tugasan 1 sejarah atom d20102040998 rizal bin osman

12
TUGASAN 1 PENGANTAR KIMIA NAMA : RIZAL BIN OSMAN NO. MATRIK : D20102040998 KUMPULAN : UPSI04(A122PJJ) NAMA PENSYARAH : DR KARTINI BT AHMAD TARIKH SERAHAN : 23 MAC 2013

Upload: babybinder-zon

Post on 30-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SEJARAH ATOM

TRANSCRIPT

  • TUGASAN 1

    PENGANTAR KIMIA

    NAMA : RIZAL BIN OSMAN

    NO. MATRIK : D20102040998

    KUMPULAN : UPSI04(A122PJJ)

    NAMA PENSYARAH : DR KARTINI BT AHMAD

    TARIKH SERAHAN : 23 MAC 2013

  • BIL TAJUK MUKA SURAT

    1. Pengenalan

    1

    2. Definisi Atom

    2-3

    3. Sejarah Atom

    3-9

    6. Rujukan

    10

  • 1

    Pengenalan.

    Atom ialah unit asas atau unit terkecil daripada sebuah unsur yang memiliki sifat-sifat

    dasar tertentu. Setiap atom terdiri dari satu unit kecil yang terdiri dari proton dan neutron dan

    sejumlah elektron pada jarak yang jauh. Atom itu sendiri merupakan 1 unit terkecil yang telah

    ditemui sehingga kini. Penemuan atom merupakan satu titik penting di dalam perkembangan

    dunia kimia. Satu ketika dahulu atom dikenali dengan nama atom kimia, tetapi satu ketetapan

    telah diambil bagi menamakan penemuan tersebut sebagai atom sahaja. Ianya dikenali sebagai

    objek terkecil dengan diameter beberapa negatif nanometer.

    Rajah 1 : Stuktur asas Atom

    Atom telah dikaji sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi. Ini kerana wujudnya keinginan dan

    kemahuan manusia untuk mengetahui apakah benda yang paling kecil sekali di dalam dunia ini.

    Pada tahun 400 Sebelum Masihi, seorang pengkaji Yunani yang bernama Democritus,

    mengemukakan bahawa sesuatu bahan tersusun di atas pertikel-partikel kecil yang tidak dapat

    dibahagikan lagi. Partikel ini diberi nama atomos. Atomos adalah perkataan yunani yang

    bermaksud tidak dapat dibahagi lagi. Dari perkataan itulah perkataan atom wujud pada hari ni.

    Bermula dari sinilah kajian mengenai atom bermula. Teori yang disampaikan cuba dibuktikan

    oleh ahli-ahli kimia selepasnya. Perkembangan kajian tersebut tidak terhenti hingga hari ini dan

    sesungguhnya masih ada usaha-usaha dan penemuan-penemuan baru yang dicapai setiap hari

  • 2

    Definisi

    Wikipedia.com1 mendefinisikan atom sebagai zarah terkecil dalam unsur kimia tanpa

    mengubah unsur-unsur kimianya. Perkataan atom itu sendiri pada asalnya bermaksud zarah

    tak terbahagi terkecil yang boleh didapati. Perkataan atom berasal daripada perkataan yunani

    iaitu atomos atau tidak terbahagi. Kebanyakkan atom terdiri daripada 3 jenis zarah zubatom

    iaitu elektrin.proton dan neutron. Elektron ialah subatom yang mempunyai cas negatif dan

    adalah antara yang terkecil antara ketiga tiga zarah ini. Proton pula ialah zarah yang

    mempunyai cas positif dan adalah kira-kira 1386 kali lebih besar daripada elektron. Neutron

    pula adalah zarah yang tidak bercas dan 1839 kali lebih besar daripada elektron

    Rajah 2 : Atom Helium

    Pusat Rujukan Persuratan Melayu pula mendefinisikan atom sebagai satu daripada unit

    asas jirim. Segala-galanya yang ada disekeliling kita terbina daripada atom. Atom sangat halus,

    sejuta kali lebih halus daripada ketebalan rambut manusia. Titik paling halus yang boleh dilihat

    di bawah mikroskon biasa mengandungi lebih daripada 10 bilion atom2.

