tugasan 3 srk3013 d20102040998 rizal bin osman

13
TUGASAN 2 PENGANTAR KIMIA NAMA : RIZAL BIN OSMAN NO. MATRIK : D20102040998 KUMPULAN : UPSI04(A122PJJ) NAMA PENSYARAH : DR KARTINI BT AHMAD TARIKH SERAHAN : 3 MEI 2013

Upload: babybinder-zon

Post on 30-Sep-2015

47 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tugasan 3

TRANSCRIPT

  • TUGASAN 2

    PENGANTAR KIMIA

    NAMA : RIZAL BIN OSMAN

    NO. MATRIK : D20102040998

    KUMPULAN : UPSI04(A122PJJ)

    NAMA PENSYARAH : DR KARTINI BT AHMAD

    TARIKH SERAHAN : 3 MEI 2013

  • BIL TAJUK MUKA SURAT

    1. Pengenalan 1

    2. Kegunaan Dan kepentingan jadual berkala 2

    3. Perkembangan Jadual berkala

    3.1 Antoine-Laurent de Lavoisier

    3.2 Johann Wolfgang Dobereiner

    3.3 John Newlands

    3.4 Lothar Meyer

    3.5 Dimitri Mendelev

    3.6 Henry Moseley

    3

    4

    5

    6

    6-8

    8

    4. Jadual Berkala Moden 9

    5 Penutup 10

    6 Rujukan 11

  • 1

    1. Pengenalan.

    Jadual berkala merupakan himpunan paparan unsur-unsur kepada kumpulan tertentu

    mengikut pertambahan atom dan konfigurasi electron. Konsep jadual berkala sebenarnya

    adalah sama seperti konsep susunan barangan di kedai runcit iaitu setiap barangan yang

    mempunyai ciri, bahan buatan dan isi kandungan yang sama akan diletakkan pada satu ruang

    yang sama.

    Sebelum wujudnya jadual berkala, ahli kimia menghadapi kesukaran untuk

    mengklasifikasikan unsur tertentu. Pada suatu ketika, unsur kimia tidak tersusun dan ini sangat

    menyusahkan ahli kimia untuk membuat kajian dan perbandingan. Berteraskan kepada

    permasalahan tu, wujud satu kesedaran tentang kepentingan membuat satu bentuk susunan

    bagi unsur kimia yang mempunyai persamaan ciri-ciri tertentu. Menerusi jadual berkala, ahli

    kimia akhirnya dapat mengkaji unsur secara tertib dan bersistematik. Selain itu dengan

    terciptanya jadual berkala juga ahli kimia boleh meramal sifat-sifat unsur berdasarkan

    pengetahuan tentang unsur lain dalam kumpulan yang sama. Sebagai contoh apabila ahli kimia

    menemui suatu unsur yang tidak dapat dikenalpasti, mereka boleh membuat perbandingan

    berdasarkan sifat-sifat unsur tersebut dengan unsur lain. Jika sifat unsur tersebut menepati atau

    mempunyai ciri yang sama dengan unsur yang diperbandingkan, maka ahli kimia boleh

    mengecilkan skop pencarian kepada kumpulan unsur tersebut sahaja. Akhirnya identity unsur

    yang tidak dikenali itu akan diperolehi apabila perbandingan dibuat dengan teliti.

    Secara Asasnya, Jadual Berkala dibahagikan kepada 3 unsur utama iaitu unsur logam,

    unsur bukan logam dan unsur separuh logam. Pembahagian unsur ini adalah berdasarkan

    kepada ciri fizikal bahan tersebut. Di dalam jadual berkala awal terdapat 18 kumpulan dan 7

    kala. 18 Kumpulan ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam electron valens dimana unsur-

    unsur disusun mengikut pertembahan nombor proton di barisan mendatar. Sebagai contoh

    kumpulan 1 dikategorikan sebagai logam alkali manakala kumpulan 17 pula adalah halogen.

    Selain daripada 18 kumpulan, jadual berkala juga mempunyai 7 kala. Kala ini disusun secara

    menegak dan mewakili bilangan petala yang sama. Apabila merentasi kala dari kiri kekanan,

    terdapat beberapa perubahan dari segi sifat kimia dan fizikal sesuatu unsur. Sebagai contoh,

    sifat kelogaman semakin berkurang dan sifat bukan logam semakin bertambah. Selain tu

    kekonduksian elektrik juga semakin berkurang dan sifat oksida berubah daripada sifat alkali

    kepada asid. Antara ahli-ahli kimia yang menyumbang terhadap perkembangan Jadual Berkala

    termasuklah John Dalton, Antoine Lavoisier, Johann W. Dobereiner, John Newlands, Lothar

    Meyer, Dmitri Mendeleev dan H.J.G Mosley.

