nota elektrik

14
1.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK Sumber Elektrik 1. Tenaga elektrik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia 2. tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada pelbagai sumber. Antaranya ialah kemagnetan, tindakan kimia, dan cahaya 3. Alaatan kegunaan seharian banyak digerakkan oleh tenaga elektrik. Contohnya: a. Jam dinding mendapat sumber elektrik daripada bateri b. Lampu basikal mendapat sumber elektrik daripada dinamo 4. Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan arus elektrik: a. Jangan menyentuh wayar elektirk yang putus b. Jangan sambungkan terlalu banyak peralatan elektrik pada satu soket c. Apabila mengendalikan alatan elektrik, pastikan tangan adalah kering d. Jika berlaku kejutan elektrik, tutup suis utama dan alihkan mangsa dengan kayu kering e. Gunakan peralatan elektrik yang mempunyai label keselamatan SIRIM Kemagnetan sebagai Sumber Elektrik 1. Apabila sebatang magnet di dalam gegelung wayar digerakkan, arus elektrik akan dihasilkan 2. Apabila gegelung wayar digerakkan berdekatan dengan sebatang magnet, arus elektrik juga akan dihasilkan 3. Arus elektrik yang dihasilkan dapat diukur dengan menggunakan galvanometer 4. Prinsip kemagnetan digunakan dalam dinamo basikal dan turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik

Upload: acuwiwi

Post on 10-Jul-2016

152 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Notes - KHB F1

TRANSCRIPT

1.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK

Sumber Elektrik

1. Tenaga elektrik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia

2. tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada pelbagai sumber. Antaranya ialah kemagnetan, tindakan kimia, dan cahaya

3. Alaatan kegunaan seharian banyak digerakkan oleh tenaga elektrik. Contohnya:

a. Jam dinding mendapat sumber elektrik daripada baterib. Lampu basikal mendapat sumber elektrik daripada dinamo

4. Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan arus elektrik:

a. Jangan menyentuh wayar elektirk yang putusb. Jangan sambungkan terlalu banyak peralatan elektrik pada satu soketc. Apabila mengendalikan alatan elektrik, pastikan tangan adalah keringd. Jika berlaku kejutan elektrik, tutup suis utama dan alihkan mangsa dengan kayu keringe. Gunakan peralatan elektrik yang mempunyai label keselamatan SIRIM

Kemagnetan sebagai Sumber Elektrik1. Apabila sebatang magnet di dalam gegelung wayar digerakkan, arus elektrik akan dihasilkan

2. Apabila gegelung wayar digerakkan berdekatan dengan sebatang magnet, arus elektrik juga akan dihasilkan

3. Arus elektrik yang dihasilkan dapat diukur dengan menggunakan galvanometer

4. Prinsip kemagnetan digunakan dalam dinamo basikal dan turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik

Prinsip kendalian dinamo

1. Bahagian utama dinamo ialah magnet kekal, teras besi, dan gegelung wayar

2. Gegelung wayar diperbuat daripada lilitan wayar kuprum

3. Semasa basikal dikayuh, tayar basikal akan berputar pada pemutar pada dinamo terus dipusing oleh tayar basikal

4. Pemutar akan memutarkan magnet kekal yang berada dalam dinamo

5. Aruhan medan magnet akan menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar

6. Fungsi teras besi adalah untuk mengembangkan medan magnet

7.Arus elektrik yang dihasilkan akan menyalakan mentol basikal

8. Arus elektrik yang lebih kuat akan terhasil jika:

a. Putaran magnet dilajukanb. Bilangan lilitan gegelung wayar ditambahc. Magnet yang lebih kuat digunakan

Turbin1. Turbin ialah sejenis alatan yang mempunyai rotor yang boleh diputar oleh aliran air, angin atau stim

2. Turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal bagi menggerakkan pelbagai mesin seperti pam air dan penjana elektrik

3. Rotor terdiri daripada bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar

4. Apabila bilah-bilah diputar oleh air, maka gandar juga akan turut berpusing

5. Gandar pula disambungkan kepada penjana yang akan berputar dan terus menghasilkan kuasa elektrik

Tindakan Kimia sebagai Sumber Elektrik1. Tenaga elektrik juga dapat dihasilkan melalui tindak balas beberapa jenis bahan kimia