    1 http://www.wikipedia.com

    2 http://prpm.dbp.gov.my

  • 3

    Manakala sebuah laman web Indonesia3 mendefinisikan atom sebagai partikel kecil

    yang tidak dapat di bahagikan lagi, memiliki elektron (negatif) yang mengelilingi proton (positif)

    bersifat dualisme iaitu elektron partikel dan gelombang elektron dapat berpindah dari satu kulit

    ke kulit lainnya di sertai dengan pemancaran atau penyerapan sejumlah tenaga tertentu.

    Kesimpulannya, atom bolehlah didefinisikan sebagai unsur yang paling kecil dimana di

    dalamnya zarah-zarah atom mengandungi proton dan neutron.

    Sejarah Atom

    Seperti diketahui, perkataan atom itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa yunani

    iaitu atomos yang membawa maksud tidak dapat dipacahkan lagi. Sejarah penemuan atom

    bermula seawal tahun 400 sebelum masihi. Ketika ini seorang ahli falsafah yunani yang

    bernama Democritus (460-370 sebelum masihi) merupakan antara ahli falsafah yang pertama

    menyatakan teori mengenai atom. Digelar bapa sains moden, Democritus menyatakan bahawa

    segala-galanya adalah terdiri daripada atom. Atom berbentuk fizikal (wujud) tetapi tidak selaras

    (geometri). Menurut beliau lagi, antara ciri-ciri atom ialah antara dua atom terdapat ruang

    kosong, atom tidak dapat dimusnahkan, telah sedia ada dan akan sentiasa ada, atom bergerak

    dan tiada bilangan jumlah atom itu sendiri.

    Rajah 3 : Model Atom Democritus

    3 http://dewipribadismansapuma.blogspot.com)

  • 4

    Selain itu atom mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Manakala mengenai

    berat atom, Democritus menyatakan bahawa semakin banyak atom, maka makin beratlah ia.

    Antara pandangan Democritus mengenai atom ialah mengenai bentuk dan sambungan atom itu

    sendiri. Alasan yang diberi oleh beliau ialah keteguhan atau kekuatan sesuatu bahan adalah

    bergantung kepada bentuk atom yang terbabit. Contohnya logam besi lebih kuat dan teguh

    kerana atom besi berbentuk cangkuk dan melekatkan antara satu atom dengan atom yang lain.

    Manakala atom air pula berbentuk lembut dan licin.

    Berdasarkan pandangan beliau, boleh disimpulkan bahawa setiap atom mempunyai

    bentuk yang berbeza-beza dan mempunyai sifat-sifat tersendiri. Apa membezakan antara satu

    atom dengan yang lain ialah bentuk, saiz dan susunan bahagian atom itu sendiri. Selain bentuk,

    beliau juga memberi penerangan mengenai pergerakan atom. Walaupun begitu, pandangan

    beliau mengenai pergerakan atom mendapat kiritikan ahli falsafah yang lain termasuk Aristole

    kerana beliau gagal memberikan penjelasan logik mengenai pergerakan atom tersebut.

    Ahli kimia kedua yang memberi sumbangan besar terhadap penemuan atom ialah

    John Dalton (1766-1844). John Dalton adalah seorang guru, dilahirkan di Cumberland, England.

    Antara pekerjaan utama beliau pada pringkat awalnya adalah sebagai seorang guru dan

    penceramah bebas sejak berumur 12 tahun lagi. Di dalam bidang pendidikan, beliau menyertai

    persatuan sains seperti Manchester Literary and Philosophical Society di Manchaster City,

    England. Persatuan ini banyak memberi kemudahan kepada beliau dalam bentuk kemudahan

    makmal dan persekitaran intelektual. Antara kertas kajian yang pertama beliau hasilkan adalah

    mengenai masalah buta warna atau juga dikenali dengan nama Daltonism.

