transformasi belia membentuk negara sejahtera

7
Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera Oleh: MOHD SYAFIQ BIN SHAMSUDDIN

Upload: mohd-syafiq-shamsuddin

Post on 27-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera

Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera

Oleh:

MOHD SYAFIQ BIN SHAMSUDDIN

Page 2: Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera

Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera

بسم الله الرحمن الرحيم

Pemuda dan pemudi,

Jadi bintang berkerdipan di langit keheningan malam,

Jadi gunung menggamit tinggi di hujung pandang,

Jadi laut luas terbentang terbentang di keluasan alam,

Jadi pepohon rendang meneduh kehidupan.

Terima kasih saudara pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, dif-dif kehormat yang disanjungi, seterusnya anda, anda dan anda, pemuda dan pemudi pencetus transformasi demi membentuk negara sejahtera. Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, salam meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia saya titipkan buat semua.

Dr Yusuf Qaradawi menyatakan:

“Bila mana kita hendak melihat bentuk negara pada masa hadapanpan, lihatlah generasi belia pada hari ini, kiranya golongan belia pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita yang akan datang adalah sebuah negara yang aman sejahtera.”

Atas dasar sayang dan cintakan negara, saya ingin mengajak anda yang seusia untuk bersama mendengar perkongsian idea,

“Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera”

Sebagai definisi awalan, Dasar Pembangunan Belia Negara memberi takrifan, golongan belia pada lingkungan umur 15 -40 tahun dan secara statistiknya, 50% penghuni Negara kita adalah di kalangan belia. Maka, “Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera” sebenarnya berkehendakkan kita, untuk menghayati, dan menginsafi, peranan yang perlu dizahirkan belia bagi meneruskan kelangsungan citra peradaban bangsa, kerana belia adalah aset Negara yang sangat tinggi nilainya, yang akan menentukan jatuh bangun dan letak duduk pembangunan Negara.

Pertama, Bekalan Generasi Muda Bagi Mencorak Masa Hadapan.

Page 3: Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera

Menurut Imam Syafie, “ Jika kamu mahukan kepada dunia, maka hendaklah kamu kepada ilmu. Jika kamu mahukan kepada akhirat, maka hendaklah kamu kepada ilmu. Dan jika kamu mahukan kedua-duanya, maka hendaklah juga kepada ilmu”.

Tanyalah satu dunia, siapa bisa menafikan keperluan ilmu bagi memacu impian negara maju. Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh pemuda yang membuka kota Konstantinopal, keagungan Kota Ilmu di Basrah dan Kuffah hinggalah ke pembinaan Jamiatul Qurawin di Kota Parsi semuanya berpaksi kepada ketinggian ilmu di dada dalam menjulang idealisme belia sehingga kegemilangan tamadun ketika itu diangkat dan diperhebat hasil muafakat bangsa belia berdarjat.

Lantaran menyedari hakikat gelanggang siasah semasa tidak lagi memberi ruang kepada pertembungan kuasa semata-mata, tetapi persaingan minda, pertempuran idea, penjelmaan ilmu sebagai bukti yang nyata, pelbagai strategi dirangka. Dari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia hinggalah usaha membangunkan pusat kemahiran. Segala-galanya kita laksanakan bagi memastikan belia mendapat pendidikan.

Kedua, Memperkasa Belia Dalam Mendepani Cabaran

Page 4: Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera

Apalah ertinya ilmu pengetahuan yang tinggi, tanpa akhlak yang terpuji, kerana akhlak mulia yang bersemi, akan menjadi pelengkap kepada belia madani. Bermula dengan sekecil-kecil menghargai ketuanan bahasa, sehinggalah kepada perjuangan adat dan warisan, menjadi petanda asas jati diri yang terus berpanjangan. Perlu diingat, bait-bait indah “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” boleh dipatahkan begitu sahaja andai belia Malaysia tidak diperkasa. Kerana penjajahan pada hari ini bukan lagi dengan pedang dan perang, tetapi ideologi songsang dan wang ringgit yang terhidang.

