tugasan diploma pengajian islam

Upload: abdulrani6051

Post on 21-Jul-2015

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

Mata Pelajaran: Tarikh Tasyri

Tajuk Tugasan: SINOPSIS PENGAJIAN TARIKH TASYRI

KANDUNGAN

MUKASURAT I II MUKADIMAH PERINGKAT PERTAMA: PEMBENTUKAN PERUNDANGAN DI ZAMAN NABI Fasal 1: Perundangan di Mekah Fasal 2: Perundangan di Madinah Fasal 3: Kuasa perundangan Fasal 4: Sumber perundangan Fasal 5: Prinsip asas perundangan III PERINGKAT KEDUA: PEMBENTUKAN PERUNDANGAN DI ZAMAN SAHABAT Fasal 1: Kuasa dan Sumber hukum Fasal 2: Tindakan Pengumpulan Sumber Hukum Fasal 3: Prinsip asas perundangan dan ikhtilaf Fasal 4: Kesan-kesan ke atas tasyri IV PERINGKAT KETIGA: PENGHIMPUNAN SUMBER DAN ULAMA MUJTAHIDIN Fasal 1: Faktor-faktor perkembangan Fiqh Fasal 2: Kuasa dan sumber pembentukan Hukum Fasal 3: Prinsip asas dan ikhtilaf V PERINGKAT KEEMPAT: ZAMAN TAQLID Fasal 1: Sebab-sebab: Fasal 2: Peranan Ulama dalam pembentukan hukum VI KESIMPULAN 13 11 6 1 2

9

MUKADIMAH Segala puji bagi Allah atas kurnia taufiqNya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah petunjuk ke jalan yang lurus, juga kepada keluarga, sahabat serta orang yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari kiamat. Kertas sinopsis ini ialah suatu tugasan yang perlu disiapkan oleh pelajar Diploma Pengajian Islam untuk kertas modul pengajian Tarikh Tasyri. tentang sejarah (tarikh) pembentukan perundangan atau hukum Tujuan (tasyri) pengajian modul ini untuk memberi pengetahuan, kefahaman dan menjelaskan berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dalam hal ini, terdapat dua konsep yang memerlukan takrifan iaitu:

Tarikh al-tasyri :

di definisikan sebagai ilmu yang membahas keadaan

perundangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sesudahnya dengan huraian peringkat-peringkat yang padanya hukum itu berkembang, serta membahas ciri-ciri spesifiknya, keadaan fuqaha dan mujtahid dalam merumuskan hukum itu.

Syariah: iaitu perundangan yang telah ditetapkan (diwahyukan) oleh Allahkepada Nabi Muhammad saw untuk manusia yang mencakup tiga hal, iaitu akidah (rukun iman), perbuatan (rukun Islam), dan akhlak (ehsan). Kertas ini dibahagikan kepada 4 bahagian dengan tujuan memudahkan kefahaman tajuk-tajuk yang dibincangkan iaitu: 1. Bahagian II menjelaskan peringkat pertama berkaitan pembentukan hukum di zaman Nabi Muhammad s.a.w.. 2. Bahagian III menjelaskan peringkat kedua berkaitan pembentukan hukum di zaman para Sahabat r.a. 3. Bahagian IV menjelaskan peringkat ketiga iaitu fasa penghimpunan sumber dan peranan ulama mujtahid. 4. Bahagian V membincangkan peringkat keempat adalah pembentukan hukum di zaman taqlid.

