trgedi 911 (1)

11
3.0 TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001 3.1 Pendahuluan Serangan 11 September 2001 yang juga digelar sebagai tragedi 9/11 ini merupakan empat seri serangan berani mati yang dirancang oleh al- Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden ke atas Amerika Syarikat. Pada awal pagi 11 September 2001, seramai 19 orang pengganas al- Qaeda telah mengambil alih pengemudian empat buah kapal terbang penumpang komersial yang berada dalam perjalanan dari Boston, Newark dan Washington ke San Francisco dan Los Angeles. Pada pukul 8.46 pagi, kapal terbang yang pertama, Pesawat American Airlines 11 telah terhempas ke dalam Menara Utara World Trade Center, disusuli oleh pesawat United Airlines 175 yang merempuh Menara Selatan pada 9.03 pagi. Pesawat yang ketiga iaitu American Airlines 77 terhempas ke dalam bangunan Pentagon pada 9.37 pagi. Pesawat yang keempat, United Airlines 93 pula terhempas di Shanksville, Pennsylvania pada 10.03 pagi selepas para penumpang dan kakitangaan atas pesawat bertarung dengan pengganas dan cuba merampas semula pesawat tersebut yang dikatakan sasaran asalnya merupakan Bangunan Kapitol atau rumah putih. Seramai 3000 mangsa dan kesemua 19 pengganas terkorban dalam serangan 911 tersebut. Dalam kalangan 3000 orang mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan. Serangan ke atas Pentagon pula menyebabkan 184 orang terkorban. Kebanyakan besar mangsa yang terkorban ialah orang awam, termasuk warga dari 70 buah negara yang berbeza. Selain itu, terdapat juga mangsa yang mengalami kematian secara tidak langsung, melalui wabak penyakit iaitu penyakit paru-paru akibat terdedah kepada habuk runtuhan bangunan. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, seramai 836 orang yang menghulurkan bantuan dalam tragedi ini, termasuk orang awam, anggota bomba dan pegawai polis. 3.2 Motif Peristiwa 11 September 2001

Upload: jie-tong

Post on 29-Sep-2015

53 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

xvjdfjj

TRANSCRIPT

3.0TRAGEDI 11 SEPTEMBER 20013.1 PendahuluanSerangan 11 September 2001 yang juga digelar sebagai tragedi 9/11 ini merupakan empat seri serangan berani mati yang dirancang oleh al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden ke atas Amerika Syarikat. Pada awal pagi 11 September 2001, seramai 19 orang pengganas al-Qaeda telah mengambil alih pengemudian empat buah kapal terbang penumpang komersial yang berada dalam perjalanan dari Boston, Newark dan Washington ke San Francisco dan Los Angeles. Pada pukul 8.46 pagi, kapal terbang yang pertama, Pesawat American Airlines 11 telah terhempas ke dalam Menara Utara World Trade Center, disusuli oleh pesawat United Airlines 175 yang merempuh Menara Selatan pada 9.03 pagi. Pesawat yang ketiga iaitu American Airlines 77 terhempas ke dalam bangunan Pentagon pada 9.37 pagi. Pesawat yang keempat, United Airlines 93 pula terhempas di Shanksville, Pennsylvania pada 10.03 pagi selepas para penumpang dan kakitangaan atas pesawat bertarung dengan pengganas dan cuba merampas semula pesawat tersebut yang dikatakan sasaran asalnya merupakan Bangunan Kapitol atau rumah putih. Seramai 3000 mangsa dan kesemua 19 pengganas terkorban dalam serangan 911 tersebut. Dalam kalangan 3000 orang mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan. Serangan ke atas Pentagon pula menyebabkan 184 orang terkorban. Kebanyakan besar mangsa yang terkorban ialah orang awam, termasuk warga dari 70 buah negara yang berbeza. Selain itu, terdapat juga mangsa yang mengalami kematian secara tidak langsung, melalui wabak penyakit iaitu penyakit paru-paru akibat terdedah kepada habuk runtuhan bangunan. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, seramai 836 orang yang menghulurkan bantuan dalam tragedi ini, termasuk orang awam, anggota bomba dan pegawai polis.3.2 Motif Peristiwa 11 September 2001Terdapat beberapa sebab yang telah mendorong berlakunya tragedi 11 September 2001. Antaranya termasuk kehadiran pihak Amerika Syarikat di Arab Saudi, sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel, dan sekatan Amerika Syarikat terhadap Iraq. Motif-motif tesebut telah dinyatakan secara terang-terangan oleh al-Qaeda dalam beberapa pengisytiharan sebelum melakukan serangan atas Amerika Syarikat. Kehadiran tentera Amerika Syarikat yang berterusan di Arab Saudi selepas Perang Teluk telah menjadi salah satu dorongan bagi pihak pengganas untuk melakukan serangan. Pada tahun 1996, Osama bin Laden telah mengeluarkan amaran dan menyeru supaya tentera Amerika Syarikat keluar dari Arab Saudi kerana kehadiran Amerika Syarikat dikatakan telah menduduki tanah Islam yang terlalu dekat dengan Makkah. Hal ini turut dianggap sebagai pencetus kemarahan seluruh dunia Islam dan menyumbang kepada berlakunya serangan ke atas Amerika Syarikat. Selepas tragedi 911, dalam warkah untuk Amerika pada tahun 2002, Osama bin Laden telah mengatakan bahawa sokongan Amerika kepada Israel juga merupakan salah satu dorongan kepada serangan 911 tersebut. Hal ini demikian, dengan penubuhan negara Israel dan kesinambungan negara Isreal dikatakan satu jenayah terbesar. Namun, sokongan Amerika kepada Israel telah didefinisikan sebagai pemimpin-pemimpin kepada pelaku jenayah tersebut. Dalam fatwa 1998, al-Qaeda menjelaskan bahawa sekatan Amerika terhadap Iraq merupakan faktor bagi mereka untuk melakukan serangan atas Amerika Syarikat. Walaupun rakyat Iraq dibebani oleh perikatan salibi-Zionis dan ramai rakyatnya telah terkorban sehingga menjangkau sejuta orang, namun orang Amerika sekali lagi cuba mengulangi pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat. Oleh itu, serangan atas Amerika Syarikat juga dikatakan sebagai menuntut bela atas sekatan terhadap Iraq.

3.3 Perancangan Serangan/ Dalang Peristiwa 11 September 2001Menurut siasatan FBI, Mohamed Attadari dari Mesir merupakan ketua kepada 19 orang perampas pesawat. Dia telah tekorban dalam serangan bersama semua perampas yang lain, namun bagasinya yang mengandungi kertas-kertas telah mendedahkan identiti kesemua 19 orang perampas pesawat dan petunjuk-petunjuk penting yang lain berkaitan rancangan, motif dan latar belakang tragedi tersebut. Dalam kalangan perampas, 15 orang daripada mereka berasal dari Arab Saudi, dua orang dari Emiriah Arab Bersatu, seorang dari Mesir dan seorang dari Lubnan.Siasatan FBI terhadap kejadian 11 September 2001 yang bernama kod OperasiPENTTBOM, merupakan usaha penyiasatan yang terbesar dan paling rumit dalam sejarah FBI. Operasi ini telah melibatkan lebih daripada 7,000orang ejen khas.Menurut siasatantelah mendapati bahawa Osama bin Laden yang memimpin pertubuhan al-Qaeda harus bertanggungjawab atas serangan ini. Pengisytiharanperang jihadoleh Osama bin Laden ke atas Amerika Syarikat, serta satu fatwa yang ditandatangani oleh Osama bin Laden untuk menyeru pembunuhan orang awam Amerika Syarikat pada tahun 1998, dilihat oleh pihak penyiasatan sebagai bukti dorongannya untuk melakukan tindakan penyerangan tersebut. Rancangan tragedi 11 September datangnya daripada Khalid Sheikh Mohammed yang mula-mula membentangkan rancangannnya itu kepada Osama bin Laden pada tahun 1996.Namun ketika itu, Osama bin Laden dan pertubuhan al-Qaeda baru berpindah dariSudan balik keAfghanistan dan masih berada dalam zaman peralihan.Namun, kejadian pengeboman kedutaan Amerika Syarikat di Afrikadan satu lagi fatwa Osama pada tahun 1998 telah menandakan titik perubahan yang mana dia berniat untuk menyerang Amerika Syarikat. Pada Disember 1998, al-Qaeda membuat persiapan untuk melakukan serangan di Amerika Syarikat, termasuk melatih ahlinya untuk merampas pesawat.Osama pada mulanya menafikan terlibat dalam kejadian tersebut, tetapi kemudiaanya pula mengakui penglibatannya. Namun demikian, dalam beberapa tahun kemudian, dia beberapa kali lagi mengakui dan menafikan penalibatannya dalam tragedi 911 itu melalui video dan kenyataan. Akhirnya, Osama bin laden telah dibunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan tentera Amerika di Abbottabad, Pakistan dan jenazahnya disimpan oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat. Khalid Sheikh Mohammed yang dikatakan sebagai dalang utama bagi serangan tersebut pula mengakui penglibatannya. Menurut Laporan Suruhanjaya 9/11, rancangan serangan Khalid Sheikh berpunca daripada kemarahannya terhadap Amerika Syarikat atas dasar luar Amerika Syarikat yang menyebelahi Isreal. Walau bagaimanapun, Khalid Sheikh Mohammed telah diberkas pada 1 Mac 2003 di Rawalpindi, Pakistan oleh pihak berkuasa Pakistan dengan kerjasama CIA. Dia kemudian ditahan di Teluk Guantanamo. Ketika dibicarakan di Amerika Syarikat pada Mac 2007, Khalid Sheikh Mohammed sekali lagi mengakui al-Qaeda bertanggungjawab atas serangan 9 September 2001 itu.

