tsk

6
5.0 Kepentingan Tanggungjawab Sosial Korporat kepada Organisasi Syarikat Antara syarikat yang sering melaksanakan tanggungjawab sosialnya ialah Syarikat Beras Faiza dengan kerjasama Media Prima Berhad. Kedua-dua syarikat ini telah melaksanakan sebuah program yang diberi nama Bersamamu. Program Bersamamu merupakan sebuah program khidmat masyarakat yang membantu rakyat yang miskin. Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di seluruh Malaysia untuk membantu golongan fakir miskin. Program terbitan TV3 ini mendapat sambutan hangat sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2005. Program yang ditayangkan pada jam 9.30 malam, hari rabu ini diharap dapat muhasabah diri dan menimbulkan kesedaran diri sesama insan untuk membantu golongan fakir miskin. Antara syarikat korporat melaksanakan tanggungjawab sosial untuk berpotensi meningkatkan keuntungan. Skala dan cara syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial adalah berbeza. Hal ini kerana setiap syarikat mempunyai skala yang berbeza dan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sosial mengikut kemampuan syarikat dan sukar dihitungkan. Orlitzky, Schmidt, dan Rynes mendapati ada kaitan di antara prestasi syarikat dan prestasi kewangan. Apabila sesebuah syarikat melaksanakan tanggungjawab sosialnya seperti Ronald Mcdonald House, pelanggan khususnya orang awam berminat membeli

Upload: zaigmie-najyana

Post on 22-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tsk

TRANSCRIPT

Page 1: Tsk

5.0 Kepentingan Tanggungjawab Sosial Korporat kepada Organisasi Syarikat

Antara syarikat yang sering melaksanakan tanggungjawab sosialnya ialah Syarikat

Beras Faiza dengan kerjasama Media Prima Berhad. Kedua-dua syarikat ini telah

melaksanakan sebuah program yang diberi nama Bersamamu. Program Bersamamu

merupakan sebuah program khidmat masyarakat yang membantu rakyat yang miskin.

Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di seluruh Malaysia untuk

membantu golongan fakir miskin. Program terbitan TV3 ini mendapat sambutan hangat

sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2005. Program yang ditayangkan pada jam 9.30

malam, hari rabu ini diharap dapat muhasabah diri dan menimbulkan kesedaran diri

sesama insan untuk membantu golongan fakir miskin.

Antara syarikat korporat melaksanakan tanggungjawab sosial untuk berpotensi

meningkatkan keuntungan. Skala dan cara syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial

adalah berbeza. Hal ini kerana setiap syarikat mempunyai skala yang berbeza dan mereka

perlu melaksanakan tanggungjawab sosial mengikut kemampuan syarikat dan sukar

dihitungkan. Orlitzky, Schmidt, dan Rynes mendapati ada kaitan di antara prestasi

syarikat dan prestasi kewangan. Apabila sesebuah syarikat melaksanakan tanggungjawab

sosialnya seperti Ronald Mcdonald House, pelanggan khususnya orang awam berminat

membeli produk mereka untuk turut menyumbang dalam melaksanakan tanggungjawab

sebagai ahli masyarakat. Walau bagaimanapun, sesebuah syarikat mungkin tidak

meramalkan pulangan dalam jangka masa pendek apabila membangunkan strategi

tanggungjawab sosial mereka. Hal ini disebabkan oleh keuntungan yang menurun apabila

beberapa peratus daripada keuntungan didermakan kepada badan kebajikan seperti rumah

orang-orang tua.

Page 2: Tsk

Selain itu, tanggungjawab sosial korporat juga dapat meningkatkan imej syarikat. Hal

ini kerana apabila sesebuah syarikat itu melaksanakan tanggungjawab sosial seperti

syarikat Samsung yang bukan sahaja menderma kepada mangsa tsunami di Balik Pulau,

Pulau Pinang malahan menghantar beberapa staf mereka untuk membantu mangsa

tsunami yang telah trauma dengan kejadian yang berlaku pada 26 Disember 2004

itu.Aktiviti yang dijalankan ini menyebabkan bukan sahaja orang ramai malahan ahli

korporat mempunyai perspektif yang positir terhadap syarikat elektronik dari Korea

ini.Mereka berpendapat syarikat Samsung ini prihatin dan sedia membantu rakyat yang

kesusahan.Peningkatan imej syarikat memudahkan syarikat melakukan pelbagai aktivti

seperti mempromosi produk mereka.Hal ini disebabkan jenama produk mereka yang

popular disebabkan kegiatan murni mereka.