PERINGKAT PERTAMA: PEMBENTUKAN PERUNDANGAN DI ZAMAN RASULLAH S.A.W. Pengenalan: Pembentukan hukum di zaman Nabi berlaku dalam tempoh 22 tahun lebih bermula dari perutusan Baginda sebagai Rasul semasa berada di Mekah (iaitu 12 tahun sebelum peristiwa hijrah ke Madinah atau pada 610M ) sehingga Baginda berada 10 tahun di Madinah ( sehingga wafat pada tahun 11 Hijrah/632M). Kerasulan Baginda semasa berada di Mekah adalah pada ketika masyarakat setempat berada dalam kehidupan jahiliah, kesesatan dan kegelapan daripada hidayah Ilahi. Ciri-ciri lain masyarakat musyrikin setempat ialah sifat asabiyah (kesukuan) dan merendahkan martabat wanita, dan suka meminum arak. Ketua kabilah mempunyai kuasa dan pihak yang lemah sering diambil tindakan berbanding pihak yang kuat atau berpengaruh. Hukum yang digunakan adalah bersifat adat seperti amalan poligami tanpa batas, riba, perempuan tidak mendapat hak pusaka dan sebagainya. Dengan keadaan latar belakang tersebut, Rasulullah s.a.w. telah diutus sebagai wasilah untuk menegakkan syariat Islam yang benar, bersifat fitrah dan membawa keadilan. Namun begitu, skop pendekatan perundangan yang terlihat adalah berbeza kerana terdapat perbezaan corak kehidupan di antara masyarakat Mekah dan Madinah. Justeru, dikatakan terdapat 2 peringkat pendekatan perundangan di zaman Nabi yang boleh diklasifikasikan sebagai: (i) Peringkat Mekah dan (ii) Peringkat Madinah. Fasal 1: Peringkat pembentukan perundangan di Mekah Perhatian Rasulullah s.a.w terhadap masyarakat Mekah pada masa ini adalah tertumpu kepada urusan dakwah dan pengukuhan akidah bertauhid kepada Allah s.w.t, beriman kepada hari kebangkitan, syurga dan neraka; dan seterusnya, untuk memperbaiki akhlak masyarakat.

Sehubungan itu, jika diperhatikan sumber hukum iaitu ayat-ayat Makkiyah yang diturunkan adalah khusus melibatkan akidah, akhlak dan berfikir berkenaan ibrah dari kisah-kisah orang terdahulu. Contoh hukum yang ada ialah arahan mengharamkan perbuatan kaum musyrikin seperti pertumpahan darah, memakan harta anak yatim dan menanam anak perempuan secara hidup-hidup. Justeru, pada peringkat ini belum ada ayat-ayat berbentuk hukum atau penyusunan fiqh yang amaliah seperti fiqh jenayah atau perdagangan. Fasal 2: Peringkat pembentukan perundangan di Madinah Perkembangan perundangan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. adalah lebih tertumpu di masa selepas terbentuknya pemerintahan Islam di Madinah iaitu selepas peristiwa hijrah umat Islam dari kota Mekah ke Madinah. Pada fasa ini, Islam sudah kuat dan berkembang dengan pesatnya, jumlah umat Islam pun sudah betambah ramai dan memiliki suatu sistem pemerintahan yang teratur. Justeru, keadaan ini mendorong perlunya mengadakan suatu tasyri dan pembentukan undang-undang yang boleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian, serta dapat mengatur hubungan antara sesama manusia dan juga hubungan antara manusia dengan Allah Azza wajalla. Oleh itu, di Madinah telah di turunkan ayat-ayat Madaniyah mengandungi ayat-ayat Ahkam yang juga disyariatkan hukum jihad, munakahat, pusaka, muamalat, dan lainnya. Fasal 3: Kuasa Perundangan Pada peringkat ini, kuasa pembentukan perundangan adalah berada pada Rasulullah s.a.w. sendiri yang akan menyampaikan hukum, tafsirannya serta melaksanakan hukuman. Apa-apa pertikaian, masalah, peristiwa atau persoalan yang timbul juga akan diselesaikan oleh Rasulullah s.a.w berlandaskan ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan atau melalui wahyu berupa ilham atau ijtihad Baginda. Dengan demikian, segala ketetapan hukum yang disampaikan Rasulullah s.a.w. adalah juga ketetapan Allah yang menjadi undang-undang yang wajib ditaati. Dalam hal ini, beberapa kaedah perundangan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. boleh dilihat seperti Baginda akan menunggu wahyu untuk menjelaskan hukum tertentu untuk peristiwa tertentu; atau Baginda akan bersyura bersama sahabat untuk mendapat

