tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di malaysia

16
1. PENGENALAN Pendidikan matematik di Malaysia berkembang dengan pesat sekali selaras dengan tuntutan masyarakat yang bergerak pantas ke arah persekitaran yang semakin maju. Masyarakat hari ini mengharapkan pendidikan akan menyediakan peluang kepada semua pelajar agar celik matematik. Secara umumnya, perubahan kurikulum ini melibatkan lima fasa, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971- 1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010). 2. PENDIDIKAN ZAMAN PRAMERDEKA (SEBELUM 1957) Sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka iaitu dari tahun 1400 sehingga tahun 1786. Dengan kedatangan agama Islam ke Melaka, pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan agama Islam. Namun apabila Portugis menawan Melaka pada tahun 1511, mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman

Upload: mohd-fahmi-yusof

Post on 03-Feb-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asal usul penddidikan matematik.Pendidikan matematik di Malaysia berkembang dengan pesat sekali selaras dengan tuntutan masyarakat yang bergerak pantas ke arah persekitaran yang semakin maju. Masyarakat hari ini mengharapkan pendidikan akan menyediakan peluang kepada semua pelajar agar celik matematik. Secara umumnya, perubahan kurikulum ini melibatkan lima fasa, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka iaitu dari tahun 1400 sehingga tahun 1786. Dengan kedatangan agama Islam ke Melaka, pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan agama Islam. Namun apabila Portugis menawan Melaka pada tahun 1511, mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik dan mazhab Protestant apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda. Pendidikan bertukar sekali lagi kepada pendidikan Inggeris apabila Inggeris memerintah Tanah Melayu (1786). Walaupun zaman kolonialisme British merentasi lebih kurang dua abad, negara Jepun telah memerintah Negara ini dari tahun 1942-1945 setelah tamat Perang Dunia Kedua. Hampir semua sekolah sedia ada diarah tutup melainkan sebilangan kecil sahaja dibuka untuk mengajar Bahasa Jepun. Di bawah pemerintahan British (1854), kaum Melayu, Cina dan India diasingkan dari segi pendidikan melalui dasar Pecah dan Perintah. Ianya bertujuan untuk menimbulkan pembahagian dalam kalangan rakyat jelata.Secara ringkasnya orang Melayu diberi pendidikan asas selama enam tahun sahaja di mana kemahiran asas melalui Ilmu Hisab dibekalkan agar anak-anak lelaki berupaya mengendalikan urus niaga perniagaan secara kecil-kecilan apabila dewasa nanti di samping nilai-nilai murni. Bagi orang India mereka diberi pendidikan asas dalm tempoh yang sama dan menjadi buruh di ladang-ladang getah dan trek keretapi. Orang Cina pula menerima pendidikan berasasakan kurikulum dari Negara Cina sendiri. 1. PENGENALANPendidikan matematik di Malaysia berkembang dengan pesat sekali selaras dengan tuntutan masyarakat yang bergerak pantas ke arah persekitaran yang semakin maju. Masyarakat hari ini mengharapkan pendidikan akan menyediakan peluang kepada semua pelajar agar celik matematik. Secara umumnya, perubahan kurikulum ini melibatkan lima fasa, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010). 2. PENDIDIKAN ZAMAN PRAMERDEKA (SEBELUM 1957) Sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka iaitu dari tahun 1400 sehingga tahun 1786. Dengan kedatangan agama Islam ke Melaka, pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan agama Islam. Namun apabila Portugis menawan Melaka pada tahun 1511, mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik dan mazhab Protestant apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda. Pendidikan bertukar sekali lagi kepada pendidikan Inggeris apabila Inggeris memerintah Tanah Melayu (1786). Walaupun zaman kolonialisme British merentasi lebih kurang dua abad, negara Jepun telah memerintah Negara ini dari tahun 1942-1945 setelah tamat Perang Dunia Kedua. Hampir semua sekolah sedia ada diarah tutup melainkan sebilangan kecil sahaja dibuka untuk mengajar Bahasa Jepun. Di bawah pemerintahan British (1854), kaum Melayu, Cina dan India diasingkan dari segi pendidikan melalui dasar Pecah dan Perintah. Ianya bertujuan untuk menimbulkan pembahagian dalam kalangan rakyat jelata.Secara ringkasnya orang Melayu diberi pendidikan asas selama enam tahun sahaja di mana kemahiran asas melalui Ilmu Hisab dibekalkan agar anak-anak lelaki berupaya mengendalikan urus niaga perniagaan secara kecil-kecilan apabila dewasa nanti di samping nilai-nilai murni. Ba