3.4 Kesan Peristiwa 11 September 20013.4.1 Kesan EkonomiKejadian 911 telah meninggalkan kesan ekonomi yang mendalam atas pasaran Amerika Syarikat dan dunia. Bursa sahamdi Amerika tidak dibuka pada 11 September dan kekal tutup sehingga 17 September. Apabilapasaran saham dibuka semula, pasaran sahamIndeks Perindustrian Dow Jones(DJIA) menjunam selama 684 mata dan menjadi penurunan mata sehari yang terbesar ketika itu. Pada akhir minggu itu, DJIA susut 1,369.7 mata (14.3%), iaitu penurunan mata seminggu yang terbesar dalam sejarah. Saham Amerika Syarikat mengalami kerugian nilai sebanyak 1.4 trilion dolar pada minggu itu.Di Bandar Raya New York, sekitar 430,000 bulan kerja dan gaji sebanyak 2.8 bilion dolar melayang dalam tiga bulan selepas serangan 9/11. Kesan ekonominya tertumpu pada sektor-sektor ekonomi eksport bandaraya. Keluaran dalam negara kasar (KDNK)bandar raya dianggarkan susut sebanyak 27.3 bilion dolar pada tiga bulan terakhir tahun 2001 dan seluruh tahun 2002. Kerajaan persekutuan menyediakan bantuan segera bernilai 11.2 bilion dolar kepada kerajaan Bandar Raya New York pada September 2001, dan 10.5 bilion dolar lagi pada awal tahun 2002 untuk keperluan pembangunan ekonomi dan prasarana.Serangan 9/11 turut menjejaskan perusahaan-perusahaan kecil di Lower Manhattan yang lokasinya dekat dengan World Trade Center. Sebanyak 18,000 perniagaan kecil gulung tikar atau terpaksa berpindah kerana tragedi tersebut. Pinjaman Pentadbiran Perniagaan Kecil dan Geran Blok Pembangunan Masyarakat dan Pinjaman Bencana Kerosakan Ekonomi (Community Development Block Grants and Economic Injury Disaster Loans) daripada kerajaan persekutuan telah menghulurkan bantuan. Kira-kira 31,900,000 kaki persegi ruang pejabat di Lower Manhattan telah rosak atau musnah sepenuhnya akibat daripada tragedi 9/11.Selepas kejadian itu, ruang udara Amerika Syarikat telah ditutup selama beberapa hari. Selepas ruang udara dibuka semula, perjalanan udara di benua itu banyak merosot sehingga muatan penerbangan terpaksa dipotong 20%. Malah, ini telah menerukkan masalah kewangan dalam industri penerbangan Amerika Syarikat yang sedang bertenggang pada masa itu. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar turut menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.