keputusan tertentu; atau Baginda akan melaksanakan amalan tertentu untuk dijadikan penetapan hukum seperti menunaikan ibadah solat atau haji. Namun begitu, terdapat sahabat yang berijtihad dan Rasulullah s.a.w. membenarkan mereka melaksanakannya. Contoh, sebagaimana Muadz ibn Jabal yang menyatakan kepada Rasulullah s.a.w semasa diutus ke Yaman bahawa beliau akan berijtihad jika hukum atas persoalan yang timbul tidak terdapat dalam al-Quran atau as-Sunnah. Amru al-As juga berijtihad semasa bertugas di Mesir dalam memutuskan hukuman terhadap dua puak yang bertelingkah. Walaubagaimanapun, ijtihad tersebut bukanlah merupakan pembentukan hukum yang mengikat seluruh Muslimin (yang menjadi hukum syarak) tetapi bersifat penerapan (tathbiq) sahaja. Fasal 4: Sumber perundangan Sumber perundangan zaman Rasulullah s.a.w. adalah berdasarkan kepada wahyu Ilahi atau hadis atau ijtihad Baginda. (i) Al-Quran: Wahyu Ilahi yang diturunkan ini adalah meliputi segenap perkara dan lengkap. Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada kaum Muslimin apa yang telah diwahyukan itu mengenai pertikaian, masalah, peristiwa atau persoalan yang ditimbulkan. Contohnya, ayat ahkam yang diturunkan kerana terdapat hal-hal yang perlu kepada penentuan hukumnya seperti peristiwa larangan arak dan judi; pertanyaan perang dibulan mulia yang dilarang; pertikaian pusaka yang diturunkan ayat-ayat mengenai pewarisan; dan sebagainya. (ii) Hadis: Ia merupakan sumber perundangan kedua selepas al-Quran. Rasulullah s.a.w. akan menyatakan hadis-hadis ahkam ini yang juga mengenai pertikaian, masalah, peristiwa atau persoalan yang ditimbulkan. Contohnya, menjawap persoalan yang ditimbulkan mengenai wudu dengan air laut yang dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. (iii) Ijtihad: Ia akan dilaksanakan oleh Baginda apabila timbul masalah hukum tetapi wahyu tidak diturunkan. Ijtihad ini dilakukan berdasarkan kepada ilham daripada Allah yang menjelaskan sesuatu perkara itu atau melalui syura bersama sahabat. Contohnya, di peristiwa Perang Badar wujud timbul isu berkenaan tawanan perang. Ketika itu tiada syariat mengenainya. Justeru, Rasulullah s.a.w. telah syura

bersama sahabat. Terdapat dua pandangan yang bertentangan iaitu kaedah tarjih) isu tersebut, Baginda berijtihad untuk diambil

sama ada sebagai

tawanan perang itu dibunuh atau diambil tebusan (fidyah). Selepas meneliti (dengan

fidyah

maslahat dan semoga tawanan itu bertaubat. Namun begitu, keputusan ijtihad ini diperbetulkan oleh Allah s.w.t. yang menyatakan sebaliknya melalui surah al-

Anfal:67.Fasal 5: Pedoman dan prinsip asas perundangan zaman Nabi Terdapat (i) (ii) (iii) (iv) beberapa pedoman (khuttah) dan prinsip asas berkaitan pembentukan perundangan di zaman Nabi. Antara lainnya, ialah: Perundangan ditetapkan secara beransur-ansur (tadaruj) Menyedikitkan peraturan atau mengurangkan taklif Perundangan mempermudah dan meringankan Perundangan selaras dengan maslahat manusia

(i) Perundangan ditetapkan secara beransur-ansur (tadaruj) Hukum-hukum yang disyariatkan tidak turun sekaligus tetapi ianya turun mengikut tahap dan peristiwa atau isu tertentu yang berlaku. Oleh itu, prinsip

tadaruj ini menunjukkan

suatu proses hukum yang beransur-ansur sehingga

masyarakat setempat bersedia menerima taklif tersebut. Contohnya, hukum berkaitan arak yang diturunkan melalui empat tahap penurunan ayat bermula dari ayat an-Nahl:67 dan al-Baqarah:219 yang tidak menjelaskan pengharaman arak sehingga peristiwa sahabat meminum arak sehingga bersembahyang dalam keadaan mabuk (ayat an-Nisa:43); dan seterusnya pengharaman mutlak arak akibat peristiwa serangan yang dilakukan oleh seorang Ansar terhadap Saad Abu Waqqas dalam suatu majlis yang dihidangkan arak (surah al-Maidah:90). Dalam soal ibadah misalnya, kewajipan solat pada awalnya hanya pada waktu pagi dan petang sehingga peristiwa Isra dan Miraj yang difardukan solat lima waktu. Juga, kewajipan berpuasa yang mulanya secara sunat 3 hari sebulan dan pada hari Asyura pada masa sebelum hijrah sehinggalah difardukan sebulan Ramadan selepas hijrah. Demikian juga sewaktu di Mekah tiada kewajipan zakat tetapi hanya sedekah; sehinggalah pada tahun kedua hijrah zakat diwajipkan dan ditentukan kadarnya.