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

1. PENGENALAN

Pendidikan matematik di Malaysia berkembang dengan pesat sekali selaras dengan tuntutan

masyarakat yang bergerak pantas ke arah persekitaran yang semakin maju. Masyarakat hari ini

mengharapkan pendidikan akan menyediakan peluang kepada semua pelajar agar celik

matematik. Secara umumnya, perubahan kurikulum ini melibatkan lima fasa, iaitu Zaman

Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru

(1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan

Negara (2001-2010).

2. PENDIDIKAN ZAMAN PRAMERDEKA (SEBELUM 1957)

Sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka

iaitu dari tahun 1400 sehingga tahun 1786. Dengan kedatangan agama Islam ke Melaka,

pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan agama Islam. Namun apabila Portugis

menawan Melaka pada tahun 1511, mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama

Kristian mazhab Roman Katolik dan mazhab Protestant apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda.

Pendidikan bertukar sekali lagi kepada pendidikan Inggeris apabila Inggeris memerintah Tanah

Melayu (1786). Walaupun zaman kolonialisme British merentasi lebih kurang dua abad, negara

Jepun telah memerintah Negara ini dari tahun 1942-1945 setelah tamat Perang Dunia Kedua.

Hampir semua sekolah sedia ada diarah tutup melainkan sebilangan kecil sahaja dibuka untuk

mengajar Bahasa Jepun.

Page 2: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

Di bawah pemerintahan British (1854), kaum Melayu, Cina dan India diasingkan dari segi

pendidikan melalui dasar Pecah dan Perintah. Ianya bertujuan untuk menimbulkan

pembahagian dalam kalangan rakyat jelata.

Secara ringkasnya orang Melayu diberi pendidikan asas selama enam tahun sahaja di mana

kemahiran asas melalui Ilmu Hisab dibekalkan agar anak-anak lelaki berupaya mengendalikan

urus niaga perniagaan secara kecil-kecilan apabila dewasa nanti di samping nilai-nilai murni.

Bagi orang India mereka diberi pendidikan asas dalm tempoh yang sama dan menjadi buruh di

ladang-ladang getah dan trek keretapi. Orang Cina pula menerima pendidikan berasasakan

kurikulum dari Negara Cina sendiri.

Selepas Perang Dunia Kedua sistem pendidikan merangkumi tahap rendah, menengah,

latihan perguruan dan pendidikan tinggi. Semasa pemerintahan Jepun selama tiga tahun, jentera

pemerintahan Negara ini telah mengalami pelbagai masalah pendidikan. Kerajaan British telah

merancang untuk menstruktur semula sistem pendidikan di Negara ini. Maka terhasil Rancangan

Cheeseman. Namun ianya tidak berfokuskan kepada integrasi social dalam kalangan rakyat

berbilang kaum dan lupus begitu sahaja. Lantaran itu orang Melayu masih kekal dalam

perjuangan mereka untuk menuntut reformasi dalam bidang pendidikan yang kemudiannya

dimanifestasi dalam pelbagai laporan pendidikan. Antaranya termasuklah Laporan Barnes,

Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran 1952 dan Penyata Razak 1956:

a. Laporan Barnes (1951)- menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum

Melayu.

Page 3: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

b. Laporan Fenn-Wu (1951)- menyemak pendidikan kaum Cina

c. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem

persekolahan kebangsaan.

d. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk

memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran

dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Pendidikan semasa zaman pramerdeka menunjukkan bahawa subjek Ilmu Hisab

(Matematik) telah pun wujud. Namun silibus matematik yang diajar di sekolah masih belum

diselaraskan. Setiap sekolah bebas memilih mana-mana buku teks dan topik yang difikirkan

sesuai untuk diajar pada ketika itu. Silibus matematik akhirnya dikukuhkan lagi dengan

wujudnya kurikulum rasmi bagi pendidikan matematik pada tahun 1956 selepas cadangan

Penyata Razak. Namun hanya terdapat perubahan kecil sahaja pada tajuk aritmetik dan beberapa

tajuk lain. Melalui cadangan-cadangan Penyata Razak juga, latihan perguruan di negara ini pun

mula berkembang. Kerajaan British telah berusaha mendapatkan sebuah maktab perguruan di

United Kingdom bertujuan melatih bakal guru-guru dari Tanah Melayu iaitu Kirby Teachers’

Training College. Subjek Matematik terkandung dalam kurikulum sebagai subjek wajib bagi

latihan perguruan yang perlu dipelajari bakal guru-guru di samping beberapa subjek lain.

