tugasan 1 etika perniagaan

4
UGD 1123 ETIKA PERNIAGAAN (SEMESTER OGOS 2010 / BAHAGIAN 1) TUGASAN 1 NAMA : NORMAYUDI BIN ABU BAKAR (MD0950089) PENSYARAH : EN NIZAM TARIKH : 27 SEPT 10

Upload: mayudi

Post on 13-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tugasan Etika Perniagaan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Etika Perniagaan

UGD 1123ETIKA PERNIAGAAN

(SEMESTER OGOS 2010 / BAHAGIAN 1)

TUGASAN 1

NAMA : NORMAYUDI BIN ABU BAKAR (MD0950089)

PENSYARAH : EN NIZAM

TARIKH : 27 SEPT 10

Page 2: Tugasan 1 Etika Perniagaan

TUGASAN 1

1. Contoh “Ethical Egoist” dan “Altruist” seperti berikut:

Ethical Egoist Altruist

a) Seorang pekerja stesyen minyak telah

mengurangkan sukatan liter bahanapi pada

meter pam berbanding harga pasaran yang

berkuatkuasa setelah diarahkan oleh

majikannya yang ingin mengangut keuntungan

lebih dengan menipu pelanggannya. Pekerja

tersebut terpaksa menyembunyikan perkara

tersebut kerana takut diberhentikan kerja.

a) Seorang doktor terpaksa membatalkan

temujanji dengan teman wanitanya kerana

terdapat banyak pesakit yang datang ke

kliniknya untuk mendapatkan rawatan segera.

b) Pengusaha kilang sardin cap ayam telah

mengarahkan pekerja bawahannya membuat

repacking (bungkusan semula) sardin yang

telah tamat tempoh jangka hayatnya setelah

dipulangkan semula oleh penjual kerana tidak

mahu menanggung kerugian kos bahan

mentah. Majikan mengugut pekerja

bawahannya supaya tidak menyebarkan

perkara ini sekiranya tidak ingin dibuang kerja.

b) Peniaga kedai runcit telah menerima

kembali makanan dalam tin yang telah

dipulangkan oleh seorang pembeli kerana di

dapati telah rosak bungkusannya. Peniaga

tersebut tidak mahu pembelinya mengalami

masalah kesihatan sekiranya memakan

makanan tersebut dan tindakan peniaga

tersebut dapat mengekalkan lagi pelanggannya

untuk terus membeli di kedainya.

c) Penjual nasi lemak telah menggunakan

kembali sambal nasi lemak lebihan semalam

untuk jualan hari tersebut kepada pembelinya

kerana tidak mahu menanggung kos jualan

yang meningkat dan ingin mendapatkan

keuntungan lebih hasil dari jualan tersebut.

c) Seorang pengurus hotel terpaksa menutup

premis hotelnya dari beroperasi disebabkan

banggunan hotelnya mengalami masalah

keretakan banggunan dan boleh mengancam

keselamatan pelanggannya sekiranya menginap

di hotel tersebut.

d) Pekerja sebuah bengkel kereta telah menipu

pelanggannya yang menghantar kereta

kepadanya untuk dibaiki. Pekerja tersebut telah

memberitahu pelanggannya bahawa kereta

d) Seorang pengusaha premis makanan

terpaksa menutup premisnya daripada

beroperasi disebabkan bekalan air mentah yang

disalurkan ke premisnya telah dicemari oleh

Page 3: Tugasan 1 Etika Perniagaan

mengalami kerosakan yang serius dan pelbagai

alatganti perlu ditukar sedangkan kereta

tersebut mengalami kerosakan kecil.

virus kencing tikus yang boleh membahayakan

pelanggannya sungguhpun beliau terpaksa

menanggung kerugian.

e) Pemaju syarikat pembangunan perumahan

telah mengurangkan jumlah simen yang

sepatutnya digunakan untuk menyiapkan

sesuatu projek perumahan kerana ingin

mengurangkan kos bahan mentah yang

semakin meningkat dan ingin mendapatkan

keuntungan yang lebih daripada pembeli

rumah.

e) Pemilik sebuah panggung wayang sanggup

menanggung kerugian dengan membayar

kembali harga tiket wayang kepada

penontonnya kerana ketiadaan bekalan elektrik

semasa tayangan sedang berlangsung.