3.4.2 Kesan KesihatanKeruntuhan Menara Berkembar telah menghasilkan beribu-ribu tan toksik runtuhan yang mengandungi lebih daripada 2,500 jenis bahan cemar yang boleh memudaratkan kesihatan, termasuk karsinogen. Ini telah menimbulkan masalah kesihatan yang menjejaskan kesihatan badan dalam kalangan para penyelamat. Mereka secara langsung telah terdedah kepada sisa-sisa runtuhan yang menghasilkan toksik yang boleh memudaratkan kesihatan. Misalnya, Pegawai polis, Frank Macri telah meninggal dunia akibat barah paru-paru yang merebak ke seluruh badannya. Kesan kesihatan turut memberi impak secara meluas kepada penduduk, pelajar dan pekerja pejabat di Lower Manhattan dan Chinatown. Beberapa kematian telah dikaitkan dengan habuk toksik yang berpunca daripada keruntuhan World Trade Center, dan nama-nama mangsa ini juga akan disenaraikan dalam tugu peringatan World Trade Center. Terdapat juga spekulasi saintifik menyatakan bahawa pendedahan kepada pelbagai sisa toksik di udara boleh memudaratkan perkembangan bayi dalam kandungan. Atas sebab kemungkinan bahaya ini, Pusat Kesihatan Persekitaran Kanak-Kanak Columbia menjalankan analisis atas kanak-kanak yang dikandung oleh ibu mereka yang tinggal atau bekerja dekat dengan World Trade Center sewaktu kejadian. Kajian terhadap para pekerja penyelamat dikeluarkan pada April 2010. Menurut kajian, didapati bahawa kesemua pekerja penyelamat yang terlibat telah mengalami kerosakan fungsi paru-paru, yang mana 30% hingga 40% pekerja melaporkan gejala berulang-ulang yang timbul dalam tahun pertama selepas kejadian, tanpa pemulihan yang ketara sejak itu. Pertikaian undang-undang mengenai kos merawat penyakit yang berkenaan dengan kejadian 9/11 masih berlonggok dalam sistem mahkamah.Kualiti udara turut dicemarkan akibat daripada sisa dan debu yang dihasilkan daripada runtuhan bangunan. Pentadbiran Presiden Bush mengarahkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar supaya mengeluarkan kenyataan untuk menenteramkan orang awam mengenai kualiti udara ekoran serangan atas sebab keselamatan negara. Namun begitu, agensi tersebut tidak memutuskan bahawa kualiti udara pulih kepada tahap sebelum 9/11 sehingga Jun 2002.