3. ZAMAN PASCA MERDEKA (1957-1970)

a) Penyata Rahman Talib 1961

Page 4: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

Lanjutan kepada Penyata Razak (1956), kerajaan meneruskan usaha memantapkan lagi

sistem pendidikan Negara. Lantaran itu laporan yang dihasilkan oleh jawatankuasa yang dikenali

sebagai Penyata Rahman Talib dan seterusnya menjadi asas kepada pembentukan Akta

Pelajaran 1961. Penyata Rahman Talib menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

utama pada semua peringkat pendidikan. Penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang

dilaksanakan kepada semua pelajar adalah sama.

b) Projek Khas 1970

Perubahan besar dalam subjek Matematik hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas

pada 1970. Ia merupakan Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dan bermula pada 1968

diketuai oleh Encik Abu Hassan Ali. Objektif projek ini adalah untuk memperbaiki mutu

pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di

Negara-negara maju. Projek Khas ini dibiayai oleh Yayasan Asia dan beberapa ahli American

Peace Corps dilantik menjadi penasihat. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk sesi

pembelajaran dan pembelajaran direkacipta oleh pensyarah dan guru yang yang telah dilatih di

luar negara.

Impak daripada Projek Khas ini berlaku beberapa perubahan minor pada sukatan pelajaran

matematik di sekolah rendah. Pendekatan baru iaitu kaedah berpusatkan murid (pupil-centered

strategy) dan berpusatkan bahan (material-centered strategy) serta kaedah inkuiri penemuan

diperkenalkan (inquiry-discovery method). Tujuannya adalah untuk menimbulkan minat

terhadap pelajaran Matematik dan melahirkan murid-murid yang boleh memahami dan

Page 5: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

mengukuhkan konsep matematik melalui aktiviti kumpulan dan matematik sebagai penyelesaian

masalah seharian.

Selepas Rusia melancarkan satelit SPUTNIK 1 pada tahun 1957, transformasi ke atas

pendidikan sains dan matematik berlaku dengan pesat di Barat. Antaranya ialah Nuffield

Mathematics Project (NMP) yang dilancarkan pada 1964 di Britain menjadi bahan rujukan

utama bagi Projek Khas ini. Kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dalam NMP

adalah berdasarkan Teori Piaget yang mengatakan bahawa pembelajaran awal kanak-kanak

adalah lebih berkesan dengan penggunaan bahan maujud telah diguna pakai dalam Projek Khas

ini.

Kajian daripada Projek Khas ini dilancarkan pada 1970 di 30 buah sekolah di sekitar Kuala

Lumpur sebagai percubaan. Guru-guru yang terlibat diberi kursus dalam perkhidmatan. Mereka

didedahkan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran dan dibekalkan buku panduan

mengajar dan pelbagai alat bantu mengajar. Pada tahun 1971, ianya diperkenalkan di sekolah

rendah di seluruh Malaysia. Program Projek Khas ini telah diubahsuai dari masa ke semasa

melalui penilaian dan saranan daripada guru dan nazir serta sukarelawan daripada Amerika

sebelum digantikan dengan Matematik KBSR yang telah dilaksanakan sepenuhnya pada 1983.

c) Program Matematik Moden (1970)

Sekumpulan penulis buku matematik iaitu Scottish Mathematics Groups (SMG) (1965-

1969) telah menghasilkan sembilan buah buku teks Matematik Moden sekitar tahun 1965-1969

(Modern Mathematics for Schools). SMG menjadi rujukan utama dalam Program Matematik

Page 6: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

Moden pada tahun 1970 bagi menengah rendah. Beberapa subjek baru seperti teori set, statistik

dan vektor diperkenalkan.