Adapun hikmah tasyri ini secara bertahap kerana sebagai pengubat jiwa setelah sekian lama terbiasa dengan corak kehidupan jahiliah. Justeru, adalah wajar corak itu diubah secara beransur-ansur sehingga mereka bersedia menerima taklif agama. (ii) Menyedikitkan peraturan atau mengurangkan taklif Hukum yang diturunkan umumnya adalah akibat sesuatu peristiwa tertentu yang memerlukan penentuan hukum. Justeru, tiada pertanyaan bersifat hypothetical selagi wahyu masih diturunkan untuk mengelakkan bebanan hukum. Hikmahnya terdapat larangan banyak bertanya (qilaa wa qaala) adalah sesuatu hukum yang diturunkan itu adalah menurut keperluan dan maslahat manusia. Ini kerana, segala sesuatu pada asasnya menurut syariat Islam adalah boleh (ibahah) sehingga datangnya ketentuan hukum. Dari segi ibadah misalnya untuk mengurangkan taklif, Nabi tidak mendirikan solat tarawikh berjemaah kerana khuatir akan difardukan oleh umat Islam. (iii) Perundangan mempermudah (taisir) dan meringankan (takhfif) Perundangan Islam membawa hukum yang bersifat memudahkan dan meringankan. Contohnya, jika tidak dapat solat berdiri maka dibolehkan solat secara duduk atau mengikut kemampuan. Justeru, daripada ini terhasil kaedah usul al-fiqh yang di namakan rukhsah iaitu memudahkan sesuatu kesukaran yang timbul atau mudarat yang memaksa. Contohnya, jika membahayakan nyawa atau uzur maka tidak difardukan berpuasa pada bulan Ramadan. (iv) Perundangan selaras dengan maslahat manusia Banyak hukum yang diturunkan adalah demi kemaslahatan manusia dan hukum itu pula mempunyai illahnya sendiri. Contohnya, pada mulanya solat mengadap Baitul Maqdis kemudiaan hukum itu dimansuhkan dan diarah mengadap kiblat di Kaabah. Begitu juga soal edah bagi isteri kematian suami, pada mulanya adalah setahun kemudiaan hukum itu dimansuhkan dan digantikan dengan edah 4 bulan 10 hari sahaja. Baginda juga pada mulanya menegah menziarahi kubur, kemudian membenarkannya.

PERINGKAT KEDUA: PEMBENTUKAN PERUNDANGAN DI ZAMAN SAHABAT Pengenalan: Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, sahabat sebagai generasi Islam pertama, meneruskan ajaran dan misi kerasulan. Abu Bakar adalah sahabat pertama yang telah terpilih menjadi Khalifah. Kemudian Umar Ibn Khathab, diteruskan oleh Usman Ibn Affan, dan Ali ibn Abi Thalib. Pada ketika ini, telah berlaku peluasan kuasa dan wilayah jajahan sehingga ke Parsi, Syam (di bawah Rom) dan Mesir. Ini bermakna isu-isu perundangan Islam tidak lagi tertumpu di Hijaz sahaja tetapi sahabat berhadapan dengan masalah isuisu baru berkaitan pengaruh Parsi dan Rom dalam daerah kekuasaan Islam. Justeru, terdapat keperluan bagi sahabat untuk mengeluarkan (istinbat) hukum bagi tujuan menyelesaikan masalah baru itu berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Fasal 1: Kuasa dan Sumber hukum pada zaman sahabat Pada peringkat ini, kuasa menjelaskan dan menafsirkan perundangan adalah pada sahabat yang berilmu yang telah secara langsung berguru dengan Rasulullah s.a.w., menghafal al-Quran juga menyaksikan asbab ketetapan sesuatu hukum itu. Sumber atau dalil hukum yang digunakan pada zaman-zaman sahabat adalah al-Quran, asSunnah, dan ijtihad. Dalam melakukan ijtihad secara kolektif, para sahabat berkumpul dan musyawarah berkaitan hukum suatu masalah. Hasil musyawarah sahabat itu dikenali sebagai ijma. Terdapat juga ijtihad sahabat yang dilakukan secara al-Rayu yang masyhurnya dilaksanakan di Basrah (dahulunya pengaruh Parsi). Fasal 2: Peristiwa Pengumpulan Sumber Hukum Para sahabat telah mengumpulkan Al-Quran berdasarkan bahan yang sedia ada, iaitu melalui sahabat yang hafiz berikut: dan catatan-catatan pada daun , batu , pelepah menjadi berbentuk buku (mushaf). Tindakan ini diambil atas faktor-faktor

(i)

Para sahabat menghadapi keadaan yang mana ramai sahabat yang hafal Al-Quran telah meninggal dunia dalam jihad melawan orangorang murtad.

