tugasan 4:pembacaan dan penilaian kendiri

8
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 4 PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI CHAPTER 7: CONNECTING LEARNERS AT A DISTANCE DISEDIAKAN OLEH: SITI ZULBIDAH BINTI HASAN M20121000516 DISEDIAKAN UNTUK: PROFESOR MADYA DATO’ DR ABDUL LATIF BIN HJ GAPOR TARIKH SERAHAN: 30 NOVEMBER 2013

Upload: siti75

Post on 30-Jun-2015

82 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 4:Pembacaan dan Penilaian Kendiri

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN

WEB

TUGASAN 4

PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI

CHAPTER 7: CONNECTING LEARNERS AT A DISTANCE

DISEDIAKAN OLEH:

SITI ZULBIDAH BINTI HASAN

M20121000516

DISEDIAKAN UNTUK:

PROFESOR MADYA DATO’ DR ABDUL LATIF BIN HJ GAPOR

TARIKH SERAHAN:

30 NOVEMBER 2013

1. Apakah pembelajaran jarak jauh?

Page 2: Tugasan 4:Pembacaan dan Penilaian Kendiri

Pembelajaran jarak jauh semakin mendapat perhatian umum di mana dengan menggunakan

alat telekomunikasi sebagai kaedah pembelajarannya. Pembelajaran jarak jauh merupakan salah

satu proses pembelajaran di mana pelajar dan pengajar tidak berada di tempat yang sama dan

penggunaan teknologi media seperti audio,video dan penggunaan komputer digunakan sebagai

kaedah interaksi untuk berhubung antara satu sama lain. Antara jenis pendidikan jarak jauh

adalah seperti Syncronous(sama masa berlainan tempat), Bleded (Percampuran masa dan

tempat) dan Asynchronous (masa dan tempat yang berbeza).

3. Bagaimanakah sistem audio dan televisyen memudahkan pembelajaran jarak jauh?

Audio dan televisyen merupakan antara sumber jenis utama yang membantu pelajardalam

kaedah pembelajaran jarak jauh. Kedua-dua jenis ini memainkan peranan sebagai alat

komunikasi untuk menyampaikan maklumat.

a) Sistem Audio

Audio merupakan perwakilan elektrik atau sesuatu yang mengeluarkan bunyi. Contohnya radio

yang merupakan antara teknologi pertama yang digunakan untuk menyampaikan maklumat

dalam pendidikan. Dalam konteks pembelajaran secara jarak jauh, penggunaan kaset dan CD

boleh digunakan oleh pelajar sama ada secara individu atau konferen yang digunakan sebagai

komunikasi dua hala. Pelajar menggunakan sumber ini dengan mendengar maklumat dan

memahami apa yang hendak disampaikan. Selain itu, penggunaan Audio teleconference yang

merupakan interaksi secara langsung dengan menggunakan telefon, satelit atau internet di mana

ia boleh berkomunikasi di lokasi yang berbeza sebagai alat untuk menyampaikan mesej. Guru

juga boleh menggunakan handouts ataupun lembaran Powerpoint sebagai sokongan kepada

audio tersebut. Walau bagaimanapun guru perlu bijak menggunakan menggunakan sumber ini

mengikut situasi sedia ada supaya matlamat pengajaran dan pembelajaran tercapai.

Page 3: Tugasan 4:Pembacaan dan Penilaian Kendiri

b) Televisyen

Teknologi televisyen pula menyediakan pelbagai jenis peluang kepada pelajar. Antaranya

pelajar boleh menonton sendiri rancangan televisyen berbentuk pendidikan untuk tujuan

pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan mereka. Terdapat dua kaedah dalam

pembelajaran jarak jauh dengan menggunakan teknologi televisyen iaitu:

a. Televisyen satu hala

Merupakan sistem penyampaian maklumat kepada pelajar tanpa hubungan

berinteraksi dengan guru. Pelajar perlu menonton bahan rancangan pendidikan dan

memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru. Ia juga boleh dilakukan di

tempat yang berbeza mengikut kesesuaian situasi.

b. Televisyen dua hala

Sistem komunikasi dan interaksi dengan menggunakan audio dan video untuk

mendapat maklum balas secara dua hala. Pelajar dan guru boleh berinteraksi antara

satu sama lain pada masa yang sama di lokasi yang berbeza. Ini adalah antara

kemudahan yang baik dan berkesan untuk pembelajaran jarak jauh serta objek untuk

menyampaikan maklumat dapat dicapai.

