transkrip perbualan responden 1

4
TRANSKRIP TEMUBUAL RESPONDEN 1 Penyelidik: Jadi maksud cikgu pengajaran lisan pentinglah dalam setiap sesi pengajaran yang dijalankan.. (soalan yang dikemukakan sama bagi setiap responden) Responden1 : Begitulah agaknya sebab pelajar-pelajar perlu mencapai 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul Penyelidik : Adakah puan memberi tumpuan khas bagi sesuatu kemahiran dalam pengajaran Responden1 Biasanya tidak pengajaran biasanya bergantung kepada objektif yang hendak dicapai Penyelidik: Adakah objektif yang hendak dicapai melibatkan kemahiran lisan (pertuturan) dalam sesi pengajaran Responden1: Tidak semestinya bergantung kepada standard pembelajaran yang dipilih. Penyelidik: Apa yang cikgu tahu tentang kemahiran lisan Responden1 ; Kemahiran lisan nie melibatkan kemahiran bertutur dan mendengar pelajar yang perlu diajar dalam setiap pengajaran Penyelidik : Pandangan cikgu, adakah sukar untuk mengajar kemahiran lisan ( pertuturan ) ? Responden1 : Tidak la sukar ..untuk mengajar kemahiran lisan .. bergantung kepada kebolehan murid..Bagi saya yang mengajar tahap dua lebih mudah rasanya Penyelidik : Apakah aktiviti yang cikgu gunakan dalam pengajaran kemahiran lisan..

Upload: william-howell

Post on 19-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

transkrip perbualan1

TRANSCRIPT

TRANSKRIP TEMUBUAL RESPONDEN 1

Penyelidik:Jadi maksud cikgu pengajaran lisan pentinglah dalam setiap sesi pengajaran yang dijalankan..(soalan yang dikemukakan sama bagi setiap responden)

Responden1:Begitulah agaknya sebab pelajar-pelajar perlu mencapai 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul

Penyelidik : Adakah puan memberi tumpuan khas bagi sesuatu kemahiran dalam pengajaran

Responden1Biasanya tidak pengajaran biasanya bergantung kepada objektif yang hendak dicapai

Penyelidik:Adakah objektif yang hendak dicapai melibatkan kemahiran lisan (pertuturan) dalam sesi pengajaran

Responden1: Tidak semestinya bergantung kepada standard pembelajaran yang dipilih.

Penyelidik:Apa yang cikgu tahu tentang kemahiran lisan

Responden1;Kemahiran lisan nie melibatkan kemahiran bertutur dan mendengar pelajar yang perlu diajar dalam setiap pengajaran

Penyelidik :Pandangan cikgu, adakah sukar untuk mengajar kemahiran lisan ( pertuturan ) ?

Responden1 : Tidak la sukar ..untuk mengajar kemahiran lisan ..bergantung kepada kebolehan murid..Bagi saya yang mengajar tahap dua lebih mudah rasanya

Penyelidik :Apakah aktiviti yang cikgu gunakan dalam pengajaran kemahiran lisan..

Responden1:Banyaksoal-jawab, perbincangan, lakonan, banyak lagi

(b)Penyelidik :Apakah kaedah ,strategi atau pendekatan..yang cikgu gunakan dalam pengajaran kemahiran lisan (pertuturan)

Responden1: Biasanya saya gunakan strategi berpusatkan murid ..di mana saya galakkan murid untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Di samping tu saya juga.akan membantu murid yang menghadapi masalah.

(c)Penyelidik:Selain daripada apa lagi yang cikgu gunakan..dalam pengajaran kemahiran lisan

Responden1Bahan bantu mengajar ke...kalau bahan bantu mengajar .. apa ye..kad imbasan , carta, petikan , gambar dan lain-lain lah..

(d)Penyelidik :Apakah yang cikgu faham tentang kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran terutama dalam pengajaran kemahiran lisan ( pertuturan).

Responden1 :Sikit-sikit tahu lah ..maklum dah lama ..tinggalkan

(e)Penyelidik :Boleh tak cikgu jelaskan apa yang cikgu faham tentang soalan saya tadi

Responden1:Kalau kaedah tu bermaksud cara kita gunakan dalam proses pengajaran...pendekatan tu pulak bagaimana pengajaran kita dijalankan manakala strategi pulak teknik pengajaran yang melibatkan aktiviti pengajaran yang dijalankan

(a)Penyelidik :Baiklah cikgu. Saya ingin bertanya adakah cikgu membuat penilaian terhadap pengajaran cikgu terutamanya yangmelibatkan kemahiran lisan (pertuturan)

Responden1:Penilaian tu ada dibuat tapi tak secara formal.Contoh sekiranya sasaran saya nak melihat murid boleh bertutur dengan baik .Saya minta mereka bercerita kalau dapat bercerita dua, tiga minit saya anggap mereka telah capai objektif kemahiran lisan tersebut.

(b)Penyelidik:Boleh tak cikgu jelaskan bagaimana penilaian yang dibuat oleh cikgu untuk kemahiran lisan sekiranya objektifnya melibatkan kemahiran lisan.

Responden1:Pelbagai bentuk ujian kemahiran bertutur boleh dijalankan Contoh memadankan objek dengan tulisan, berinteraksi menggunakn telefon dan sebagainya. Ujian boleh dibuat secara kumpulan ataupun secara individu

(c)Penyelidik : Adakah cikgu memberi ganjaran kepada murid-murid apabila berjaya menjawab soalan atau aktiviti yang dijalankan

Responden1:Pujian adalah, ganjaran bentuk kebendaan tu jarang-jarang tu adalah..

a)Penyelidik :Berapa lama masa cikgu peruntukan bagi mengajar kemahiran lisan dalam satu sesi pengajaran..

Responden1:Tak tentu..bergantung kepada kemahiran tumpuan pada sesi tersebut lah

(b)Penyelidik :Anggaran masa yang cikgu peruntukan bagi satu sesi pengajaran.

Responden1:Biasanya 10 ke 15 minit sahaja masa yang saya peruntukan bagi pengajaran lisan.

(c)Penyelidik ;Sekiranya pada hari tersebut tumpuan kemahiran yang cikgu pilih adalah kemahiran lisan yang melibatkan pertuturan. Berapa lamakah tempoh masa yang diperuntukkan bagi mengajar sesi pengajaran lisan cikgu.

Responden1 :15 hingga 20 minit..kotbiasanya yang dilakukan

(d)Penyelidik : Bila cikgu mengajar kemahiran lisan dalam sesi pengajaran cikgu ..maksud saya adakah di permulaan pengajaran , di pertengahan atau di hujung pengajaran hari tersebut

Responden1: Mestilah di awal pengajaran ..sebab pengajaran bermula dengan interaksi lisan bersama pelajar

(e)Penyelidik :Adakah tempoh masa yang diberikan cikgu mencukupi bagi Pengajaran lisan tersebut ?

Responden1 :Buat masa rasanya cukup .. bagi satu-satu tempoh pengajaran kerana biasanya sasaran kita atau kehendak kita agar murid dapat mencapai kemahiran lisan yang kita harapkan.