagian penghantaran pula mengandungi talian atas atau kabel bawah tanah pada voltan

tinggi arus ulangalik. Talian penghantaran menghubungkan satu jarak yang jauh antara

bahagian penjanaan dengan pembahagian. Tujuan menaikkan voltan ialah :

i. Mengurangkan kehilangan kuprum dalam talian semasa penghantaran

kuasa jarak jauh.

ii. Meningkatkan keupayaan menghantar kuasa terutama pada jarak jauh.

iii. Merendahkan arus

iv. Menggunakan kabel bersaiz lebih kecil bagi mengurangkan kepanasan kabel dan

kesusutan voltan.

Daripada talian rangkaian kebangsaan, voltan yang dinaikkan itu dihantar ke stesen

pencawang utama untuk diturunkan kembali voltannya melalui talian rentang atau kabel

bawah tanah. Di stesen ini pengubah langkah turun dipasang secara terbuka

( tidak berbumbung ) bagi menjalankan tugas penurunan voltan. Terdapat 3 cara sistem

penghantaran iaitu Kabel bawah tanah, Kabel talian hantar dan Kabel dasar laut. Kabel

bawah tanah memerlukan proses pemasangan dan penyelenggaraan yang tinggi. Ia hanya

sesuai digunakan bagi penghantaran kuasa melibatkan jarak yang dekat seperti kawasan

berpenduduk tinggi atau merentasi air. Talian atas merupakan satu set talian tanpa

penebat yang direntang di antara menara penghantaran. Di menara penghantaran terdapat

susunan piring penebat yang diperbuat daripada kaca atau porselin dan berfungsi untuk :

(i) menebat talian daripada binaan menara.

(ii) ii) memberikan sokongan kepada pengalir.

SOALAN 3

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTEM PENGAGIHAN ?

Sistem pengagihan merupakan satu sistem yang besar menghubungkan stesen penjanaan

kepada pengguna selepas sistem penghantaran. Jika sistem penghantaran membekalkan

jumlah tenaga yang besar daripada stesen janakuasa ke pusat-pusat beban. Sistem

pengagihan pula akan membekalkan tenaga daripada sistem penghantaran dan

mengagihkannya kepada pencawang-pencawang utama dan pencawang kecil kepada

pelbagai pengguna. Tenaga elektrik boleh dihantar dan diagihkan samada dalam bentuk

arus ulang-alik (AU) atau arus terus (AT) . Dalam praktiknya sistem 3-fasa 3-talian

dihantar melalui sistem pengahantaran manakala bagi sistem 3-fasa 4-talian A.U

diagihkan melalui sistem pengagihan. Proses mengagihkan tenaga elektrik dari

pencawang masuk utama kepada pengguna. Voltan penghantaran diturunkan kepada

33kV atau 11kV di pencawang masuk utama menggunakan pengubah langkah turun. Dari

pencawang masuk utama, voltan dihantar ke pencawang pengagihan melalui kabel bawah

tanah atau talian atas. Sebelum dihantar kepada pengguna, voltan diturunkan kepada

415V bagi sistem bekalan tiga fasa empat dawai dan 240V bagi sistem fasa tunggal.

Talian pembahagian dengan paras voltan tersebut akan disambung daripada palang bas

pembahagian kepada pengguna. Terdapat beberapa cara sambungan pada sistem

pengagihan antaranya :

a) Sistem Gelang ,

b) Sistem Jejari,

c) Sistem Rangkaian dan juga

d) Sistem Grid Nasional.

Pengguna elektrik akan menerima tenaga daripada bahagian ini bagi menggerakkan

mesin elektrik atau menyalakan lampu dan menjalankan peralatan elektrik yang lain.

Terdapat 3 jenis pengguna elektrik iaitu:

i. Pengguna perumahan atau domestik. ( 1 fasa atau 3 fasa )

ii. Pengguna perdagangan atau komersil. ( 3 fasa )

iii. Pengguna industri. ( 3 fasa )

SOALAN 4

Rajah Sistem Penjanaan

PENGGERAKHidro, Stim , Arang Batu dan Gas/Diesel

STESEN JANAKUASA

Menghasilkan 11kV, 22kV dan 33kV

PEBGUBAH PENINGGI

Menghasilkan 122kV, 275kV dan 440kV

Rajah Sistem Penghantaran

TALIAN PENGHANTARAN

Menghasilkan 122kV, 275kV

PENGUBAH PENURUN

di PENCAWANG

Menghasilkan 11kV, 22kV dan 33kV

Rajah Sistem Pengagihan

PENGUBAH PENURUN di PENCAWANG

Menghasilkan 1kV, 11kV, 415V, 240V.

Pengguna Besar

Pengguna Kecil

240V/415V

SOALAN 4

APAKAH TUJUAN PEMBUMIAN ?

Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam dan bumi. Pembumian juga

dijadikan sebagai punca rujukan yang keupayaannya dianggap sifar, jadi sebarang benda

yang disambung kepadanya akan mempunyai keupayaan sifar juga. Dengan maksud lain

pembumian sebagai laluan balik arus atau untuk keselamatan. Tujuan pembumian untuk

memberi keselamatan kepada pengguna daripada terkena/bahaya renjatan elektrik dan

kebakaran apabila apabila arus bocor ke bumi yang berlaku pada litar itu mengalir

kebahagian-bahagian logam yang boleh membawa arus dan menyebabkan percikan

bunga api. Diantara lain tujuan pembumian seperti berikut :

i) Keselamatan .

ii) Sistem Perlindungan.

iii) Menghadkan Voltan Berlebihan

iv) Mengadakan Laluan Nyahcas

v) Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

Pembumian secara amnya dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu:

i) Pembumian Sistem

a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan;

b) Menghadkan bezaupaya di antara konduktor yang tidak bertebat disesuatukawasan; dan

c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan yangberbeza

ii) Pembumian Peralatan

Pembumian peralatan dilakukan untuk perlindungan kepada manusia atau pengguna. Jika suatu punca

yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga elektrik akanmengalir ke bumi dan arus tidak akan

mengalir melalui badan manusia atau pengguna. Ini disebabkan badan manusia mempunyai rintangan

yang lebih tinggi berbandingdengan rintangan ke bumi.