(ii)

Sahabat juga bimbang terjadinya ikhtilaf sahabat terhadap Al-Quran seperti yang berlaku ikhtilaf pada Yahudi dan Nasrani yang berlaku pada kitab sebelum ini. S

(iii) (iv)

Sahabat juga takut akan terjadi pembohongan terhadap Sunnah Rasulullah s.a.w. Sahabat kini menghadapi perkembangan kehidupan yang memerlukan ketentuan syariat melalui mushaf yang sahih. Seterusnya, penyempurnaan pengumpulan al-Quran ini terlaksana kerana

kesepakatan umat Islam mengenainya. Ini dapat dilihat melalui 6 buah naskah AlQuran yang disediakan iaitu satu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,senaskah dihantar ke Kota Basrah, senaskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah. Bagi sumber kedua iaitu hukum dalam as-sunnah masih belum di kumpulkan kerana khuatir akan mengaburkan kedudukan al-Quran. dihimpunkan pada zaman sahabat ini. Fasal 3: Prinsip asas perundangan zaman Sahabat dan Ikhtilaf Terdapat beberapa prinsip asas berkaitan bagaimana peranan sahabat dalam membentuk perundangan Islam. Antara lainnya, ialah: (i) Rujukan kepada al-Quran dan as-Sunnah: apa-apa perkara untuk penetapan hukum. (ii) Ijma Sahabat: Secara kolektif para sahabat berkumpul dan bermusyawarah berkaitan hukum suatu masalah yang timbul jika tiada nas yang ditemui dalam al-Quran dan as-Sunnah. (iii) Ijtihad: Jika tiada nas yang ditemui dalam al-Quran dan as-Sunnah, sahabat akan mengistinbat hokum dan memberikan ijtihadnya. Sahabat akan menghukum berdasarkan nas-nas yang ditemui dalam al-Quran dan as-Sunnah bagi Begitu juga ijtihad tidak

(iv)

Qiyas: sahabat ada yang mengqiyaskan sesuatu yang belum ada nas dengan sesuatu yang mempunyai nas bagi menghukum perkara tertentu.

Para sahabat yang bermastautin disegenap wilayah kekuasan menghadapi pelbagai masalah baru untuk penetapan hukum. Justeru, berlaku perselisihan pendapat dalam menangani masalah tersebut. Antara sebab-sebab perbezaan pandangan berlaku kerana: (i) (ii) Nas-nas dalam al-Quran dan Sunnah tidak qati petunjuk hukumnya tetapi bersifat zhanni. Sunnah belum dihimpunkan untuk penetapan hukum. Justeru, terdapat perbezaan pengetahuan mengenai hadis-hadis yang ada. Juga, wujud kecenderungan menerima atau menolak sesuatu hadis tertentu. (iii) Terdapat perbezaan mengeluarkan istinbat dari al-Quran, Sunnah dan ijtihad, sama ada berlaku perbezaan memahami nas mujmal, berbeza ijtihad kerana tiada nas atau terdapat nas bersifat umum. (iv) Wilayah di mana sahabat tinggal adalah berbeza corak kehidupannya. Justeru, berbeza pula ragam dan maslahat hukum yang perlu ditetapkan. Fasal 4: Kesan-kesan ke atas tasyri Zaman sahabat ini telah meninggalkan beberapa kesan yang boleh diteliti iaitu: (i) Pentafsiran terhadap perundangan dan nas-nas Al-Quran dan Sunnah oleh sahabat telah mewujudkan suatu himpunan pendapat, sama ada tentang asbab turunnya ayat atau sebab Nabi bersabda bagi sesuatu perkara. Justeru, hal ini dapat dilihat melalui Kitab Tafsir dengan matsur - Ibn Abbas atau At-Tabari. (ii) Sahabat telah meninggalkan fatwa-fatwa berbentuk ijtihad yang tidak ada nas-nas bagi sesuatu perkara. Dalam hal ini, wujud aliran Hadis di wilayah Hijaz (Mekah dan Madinah) dan aliran al-Rayu di wilayah Iraq (Kufah dan Basrah). (iii) Peristiwa Tahkim telah mewujudkan kelompok Khawarij dan Syiah. Justeru, kelompok ini telah menolak ketetapan hukum majoriti umat Islam

iaitu ahlusSunnah wal Jamaah dan kelompok ini telah menggunakan perundangan khusus untuk mereka. PERINGKAT KETIGA: PENGHIMPUNAN SUMBER DAN ULAMA MUJTAHIDIN Pengenalan: Setelah kekuasaan Bani Umayyah berakhir, daulah pemerintahan Islam selanjutnya dipegang oleh Dinasti Abbasiah. Berbanding dengan aktiviti sebelumnya yang tertumpu kepada gerakan futuhat (perluasan wilayah) , fasa ini dikenang sebagai fasa perkembangan ilmu pengetahuan terutama pembukaan Baitul Hikmah yang pengaruhnya masih dapat dilihat sehingga kini. Kegiatan ilmiah khususnya menghimpun dan menulis karya ilmu tafsir, hadis, fiqh dan fatwa rancak berlaku. Justeru, dalam hal ini aliran Hadis di wilayah Hijaz dan aliran al-Rayu di wilayah Iraq telah berkembang pesat dan seterusnya telah timbul mazhab-mazhab fiqh yang membentuk perundangan Islam seperti Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali yang dibentuk oleh pengikut imam mujtahid tersebut. Fasal 1: Faktor-faktor pertumbuhan Faktor utama yang mendorong perkembangan hukum Islam adalah berkembangnya ilmu pengetahuan di dunia Islam disebabkan oleh hal-hal berikut: Pertama: Pertumbuhan Ilmu Aqli (akal/rational) Pada zaman ini, Islam telah menguasai pusat-pusat peradaban Rom dan Parsi, seperti Antioch dan Basrah sehingga luasnya dari Andalus hingga ke China dan ramainya orang bukan Arab yang masuk Islam. Justeru, terdapat usaha transformasi ilmu klasik Rom (Yunani) dan Parsi dengan kaedah terjemahan buku ilmiah itu ke dalam bahasa Arab. Melalui gerakan terjemahan ini, karya-karya dari Yunani dan Parsi dalam bidang falsafah, matematik dan mantik ilmu pengetahuan dapat dibaca umat Islam. Kedua: Pertumbuhan Ilmu Naqli (wahyu) Berkembangnya luasnya ilmu pengetahuan kesan asimilasi umat Islam yang wujud di pelbagai wilayah , bangsa dan adat. Justeru, dari sudut penetapan hukum dan fatwa

dilaksanakan seiring dengan maslahat umum termasuk hukum bagi soalan berbentuk hypothetical yang belum terjadi perbuatannya. Selain itu, kesan daripada konsep pengkategorian ilmu (cabang ilmu aqli) maka ilmu-ilmu naqli juga berkembang seperti kategori aspek ulumul Quran; dan dalam ilmu tafsir terdapat kategori tafsir bil mathur, bir rayu, ahkam quran dan maanil quran. Begitu juga dalam ilmu Hadis terdapat usaha pembukuan (tadwin) seperti kitab musnad dan sunan. Dalam bidang ilmu kalam terdapat perdebatan isu-isu al-Tauhid tasawuf berkembang dengan giat pada zaman ini. Ketiga: Penghimpunan Al-Quran, Sunnah dan ijtihad Kesan penghimpunan sumber-sumber hukum ini membolehkan para ulama memberi penetapan hukum dengan produktif. Begitu juga, kegiatan menghafaz Al-Quran dan Hadis dilakukan sehingga terdapat cara mengisnad, menerima dan meriwayat hadis. Keempat: Sikap umat Islam yang bertaqwa Para mujtahid menjadi tumpuan umat Islam untuk mendapatkan penetapan hukum berkaitan kehidupan mereka agar selaras dengan syariah Islam. Suasana keislaman antara yang wujud telah mematangkan kebiasaan pembentukan hukum dan perkembangan konsep ilmu-ilmu Islam. Fasal 2: Kuasa dan sumber pembentukan hukum Kuasa pembentukan hukum adalah melalui suautu proses bermula dari Sahabat kepada para tabiin; kemudian diteruskan oleh murid tabiin iaitu tabi at tabiin; kemudian murid tabi at tabiin iaitu ulama mujtahid dan sahabat-sahabat mereka, dan seterusnya disetiap wilayah Hijaz, Syam, Kufah atau Mesir terdapat lapisan ulama pembentuk hukum yang mendapat kepercayaan umat Islam. Sumber hukum utama adalah al-Quran dan Sunnah. Kemudian berasaskan kepada ijma Sahabat dan mujtahid. Ulama seterusnya akan berijtihad dengan alQiyas atau pun dengan kaedah istinbat seperti al-Rayu atau al-istihsan. Pada peringkat ini juga berlaku hafazan Al-Quran yang giat dan pemberian baris syakal pada mushaf Usmani yang diedarkan ke wilayah Islam. Juga Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah memulakan pembukuan hadis dan seterusnya terdapat antara golongan muktazilah, qadariah, jabariah, khawarij, syiah dan ahlus-Sunnah. Begitu juga ilmu fiqh dan