Saidina Umar al-Khattab pernah ditanya oleh para sahabat, tentang apa yang diinginkan dalam kehidupan? Saidina umar memberikan jawapan yang amat memberikan kesan, “Aku inginkan sekumpulan anak muda yang hebat seperti Abu Ubaydah Al-Jarrah, Muaz Ibnu Jabal, dan Salim Maula Abi Hudhaifah untuk membantu aku mendaulatkan agama”.

Hari ini, kita sedar belia Malaysia mungkin tidak setabah khalifah dan tidak sehebat para sahabat, namun kita sudah cukup berbangga andai belia kita berusaha memperkasa dan mencabar diri untuk menjadi sehebat mereka. Justeru, pelbagai kejayaan kita hidangkan di depan mata, selat Inggeris, puncak Everest, Kutub Utara, kembara ke tanah suci merentas Negara dan benua semuanya kita lakukan dengan semangat perwira.

Dari aspek kejayaan dalam pendidikan, kita mula ke hadapan, Najmil Faiz dengan kertas kerja teknologi nanonya, Tan Han Shun dan Rafael Mohammad Zhafrael gah dengan ciptaan kereta lumbanya, hinggalah kepada adik Aimi Nadiah Zainudin dan Nadira Ahmad Termizi sungguh berinovasi dengan ciptaan perangkap tikus tanpa tanpa sebarang cedera dan luka terhadap si tikus, cukup untuk buat kita menghela nafas lega, inilah belia yang akan mendepani cabaran Negara.

Ketiga, Pengaruh Belia Terhadap Kemakmuran Negara.

Page 5: Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera

Usia merdeka sudah lebih separuh abad lamanya. Namun, adakah kita sudah cukup dewasa?

Jika ya, mengapa bayi-bayi lahir tanpa nikah, dibuang tanpa rasa bersalah? Mengapa opium, syabu dan pil kuda, menjadi makanan ruji anak muda? Ada di kalangan anak muda kita, sudah hilang santun dalam bicara, sudah hilang pantun dalam siulan lagunya, sudah hilang gemalai dalam rentak langkahnya. Kita khuatir, andai belia kita akan menjadi seperti si kitul yang menghancurkan kota Melaka. Kita risau, andai belia kita lemah tidak berdaya ibarat runtuhnya tamadun romawi dan parsi akibat pemuda-pemudi tidak membela pertiwi. Kita bimbang, andai belia kita hanya mampu menang sorak tapi seluruh maruah dan Negara kita tergadai.

Konklusinya, pilihan di tangan kita, kerana kerajaan sentiasa bersiap siaga. Pendidikan untuk semua, pusat kemahiran kita perkasa, Program rakan muda, makmal transformasi pembangunan belia telah diadun secukup rasa. Semoga, dengan berbekalkan kesedaran tentang kepentingan ilmu di dada dan akhlak yang mulia, kita dapat buktikan kepada semua belia Malaysia sudah bersedia untuk membawa negara ke arah yang sejahtera.

Gagasan 1Malaysia mempunyai dua (2) asas utama iaitu menyuburkan perpaduan dan membina negara maju. Ianya mempunyai tiga (3) teras

Page 6: Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera

perpaduan iaitu penerimaan, perlembagaan persekutuan dan rukun negara, dan keadilan sosial. Terdapat empat (4) nilai yang menyokong teras perpaduan iaitu hormat menghormati, rendah hati, kesederhanaan, dan berbudi bahasa. Diisi pula dengan empat (4) budaya progresif iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya inovasi dan budaya ilmu. Tercantum bersamanya empat (4) nilai-nilai aspirasi yang terdiri dari kebijaksanaan, kesetiaan, ketabahan dan integriti. Itulah gagasan 1Malaysia. Moto utama konsep 1Malaysia ialah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Dalam bukunya yang bertajuk, “Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia Membina Negara Maju dan Bahagia”, Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud menggariskan misi utama beliau dalam menggarap monograf ini iaitu “bekerjasama dalam mencapai kebajikan dan rasa kasih dan takut akan Tuhan, dan tidak bekerjasama dalam hal-hal yang membawa dosa dan permusuhan (Surah Al-Maidah, ayat 2)”. Monograf 65 mukasurat itu telah diterbitkan oleh Akademi Kenegaraan BTN, edisi kedua 2012, cetakan pertama ialah tahun 2010.