4. ZAMAN DASAR EKONOMI BARU (1971-1990)

Malaysia mengalami perubahan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1970-1990) yang

bermatlamat mengukuhkan perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan dalam kalangan

semua kaum dan penyusunan semula masyarakat. Pendidikan diberi keutamaan dan sama rata

dalam untuk semua kaum.

a) Program Matematik Moden (1970)

Dalam tempoh ini, Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan sejak 1969 telah

mengguna pakai topik-topik daripada School Mathematics Project (SMP) (1972) bagi

pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Dua buah buku teks iaitu Matematik

Moden Tingkatan 4 dan Matematik Moden Tingkatan 5 telah diterbitka pada 1974 dan 1975.

Sukatan Pelajaran Matematik Moden dirancang dengan tujuan menghasilkan sukatan Matematik

yang lebih progresif. SMP telah memberi pengaruh yang besar dalam penghasilan buku teks

matematik moden Malaysia.

Seterusnya kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan

Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah disatukan pada 1978. Satu

pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti system

pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik.

Page 7: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

b) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) dilaksanakan dengan tujuan

mengembangkan kemahiran mengira dalam kalangan murid. Beberapa topic dalam sukatan

matematik diubah suai semula selaras dengan kebolehan pelajar di Malaysia. Sukatan Matematik

dibahagikan kepada dua peringkat. Aras I (Tahun 1-3) memberi penekanan kepada penguasaan

konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas tambah, tolak, darab dan

bahagi. Aras II (Tahun 4-6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta

penyelesaian masalah.

Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan

Negara yang menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam kurikulum Matematik. KBSR

bertujuan menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan,

kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Ini selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1988 yang menekankan pendidikan

yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek.

5. ZAMAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan Negara.

Page 8: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

Sudah tentu subjek Matematik diberi penekanan yang lebih dan meluas bagi memastikan

Malaysia sentiasa seiring dengan Negara-negara maju.

a) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) (1994)

b) Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar

PelajaranKebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)mula

dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983. Rancangan

KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca , menulis

dan mengira.Di samping itu juga, ia jugamemberi tumpuan terhadap perkembangan

individu secara menyeluruh yangmeliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

(JERIS).Pada tahun1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang

untukmemperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secaramenyeluruh dan

bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yangberilmu, berakhlak mulia serta

berupaya memberi sumbangan kepadakemajuan , kesejahteraan serta pembangunan

negara.Walaubagaimanapun, faktor utam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang

berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus

kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat

utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang

kukuh.

Page 9: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR). Pada tahun 1998, sekali lagi berlaku perubahan kepada Kurikulum Matematik.

Matlamat utamanya adalah untuk memudahkan pelajar membina konsep nombordan menguasai

kemahiran asa menngira. Pelajar diharapkan mampu menguruskan aktiviti seharian mereka

dengan lebih sistematik berdasarkan pengetahuan matematik yang diperolehi dan terus maju

serta melanjutkan pelajaran di masa akan datang dalam pembentukan modal

menyumbangkemajuan masyarakat dan negara. Perubahan yang dibuat ini adalah selaras dengan

kehendak dan cita-citanya murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994.

c) Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)

Selaras dengan hasrat Negara kita untuk mencapai wawasan 2020 serta perkembangan

pesat dalam era sains dan teknologi, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk

mengubahsuai sistem pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemangkin yang difikirkan

sesuai ke arah pengubahsuaian ini adaalah pembentukan Sekolah Bestari (1995) yang dilengkapi

dengan system teknologi terkini.

Sukatan Matematik disemak semula bagi merealisasikan objektif dan aspirasi seperti

yang digariskan dalam visi 2020. Semakan semula pada tahun 1998 memastikan pelajar

menguasai kemahiran asas matematik dan mengadaptasi dalam situasi kehidupan harian.

Akhirnya jawatankuasa berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada

sembilan tajuk utama. Setiap tajuk telah disusun daripada mudah kepada susah. Tajuk-tajuknya

Page 10: tugasan 1 asal usul pendidikan matematik di Malaysia

ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas,

wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf.

6. Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

Pada abad ke-21, Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan program Pembangunan

Pendidikan (2001-2010) yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik

ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia.

a) Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI)

Pada Bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan enam

rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar

dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan

perkembangan teknologi maklumat.

Namun, dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan

oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009

dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri

Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan