TRAFIK
Chin Siok Ling
Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian (Seni Paduan)
2004
TRAFIK
CHIN SIOK LING
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Paduan)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2004
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN
JUDUL: TRAFIK
SESI PENGAJIAN: 2001-2004
Saya CHIN SIOK LING
mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. TesisiLaporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidrnat Maklurnat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidrnat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesisllaporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *Sila tandakan 0"
D (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
D (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukanTERHAD
D oleh Organisasi I badan di mana penyelilidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap: Lot 796, Lorong 3 Off lalan Sayan, Taman Kong Ping, 93250 Kuching, Sarawak.
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Satjana dan Satjana Muda *1ika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila Iampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
11
Projek bertajuk ''Trafik" telah disediakan oleh Chin Siok Ling dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujiaan (Seni Paduan)
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Professor Madya Fauzan Omar)
Tarikh:
III
Penghargaan
Melalui kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tingginya terima kasih
kepada mereka yang telah memberi galakan dan bantuan dalarn menyiapkan projek tahun
akhir ini, sarna ada secara langsung atau sebaliknya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia dan
pihak Bahagian Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana sudi memberi kerjasama
kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada pihak Muzium
Sejarah Nasional Kuala Lumpur kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini pada
masa latihan praktikal.
Sekalung penghargaan buat penyelia, Prof. Fauzan Omar di atas nasihat, teguran,
pandangan, bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang saya menyiapkan projek tahun
akhir ini. Tak lupa juga kepada En. Awangko, En. Wan Jamarul, En. Sharnsu,
En.Zulkalnain, En. Anuar dan Cik Modiana yang banyak mengkongsi idea dan memberi
tunjuk ajar dalam proses membuat projek ini.
Yang penting sekali buat ahli keluarga saya yang sentiasa berada di sisi, terima
kasih atas bantuan, sokongan dan s~angat yang diberikan selama ini. Segala bantuan
dan dorongan yang diberikan akan saya hargai sepanjang hayat ini.
Akhir sekali, tak lupa juga ucapkan terima kasih kepada semua kawan
seperjuangan seni halus 200112004 yang sering membantu saya sepanjang tiga tahun ini.
Kenangan suka duka di unimas akan tetap segar diingati.
IV
Jadual Kandungan MIS
Halaman Tajuk
Borang Pengesahan Status Dokumentasi 11
Tandangan Penyelia 111
Penghargaan IV
Jadual Kandungan v-vi
Abstrak vii
Abstract viii
1.0 Pengenalan
1.1 Latarbelakang Kajian 1-2
1.2 Pemasalahan Kajian 3
1.3 Objektif 4
1.4 Kepentingan 5
1.5 Hipotesis 6
1.6 Skop Projek 7
2.0 Analisis
2.1 Kajian Semula Penulisan 8-9
2.2 Kajian Perbandingan
2.2.1 Kajian Lepas 10-14
2.2.2 Hasil Karya Peribadi 15-19
2.3 Analisa Maklumat 20
3.0 Hasil Kajian, Perbincangan dan Kesimpulan
3.1 Hasil Kajian 21
3.2 Perbincangan 22
V
,...
3.3 Kesimpulan 23
4.0 Rujukan 24-25
5.0 Lampiran 26-29
1, 1
Vi
Abstrak
Keindahan yang terdapat pada pergerakan trafik di jalan raya adalah sebahagian
dari pemandangan yang boleh saya nikmati setiap hari. Keindahan ini boleh dirumuskan
sebagai sesuatu yang menarik, cantik, bagus, benar, elok, molek lebih-lebih lagi ia disinari
dengan pelbagai sifat-sifat cahaya yang memenuhi kegembiraan dan kepuasan. Saya amat
tertarik pada pemandangan dan suasana pergerakan trafik di jalan raya pada waktu
malam. Saya mendapati terdapat pelbagai cahaya yang menarik dan indah seperti
pancaran warna, jalinan, rupa bentuk dan pergerakan cahaya dalam ruang, dipenuhi
dengan kesatuan serta keharmonian. Melalui pengertian 1m, saya ingin
mentransformasikan jenis-jenis cahaya trafik yang terdapat di jalan raya. Misalnya
kelipan cahaya trafik, cahaya kawalan trafik, cahaya pergerakan perlahan kenderaan,
cahaya kelajuan kenderaan dan sebagainya yang boleh memberi pelbagai kemungkinan
artistik. Karya saya menggunakan bahan elektronik untuk menterjemahkan keindahan
cahaya trafik tersebut.
