trip tokyo-fuji-snow tour dis 2015 & feb 2016 [promosi ramadhan - raya]

7
Pakej : Tokyo Fuji Tarikh : 13 hingga 17/18 Disember 2015 [5 hari 4 malam/6 hari 5 malam] 8 hingga 12/13 Disember 2015 [5 hari 4 malam/6 hari 5 malam] Destinasi : Tokyo, Hakone/Fuji, Gala Yuzawa, add on Disneyland. Jenis pakej : Bajet Pengangkutan : Pengangkutan awam. ITINERARY Hari Pertama - Ketibaan Kembara Jepun bersama Thaqafiah Group ini bermula di balai ketibaan lapangan terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo (International Terminal). Peserta akan terus dibawa ke hotel untuk check-in dan bermalam kerana ketibaan di Haneda Airport adalah pada waktu malam. Panduan pemakanan : Malam (dalam flight) Panduan solat : Maghrib-Isya (hotel) Hari Kedua – TOKYO TOUR Kembara hari ini adalah santai dan ringkas memandangkan rombongan baru tiba dan kepenatan akibat permusafiran. Kita akan ke Harajuku dan melalui Yoyogi Park yang cantik. Harajuku terkenal sebagai ‘bandar cosplay’ dan boleh didapati di sini pakaian cosplay dan juga cenderamata berbentuk pakaian, dan juga cenderamata lainnya. Crepe? Juga antara yang popular di sini. Menjelang petang, kita akan ke Tokyo Camii yang juga dikenali sebagai Masjid Turki kerana diasaskan oleh warga Turki dan reka bentuk terkininya seperti Blue Mosque di Turki. Pembinaan masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Turki dan masih diuruskan dengan dana tahunan daripada Turki. Kita akan menunaikan solat Zohor-Asar di sini.

Upload: ami-rah

Post on 04-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

CUTI

TRANSCRIPT

  • Pakej : Tokyo Fuji Tarikh : 13 hingga 17/18 Disember 2015 [5 hari 4 malam/6 hari 5 malam] 8 hingga 12/13 Disember 2015 [5 hari 4 malam/6 hari 5 malam] Destinasi : Tokyo, Hakone/Fuji, Gala Yuzawa, add on Disneyland. Jenis pakej : Bajet Pengangkutan : Pengangkutan awam. ITINERARY Hari Pertama - Ketibaan

    Kembara Jepun bersama Thaqafiah Group ini bermula di balai ketibaan lapangan terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo (International Terminal). Peserta akan terus dibawa ke hotel untuk check-in dan bermalam kerana ketibaan di Haneda Airport adalah pada waktu malam. Panduan pemakanan : Malam (dalam flight) Panduan solat : Maghrib-Isya (hotel) Hari Kedua TOKYO TOUR

    Kembara hari ini adalah santai dan ringkas memandangkan rombongan baru tiba dan kepenatan akibat permusafiran. Kita akan ke Harajuku dan melalui Yoyogi Park yang cantik. Harajuku terkenal sebagai bandar cosplay dan boleh didapati di sini pakaian cosplay dan juga cenderamata berbentuk pakaian, dan juga cenderamata lainnya. Crepe? Juga antara yang popular di sini. Menjelang petang, kita akan ke Tokyo Camii yang juga dikenali sebagai Masjid Turki kerana diasaskan oleh warga Turki dan reka bentuk terkininya seperti Blue Mosque di Turki. Pembinaan masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Turki dan masih diuruskan dengan dana tahunan daripada Turki. Kita akan menunaikan solat Zohor-Asar di sini.

  • Kemudian, kita akan ke Syibuya dan melihat Tugu Hachiko, yang dibina sempena memperingati anjing yang sangat setia kepada tuannya iaitu Hachiko. Kisah anjing ini telah difilemkan beberapa kali, dalam pelbagai bahasa. Di Shibuya juga terdapat Shibuya Crossing yang terkenal, iaitu simpang empat lintasan pejalan kaki yang tersibuk di dunia. Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (Harajuku), malam (hotel) Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (Tokyo Camii), Maghrib-Isya (hotel) Hari Ketiga FUJI/HAKONE TOUR

    Aktiviti hari ini akan bermula dengan melawat tanah tinggi Hakone yang mempunyai latar belakang pemandangan Gunung Fuji yang indah. Setibanya di Odawara, kita akan menaiki Tozan Scenic Train ke Gora. Keretapi ini berkonsepkan keretapi sight seeing di mana akan melalui kawasan lereng bukit dan lereng sungai yang sangat cantik pemandangannya.

    Setibanya di Gora, kita akan menaiki Sounzan Cable Car hingga ke stesen Sounzan iaitu kawasan tinggi yang kita akan dapat menyaksikan pemandangan Gunung Fuji yang cantik. Gunung Fuji merupakan gunung berapi aktif, dan gunung paling tinggi di Jepun iaitu kira-kira 3800 meter. Ia juga dikatakan sebagai gunung paling cantik di dunia kerana memiliki ketepatan simetri, hinggakan akan kelihatan bentuk yang sama tidak kita dari arah mana ia dilihat. Seterusnya, kita akan menaiki Hakone Ropeway menuju ke stesen Togendai. Di sana, kita akan menaiki Hakone Boat Cruise dan belayar merentasi tasik Ashi. Tasik Ashi merupakan tasik atas gunung seperti Danau Toba, terhasil disebabkan oleh letusan supervolcano jutaan tahun yang lampau.