    Rajah 4 :Model Atom Dalton

    Pada tahun 1803, John Dalton telah mengemukakan hukum asas bagi suatu perpaduan

    kimia yang kemudiannya dikenali sebagai Teori Atom Dalton. Teori Atom Dalton adalah

  • 5

    berteraskan kepada 2 hukum utama iaitu hukum kekekalan massa ( Hukum Lavoiser) dan

    hukum susunan tetap ( Hukum Prouts). Hukum kekekalan massa atau dikenali juga sebagai

    hukum Lomonosov-Lavoisier adalah suatu undang-undang yang menyatakan massa dari suatu

    sistem tertutup akan berterusan walaupun berlaku pelbagai proses di dalam sistem tersebut

    (dalam sistem tertutup Massa zat sebelum dan selepas reaksi adalah sama (tetap / berterusan))

    . Pernyataan yang umum digunakan untuk menyatakan hukum kekekalan massa adalah massa

    boleh berubah bentuk tetapi tidak boleh diciptakan atau dimusnahkan. Bagi suatu proses kimia

    di dalam suatu sistem tertutup, massa dari reaktan harus sama dengan massa produk4.

    Manakala Hukum Prouts pula menyatakan bahawa suatu persamaan kimia adalah terdiri dari

    unsur-unsur dengan perbandingan isipadu yang sama. Dengan kata lain, setiap suatu

    persamaan memiliki komposisi unsur-unsur yang tetap. Misalnya, air terdiri dari 8/9 isipadu

    oksigen dan 1/9 isipadu hidrogen.

    Berteraskan kedua-dua hukum, Dalton menyatakan bahawa atom merupakan bahagian

    yang terkecil sekali dan tidak dapat dibahagikan lagi. Selain itu atom juga digambarkan sebagai

    satu bola pejal yang sangat kecil dimana sesuatu unsur mempunyai atom berbeza dengan

    bentuk yang berbeza. Dalton turut menyatakan bahawa Atom dapat bergabung untuk

    membentuk unsur baru seperti hidrogen bergabung dengan oksigen dan membentuk air.

    Beberapa ahli kimia membahaskan teori yang di sampaikan oleh Dalton. Menurut

    mereka, teori Dalton mempunyai beberapa kelemahan nyata. Antaranya ialah mengenai

    pernyataan Dalton bahawa atom tidak boleh dibahagikan lagi adalah salah. Ini kerana, atom

    dapat dipisahkan kepada unsur yang lebih kecil iaitu proton, neutron dan elektron. Namun,

    disebabkan atom adalah unsur terkecil, ianya sangat terpengaruh dengan reakasi kimia. Selain

    itu, Dalton ada menyatakan bahawa atom dari unsur yang sama mempunyai persamaan dari

    segi segala hal. Kenyataan ini tidak bertepatan kerana terdapat atom yang datang daripada

    unsur yang sama mempunyai perbezaan dari segi jisim dan kepadatan.Atom yang mempunyai

    unsur yang sama tetapi jisim yang berbeza dikenali dengan nama isotop.

    Kajian mengenai atom diteruskan oleh ahli kimia tersohor iaitu Sir Joseph John JJ

    Thomson. Dilahirkan pada 18 September 1856, beliau adalah seorang ahli fizik British yang

    berjaya mengesahkan bahawa atom terdiri daripada zarah yang lebih kecil. Pada tahun 1897,

    beliau telah menemui elektron bercas negatif dalam eksperimennya itu. Selain daripada telah

    menemui elektron bercas negative, JJ Thomson juga adalah individu yang telah menemui

    4 http://id.wikipedia.org/wiki/Hukum_kekekalan_massa

  • 6

    isotop. Hasil daripada kajian dan penyelidikan yang telah beliau jalankan, beliau telah

    dianugerahkan sebagai penerima anugerah nobel dalam kategori fizik pada tahun 1906.

    Dilahirkan di Cheetam Hill, England JJ Thomson berasal daripada keluarga yang

    menjalankan perusahaan kain tenunan. Bapanya adalah seorang pekedai buku dan beliau

    mempunyai 2 orang adik beradik di dalam keluarga. Beberapa saintis, seperti William Prout dan

    Norman Lockyer, telah mencadangkan bahawa atom telah dibina daripada unit yang lebih asas.