Vll
Abstract
The beauty of road traffic movements is part of the view that I enjoy every day.
Beauty is defined as something attractive, pretty, real, proper and adorable especially when
it is being shown by various characteristics of lightings, that fullfills happiness and
contentment. I'm quite attracted to the scenery and situation of road traffic movements
during the night time. I discovered that there are various types of beauty and attraction in
lightings, for instance the shining colours, textures, shapes and movement of lighting in
spaces fulfilled by combination and harmony. Through the understanding of this, I intend
to transform various types of lightings from traffic. For example traffic - blinking lightings,
traffLC lightings, lightings of vehicles travelling at low as well as high speed and many more
that conveys various artistic feasibility. My works used electronic materials to interpret the
beauty oftraffic lightings.
viii
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang Kajian
Pada dasamya trafik adalah bermakna lalulintas, pergerakan kenderaan dan orang di Jalan
raya. Jadi, trafik merupakan suatu pergerakan yang sering berlaku di persekitaran kita dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan trafik boleh didapati di kawasan lebuhraya,
kawasan jalan bandar ataupun di kawasan luar bandar. Jadi, trafik memainkan peranan yang
penting untuk menghubungkan semua aktiviti dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Secara fizikalnya, trafik di kawasan pusat bandar adalah semakin bertambah pesat. Ini
adalah disebabkan jalan raya yang sedia ada ini, semakin tidak cukup untuk menampung jumlah
penduduk dan jumlah kenderaan yang kian meningkat. J adi, suasana trafik kini bertambah sibuk
dan sesak. Maka, pada sudut pandangan estetik pula, trafik yang sibuk serta sesak ini telah
menghasilkan satu pemandangan yang unik dan menarik.
"Trafik" dipilih sebagai bahan subjek kajian saya adalah disebabkan daya tarikan
dari keindahan pergerakan trafik di jalan raya pada waktu malam. Pergerakan trafik
yang ulang alih di sepanjang jalan raya telah menghasilkan satu pemandangan yang amat
menarik perhatian saya. Keunikan 1Itan keindahan pemandangan trafik adalah
dibentukkan oleh cahaya trafik sendiri. Khasnya pada waktu malam, pergerakan cahaya
trafik di sepanjang jalan telah membentukkan garisan rupa bentuk jalan tersebut.
Pada rasionalnya, karya "Trafik" adalah diilhamkan ketika menikmati
pemandangan pergerakan trafik di jalan raya pada waktu malam. Saya amat tertarik
terhadap suasana keindahan dan estetik pergerakan trafik yang disinari oleh pancaran
1
,..
cahaya pada waktu malam. Keindahan pergerakan trafik boleh didapati melalui warna
pantulan cahaya, jalinan dan rupa bentuk trafik.
Jenis pergerakan trafik adalah bergantung kepada rekabentuk jalan raya. Jadi,
rupa bentuk jalan raya yang berlainan telah menghasilkan pelbagai pemandangan yang
berlainan. Pergerakan cahaya trafik yang laju dan pantas boleh didapati di kawasan jalan
yang lulus dan tidak sesak. Manakala pergerakan cahaya trafik yang perlahan boleh
didapati di kawasan pusat bandar yang agak sesak. Selain itu, Pergerakan cahaya trafik
yang di bawah kawalan boleh didapati di kawasan yang bersimpang. Cahaya kegelipan
trafik pula boleh didapati pada kenderaan yang bergerak di sepanjang jalan raya.
Seterusnya, pergerakan trafik bukan sahaja berjaya menimbulkan pelbagai
pemandangan trafik yang indah pada cuaca yang baik. Malah pada cuaca hujan,
pemandangan terhadap pergerakan trafik juga adalah menarik dan unik dari segi ciri
keindahan yang berlainan. Suasana hujan telah menghasilkan pemandangan yang kurang
jelas dan agak kabur. Dengan bantuan pantulan cahaya pergerakan trafik, maka telah
menimbulkan suatu pemandangan dari segi ciri keindahan yang berlainan.
Jadi, saya in gin mengkongsi idea dan kepuasan terhadap keindahan dan estetik
cahaya trafik kepada semua audien. ~elalui kajian, pergerakan cahaya melalui trafik
telah mengutarakan keunikan trafik secara unggulnya.
2
/
1.2 Pemasalahan Kajian
Isu kesesakan trafik bukan lagi menjadi perkara asing kepada warga kota dan ia
hangat diperbincangkan pada tahun 1990-an. Masalah kesesakan trafik dikatakan
berpunca daripada jumlah bilangan kenderaan yang kian bertambah berlipat kali ganda
dari setahun ke setahun, malah saiz dan bilangan jalan raya yang tetap digunakan tidak
berubah, jadi timbullah masalah kesempitan jalan~
Menurut kenyataan di atas, saya mendapati bahawa masalah trafik tidak dapat
dielakkan khasnya di pusat bandar. Jadi, saya ingin melihat permasalahan kecantikan
trafik. Melalui pemerhatian saya, pelbagai pergerakan trafik khasnya pada waktu malam
telah menghasilkan pergerakan cahaya trafik yang begitu indah dan menarik. Pergerakan
cahaya trafik adalah sering berubah pada setiap saat. Oleh itu, ia memiliki keindahan dan
keunikan yang tersendiri. Jadi, yang penting adakah anda pernah peka terhadap suatu
panorama yang unggul serta unik di persekiaran kita?
3
1.3 Objektif
Objektif kajian saya adalah bertujuan mengkongsi idea mengenai kecantikan
cahaya trafik. Melalui karya, saya in gin menggambarkan pelbagai rupa bentuk,
pergerakan dan warna cahaya trafik yang begitu indah dan menarik. Pada masa yang
sarna, saya ingin mentransformasikan jenis-jenis trafik ke dalam bentuk seni kontemporari
menerusi cahaya trafik yang menarik.
4
I'
1. '
,....
1.4 Kepentingan
Karya ''Trafik'' adalah bertujuan menunjukkan persekitaran kita adalah kaya
dengan suasana panorama yang indah dan estetik tanpa mengira ia secara alam
semulajadi ataupun hasil perkembangan sains dan teknologi. Pergerakan cahaya adalah
unik kerana dapat mengindahkan sesuatu suasana trafik yang berada dalam fokusnya.
Pergerakan cahaya trafik sering berubah pada setiap saat dan ia turut
menghasilkan pelbagai pemandangan yang berlainan dan menarik. Perubahan
pemandangan pada cahaya trafik ini memiliki keindahan dan keunikan yang tersendiri.
Audien haruslah peka kepada keindahan dan estetik persekitaran seperti panorama trafi_k,
sebab ia adalah berharga dan dianugerahkan oleh tuhan.
5
l
1.5 Hipotesis
Saya ingin menghasilkan karya trafik dengan menurut ahli falsafah "catan mestilah
indah meskipun ia menggambarkan peristiwa yang pedih dan menyakitkan. Catan tidak
seharusnya hodoh atau anti-keindahan" dari Syed Ahmad Jamal, Interviews with the artist,
Monday 5 June 2000.
Menurut ahli falsafah Syed Ahmad Jamal juga "estetika bererti sesuatu yang
berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang
menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekan aspek kegunaannya".
Menurut ahli falsafah St. Thomas Aquinas, "Ciri warna cerah dapat
dihubungkaitkan dengan simbol cahaya dalam tradisi Neoplatonik Zaman Pertengahan.