3.4.3 Hubungan Muslim dan Non-Muslim Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, muslim bermaksud orang yang beragama Islam. Menurut Wikipedia, muslim ialah gelaran bagi orang yang beragama Islam dan bermaksud seseorang yang telah berserah kepada Allah. Secara umumnya, muslim ialah gelaran bagi penganut Islam. Manakala non-muslim pula merujuk kepada orang-orang yang belum kembali kepada Islam atau bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain daripada agama Islam termasuk golongan yag beragama Kristian dan Yahudi. Selepas kejadian 911, hubungan tidak harmoni antara orang muslim dengan kelompok non-muslim telah melahirkan sejumlah besar salah pengertian, pendapat yang keliru dan pernyataan yang mengandungi provokatif dan penyebar sikap kebencian dan permusuhan terhadap Islam. Islam dituduh sebagai agama pengganas, mengandungi ajaran membunuh orang secara membabi buta dan merupakan ancaman bagi keberlangsungan kebudayaan moden.Hubungan antara Muslim dan non-Muslim menjadi tegang selepas berlakunya tragedi 911. Selepas berlakunya tragedi 9/11, imej muslim telah tercemar kerana dikaitkan dengan perkataan pengganas atas peristiwa serangan 9/11. Muslim di Amerika telah mengalami penindasan yang dahsyat. Hal ini demikian, pengganas yang merancang melakukan serangan atas Amerika Syarikat iaitu Osama bin Laden merupakan seorang pengasas pertubuhan jihad al-Qaeda. Kesemua ahli pertubuhan tersebut merupakan muslim ekstremis yang cuba mencerobohkan keamanan sejagat. Ini telah menyebabkan Amerika Syarikat telah meletakkan Islam dalam konteks yang negatif.Selain itu, tragedi 9/11 ini turut menyebabkan orang muslim dan non-muslim di seluruh dunia saling berdendam dan saling mencurigai. Hal ini demikian, pihak Amerika menganggap bahawa tragedi tersebut adalah rancangan pihak pengganas muslim ekstremis, terutamanya Osama bin Laden yang memimpin pertubuhan al-Qaedanya merancang seluruh serangan tersebut. Namun demikian, peristiwa ini telah menyebabkan seluruh dunia mempunyai prejudis terhadap orang muslim.Tragedi ini turut menyebabkan seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat dan barat mempunyai tanggapan yang negatif atas imej muslim. Mereka menganggap bahawa orang muslim berkemungkinan seorang yang agak tertutup fikirannya, mempunyai kedudukan ekonomi yang rendah dan berkaitan dengan pengganas atau teroris. Hal ini demikian, peristiwa 9/11 secara langsung telah mencemarkan imej Islam dan Arab yang ditampalkan dengan profil pengganas. Osama telah mengakui matlamat serangannya itu adalah untuk membebaskan Arab Saudi dari kehadiran barat dan membela umat Islam yang tertindas.Orang muslim juga telah mengalami diskriminasi dan tekanan selepas tragedi tersebut. Kesan yang paling jelas daripada peristiwa 9/11 ialah sekitar 6 juta Muslim Amerika Utara, 4 juta di Amerika Syarikat dan selebihnya di Canada dijejas oleh kesan 9/11. Ketaatan warga Muslim Amerika semakin disangsikan. Mereka ditindaskan lagi dengan kemunculan beberapa undang-undang digubal dan peraturan untuk menyiasat dan menahan, tanpa izin mahkamah, ke atas orang yang disyaki pengganas atau ada kaitan dengan pengganasan. Seterusnya, tragedi ini turut menyebabkan berlakunya kejadian Islamofobia. Islamophobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Musim. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," maksudnya juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Menurut siasatan FBI, jenayah kebencian terhadap muslim telah meningkat dari 28 jenayah kepada 481 jenayah selepas tragedi 911.Malah di Amerika Syarikat, Majlis Hubungan Amerika Islam telah melaporkan tinjauannya sejak berlakunya peristiwa 9/11 sehingga Jun 2003. Menurut laporan bekenaan, diskriminasi dan jenayah benci kaum ke atas warga muslim semakin bertambah. Nasib serupa dialami oleh umat Islam minoriti di banyak negara Barat seperti Eropah dan juga Australia. Yang amat membimbangkan ialah kesan kegiatan pengganasan dengan label Islam terus meluas sehingga ke Asia Tenggara, khususnya Indonesia yang menyaksikan beberapa kejadian pengeboman seperti Pulau Bali yang digegar bom pada 12 Oktober 2002.Ekoran serangan 9/11, timbulnya jenayah kebencian terhadap orang-orang yang berasal dari Timur Tengah dan sesiapa yang kelihatan seperti orang Timur Tengah. Golongan Sikh turut dijadikan sasaran jenayah kebencian kerana lelaki Sikh yang lazimnya memakai serban dianggap sebagai muslim di mata Barat. Keadaaan fitnah, serangan Masjid dan tempat beribadah termasuk pengeboman kuil Hindu turut berlaku. Serangan terhadap orang, termasuk pembunuhan atas orang Sikh yang disalah sangka sebagai Muslim turut berlaku. Menurut kajian oleh Universiti Negeri Ball, sesiapa yang dirasakan berketurunan Timur Tengah lebih berkemungkinan menjadi mangsa jenayah kebencian sebagai umat Islam selepas tragedi 911. Kajian ini juga mendapati peningkatan jenayah kebencian terhadap sesiapa sahaja yang dirasakan beragama Islam, Arab dan sesiapa sahaja yang disangka berasal dari Timur Tengah. Satu laporan oleh kumpulan sokongan warga Amerika keturunan Asia Selatan, South Asian Americans Leading Together mendokumenkan liputan media 645 insiden yang menyisihkan rakyat Amerika yang berketurunan Asia Selatan atau Timur Tengah pada 11 hingga 17 September, termasuk melakukan kejadian musnah, membakar, serangan, tembak-menembak, gangguan, dan ugutan.Kebanyakan pergerakan Islam di seluruh dunia juga telah dianggap sebagai pengganas oleh Amerika. Contohnya, perjuangan rakyat Palestin yang menentang penjajahan Isreal juga telah dilabel sebagai pengganas. Serangan ke atas Afghanistan dan Iraq pada awal kurun ke-21 telah dilihat sebagai kesinambungan konflik Islam-Barat. Namun, selepas kejadian 911, perhatian dunia kepada dunia Islam dan agama Islam telah meningkat. Perasaan ingin tahu terhadap Islam telah menyumbang kepada peningkatan penganut agama Islam terutamanya di negara-negara Eropah dan Amerika.Dengan perkembangan pesat umat Muslim di Amerika, Eropah dan negara-negara maju lain, turut berpengaruh signifikan terhadap beberapa perkara. Pertama, masyarakat Barat akan lebih dekat dan lebih kenal dengan Islam melalui umat Muslim yang ada di Barat sendiri. Mereka akan menyelesaikan kesalahfahaman yang selalu berlaku terhadap Islam dan kaum Muslim. Ketidaksukaan masyarakat Barat terhadap golongan muslim menjadi semakin berkurangan selepas ramai daripada orang Barat telah menganut agama Islam. Umat Islam di Barat menjadi duta-duta yang handal untuk menjelaskan dan memperlihatkan wajah Islam yang sesungguhnya di Barat. Melalui mereka, nasib umat Islam di luar Barat akan disuarakan dan penderitaan demi penderitaan negara-negara Muslim akibat dominasi Barat yang tidak adil telah berkurangan Kedua, akibat dari ajaran Islam yang semakin tersosialisasi di Barat dan suara politik kaum Muslim yang semakin kuat, jambatan untuk saling pemahaman dan pengertian telah tercipta dan menjadi semakin kondusif dan mengukuh. Islam dan Barat mudah-mudahan akan masuk ke dalam sebuah babak baru sejarah yang lebih adil dan lebih demokratik.