  • Kita akan kembali semula ke Togendai dan menaiki bas menuju ke Gotemba Premium Outlet, yang merupakan gedung beli belah barangan berjenama dengan harga yang murah. Selepas itu kita akan menaiki bas menuju ke Odawara dan kembali semula ke Tokyo. Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (bawa bekal, makan di Sounzan), malam (hotel) Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (kawasan awam di Togendai), Maghrib-Isya (hotel)

    Hari Ke Empat GALA YUZAWA TOUR

    Salji. Itulah imej Gala Yuzawa, pusat skii dan snowboard yang paling mudah untuk pergi dari Bandar

    Tokyo. Kita akan merasai pengalaman menaiki bullet train atau shinkansen dari Tokyo ke sana

    selama 1 jam 40 minit.

    Setibanya di sana, kita akan menuju ke Ishiuchi Maruyama Snow Resort. Di sana anda akan

    dibekalkan dengan pakaian kalis salji. Bersuka rialah bermain salji sepuasnya di sana. Ada juga

    perkhidmatan spa dan kolam renang air panas disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Sangat

    menyamankan untuk ke kolam air panas setelah bermain salji dan kesejukan.

    Sesiapa berminat, boleh bermain ski atau snowboard dengan tamabahan bayaran 1800 yen untuk

    sewa peralatan, dan 2600 yen untuk menaiki lift selama setengah hari.

    Menjelang maghrib, kata akan kembali pulang ke hotel untuk beristirahat secukupnya untuk

    meneruskan kembara esok hari.

    Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (bawa bekal), malam (hotel)

    Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (kedai ski rental), Maghrib-Isya (hotel)

  • Hari Ke Lima SHOPPING TOUR

    Kembara kita bermula dengan menjelajah ke Imperial Palace yang bersejarah, yang merupakan tempat bersemanyam Maharaja Jepun sekarang iaitu Maharaja Akihito. Kemudian akan ke Tokyo Tower, salah satu mercu tanda utama di Tokyo. Tokyo Tower pernah memegang rekod menara telekomunisaki tertinggi di dunia suatu masa dahulu.

    Kemudian, kembara hari ini lebih bersifat shopping kerana akan melawat ke Asakusa, Ueno, dan Akihabara. Peserta juga boleh memilih untuk ke Nippori, bandar tekstile Tokyo. Di Asakusa, selain lorong cenderamata di Nakamise Street, terdapat juga beberapa lokasi menarik iaitu Sensoji Temple, Asakusa Mosque, dan jika berkelapangan boleh ke Tokyo Skytree dan melihat pemandangan sekitar Tokyo dari ketinggian 450 meter. Juga boleh merasai makanan Jepun di restoran Jepun seperti unagi dan tempura. Manakala di Ueno, selain membeli belah di Ameyoko Market, boleh merehatkan minda di Ueno Park yang merupakan antara lokasi tumpuan utama ketika musim sakura berkembang. Bagi peminat Hard Rock Caf dan barang cenderamatanya yang rare, di sinilah tempatnya, Hard Rock Caf Ueno.

    Gadjet dan Figure Art boleh didapati dengan mudah di Akihabara. Bahkan di Akihabara, terdapat sebuah pusat membeli belah yang sangat besar dan menghimpunkan segala jenis barang di dalamnya. Boleh didapati cenderamata, barangan elektrik, elektronik, kamera, computer, handphone, gadjet, jam seperti G-Shock, figure art, kelengkapan rumah, barang kecantikan dan perfume serta banyak lagi. Kembara diakhiri dengan salam perpisahan di Hamamatsucho Station. Sayonara dan jumpa lagi! Untuk yang ingin add on ke Disneyland, anda akan ada tambahan sehari untuk ke taman tema tersebut. Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (Asakusa), malam (hotel atau airport) Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (masjid Asakusa), Maghrib-Isya (hotel atau airport)

  • Hari Ke Enam ADD ON DISNEYLAND

    DISNEY ! Tidak terkata dan tiada kata dapat menggambarkan keseronokan berada di sana. Keunikan

    Disney di Jepun adalah, terdapat Disneysea yang satu-satunya buat masa ini di dunia.

    Anda akan memasuki taman tema ini dengan One Day Pass dan bermainlah dengan puas sehingga

    malam. Peringatan untuk membawa paying jika hari hujan, dan membawa baju sejuk yang lebih

    tebal jika musim sejuk kerana hawa di sana sangat dingin.

    Menjelang malam, kita akan menuju ke Lapangan Terbang Haneda, Tokyo. Kembara diakhiri dengan salam perpisahan di Hamamatsucho Station. Sayonara dan jumpa lagi!