Cahaya dianggap sebagai simbol kebenaran dan keindahan kudus".
Menurut ahli falsafah Ralph Waldo Emerson, "Dengan panduan struktur mata dan
hukum-hukum cahaya, setiap yang dilihat akan menjadi indah dan cantik". Ini terbukti
semasa saya menghasilkan karya trafik yang fokus kepada pergerakan cahaya trafik
adalah amat indah dan unik atas pantulan cahaya dari pergerakan trafik.
Menurut ahli falsafah Edward ~lough, konsep jarak psika adalah penting dalam
menikmati sesuatu panorama. "Seseorang harus memisahkan sesuatu fenomena atau
sesuatu objek daripada dirinya ketika menikmati sesuatu karya seni". Misalnya, audien
haruslah memisahkan diri dari realiti ketika menyaksi suasana keindahan dan estetik
pemandangan trafik. Jika tidak, audien tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri keindahan
karya trafik dan tidak dapat menikmati unsur estetik yang dimiliki dari karya trafik.
6
t
1.6 Skop Projek
Skop kajian saya ialah melihat suasana panorarna trafik di antara tahun 2000-an.
Mengkaji suasana trafik yang indah menerusi pergerakan cahaya trafik. Dengan itu, saya
ingin memberi tumpuan kepada pelbagai rangsangan warna, jalinan, rupa, bentuk, ruang
cahaya, pergerakan melalui kesatuan dan keharmonian. Pada masa yang sarna, saya ingin
mentransformasikan jenis-jenis trafik ke dalarn bentuk seni kontemporari.
7
I..
,...
2.0 Analisis
2.1 Kajian Semula Penulisan
Ahli falsafah Plotinus yang lahir di Lycopolis, Mesir, berpendapat "keindahan
didapati wujud pada banyak benda. Objek paling ketara yang memiliki keindahan ialah
objek-objek yang dilihat. Benda-benda kompleks yang dapat dikatakan indah kerana
benda kompleks mempunyai lebih daripada lebih satu bahagian. Setiap bahagian dalam
benda kompleks ini boleh dikatakan indah apabila setiap bahagian ini bergabung menjadi
satu benda atau objek yang sempuma". Plotinus juga mengasaskan wawasan merenung
dan meneliti dengan mendalam sebagai idea utama dalam teori keindahan.
Saya bersetuju terhadap teori Plotinus di atas. Ini adalah kerana kita boleh
menerima keindahan sesuatu objek yang dapat dilihat dengan mudah sekiranya ia dapat
dilihat, tanpa mengira secara visual atau fizikal. Dengan kata lain, kita boleh
menunjukkan bukti keindahan tersebut melalui sesuatu objek yang dapat dilihat. Jadi,
keindahan dan estetik trafik dari segi pergerakan cahaya juga terdapat bukti
keindahannya. Selain itu, teori keindahan Plotinus yang memerlukan perenungan dan
penelitian dengan mendalam juga adalah penting, untuk menikmati keindahan sesuatu
objek.
Menurut ahli falsafah Ralph Waldo Emerson dari Boston, Massachusetts, Amerika
Syarikat, "keindahan alam dilihat sebagai objek Intelek. Keindahan alam tidak sahaja
mempunyai hubungan dengan kebajikan, malah keindahan alam juga mempunyai
hubungan dengan pemikiran. Keindahan alam yang menjadi objek intelek untuk
dinilunati dan dihayati akan membantu manusia mencipta sesuatu yang barn. Sewaktu
8
menikmati alam, manusia tidak hanya bersikap pasif (menikmati), malah bersikap positif
(mencipta). Kesan keindahan alam terhadap manusia adalah berbeza. Ada manusia yang
hanya menikmati alam begitu sahaja. Terdapat juga manusia yang begitu kagum dengan
keindahan alam sehingga mereka cuba menghasilkan (mencipta) sesuatu yang meniru
keindahan alam dalam bentuk-bentuk baru".
