trenda semasa dalam pendidikan khas

Upload: izan-hist

Post on 05-Apr-2018

282 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Trenda Semasa Dalam Pendidikan Khas

    1/4

    Trenda Semasa Dalam Pendidikan Khas

    1.1 Akses Kepada Teknologi

    Sumber utama teknologi dan pengaruh media massa boleh mempengaruhi

    perkembangan kretiviti kanak-kanak secara positif tetapi hanya bergantung kepada

    bagaimana bentuk teknologi yang diterima. Sumber teknologi tersebut adalah

    merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti media

    cetak, surat khabar, majalah, buku, iklan dan media elektronik seperti filem, radio,

    televisyen, computer dan internet. Seperti yang sedia diketahui bahawa individu yang

    terdedah kepada sumber teknologi yang sihat akan mempengaruhi perkembanagn

    kreativiti kanak-kanak berdasarkan nilai-nilai yang terkandung di dalam pengaruh

    sumber teknologi. Pengaruh sumber teknologi terhadap perkembanagan sesorangkanak-kanak itu ada kaitan dengan teori pembelajaran sosial yang dipelopori olah

    Albert Bandura. Beliau menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak

    anatara kognitif, kelakuan dan ejen penentu persekitaran. Ini bermakana kebenyakan

    kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Secara tidak

    langsung, kanak-kanak yang terdedah kepada sumber teknologi seperti televisyen,

    internet dan sebagainya akan memberi kesan dalam menghasilkan kreativiti melalui

    idea-idea yang baru dari sudut pemikiran mereka.

    1.2 Pendidikan Inklusif

    Satu isu yang masih dipertikaikan ialah sama ada pelajar kurang upaya sederhana

    harus di tempatkan dalam kelas yang sama dengan pelajar normal atau biasa.

    Contohnya, pelajar yang mengalami kerencatan mental sederhana atau pelajar

    penglihatan terhad ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar normal.

    Pendidikan Inklusif merupakan amalan mengintergrasikan pelajar berkeperluan khas

    dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal. Pelajar kurang upaya

    yang tidak teruk diintegrasikan dengan pelajar biasa, manakala pelajar diasingkan

    menurut tahap keterukan masalah yang dihadapi. Contohnya, kanak-kanak yang

    mengalami kerencatan mental yang teruk ditempatkan dalam institusi atau hospital

    khas. Pelajar yang mempunyai masalah yang sama mungkin ditempatkan dalam

    sekolah khas seperti sekolah untuk pelajar bermasalah penglihatan atau masalah

    pendengaran.

  • 7/31/2019 Trenda Semasa Dalam Pendidikan Khas

    2/4

    1.3 Kurikulum Yang Berorientasikan Kerjaya

    1.4 Penekanan Terhadap Ibu Bapa

    Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu

    bapa mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada

    dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa

    yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat

    setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak

    berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna.

    Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid

    berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan

    kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya

    memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.

    Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai

    betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau

    kemahiran hidup kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang

    menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan

    anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran

    memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu

    bapa terhadap anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan

    memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan

    semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses

    akan perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas

    di Malaysia agak ketinggalan.

    Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sek A ini. Melalui pemerhatian

    didapati penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak

    sekolah masih dalam tahap sederhana. Hal ini kerana masih terdapat ibu bapa yang

    tidak yakin dan tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka ini mencuba

    sesuatu yang baru. Sebagai contohnya, aktiviti renang yang dijalankan pada hari

    Jumaat ( 2 kali sebulan) ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkandaripada pihak ibu bapa. Disebabkan itulah hanya sedikit ibu bapa yang membayar

    yuran untuk aktiviti renang ini. Apabila perkara ini berlaku maka program terapi

    berenang yang sepatutnya dijalankan untuk semua murid tidak dapat dijalankan.

    Maka murid-murid akan tidak mempunyai keseronokan untuk mengikuti aktiviti luar.

    Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak

    sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka

    terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang

    masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya

    iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran

  • 7/31/2019 Trenda Semasa Dalam Pendidikan Khas

    3/4

    dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu

    menguruskan kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas.

    1.5 Advokasi Dan Tuntutan Hak Yang Sama

    Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysiasejak tahun 1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi

    Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas

    khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007).

    Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid

    dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan

    kantin. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk

    mengintergrasikan murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani

    Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas

    dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima.

    Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat

    beberapa isu yang timbul. Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat

    beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di

    sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini

    ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu

    rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan

    wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini.

    Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama

    lain mereka sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat

    mengenali dan memahami murid-murid yang istimewa ini. Akibatnya murid-murid

    yang normal ini tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan

    sebaiknya.

    Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan

    anak kurang upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat,

    pelabelan bermaksud mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak

    baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan sebagai

    satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itusendiri terhadap sesuatu perkara.

    Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara

    sedemkian juga wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini

    kerana terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down

    sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya

    sebagai orang sepet. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down

    tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah.

    Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan

    yang berlaku terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali

  • 7/31/2019 Trenda Semasa Dalam Pendidikan Khas

    4/4

    diletakkan sebagai kumpulan yang asing di sekolah. Menurut kamus Dewan dan

    Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan yang

    mengasingkan atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam

    Pendidikan Khas bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-

    kanak normal di dalam sistem pendidikan dan juga dari aspek pengajaran dan

    pembelajaran

    Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak

    berkeperluan khas di program intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun

    diasingkan daripada rakan-rakan semasa berada di dalam kelas. Walaupun

    sebenarnya tindakan guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan

    pengajaran yang dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan

    buruk terhadap kanak-kanak berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu

    diasingkan adalah bagi mengelakkan kanak-kanak itu mengganggu rakan

    sekelasnya. Disebabkan itulah kanak-kanak itu diasingkan jauh daripada meja rakan-rakan yang lain.

    1.6 Karier Yang Lebih Adil

    1.7 "Self-Determination"