    J.J Thomson, pada tahun 1897, adalah ahli kimia yang pertama telah mencadangkan bahawa

    unit asas adalah lebih 1000 kali lebih kecil daripada atom. Unit asas ini adalah zarah subatom

    yang kini dikenali sebagai elektron. Thomson mengesahkan teori ini melalui penerokaan beliau

    dalam eksperimen tabung sinar katod.

    Rajah 5 :Model Atom Thomson

    Tabung sinar katod adalah satu eksperimen yang dipelopor oleh Michael Faraday.

    Apabila arus elektrik dialirkan menerusi satu tabung kaca yang telah divakumkan, beliau

    mendapati satu sinaran telah dipancarkan dari katod yang bercas negatif kepada anod yang

    bercas positif. Sinar tersebut dikenali dengan nama sinar katod. Penemuan Faraday telah

    disokong oleh JJ Thomson dan beliau menamakan sinar katod tersebut sebagai elektron.

    Cadangan ini telah dibuat oleh JJ Thomson Pada 30 April 1897 berikutan penemuan bahawa

    sinar Lenard boleh bergerak lebih jauh melalui udara daripada yang dijangkakan bagi zarah

    bersaiz atom. JJ Thomson percaya bahawa sel muncul dari atom gas surih di dalam tiub sinar

    katod. Sebab itu dia membuat kesimpulan bahawa atom telah dibahagi, dan bahawa sel adalah

    blok binaan atom tersebut. Berdasarkan daripada eksperimen, beliau telah merumuskan

    bahawa jisim elektron adalah kira-kira 2000 kali lebih ringan daripada atom hidrogen..Akhirnya

  • 7

    beliau telah mengemukakan model atomnya yang mencadangkan bahawa elektron-elektron

    bertaburan di seluruh atom yang merupakan satu sfera yang bercas positif.

    Rajah 6 : Tabung Sinar Katod

    Selepas elektron ditemui oleh JJ Thomson, seorang ahli kimia yang lain telah bertindak

    untuk menjalankan eksperimen lebih mendalam mengenai elektron ini, Beliau ialah Ernest

    Rutherford. Dilahirkan pada 30 Ogos 1871 di New Zealand. Berbangsa British dan merupakan

    seorang ahli kimia dan fizik yang terkenal pada zamannya. Ayah beliau adalah seorang ahli fizik

    nuklear pada zamannya. Ernest Rutherford dianggap sebagai seorang pengkaji terhebat

    standing Michael Faraday yang telah menemui tabung sinar katod. Antara penemuan awal

    Ernest Rutherford ialah mengenai konsep separuh hayat sinar radioaktif.

    Rajah 7: Model Atom Rutherford

    Penemuan penting Ernest Rutherford dalam bidang berkaitan atom berlaku pada tahun

    1911 dimana beliau telah menemui proton iaitu zarah yang mempunyai cas positif. Beliau

    menyatakan bahawa proton terkandung di dalam elektron. Sebelum ini ahli sains berpendapat

    bahawa atom mesti mengandungi sejenis zarah kecil lain yang bercas positif untuk

    mengimbangi cas negatif pada elektron supaya keseluruhan atom adalah stabil dan neutral.

  • 8

    Satu eksperimen telah dijalankan dimana beliau telah membedil sekeping logam nipis dengan

    sinar alfa yang terdiri daripada zarah-zarah positif.