  • 2

    2. Kegunaan dan kepentingan Jadual Berkala

    Jadual berkala dilihat sangat penting di dalam perkembangan ilmu kimia di dunia. Dengan

    menggunakan jadual berkala, ahli kima dapat menentukan unsur yang ditemui dengan mudah.

    Terdapat beberapa kepentingan jadual berkala. Antaranya ialah

    1. Sifat-sifat unsur boleh difahami dengan lebih baik.

    Dengan mengunakan jadual berkala, ahli kimia dapat menentukan kedudukan unsur

    dalam pelbagai kumpulan yang mempunyai kaitan dengan struktur atom mereka. Unsur

    disusun mengikut stuktur atom mereka. Dengan cara ini,sifat unsur berkenaan dan

    persamaan unsur berkenaan dapat difahami dengan baik.

    2. Unsur dengan sifat-sifat yang serupa dimasukkan ke dalam kumpulan tertentu.

    Terdapat banyak unsur di dalam jadual berkala. Kaedah yang digunapakai ialah dengan

    menyusun unsur dengan sifat serupa di dalam kumpulan yang sama. Sebagai contoh,

    bahan logam iaitu zink dan besi diletakkan di dalam kumpulan yang sama kerana

    mempunyai sifat yang serupa. Dengan adanya penyusunan ini akan memudahkan

    pengkajian unsur dan sebatian dilakukan

    3. Sifat-sifat unsur boleh diramalkan berdasarkan kepada kedudukan unsur-unsur

    itu dalam Jadual Berkala. Walaupun ahli kimia tidak mengetahui sifat-sifat semua

    unsur di dalam jadual berkala, beliau dapat meramalkan sifat unsur bahan yang dikaji

    berdasarkan kedudukan bahan berkenaan di dalam jadual berkala.

    4. Hubungan antara unsur berlainan akan lebih mudah difahami

    5. Dapat meramal sifat unsur yang belum diketahui lagi.

    Sekiranya ahli kimia menemui unsur baru yang tidak diketahui namanya, mereka boleh

    membuat perbandingan sifat berdasarkan jadual berkala. Sekiranya sifatnya menepati

    nilai seperti di dalam jadual berkala, ahli kimia boleh mengenalpasti unsur berkenaan

    dengan mudah.

  • 3

    3. Perkembangan Jadual Berkala

    3.1 Antoine-Laurent de Lavoisier

    Antoine-Laurent de Lavoisier (1743 1794) adalah seorang ahli kimia Perancis yang

    merupakan orang pertama untuk mengelaskan unsur-unsur mengikut kumpulan tertentu. Beliau

    juga merupakan orang yang memberikan nama kepada oksigen pada tahun 1774. Pada tahun

    1789, Antoine Lavoisier menyusun unsur-unsur, cahaya, haba, dan beberapa sebatian, ke

    dalam suatu jadual mengikut kumpulan.

    Rajah 1 : Unsur Lavoisier

    Dalam jadual itu, unsur-unsur dikelaskan kepada logam dan bukan logam. Selain itu

    beliau juga memasukkan gas dan oksida logam di dalam kumpulan yang sama. Namun begitu,

    jadual itu tidak dapat diterima dan tidak boleh digunapakai kerana mengandungi banyak

    kesilapan cahaya, haba, dan beberapa sebatian yang belum dapat diuraikan pada ketika itu

    seperti kapur, silika, alumina, barita dan magnesia juga dimasukkan dalam jadual yang sama.

  • 4

    3.2 Johann Wolfgang Dobereiner

    Johann Wolfgang Dobereiner (1780 1849) adalah seorang ahli kimia Jerman yang

    mendapati bahawa unsur boleh dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan

    mempunyai tiga unsur tertentu yang mempunyai sifat-sifat kimia yang sama. Beliau telah

    menamakan setiap kumpulan tiga unsur ini sebagai triad. Pada tahun 1829, Dobereiner

    menunjukkan bahawa logam-logam kalsium, strontium dan barium mempunyai sifat-sifat kimia

    yang serupa dan jisim-jisim atom mereka adalah masing-masing 40, 88 dan 137. Dobereiner

    menyedari bahawa purata jisim-jisim atom kalsium dan barium adalah hampir dengan jisim

    atom strontium. Contoh-contoh Triad Dobereiner yang lain ialah

    Rajah 2 Triad Dobereiner

    Walaupun terdapat pengkelasan dalam bentuk triad ini, ianya masih terlalu asas dan

    sangat terhad kepada beberapa unsur sahaja. Walaubagaimanapun, hukum triad yang

    dikemukan oleh beliau telah mencadangkan satu perhubungan antara sifat kimia dan jisim atom

    unsur untuk perkembangan Jadual Berkala Unsur pada masa kini.