Orang awam terutamanya golongan fakir miskin yang paling banyak menerima

faedah daripada tanggungjawab sosial korporat.Hal ini kerana mereka merupakan

golongan sasaran dan pelanggan utama tanggungjawab sosial korporat.Segala khidmat

bakti dan sumbangan yang dihulurkan disalurkan kepada mereka.Golongan fakir miskin

khususnya akan menerima sumbangan bukan sahaja dari segi kewangan,malahan

barangan elektrik seperti barangan LG, makanan seperti beras,serta pendidikan untuk

kanak-kanak.Hal ini seterusnya membantu golongan yang berpendapatan paling rendah

ini mengharungi kehidupan mereka dengan lebih lancar pada zaman inflasi tinggi

ini.Selain itu,anak-anak mereka juga dapat melanjutkan pelajaran bukan sahaja ke

sekolah rendah,menengah dan pusat latihan malahan ke institusi pengajian tinggi seperti

yang dipapar oleh TV3 dalam rancangan Bersamamu pada baru-baru ini.

Page 3: Tsk

Walau bagaimanapun,terdapat pelbagai masalah yang terpaksa syarikat hadapi

apabila melaksanakan tanggungjawab sosial.Antara aspek yang mungkin syarikat

mengalami masalah ialah risiko.Pengurusan risisko merupakan aspek utama dalam

kebanyakkan strategi korporat.Hal ini kerana semakin tinggi risiko yang telah

dihitungkan diambil,maka semakin tinggi pulangan yang diperolehi syarikat.Pelaksanaan

tanggungjawab sosial akan meningkatkan imej syarikat dan menarik perhatian bukan

sahaja orang awam malahan dari kerajaan,media,dan pemiutang.Sebarang kesilapan kecil

yang dilakukan syarikat seperti kesilapan mengira nilai keuntungan dan nilai yang perlu

disumbangkan.Hal ini menyebabkan reputasi yang telah lama dibina akan musnah dalam

sekelip mata.Selain itu,mereka juga akan dikecam dengan pelbagai tuduhan seperti

tuduhan rasuah dan skandal kerana disyaki menyalahgunakan wang sumbangan

Selain itu,orang awam turut menerima impak negatif daripada tanggungjawab sosial

korporat ini.Hal ini kerana orang awam terutama fakir miskin berpotensi tinggi untuk

dimanipulasikan oleh organisasi yang tidak bertanggungjawab.Mereka(golongan miskin)

dipergunakan sebagai imej syarikat seterusnya menyebabkan orang awam melahirkan

simpati dan menghulurkan derma kepada golongan miskin.Namun,hakikat sebenarnya

wang tersebut hanya diberi beberapa peratus sahaja kepada golongan miskin dan

selebihnya diambil syarikat ataupun individu yang berkuasa di dalam syarikat atas

kepentingan peribadi.Syarikat yang tidak bertanggungjawab ini juga mampu bertindak

melampau dengan mengubah kontrak tanpa pengetahuan fakir miskin yang sepatutnya

menerima jumlah tertentu.

Selain itu,terdapat juga syarikat yang menyalahgunakan label tanggungjawab sosial

dengan melakuka penipuan seperti 'skim cepat kaya'.Mereka menjadikan golongan

miskin yang banyak menerima sumbangan sebagai sasaran.Mereka menipu dengan

menyatakan niat mereka untuk mengubah kehidupan warga miskin sebaliknya mereka

hanya ingin mengambil wang sumbangan yang diterima golongan miskin itu sebelum

menghilangkan diri.

Page 4: Tsk

Kesimpulanya, tanggungjawab sosial memberi pelbagai kesan postif dan negatif

bukan sahaja kepada syarikat malahan orang awam juga. Sehubungan itu, syarikat

perlulah mendalami integriti supaya strategi tanggungjawab sosial tidak disalahgunakan

dan niat melakukan khidmat sosial adalah ikhlas serta mengekalkan imej baik syarikat.

Orang awam juga perlulah menggunakan faedah yang diterima dengan sebaik mungkin

bukan demi kepentingan individu,sebaliknya kepentingan keluarga dan masyarakat. Ada

sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja

kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak

bangsa yang kekal berpanjangan.