2. Terdapat dua jenis sel yang dihasil melalui tindakan kimia,iaitu:a. Sel keringb. Sel basah

3. Kedua-dua jenis sel ini menghasilkan arus terus (D.C.)

Sel Kering1. Sel kering juga dikenali sebagai sel zink

2. Sel kering banya kdigunakan pada peralatan elektrik bervoltan rendah seperti alat mainan, jam,lampu suluh, dan radio

3. Voltan yang dihasilkan oleh sel kering ialah 1.5volt

4. Beberapa sel kering disambung secara bersiri untuk mendapat voltan yang lebih tinggi5. Binaan sel kering adalah seperti berikut :

a. Batang karbon sebagai punca positifb. Bekas zink sebagai punca negatifc. Elektrolit adalah campuran ammonium klorida dan mangan dioksida

6. Arus elektrik dihasilkan oleh tindak balas antara bekas zink dengan elektrolit7. Hayat sel kering adalah terhad, ia tidak boleh dicas semula8. Jenis-jenis sel kering ialah:a. Sel alkali- Digunakan untuk peralatan bervoltan rendah seperti peralatan permainan, jam dinding, dan lampu suluh- Jangka hayatnya lebih lama jika dibanding dengan sel biasa- Tidak boleh dicas semula- Terdapat dalam pelbagai saiz dan voltan seperti 1.5V, 6V, 9V, dan 12V.

b. Sel Merkuri- Jangka hayatnya lebih lama jika dibanding dengan sel alkali dan sel biasa- Banyak digunakan untuk jam tangan dan kalkulator- Tidak boleh dicas semula

c. Sel lithium- Digunakan untuk peralatan yagn ebrvoltan tinggi seperti kamera, kalkulator, telefon bimbit, dan komputer- Boleh dicas semula

d. Sel nikel kadmium- Banyak digunakan pada peralatan tanpa wayar seperti kamemra dan telefon bimbit- Boleh dicas semula

Sel basah1. Sel basah juga dikenali sebagai sel plumbum2. tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel basah juga menggunakan tindakan kimia3. Sel basah banyak digunakan dalam kenderaan bermotor seperti kereta, bas, dan lori4. Sel basah menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik jika dibandingkan dengan sel kering5. Sel basah boleh dicas semula jika ia kehabisan kuasa6. Sel basah dibuat dalam 6 volt dan 12 volt7. Binaan sel basah adalah seperti berikut:a. Plumbum peroksida sebagai elektrod positifb. Plumbum sebagai eketrod negatifc. Gentian kaca atau ebonit sebagai penyelang antara elektrod positif dengan negatifd. Asid sulfurik cair sebagai elektrolit

Cahaya sebagai sumber elektrik1. Apabila bahan kimia seperti selenium, natrium, dan kalium mendapat pancaran cahaya matahari, tenaga elektrik boleh dihasilkan2. Teknologi yang menukarkan cahaya kepada arus elektrik dinamakan fotovoltan3. Teknologi ini melibatkan sel solar dan sel foto yang dihasil daripada silikon, selenium, natrium atau kalium4. Apabila cahaya dipancarkan pada bahan ini, sedikit arus elektrik akan dihasilkan5. Sel solar menggunakan prinsip ini untuk menghasilkan arus elektrik6. Prinsip ini digunakan dalam sel solar pada kalkulator dan meter dedahan cahaya untuk kamera

Kegunaan Elektrik1. Pelbagai jenis perkakas elektirk dan mesin bergantung pada tenaga elektirk

untuk melakukan kerja

2. Perkakas elektrik dan mesin ini berfungsi menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba, tenaga kinetik, tenaga bunyi, dan tenaga cahaya

Elektrik untuk Menghasilkan Tenaga Haba1. Alatan elektrik seperti cerek, seterika, periuk nasi, pengering rambut, dan alat pemateri menggunakan elemen pemanas untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba

2. Elemen pemanas ini diperbuat daripada nikrom, iaitu sejenis aloi nikel dan kromium

3. Satu termostat biasanya dipasang pada alatan elektrik ini untuk mengawal suhu kepanasan supaya ia tidak terlalu paans sehingga rosak

4. Alatan elektrik yang mengeluarkan haba perlu menggunakan wayar yang disalut dengan anyaman benang

Elektirk untuk Menghasilkan Tenaga Kinetik1. Tenaga kinetik juga dikenali sebagai tenaga gerakan

2. Mesin basuh, kipas angin, mesin pengisar, dan mesin gerudi elektrik merupakan contoh alatan yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik

3. Semua alatan tersebut adalah berasaskan kepada motor elektrik

Kegunaan Elektrik untuk Menghasilkan Tenaga Bunyi1. Radio, telefon, mikrofon, dan televisyen merupakan contoh perkakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada teanag bunyi

Elektrik untuk Menghasilkan Tenaga Cahaya1. Lampu ialah alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya

2. Terdapat dua jenis lampu, iaitu lampu pijar (mentol) dan lampu pendarfluor

3. Lampu pijar menggunakan filamen yang diperbuat daripada tungsten untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya

4. Tiub lampu pendarfluor diisi dengan gas argon dan merkuri

5. Apabila arus elektrik melalui gas argon dan merkuri, ia akan menghasilkan sinaran ultraungu

6. Sinaran ultra ungu akan bertukar menjadi cahaya putih apabial terkena dengan lapisan fosfur

1.2 JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIANAlatan Tangan1. Kerja pendawaian memerlukan alatan tangan yagn mempunyai fungsi tertentu

2. Jenis alatan tangan yagn diguna ialah pena ujian, playar muncung tirus, playar gabung, pemotong sisi, dan penjalur wayar

Pena Ujian1. Fungsi pena ujian ialah:

a. Menguji arus elektirkb. Mengesan kebocoran arus elektrik dan wayar hidupc. Mengetat dan emlonggarkan skru kecil

2. Mentol neon pada pena ujian akan bernyala apabila matanya menyentuh punca berarus elektirk

Playar Muncung Tirus1. Plaayr muncing tirus sesuai digunakan untuk mencapai objek yang berada di ruang yang sempit dan sukar dicapai

2. Selain itu , ia juga mempunyai kegunaan seperti berikut :

a. Memegang benda kecilb. Memotong wayarc. Memasang pendawaian plagd. Membentuk wayar atau kaki komponen elektronik

Playar Gabung1. Playar gabung digunakan untuk kerja umum seperti :a. Memotong wayarb. Memegang dan mencangkam benda bulatc. Membengkok dan memotong wayar2. Pemegang playar gabung bersalut getah yang bertindak sebagai penebat

jika berlaku kebocoran arus elektrik

Pemotong Sisi1. Pemotong sisi digunakan untuk memotong wayar dan lebihan wayar pada punca tamatan

Penjalur Wayar1. Kegunaan penjalur wayar ialah: a. Memotong wayar b. Menjalur wayar

2. Terdapat dua jenis penjalur wayar, iaitu:

a. Penjalur wayar mudah b. Penjalur wayar spring

3. Penjalur wayar spring dapat menjalurkan wayar dengan mudah dan pantas

Jenis Wayar

1. Pelbagai jenis wayar digunakan untuk kerja pendawaian

2. Pemilihan jenis wayar berdasarkan kepada kesesuaian dan keselamatan kerja-kerja pendawaian

3. Contoh jenis wayar ialah wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal, waayr teras kembar, dan wayar tiga teras

Wayar Kuprum Berenamel1. Wayar jenis ini bersalut dengan lapisan enamel dan ia tidak berpenebat

2. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer

Wayar Lembar Tunggal1. Wayar lembar tunggal hanya mempunyai satu lemabr wayar kuprum yang bersalut penebat

2. ia sesuai digunakan untuk pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan komponen elektrik

Wayar Teras Tunggal1. Wayar teras tunggal berpenebat dan terdapat dalam dua bentuk , iaitu:

a. Jenis halusb. Jenis kasar

2. Lembar wayar halus sesuai digunakan untuk pendawaian radio dan pembesar suara

3. Lembar wayar kasar pula sesuai digunakan untuk pendawaian litar elektrik di rumah atau di bangunan

Wayar Teras Kembar1. Wayar teras kembar terdiri daripada dua utas wayar teras tunggal yang dicantum sekali

2. Ia sesuai digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, radio, soket, dan penyuai lampu mentol

3. Bagi menyenangkan kerja pendawaian, satu daripada wayar terus berpenebat dengan kod warna merah atau perang untuk tamatan hidup

Wayar Tiga Teras1. Terdapat dua jenis wayar tiga teras, iaitu:

a. Berpenebat PVCb. Berpenebat PVC beranyaman benang

2. Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan untuk pendawaian alatan elektirk yang tidak menghasilkan haba

3. Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyaman benang digunakan untuk pendawaian alatan elektrik yang menghasilkan haba tinggi seperti seterika, cerek elektrik, dan periuk nasi elektrik

Jenis Plag1. Plag digunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik ke soket dinding alir keluar

2. Jenis plag yang biasa digunakan ialah:a. Plag 2 pin 2 ampereb. Plag 3 pin 13 amperec. Plag 3 pin 15 ampere3. Pin pada plag diperbuat daripada loyang

Plag 2 pin 2 Ampere1. Plag 2 pin 2 ampere mempunyai dua tamatan, iaitu tamatan hidup (L) dan neutral (N)2. Ia menggunakan wayar teras kembar3. Ia sesuai digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tidak melebihi 2 ampere seperti radio, pencukur elektrik, dan jam elektrik