  • 5

    3.3 John Newlands

    John Newlands (1837-1898), seorang ahli kimia British telah menyusun unsur-unsur yang

    diketahui dalam tertib penambahan jisim atom dan menunjukkan bahawa sifat-sifat fizikal dan

    kimia yang serupa akan terdapat pada unsur yang kelapan di dalam siri. Kejadian ini berlaku

    pada tahun 1864. Ia membawa kepada hukum oktaf yang dicadangkan oleh Newlands.

    Hukum Oktaf Newlands adalah seperti berikut

    Rajah 3 Hukum Oktaf Newlands

    Beliau gagal disebabkan beliau tidak sedar akan kewujudan unsur-unsur lain yang

    masih belum berjaya dijumpai pada ketika itu.. Hukum Oktaf Newlands tidak dapat diterima

    pakai kerana hukum berkenaan hanya dipatuhi untuk 17 unsur pertama sahaja iaitu dari

    hydrogen ke kalsium..Maka jadualnya tidak dapat diterima. sNamun umbangan beliau adalah

    amat penting kerana beliau merupakan ahli kimia yang pertama yang menunjukkan kehadiran

    satu corak berkala bagi sifat-sifat unsur, iaitu ulangan sifat kimia yang serupa pada unsur

    kelapan.

  • 6

    3.4 Lothar Meyer

    Lothar Meyer (1830 1895) adalah seorang ahli kimia Jerman yang telah melukis sebuah graf

    isipadu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang diketahui pada ketika itu.Beliau

    menamakannya Lengkung Meyer. Pada lengkung Meyer, unsur-unsur Li, Na, K, Rb, dan Cs

    menempati kedudukan yang setara, yaitu di puncak. Be, Mg, Ca, Sr, dan Ba berada di titik

    kedua dari puncak. Ternyata unsur-unsur yang letaknya setara memiliki sifat yang sama.

    Menurut Meyer, Isipadu atom bagi sesuatu unsur adalah isipadu yang ditempati oleh 1 mol

    atom-atom unsur tersebut. Selain itu isipadu-isipadu satu mol bagi atom-atom sesuatu unsur

    jika ianya bersifat seperti pepejal. Kemudian ia melakarkan isipadu-isipadu atom melawan jisim-

    jisim atom bagi unsur-unsur itu Lengkung Meyer adalah seperti berikut

    Rajah 3 Lengkung Meyer

    3.5 Dimitri Mendelev

    Dimitri Mendelev (1839-1907), adalah seorang ahli kimia Rusia telah menghasilkan

    pengkelasan berkala bagi unsur-unsur yang komprehensif dan berjaya buat pertama kalinya.

    Jadual Berkala Unsur adalah hasil ciptaan beliau pada tahun 1869. Ia meletakkan semua unsur

    yang diketahui ketika itu mengikut tertib penambahan jisim-jisim atom relatif bermula dengan

  • 7

    hidrogen iaitu unsur yang paling ringan sekali. Beliau menunjukkan bahawa ada satu perkalaan

    mengenai sifat-sifat unsur-unsur (iaitu sifat-sifat yang serupa didapati berulang-ulang bagi

    unsur-unsur pada jangka-jangka yang tetap. Mendelev menyatakan Hukum Berkala : Sifat-

    sifat unsur-unsur adalah fungsi perkalaan berat atom mereka. Mendelev memperbaiki susunan

    yang dibuat oleh Newlands dengan meninggalkan tempat-tempat kosong bagi unsur-unsur

    yang belum diketahui dan membuat senarai yang berasingan bagi beberapa unsur yang tidak

    boleh dimasukkan ke dalam mana-mana kumpulan , contohnya Fe, Co, Ni. Sebahagian dari

    Jadual Mendelev ditunjukkan seperti di bawah.

    Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam

    satu blok yang berasingan iaitu ke kumpulan logam peralihan.Contoh unsur-unsur tersebut

    ialah:

    Mangan(Mn)

    Besi(Fe)

    Kobalt(Co)

    Nikel(Ni)

    Walaupun unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom menaik, tetapi beliau menerbalikkan

    dua pasangan unsur iaitu Nikel(jisim atom 58.7) dengan Kobalt(jisim atom 58.9) dan Iodin(jisim

    atom 126.9) dengan Telurium(jisim atom 127.6) supaya unsur-unsur tdengan sifat kimia yang

    sama dapat dikumpulkan dalam kumpulan yang sama.Penyusunan ini dapat disahkan benar

    apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom dalam Jadual Berkala Moden.Unsur-

    unsur dengan sifat-sifat kimia yang serupa terdapat di dalam satu kumpulan. Unsur-unsur di

    dalam kala yang sama menunjukkan satu perubahan beransur-ansur bagi sifat-sifat mereka.

    Sumbangan Mendelev kepada perkembangan Jadual Berkala ialah :

  • 8

    1. Ia meninggalkan tempat-tempat kosong bagi unsur-unsur yang belum diketahui yang

    mana bila telah dijumpai kemudiannya dapat mengisi tempat-tempat kosong tersebut.

    2. Walaupun unsur-unsur telah disusun mengikut tertib jisim atom relatif, Mendelev

    mengubah susunan ini sebaliknya. Jika sekiranya ia dapat mengumpulkan bersama

    unsur- unsur dengan sifat-sifat yang serupa. Misalnya, tellurium (Te) dan Iodin (I).

    3. Mendelev meramalkan sifat-sifat bagi unsur-unsur yang tidak diketahui ketika itu (yang

    mana kemudiannya telah terbukti benar). Contoh Germanium (Ge).

    4. Pengkelasan kala moden adalah berdasarkan kajian Mendelev.

    3.6 Henry Moseley

    Henry Moseley (1887-1912) telah memainkan peranan yang penting dari segi memodenkan

    Jadual Berkala seperti yang ada sekarang. Dalam tahun 1913, Moseley mendapati bahawa

    sinar-X yang dihasilkan oleh sesuatu logam adalah khusus bagi logam itu sahaja. Frekuensinya

    boleh dikira dari satu formula Matematik yang mana melibatkan satu integer tertentu berkaitan

    dengan unsur itu. (Angka ini menyamai nombor kedudukan dalam Jadual Berkala). Angka ini

    adalah suatu sifat utama bagi unsur itu yang dipanggil nombor atom. Beliau juga menyatakan

    bilangan proton atau elektron di dalam atom. Moseley menjumpai nombor-nombor atom bagi

    banyak unsur. Moseley adalah penyumbang terpenting kepada terbitnya Jadual Berkala Moden

    yang berasaskan kepada nombor atom. Hukum Berkala yang moden kini boleh dinyatakan :

    Sifat-sifat bagi unsur-unsur adalah fungsi berkala nombor-nombor atom mereka.

  • 9

    4. Jadual Berkala Bentuk Moden

    Dalam Jadual Berkala Bentuk Moden, unsur-unsur disusun mengikut tertib penambahan

    nombor-nombor atom. Unsur-unsur dengan sifat-sifat kimia yang serupa termasuk ke dalam

    kumpulan-kumpulan yang sama. Antara sifat Jadual Berkala moden ialah :

    a) Ia mengandungi kira-kira 104 unsur yang disusun mengikut tertib penambahan nombor

    atom.

    b) Turus-turus menegak dikenali sebagai kumpulan-kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini

    terdiri dari unsur-unsur yang boleh dianggap sebagai ahli-ahli sesuatu famili .

    c) Turus-turus mendatar dikenali sebagai Kala. Ada tujuh kala kesemuanya. Tiga kala yang

    pertama adalah kala-kala yang pendek. Kala 1 mengandungi dua unsur. Kala 2 dan 3

    mengandungi 8 unsur tiap-tiap satunya. Kala 4 dan 5 terdiri dari 18 unsur dan kala 6, 32

    unsur. (Ia adalah kala-kala panjang). Kala 4, 5 dan 6 juga mengandungi unsur- unsur

    peralihan. Ia terdiri daripada logam-logam biasa seperti Cr, Fe, Co, Ni dan Cu. Unsur-

    unsur 58 hingga 71 dikeluarkan dari bahagian utama Jadual dan diletakkan dalam satu

    kumpulan dipanggil dengan nama Lantanida. Unsur-unsur 90 dan ke atas dipanggil

    Aktinida. Ia termasuk banyak unsur-unsur yang disediakan secara sintetik misalnya

