transkrip perbualan responden 2

4
TRANSKRIP TEMUBUAL RESPONDEN 2 Penyelidik: Jadi maksud cikgu pengajaran lisan pentinglah dalam setiap sesi pengajaran yang dijalankan.. (soalan yang dikemukakan sama bagi setiap responden) Responden2 : Pentinglah sebab dalam KSSR standard pembelajaran yang ditetapkan perlu dicapai...bagi menentukan band pencapaian pelajar Penyelidik : Adakah puan memberi tumpuan khas bagi sesuatu kemahiran dalam pengajaran Responden2: Kena bagi tumpuan sebab pelajar tahun 2 nie masih belum mencapai kebolehan yang diharapkan . kepelbagaian kebolehan di kalangan pelajar juga boleh mengganggu pencapaian pelajar yang baik terutamanya dalam pertuturan Penyelidik: Adakah objektif yang hendak dicapai melibatkan kemahiran lisan (pertuturan) dalam sesi pengajaran . Responden2: Bergantung kepada keadaan Penyelidik: Apa yang cikgu tahu tentang kemahiran lisan Responden2: Kemahiran mendengar dan bertutur Penyelidik : Pandangan cikgu, adakah sukar untuk mengajar kemahiran lisan ( pertuturan ) ? Responden2: Okey tak da masalah saya mengajar tahun 2 perlu bahan rangsangan untuk mengajar kemahiran bertutur nie

Upload: william-howell

Post on 27-Sep-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

responden 2

TRANSCRIPT

TRANSKRIP TEMUBUAL RESPONDEN 2

Penyelidik:Jadi maksud cikgu pengajaran lisan pentinglah dalam setiap sesi pengajaran yang dijalankan..(soalan yang dikemukakan sama bagi setiap responden)

Responden2:Pentinglah sebab dalam KSSR standard pembelajaran yang ditetapkan perlu dicapai...bagi menentukan band pencapaian pelajar

Penyelidik : Adakah puan memberi tumpuan khas bagi sesuatu kemahiran dalam pengajaran

Responden2:Kena bagi tumpuan sebab pelajar tahun 2 nie masih belum mencapai kebolehan yang diharapkan . kepelbagaian kebolehan di kalangan pelajar juga boleh mengganggu pencapaian pelajar yang baik terutamanya dalam pertuturan

Penyelidik:Adakah objektif yang hendak dicapai melibatkan kemahiran lisan (pertuturan) dalam sesi pengajaran

.

Responden2:Bergantung kepada keadaan

Penyelidik:Apa yang cikgu tahu tentang kemahiran lisan

Responden2:Kemahiran mendengar dan bertutur

Penyelidik :Pandangan cikgu, adakah sukar untuk mengajar kemahiran lisan ( pertuturan ) ?

Responden2:Okey tak da masalah saya mengajar tahun 2 perlu bahan rangsangan untuk mengajar kemahiran bertutur nie

Penyelidik :Apakah aktiviti yang cikgu gunakan dalam pengajaran kemahiran lisan..

Responden2:Bacaan , soal-jawab , perbincangan main peranan dan banyak lagi

(b)Penyelidik :Apakah kaedah ,strategi atau pendekatan..yang cikgu gunakan dalam pengajaran kemahiran lisan (pertuturan)

Responden2:berpusatkan murid

(c)Penyelidik:Selain daripada apa lagi yang cikgu gunakan..dalam pengajaran kemahiran lisan

Responden2:Maksudnya bahan apa ye.. abm.. kalau abm macam kita boleh gunakan radio, video,carta,gambar, dan banyak lagi

(d)Penyelidik :Apakah yang cikgu faham tentang kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran terutama dalam pengajaran kemahiran lisan ( pertuturan).

Responden2:Tak berapa faham..

(e)Penyelidik :Boleh tak cikgu jelaskan apa yang cikgu faham tentang soalan saya tadi

Responden2:Agak cara kita mengajar kot....

(a)Penyelidik :Baiklah cikgu. Saya ingin bertanya adakah cikgu membuat penilaian terhadap pengajaran cikgu terutamanya yangmelibatkan kemahiran lisan (pertuturan)

Responden2:Secara formal tidak..melalui pemerhatian tu adalah dibuat bergantung kepada standard prestasi yang te;ah dicapai pelajar.Contoh standard prestasi yang melibatkan kemahiran bertutur . tentulah itu dijadikan penilaian saya

(b)Penyelidik:Boleh tak cikgu jelaskan bagaimana penilaian yang dibuat oleh cikgu untuk kemahiran lisan sekiranya objektifnya melibatkan kemahiran lisan.

Responden2:Melalui pemerhatian dan juga penilaian melalui lembaran kerja yang diberikan. Secara individu pelajar disoal secara rawak berdasarkan kebolehan masing-masing

(c)Penyelidik : Adakah cikgu memberi ganjaran kepada murid-murid apabila berjaya menjawab soalan atau aktiviti yang dijalankan

..

Responden2:Ada ..pujian , ucapan tahniah kepada yang dapat menjawab soalan dengan baik. Selain tersebut akan dijadikan model kepada pelajar lain

a)Penyelidik :Berapa lama masa cikgu peruntukan bagi mengajar kemahiran lisan dalam satu sesi pengajaran..

Responden2:20 minit biasanya saya peruntukan untuk mengajar kemahiran bertutur memandangkan kelas saya ramai pelajar.

(b)Penyelidik :Anggaran masa yang cikgu peruntukan bagi satu sesi pengajaran.

Responden2:Tengok sesi...biasanya 10 15 minit sahaja

(c)Penyelidik ;Sekiranya pada hari tersebut tumpuan kemahiran yang cikgu pilih adalah kemahiran lisan yang melibatkan pertuturan. Berapa lamakah tempoh masa yang diperuntukkan bagi mengajar sesi pengajaran lisan cikgu.

Responden2:15 minit sahaja sahaja..cukup saya rasakan

(d)Penyelidik : Bila cikgu mengajar kemahiran lisan dalam sesi pengajaran cikgu ..maksud saya adakah di permulaan pengajaran , di pertengahan atau di hujung pengajaran hari tersebut

Responden2:Awal pengajaran ..dalam set induksi dan langkah pertama biasanya pengajaran bertutur saya jalankan

(e)Penyelidik :Adakah tempoh masa yang diberikan cikgu mencukupi bagi Pengajaran lisan tersebut ?

Responden2:Rasanya cukup..sekiranya tak cukup akan di bawa ke hadapan atau keesokkan harinya