Plag 3 Pin 13 Ampere1. plag ini banyak digunakan dalam alat kelengkapan elektrik di rumah

2. Plag ini mempunyai fius katrij yang berkadaran 13 ampere dan mempunyai pin berbentuk segi empat

3. Ia mempunyai tiga tamatan, iaitu:a. Tamatan hidup (L)b. Tamatan (N)c. Tamatan bumi (E)

4. Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan untuk pendawaian kelengkapan elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti kipas, peti sejuk, dan komputer

5. Wayar tiga teras berpenebat PVC dan anyaman benang digunakan untuk pendawaian kelengkapan elektrik yang menghasilkan haba seperti cerek elektrik, seterika, dan periuk nasi elektrik

Plag 3 Pin 15 Ampere1. Plag 3 pin 15 ampere digunakan untuk kelengkapan elektrik yang berkuasa tinggi yang menggunakan arus ehingga 15 ampere2. Contoh kelengkapan elektrik yang menggunakan palg 3 pin 15 ampere ialah alat pemanas air dan penghawa dingin3. Plag jenis ini juga mempunyai tiga tamatan iaitu:a. Tamatan hidup (L)b. Taman neutral (N)c. Tamatan bumi (E)

4. Plag jenis ini mempunyai pin berbentuk bulat dan tidak mempunyai fius

Pendawaian Plag 3 Pin 13 AFius1. Fius dipasang pada litar untuk melidnungi litar dan perkakas elektrik jika berlaku litar pintas2. Fius diperbuat daripada aloi timah dan plumbum3. Jika arus elektrik yang terlalu tinggi mengalir melaluinya, fius akan lebur dan aliran elektrik akan terputus4. Fius dipasang secara bersiri dengan tamatan hidup5. Kadaran fius ditentukan pada kadaran arus seperti 2A, 5A, 10A, 13A6. Terdapat dua jenis fius, iaitu fius kartrij dan fius dawai

Fius Katrij1. Fius kartrij yang terbakar perlu diganti dengan fius baharu yang mempunyai kadaran yang sama2. Fius kartrij mempunyai dawai fius di dalamnya

Fius Dawai1. Fius dawai berbentuk dawai dengan kadaran yang telah ditetapkan2. Fius dawai yang terbakar prelu diganti dengan dawai yang mempunyai kadaran ampere aygn sama3. Fius dawai yang lebur perlu ditanggalkan dengan melonggarkan skru pada kedua-dua tamatan pemegang fius dan digantikan yang baharu4. Pemegang fius diperbuat daripada seramik atau bakelit

Lampu Pendarfluor1. Lampu pendarfluor menghasilkan cahaya yang terang dan berwarna putih

2. Cahayanya lebih terang jika dibanding dengan lampu pijar

Bahagian Utama Lampu PendarfluorTiub pendarfluor1. Ia diperbuat daripada kaca yang berisi gas argon dan merkuri

2. bahagian dindignnya disalut dengan lapisan fosfur

3. terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua hujungnya

4. Tiub pendarfluor perlu dipasang kepada perumah dengan memasukkan pin elektrod ke dalam pemegang tiub

5. Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub pendarfluor akan menghasilkan sinaran ultra ungu

6. Sinaran ultra ungu akan bertukar menjadi cahaya putih apabila ia terkena pada lapisan fosfur

Perumah1. Perumah lampu pendarfluor mempunyai pemegangn tiub, cok, dan suis penghidup

Cok1. Cok mempunyai dua fungsi, iaitu:a. Membekalkan voltan tinggi pada awal penyalaan lampu pendarfluorb. Menstabilkan voltan selepas lampu pendarfluor dinyalakan

2. Cok disambung secara siri dengan litar

Pemegang suis penghidup1. Pemegang suis penghidup berfungsi untuk menempatkan suis penghidup

Suis penghidup1. Ia berfungsi untuk menghidupkan lampu pendarfluor

2. Ia tidak berfungsi lagi selepas lampu pendarfluor dinyalakan

Kerosakan Lampu pendarfluor

BIL KEEROSAKAN LAMPU

PENYELESAIAN

1 Lampu berkelip-kelip

-Starter rosak (tukar baru)

-Cok rosak2 Lampu tidak

menyala-Mentol rosak (tukar baru)

-Cok rosak (tukar baru)

-Sambungan terputus ( Periksa

punca sambungan.

3 Lampu menyala tetapi tidak terang

-Mentol rosak(tukar baru)