    Kurium, Berkelium, Einsteinium dan Fermium.

    d) Kebanyakan unsur-unsur Jadual Berkala adalah logam-logam. Ia termasuklah logam-

    logam peralihan dan unsur-unsur di sebelah kiri jadual iaitu kumpulan I dan II. Unsur-

    unsur bukan logam terletak di bahagian kanan Jadual Berkala, contohnya kumpulan-

    kumpulan V, VI , VII. Kumpulan-kumpulan yang berada di antara logam-logam biasa dan

    unsur-unsur bukan bukan logam iaitu kumpulan III dan IV adalah termasuk ahli- ahli

    yang menunjukkan sifat-sifat bagi kedua-dua logam dan bukan logam, contohnya Al,

    Ge, Sn.

    e) Unsur-unsur dalam kumpulan yang sama menunjukkan sifat-sifat kimia yang serupa dan

    banyak sifat-sifat fizikal mereka berubah secara perlahan-lahan bila menurun ke bawah

    dalam sesuatu kumpulan.

    f) Dalam merentasi sesuatu kala, sifat-sifat kimia dan fizikal bagi unsur-unsur berubah

    mengikut corak-corak yang tertentu.

  • 10

    5. Penutup

    Ahli-ahli kimia seperti Lavoisier, Dobereiner, Newlands, Meyer, Mendelev dan Moseley telah

    menyumbang kepada pembangunan dalam jadual berkala yang digunakan pada hari ini. Jadual

    berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui. Unsur ini

    disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan ciri kimia berubah secara tetap sepanjang

    jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia.Jadual piawaian

    membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain memaparkan unsur kimia untuk

    lebih terperinci atau sudut pandangan lain.

    Terdapat 109 unsur yang diketahui pada masa kini.Jadual Berkala Unsur membolehkan kita

    mempelajari serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur dengan lebih

    sistematik dan lebih mudah. Kumpulan jadual berkala adalah lajur menegak dalam jadual

    berkala bagi unsur. Terdapat 18 kumpulan dalam jadual berkala piawai. Unsur dalam satu

    kumpulan mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam elektron valens mereka, yang memberikan

    mereka ciri-ciri serupa. Ahli kimia menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur tertentu yang

    mempunyai sifat kimia yang sama. Sebagai contoh: klorin, bromin dan iodin mempunyai sifat

    kimia yang sama. Para ahli kimia kemudiannya cuba untuk meletakkan unsur-unsur dengan

    sifat kimia yang sama di dalam satu kumpulan. Ini membawa kepada pembangunan dalam

    jadual berkala.

  • 11

    6. Rujukan

    I. Asmayati Yahaya, Azlan Kamari, Azmi Mohamed,Illyas Md Isa, Ismail Zainol, Kartini

    Ahmad, Mohd Azlan Nafiah,Mohamad Syahrizal Ahmad, Mohamad Saufi Rosmi, Norlaili

    Abu Bakar,Norhayati Hashim, Ramli Ibrahim, Saripah Salbiah Syed Abd. Azziz,Wan

    Rusmawati Wan Mahamod, Yusnita Juahir (2013)Modul SRK3013/TRK3013 Pengantar

    Kimia, Pusat Pendidikan Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak.

    II. Eng Guan Hong, Lim eng Wah, Lim Yean Ching (2009), Fokus Ace SPM Chemistry,

    Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

    III. http://en.wikipedia.org/wiki/J._J._Thomson

    IV. http://ms.wikipedia.org/wiki/Atom

    V. http://ms.wikipedia.org/wiki/Elektron

    VI. http://ms.wikipedia.org/wiki/Neutron

    VII. http://ms.wikipedia.org/wiki/Proton

    VIII. http://www.chemheritage.org/discover/online-resources/chemistry-in-history/themes/the-

    path-to-the-periodic-table/dalton.aspx

    IX. Prof K. Bartens (1975), Ringkasan Sejarah Filsafat , Penerbitan Kanisius Indonesia.

    Perpustakaan Awam Sabak Bernam.

    X. Tan Pek Soo (2008), Bilingual Chemistry Form 4, Arah Pendidikan Snd Bhd, Shah Alam,

    Selangor Darul Ehsan.