4.0PEMBINAAN SEMULA DAN PERINGATANPada hari berlakunya serangan 911, Datuk Bandar Raya New York, Rudy Giuliani menyeru supaya penduduknya bangkit dengan lebih kuat lagi daripada dahulu dari segi politik mahupun ekonomi dan menjalankan pembinaan semula bagi memulihkan lanskap bandar. Selain pembinaan semula 7 World Trade Center yang berdekatan dengan tapak utama dan siap pada tahun 2006, dan stesen PATH yang dibuka pada lewat tahun 2003, usaha pembinaan semula di atas tapak utama World Trade Center ditunda hingga akhir tahun 2006, apabila pemegang pajak, Larry Silverstein dan Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey mencapai persetujuan tentang pembiayaan bangunan baru. One World Trade Centre yang dijangka siap pada tahun 2011 baru siap pada tahun 2013. Bahagian Pentagon yang musnah itu dibina semula dan sedia digunakan tidak lebih setahun selepas kejadian berlaku.Dalam beberapa hari selepas berlakunya tragedi 911 ini, upacara memperingati mangsa diadakan hampir di seluruh dunia. Salah satu tugu peringatan yang terawal buat tragedi ini ialah Tribute in Light (Penghormatan dalam Cahaya), suatu pasangan 88 biji lampu cari di tapak menara World Trade Center yang memancarkan sepasang sorotan cahaya yang menegak ke angkasa. Di New York, reka bentuk tugu peringatan yang bernama Reflecting Absence di mana terdiri daripada sepasang kolam pembayang di tapak menara, dikelilingi oleh senarai nama-nama mangsa dalam ruang tugu di bawah tanah telah ditubuhkan.Tugu Peringatan Pentagon siap dibina dan dibuka kepada umum pada ulang tahun ketujuh kejadian, iaitu 11 September 2008. Ia terdiri daripada sebuah taman lanskap dengan 184 buah bangku yang menghadap Pentagon. Di Shanksville, sebuah Tugu Peringatan Kebangsaan Penerbangan 93 dirancangkan berupa sedusun pokok yang membentuk bulatan di keliling tempat hempasan yang dibelah dua oleh laluan pesawat, dengan peranggu loceng angin yang dicap nama-nama mangsa. Di tempat-tempat lain juga didirikannya tugu-tugu peringatan tetap, serta juga badan-badan amal dan biasiswa oleh saudara-mara mangsa, di samping banyak lagi pertubuhan dan tokoh-tokoh individu. Pada setiap hari ulang tahun, di Bandar Raya New York, nama-nama mangsa yang terkorban di lokasi tersebut dibacakan berlatarkan muzik yang sayu.