    Panduan pemakanan : Sarapan (hotel), tengah hari (bawa bekal), malam (airport)

    Panduan solat : Subuh (hotel), Zohor-Asar (kawasan awam di dalam Disney), Maghrib-Isya (airport)

    [Penting!] Senarai destinasi adalah tetap, manakala aturan perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan, berdasarkan keadaan semasa trip terutamanya cuaca dan kesibukan perjalanan. PERKARA YANG TERMASUK DALAM BAYARAN :- - Penginapan hotel 4/5 malam - Airport transfer - Pengangkutan awam ke tempat lawatan (train dan teksi) - Shinkansen experience Tokyo ke Gala Yuzawa - Tiket masuk (destinasi pilihan, rujuk senarai di bawah) - Pemandu pelancong yang ramah dan mesra - Akses wifi sepanjang trip

    TIDAK TERMASUK DALAM BAYARAN :- - Airlines fare - Pengangkutan ke destinasi yang tiada dalam senarai. - Tiket masuk destinasi optional - Makan dan minum sepanjang trip (bawa dari Malaysia atau makan makanan Jepun) - Perlindungan insuran pelancongan

    TIKET MASUK (INCLUDED) - Tozan Scenic Train - Sounzan Cable Car - Hakone Ropeway - Hakone Boat Cruise - Shinkansen experience

  • - Pakaian salji di Gala Yuzawa - ADD ON : One day pass Disneyland

    * Tiket masuk selain yang dinyatakan ini adalah tidak termasuk dalam bayaran trip (excluded dan optional)

    MAKLUMAT HOTEL TOKYO : FLEXSTAY INN HIGASHIJUJO - Alamat : 114-0032 Tokyo Prefecture, Kita-ku Nakajujo 2-10-2, Japan - Nombor telefon : +81339053631 - Jenis bilik : Bilik berdua, katil double atau semi double - Keluasan bilik : 12 meter persegi - Kemudahan : bilik air, tandas, dapur mini, tuala, tv, wifi. - Stesen train terdekat : Higashijujo 20 m - Kedai serbaneka 50m, akses mudah ke bandar Tokyo (25 minit)

    SEBUTAN HARGA Harga untuk semua yang tertera di atas adalah RM 2,590 (ADD ON RM 2,890). TETAPI, khusus untuk Promosi Ramadhan dan Hari Raya (daftar sebelum 31 Julai 2015), kami berikan potongan RM 300 menjadikan harga kini adalah :

    RM 2,290 / ADD ON RM 2,590 ADA LAGI! Khusus untuk mereka yang daftar serentak seramai 3 orang, kami berikan lagi potongan RM 100 menjadikan harga kini adalah :

    RM 2,190 / ADD ON RM 2,490

    Harga di atas adalah terhad untuk 15 orang dewasa pertama sahaja. Promosi adalah tertakluk kepada tempoh dan terma yang ditetapkan sahaja. Harga adalah berdasarkan itinerary dan apa yang ditawarkan seperti yang tertera di atas. Harga

    mungkin akan berubah sekiranya terdapat sebarang perubahan atau tambahan yang diminta oleh anda.

    Deposit RM 200 per orang perlu dibayar selepas pendaftaran untuk pengesahan pendaftaran. Bayaran baki boleh diselesaikan secara ansuran dan mesti selesai paling lewat 60 hari sebelum

    trip. TERMA PEMBATALAN 1. Sekiranya pembatalan dilakukan oleh pihak kami, maka bayaran 100% akan dikembalikan. 2. Sekiranya pembatalan dilakukan oleh pihak peserta :

    Sehingga 45 hari sebelum trip, RM 200 wang pengurusan tidak akan dikembalikan, KECUALI tempat yang kosong ini digantikan oleh peserta baru.

    44 hingga 15 hari sebelum trip, 50% waang tidak dikembalikan.

    14 hingga 7 hari sebelum trip, 75% wang tidak dikembalikan.

    Kurang dari 7 hari sebelum trip, 100% wang tidak dikembalikan.

  • 3. Kami tidak akan bertanggungjawab dan pihak peserta perlu menanggung sebarang kerugian sekiranya berlaku pembatalan trip, atau gangguan perjalanan trip yang mengakibatkan tambahan kos disebabkan perkara berikut :

    Bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.

    Kecuaian peserta seperti tertinggal penerbangan.

    Masalah dokumen tidak menepati syarat seperti passport tamat tempoh.

    Masalah imigresen seperti nama disenaraihitam.

    Lain-lain masalah yang bukan disebabkan atau bukan di bawah bidang kuasa kami. TRANSAKSI BAYARAN

    - Thaqafiah Global Enterprise

    - Maybank

    - 5540 5360 8884

    HUBUNGI KAMI Call/SMS/Whatsapp :- 013 6754965 (azrul) | 018 4003670 (aji) Email :[email protected] Blog :http://tripjepunmurah.blogspot.com FBPage :www.facebook.com/ThaqafiahGroup