kitab musnad (koleksi hadis menurut perawi) dan sunan hadis (sahih Bukhari, Muslim, Abi Dawud, Nasai, Tarmizi dan ibn Majah). Fasal 3: Prinsip asas dan ikhtilaf pembentukan hukum Pada awalnya tiada perselisihan kerana para tabiat tabiin akan megikut kaedah tabiin dan Sahabat iaitu fatwa hukum mengikut peristiwa yang terjadi. Namun, wujud juga perselisihan di zaman tabiin apabila bertembung dua aliran fahaman iaitu Imam az-Zuhri (aliran Hadis) dan Rabiah (aliran al-Rayu) dalam membentuk hukum sehingga ke zaman para mujtahid. Jika pada zaman Nabi tidak ada ikhtilaf, kerana apa-apa persoalan akan dirujuk (marji) kepada Nabi. Tetapi di zaman ini terdapat ramai sahabat yang mampu mengeluarkan hukum namun terjadi jua ihktilaf kerana ada perbezaan memahami dan pengetahuan mengenai nas. Ikhtilaf yang berlaku hanyalah dari segi furu tetapi tidak menjejaskan hal usul tasyri itu sendiri. Berbanding pada masa mujtahid, ikhtilaf berlaku dari segi usul istinbat seperti pemakaian qiyas, al-Rayu, istihsan . Perbezaan juga ketara dari aspek berikut: (i) penelitian hukum terutama mengenai penerimaan sesuatu hadis atau nas. Ianya melibatkan isu sama ada hadis ahad itu berbentuk sahih, hasan atau daif; sama ada perawi tiqah; juga isu penerimaan amalan penduduk Madinah sebagai sandaran hukum walaupun bercanggah dengan hadis. (ii) Pengaruh dan penerapan hukum berdasarkan kecenderungan sama ada beraliran madrasah hadis atau madrasah al-Rayu. Misalnya dalam isu pemakaian qiyas, ulama ahli Rayu akan melihat aspek maqasid sesuatu nas tetapi ulama ahli hadis akan melihat makna literal nas itu. Sebab berlaku perbezaan aliran ini adalah kerana: (a) Hadis di Iraq tidak banyak berbanding di Hijaz. Justeru mereka berijtihad dengan akal berdasarkan teladan sahabat i.e. Abdullah ibn Masud r.a. (b) Terdapat gerakan pemalsuan hadis oleh golongan khawarij dan syiah selepas peristiwa Tahkim. (c) Isu yang dihadapi oleh umat di wilayah Kufah dan Basrah adalah berbeza kerana akibat pengaruh Parsi berbanding umat di Hijaz.

(iii)

Terdapat

perbezaan memahami nas-nas terutama dari aspek uslub

lughawi dan lafaz perkataan sama ada berbentuk am, khas atau mustarak. Misalnya, ada yang berpendapat kata amar adalah mutlak wajib dan ada yang menyatakan kata amar hanya menuntut pekerjaan dan qarinah yang menentukan kewajipannya. PERINGKAT KEEMPAT: ZAMAN TAQLID Pengenalan: Kegiatan ijtihad mulai mengalami penurunan bermula kurun keempat Hijrah, yang mana sebahagian ulama memandang cukup memadai hanya merujuk pendapat imam mazhab tanpa perlu melakukan ijtihad kembali. Kalau sebelumnya para mujtahid merujuk langsung kepada Al-Quran dan Sunnah, maka pada fasa ini yang dirujuk adalah kitab-kitab fiqh oleh imam yang merujuk kepada al-Quran dan as-sunnah. Fasal 1: Sebab-sebab: Secara tidak langsung, perkara ini berlaku kerana suasana dan faktor politik di wilayah Islam yang luas mula berkocak dan membentuk entiti politik terpisah selain daulah Abbasiyah misalnya, terdiri kerajaan Islam Sepanyol, Idrisiyah, Fatimiyah dan selainnya ancaman kaum Seljuk dan Tartar. Seterusnya lahir faktor-faktor berikut: (i) Lemahnya daulah Islamiyah sehingga sokongan pemerintah terhadap kegiatan dan pengembangan ilmu sangat berkurang kerana tertumpu kepada soal politik. (ii) Adanya anjuran sultan untuk mengikuti aliran yang dianutnya. Kedudukan sultan berpengaruh terhadap taklid karena sultan hanya mengangkat qadi atau hakim dari mazhab yang dianutnya. (iii) (iv) Para ulama melakukan kegiatan yang bersifat internal, iaitu hanya mengembangkan mazhabnya sahaja dan mencari pengaruh pengikut. Munculnya hubb al dunya di kalangan ulama, iaitu ulama yang ilmunya digunakan hanya untuk mengejar kepentingan duniawi dan mendapat kedudukan jabatan . Justeru, berlaku hasutan dan fatwa yang menyalahkan pihak lawan. mengistinbat hukum yang juga