Hakikat konsep 1Malaysia tidak mengasimilasikan kaum-kaum yang ada di Malaysia seperti yang cuba dilakukan di Indonesia dan beberapa negara lain tetapi mengintegrasikan mereka dengan mengekalkan identiti kaum masing-masing tetapi ditambah nilai kepada budaya masing-masing agar tidak berlaku bergeseran yang membawa kepada perpecahan, sebab itu diutamakan proses menyuburkan perpaduan dalam misi membina negara maju.

Saya tertarik untuk menyorot karya Wan Mohd Nor kerana menyentuh nilai akhlak yang tinggi dalam pembinaan negara maju, bukan material yang diutamakan. Beliau telah menengahkan konsep kesejahteraan dan kebahagiaan (sa’adah). Konsep ini sangat sesuai dengan konsep negara (baldatun toyyibah) yang diredhai oleh Allah S.W.T. Beberapa sarjana di United Kingdom telah mencipta Peta Kebahagiaan Global 2006 (A Map of Global Happiness 2006) yang meletakkan Malaysia pada tangga ke-17, sementara Denmark (5.5 juta penduduk) berada paling atas, diikuti Switzerland (7.5 juta) dan Austria (8.2 juta). Walau pun ukuran mereka tidak mengikut Al-Qur’aan dan Sunnah, namun pada asasnya mereka mempunyai pengukuran kesejahteraan dan kebahagiaan secara global yang boleh diterima oleh masyarakat umum. Jika Malaysia ingin meningkat ke tangga 10 negara paling sejahtera dan bahagia maka banyak lagi penambaikan yang mesti dilakukan. Mungkin kita akan cuba

Page 7: Transformasi Belia Membentuk Negara Sejahtera

membuat kajian mengikut parameter yang ditetapkan oleh Al-Qur’aan dan Sunnah dalam menentukan negara sejahtera dan bahagia menurut pandangan Islam.

Didapati bahwa hampir semua negara yang berada di atas Malaysia dari nombor 1 hingga nombor 16 mempunyai rakyat yang homogenous (majoriti berbangsa tertentu dan beragama tertentu), ini berbeza dengan Malaysia yang mempunyai komposisi kaum yang berbagai dan menganut agama yang bermacam-macam. Kesukaran yang amat sangat terasa dalam memuaskan semua kehendak semua bangsa yang terdapat di Malaysia. Kecondongan kepada satu kaum akan melukai kaum yang lain dan begitulah sebaliknya. Dalam Bahasa Inggeris suasana ini disebut sebagai “delicate balance”, sebuah neraca timbangan yang sukar distabilkan. Sedikit sahaja berlaku ketidakadilan akan memusnahkan negara yang sekian lama dibina dengan berhati-hati. Sensitiviti kaum mesti dijaga dengan rapi dan berhemah. Semua tuntutan rakyat mesti dicari penyelesaian yang tuntas seperti menarik rambut dalam tepung, rambut boleh ditarik tanpa menyelerakkan tepung.

Pada halaman 14 hingga halaman 29, Prof Wan Mohd Nor menerangkan konsep Pohon Rimbun Ketatanegaraan Imam Al-Ghazali. Beliau menyatakan bahwa Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Al-Ghazali (1111 masehi) pernah menulis sebuah kitab ketatanegaraan bagi para pemimpin Islam zamannya bertajuk “Nasihat untuk Raja-Raja (Nasihatul Muluk)”. Imam Al-Ghazali mengambil iktibar dari Surah Ibrahim, ayat 24 dan 25 bagi menyemai Budaya Ilmu dan tata cara pentadbiran negara yang berpandukan kepada kehendak Allah. Pohon ketatanegaraan Imam Al-Ghazali mempunyai 10 akar dan 10 dahan. Akarnya disuburkan dengan air kesedaran dan keinsafan tentang hakikat kematian, dan betapa harta itu hanyalah bersifat sementara di dunia dan tidak ada manfaatnya di akhirat jika ianya tidak digunakan bagi mensejahtera dan membahagiakan rakyat. Raja ialah tukang kebun yang diamanahkan bagi menjaga pohon keramat itu. Buahnya boleh dinikmati oleh rakyat jelata dan negara menjadi sejahtera dan bahagia.