    Rajah 8 :Ujian Rutherford

    Beliau mendapati bahawa kebanyakkan zarah alfa menembusi logam itu tanpa

    memesong. Hanya sebilangan zarah yang dipesongkan manakala yang sebahagian yang lain

    dipantul balik. Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, beliau mengemukakan model atom

    beliau yang disebut sebagai neukleus atom dan membuat beberapa pernyataan berkaitannya

    Antara pernyataan beliau ialah hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang

    sangat kecil, berat dan bercas positif. Kawasan ini dipanggil nucleus. Selain itu beliau juga

    menyatakan bahawa nucleus mengandungi proton sahaja dan bilangan proton adalah sama

    dengan bilangan elektron dalam atom. Menerusi pemerhatian, beliau menyatakan bahawa

    kebanyakkan kawasan di dalam atom merupakan bahagian kosong dimana elektron boleh

    bergerak dengan cepat mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan,

    Atom terdiri daripada nukleus yang dibentuk daripada proton yang bercas positif dan

    neutron yang tidak mempunyai cas. Di sekeliling nukleus pula terdapat ruang yang besar untuk

    elektron yang bercas negatif bergerak. Proton, neutron dan elektron dikenali sebagai zarah

    subatom. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam model atom yang dikemukan oleh

    Ernest Rutherford kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford kurang daripada

    jisim atom yang sebenar. Masalah ini diselesaikan oleh James Chadwick.

  • 9

    Rajah 9 :Model Atom James Chadwick

    Penemuan proton oleh Ernest Rutherford memberi impak besar kepada James

    Chadwick. Kajian yang dijalankan oleh Rutheford sebenarnya mempunyai kelemahan dan

    James Chadwick telah membetulkannya. Sir James Chawick adalah seorang ahli fizik inggeris

    dan pemenang nobel paling dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab menemui neutron.

    Dilahirkan pada 20 Oktober 1891 di Bollington, Cheshire. Beliau adalah anak kepada John

    Joseph Chadwick and Anne Mary Knowles Chadwick. Beliau mendapat pendidikan tinggi di

    universiti Manchaster dan Cambrige

    Semasa di Cambridge, beliau berjaya telah menjumpai suatu zarah kecil yang lain selain

    proton. Beliau telah membuktikan kewujudan neutron seterusnya mengatakan nukleus

    mengandungi proton dan neutron tidak hanya mengandungi proton sahaja seperti yang

    dinyatakan oleh Ernest Rutherford. Berdasarkan eksperimen yang telah beliau jalankan, beliau

    menyatakan bahawa semua atom mempunyai neutron kecuali Hidrogen. Sejarah atom tidak

    terhenti disini. Penemuan-penemuan baru oleh ahli kimia terkini membawa kepada

    perkembangan terbaru mengenai atom hari ini. Berdasarkan sejarah, Penemuan atom berlaku,

    hinggalah ahli kimia menemui elektron, proton dan neutron sehinggalah penemuan nukleus

    atom perkembangan tersebut berterusan dimana ahli kimia terus berusaha dimana nombor

    proton, nucleon dan isotope ditemui

  • 10

    Rujukan

    1. Asmayati Yahaya, Azlan Kamari, Azmi Mohamed,Illyas Md Isa, Ismail Zainol, Kartini

    Ahmad, Mohd Azlan Nafiah,Mohamad Syahrizal Ahmad, Mohamad Saufi Rosmi, Norlaili

    Abu Bakar,Norhayati Hashim, Ramli Ibrahim, Saripah Salbiah Syed Abd. Azziz,Wan

    Rusmawati Wan Mahamod, Yusnita Juahir (2013)Modul SRK3013/TRK3013 Pengantar

    Kimia, Pusat Pendidikan Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak.

    2. Eng Guan Hong, Lim eng Wah, Lim Yean Ching (2009), Fokus Ace SPM Chemistry,

    Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

    3. http://en.wikipedia.org/wiki/J._J._Thomson

    4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Atom

    5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Elektron

    6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Neutron

    7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Proton

    8. http://www.chemheritage.org/discover/online-resources/chemistry-in-history/themes/the-

    path-to-the-periodic-table/dalton.aspx

    9. Prof K. Bartens (1975), Ringkasan Sejarah Filsafat , Penerbitan Kanisius Indonesia.

    Perpustakaan Awam Sabak Bernam.

    10. Tan Pek Soo (2008), Bilingual Chemistry Form 4, Arah Pendidikan Snd Bhd, Shah Alam,

    Selangor Darul Ehsan.