5. Terangkan ciri-ciri rangkaian kawasan setempat (LANs), rangkaian kawasan luas

(WANs), intranet dan rangkaian tanpa wayar.

a) LAN

Rangkaian kawasan setempat ataupun Local Area Network (LAN) merupakan satu

rangkaian komunikasi bersaiz kecil. Misalnya sebuah syarikat yang mempunyai

empat komputer. Satu LAN akan wujud apabila kita menghubungkan empat buah

komputer ini diantara satu sama lain. Komputer yang berada dalam rangkaian

kawasan setempat yang sama dapat menghantar maklumat dengan pantas. Ini adalah

kerana ia hanya merupakan satu rangkaian bersaiz kecil yang dapat mencapai kesan

perkongsian. maklumat (information sharing) Ini merupakan satu kelebihan LAN.

Page 4: Tugasan 4:Pembacaan dan Penilaian Kendiri

Satu LAN berhubung dengan rangkaian luar menerusi sebuah server (server

merupakan sebuah komputer yang berperanan untuk menghubungkan setiap

komputer yang terdapat pada rangkaian dalam LAN dan sebagai pihak utama yang

berhubung dengan rangkaian luar) untuk membolehkan penghantaran maklumat

bersama ke rangkaian luar dilakukan.

Ciri-ciri

  i) bergantung pada komputer dipanggil pelayan berpusat dan semua komputer

bersambung kepadanya.

  ii) Semua bilik darjah boleh akses kepada koleksi perisian dan data sekolah.

  iii) Boleh mengurangkan beban kerja teknologi ini.

b) WAN

Berbanding dengan LAN, rangkaian kawasan luas ataupun Wide Area Network

(WAN) merupakan rangkaian komunikasi yang merangkumi kawasan yang amat

besar. Ia merupakan rangkaian besar yang mungkin merentasi beberapa negara. Oleh

sebab WAN adalah amat besar, komputer individu biasanya tidak akan bersambung

ke WAN secara terus, tetapi bersambung ke satu LAN terlebih dahulu. Kemudian ia

akan bersambung ke WAN menerusi server LAN.

Ciri-ciri

i) Rangkaian yang melampaui dinding bilik atau bangunan, bersambung melalui

kabel atau sistem gentian.  

ii) Boleh menyambungkan komputer dalam kawasan geografi yang luas.

  iii) Sering digunakan untuk konfigurasi yang lebih kecil.

Page 5: Tugasan 4:Pembacaan dan Penilaian Kendiri

c) Intranet

Intranet ialah satu rangkaian komputer yang tertutup dan boleh dicapai oleh orang

atau pihak yang tertentu sahaja, contohnya rangkaian komputer sebuah universiti

yang menghubungkan semua jabatannya di seluruh kampus.

Ciri-ciri

i) Digunakan secara dalaman oleh pihak sekolah ataupun organisasi.

  ii) Sistem yang berkaitan dengannya adalah private dan hanya boleh diakses oleh orang

yang diberi kuasa sahaja.

  iii) Berkemungkinan mempunyai firewall untuk menghalang pengguna luar mengakses

rangkaian dalaman.

d) Rangkaian Tanpa Wayar

Satu rangkaian wayarles menghubungkan komputer tanpa wayar. Sebaliknya, ia

bergantung kepada gelombang mikro frekuensi radio, atau teknologi inframerah yang

bergantung kepada stesen pangkalan untuk sambungan kepada rangkaian. Rangkaian

tersebut menggunakan pemancar diletakkan di dalam bilik, di seluruh bangunan, atau di

kawasan kampus dan beroperasi dengan cara yang sama seperti rangkaian dawai keras.

Beberapa bandar telah memasang, terutamanya di bangunan lama. Komputer tidak lagi

terikat untuk stesen kerja. Laptop boleh digunakan di mana sahaja di dalam bilik,

bangunan, atau kampus dan masih mempunyai akses kepada internet.

Ciri-ciri

  i) Sambung komputer tanpa wayar.

  ii) Komputer tidak lagi terikat kepada stesen kerja.

iii) Boleh menggunakan komputer riba di mana-mana di dalam kawasan akses kepada internet.

Page 6: Tugasan 4:Pembacaan dan Penilaian Kendiri

RUJUKAN

Sharon E. Smaldino, Deborah. L. Lowther & James D. Russel. (2012). Instructional Technology

And Media For Learning. United State Of America: Pearson Education.