SOALAN 6

MENGAPAKAH PEMASANGAN ELEKTRIK PERLU DISAMBUNG KE BUMI ?

Pemasangan elektrik perlu disambung ke bumi kerana sekiranya berlaku renjatan akibat

kebocoran arus elektrik, pengguna terselamat daripada renjatan elektrik atau kebakaran.

Oleh itu perlindungan daripada bahaya renjatan dan kebakaran tersebut perlu dilakukan

seperti melindungi peralatan, kelengkapan atau peralatan elektrik yang boleh bocor

daripada sentuhan manusia atau haiwan yang boleh mengakibatkan renjatan elektrik.

Kecil besarnya sesuatu renjatan itu bergantung pada rintangan badan, voltan dan arus

bekalan. Sentuhan boleh dibahagi kepada 2 kumpulan :

a) Sentuhan langsung

b) Sentuhan tidak langsung.

Sentuhan yang berlaku daripada sentuhan dengan bahagian hidup dinamakan sentuhan

langsung misalnya tesentuh pengalir hidup atau punca suis tanpa lapik. Sentuhan tidak

langsung berlaku apabila pengguna tersentuh pada bahagian logam yang tiada arus

elektrik tetapi akan mempunyai arus sekiranya berlaku arus bocor pada litar yang

berhampirannya. Contoh tersentuh paip air logam semasa kebocoran arus. Maka logam

ini perlu juga dibumikan.

Apabila berlakunya kebocoran arus pada peralatan elektrik, arus yang bocor

tersebut akan mengalir ke pengalir bumi yang dipasang pada pendawaian atau peralatan

dan seterusnya akan mengalir terus ke rod bumi yang ditanam dalam tanah. Arus tersebut

akan terus mengalir kebumi. Alat perlindungan untuk keselamatan pengguna daripada

bahaya arus bocor ini telah dicipta bagi melindungi pengguna dan peralatan sekiranya

berlaku sebarang kebocoran arus. Alat tersebut seperti :

c) Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus baki.

d) Pemutus litar ke bumi jenis arus imbang.

e) Pemutus litar bocor ke bumi dengan menggunakan geganti.

f) Pemutus litar bocor ke bumi bagi motor dengan menggunakan pemula

punat tekan.

SOALAN 7

APAKAH SISTEM BEKALAN PEMBUMIAN TT ?

Satu sistem yang mempunyai satu titik sumber tenaga yang dibumikan secara terus,

bahagian beraliran terdedah pemasangan itu disambungkan ke elektrod bumi secara

bebas elektrik daripada elektrod bumi sumber itu. Sistem bekalan TT mempunyai satu

atau lebih sambungan bumi dari titik neutral bekalan. Ini bererti pihak pembekal sistem

bekalan ini menyediakan buminya sendiri.

Keterangan ini dinyatakan pada huruf pertama (T). Huruf (T) yang kedua

menerangkan bahagian pengalir pengguna yang terdedah disambung ke bumi melalui

elektrod buminya sendiri. Biasanya, sistem bekalan ini di hantar kepada pengguna

melalui kabel talian rentang atas tanpa talian bumi. Pengguna memperoleh buminya

melalui elektrod buminya sendiri yang ditanam didalam tanah. Oleh sebab kesukaran

mendapatkan pembumian yang berkesan ( rintangan bumi yang rendah ) , peranti arus

baki digunakan sebagai peranti pelindung arus bocor kebumi.

Rajah sambungan sistem TT

SOALAN 8

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BEKALAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN ? Mengikut peraturan IEE setiap pemasangan pengguna mempunyai alat kawalannya sendiri yang mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan :

a) pengasingan, b) perlindungan lebihan arus danc) perlindungan kebocoran ke bumi.

Litar ini disebut Jujukan Kawalan Pengguna. Litar ini dibahagi kepada 2 bahagian iaitu:

a) Litar Kawalan oleh Pembekalb) Litar Kawalan Pengguna oleh Pengguna

Litar Kawalan oleh Pembekal bermula daripada Meter KWJ hingga kepada fius perkhidmatan manakala litar Kawalan Pengguna oleh Pengguna bermula daripada suis utama atau pengasing, Pemutus Litar Bocor Ke Bumi dan seterusnya Papan Fius Agihan.

Rajah Litar Jujukan Kawalan Pengguna

a) 1 dan 2 = Kawalan Oleh Pembekal

b) 3, 4 dan 5 = Kawalan Oleh Pengguna

Cara Pengasingan boleh ditentukan melalui :

i) Bagi litar satu fasa dua dawai neutralnya dibumikan, suis kutub tunggal

digunakan.

ii) Bagi litar satu fasa dua dawai neutralnya tidak dibumikan, suis dua kutub

berhubung digunakan.

iii) Bagi litar 3 fasa 4 dawai, suis 4 kutub berhubung atau suis berhubung

digunakan.