(v)

Terdapat juga orang yang tidak memiliki wibawa atau kelayakan (kompeten) dalam melakukan ijtihad telah mengeluarkan pelbagai fatwa-fatwa yang kesannya menjejaskan hak umat Islam dan maslahat umum. Sehinggakan para ulama telah memutuskan adalah wajar bertaklid dan mengikuti imam dan ulama berwibawa terdahulu yang sebenarnya dan hakikatnya juga mengistinbat hukum dengan rujukan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Fasal 2: Peranan Ulama dalam pembentukan hukum Walaupun mujtahid mutlak seperti imam-imam mazhab tidak wujud lagi, tetapi peranan ulama-ulama masih terdapat bagi mengembangkan lagi skop ilmu dalam urusan penentuan hukum. Justeru, peranan ulama ini boleh di bahagikan kepada kategori berikut: (i) Mujtahid dalam mazhab: iaitu sahabat atau murid imam-imam mazhab yang mengikuti kaedah mazhab tanpa menyimpang dari dasar utama. Perbezaan pendapat yang berlaku hanyalah dalam isu kecil tanpa keluar dari kaedah yang ditetapkan. (ii) Mujtahid dalam masalah yang tidak ada riwayat dari imam mazhab: iaitu ulama yang mengistinbat hukum dalam masalah yang tidak ada riwayat dari imam mazhab serta isu itu belum diberi penentuan hukum. (iii) Mujtahid al-Takhrij: iaitu ulama yang tidak ijtihad tetapi mengeluarkan hujah (iv) dan alasan untuk memperkuatkan, menghuraikan atau menghilangkan kesamaran sesuatu isu yang timbul. Mujtahid al-Tarjih: iaitu ulama yang membuat perbandingan pendapat dan akan memberi sokongan ke atas satu pendapat dengan memperjelas dan memperkuatkan hujahnya. (v) Mujtahid taklid: iaitu ulama yang membezakan antara riwayat yang nadir dengan riwayat yang zahir; juga antara dalil yang kuat dengan dalil yang lemah. Justeru, para ulama tersebut akan berperanan melaksanakan talil hukum dengan kajian terhadap tafsiran yang telah dibina oleh imam mazhab melalui kaedah takhrij atau tarjih, seterusnya memperkukuhkan lagi mazhab.

KESIMPULAN Adalah penting pengajian Tarikh Tasyri ini sebagai asas untuk memahami dengan jelas faktor-faktor perkembangan Ilmu Islam yang syumul dan lengkap dalam mencorakkan kehidupan umat Islam yang bertaqwa. Namun begitu, budaya ilmu yang membangunkan masyarakat Islam sejak sekian lama ini sentiasa diancam oleh puak Yahudi dan Nasara . Justeru, pembudayaan Ilmu asas ini adalah amat penting untuk mengetahui dan seterusnya menangkis serangan pemikiran dan prinsip adu domba divide and rule yang dilancarkan supaya tidak terjajah pemikiran umat yang pernah dijajah secara politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat kini, para orientalis sibuk dalam gerakan ilmiah mereka untuk memesongkan tradisi ilmu Islam. Ini dilakukan melalui perbagai bidang ilmu misalnya dari aspek ulumul Quran atau Hadis terdapat gerakan tafsiran semula sumber tasyri atau pun mempersoalkan ijtihad mazhab. Keilmuan para ulama kini bertambah penting untuk menangani isu-isu secularism, liberalism dan pluralism agama yang ditimbulkan untuk menjajah minda umat Islam.