Saya juga bersetuju terhadap teori Ralph Waldo Emerson di atas. Ini adalah
kerana keindahan berhubungan dengan pemikiran. Jika manusia tidak pernah fikir
keindahan terdapat di persekitaran kita, maka keindahan alam tidak dapat menjadi objek
intelek yang dinikmati dan dihayati serta tiada juga ciptaan baru yang dapat dihasilkan.
J adi, dengan adanya intelek keindahan alam maka boleh menggalakkan manusia yang
kagum keindahan menghasilkan ciptaan baru. Misalnya, karya trafik juga adalah ilham
ketika menikmati suasana pemandangan pergerakan trafik yang estetik pada waktu
malam.
9
2.2 Kajian Perbandingan
2.2.1 Kajian Lepas
Kajian lepas ini terbahagi kepada tiga iaitu rnengkaji karya-karya Ternpatan, Asia
dan Barat yang rnengenai isu trafik. Karya-karya ini adalah seperti:
Garnbarajah 1: Artist: Arthur Teng (Pengkarya Ternpatan) Tajuk: Malaysia Highway Media: FoWafi
Merujuk kepada karya Arthur Teng, beliau rnenggunakan unsur-unsur seni iaitu
garisan dan warna untuk rnenggambarkan suasana pergerakan trafik. Menerusi karya ini,
saya mendapati idea rnenggunakan unsur garisan untuk rnenggarnbarkan bentuk-bentuk
jalan. Pada masa yang sarna, saya juga rnenggunakan unsur warna iaitu warna putih
menggambarkan warna lampu depan kenderaan dan warna rnerah rnenggambarkan warna
iampu belakang kenderaan dengan berkesan.
10
Gambarajah 2: Artist: Lam Siong Onn (Pengkarya Tempatan) Tajuk:"Rush Hour Traffic" 1999 Mpr1i~' r.~t. ~ir fifW-m ')( 7fW-m
Merujuk kepada karya Lam Siong Onn, beliau menggunakan unsur-unsur seni iaitu
warna panas dan ruang yang sempit untuk menggambarkan suasana waktu pergerakan
trafik yang sesak. Menerusi karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur warna
panas untuk menimbulkan suasana waktu pergerakan trafik dengan berkesan.
Gambarajah 3: Artist: Raja Azhar Idris (Pengkarya Tempatan) Tajuk: Jalan Tun Razak Media: Cat Minyak, 1996, 42cm x 36cm
11
Memjuk kepada karya Raja Azhar Idris, beliau menggunakan unsur-unsur sem
iaitu jalinan, mang, garisan, warna, rupa dan bentuk untuk menggambarkan suasana
pergerakan trafik pada masa hujan. Menerusi karya ini, saya mendapati idea
menggunakan unsur jalinan untuk menggambarkan suasana trafik pada masa hujan.
Cennin tingkap yang berjalinan digunakan untuk menggambarkan suasana trafik yang
kabur. Kesan kabur ini dihasilkan dari pancaran pergerakan cahaya lampu.
Gambarajah 4: Artist: Kevin Hogg (Pengkarya Barat: Video artist, Music Composer and painter)
Tajuk: Hot City Traffic Media: Digital paintings 1999
Memjuk kepada karya Kevin Hogg, unsur-unsur seni seperti garisan dan warna
telah digunakan untuk menggambarkan arus pergerakan trafik dan suasana yang sibuk.
Menemsi karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur garisan untuk
menggambarkan arah pergerakan trafik. Selain itu, unsur warna panas seperti warna
kuning dan merah telah digunakan untuk menggambarkan suasana pergerakan trafik
yang sibuk dengan berkesan.
12
Gambarajah 5: Artist: Lewis Lang (Pengkarya Barat) Tajuk: Rush Hour Media: Photography ,Exhibition / print sales, Film Kodachrome
Merujuk kepada karya Lewis Lang, unsur-unsur seni seperti garisan dan warna
telah digunakan untuk menggambarkan arus dan kepantasan pergerakan trafik.
Menerusi karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur garisan untuk
menggambarkan suasana pergerakan trafik yang pantas. Selain itu, unsur warna panas
seperti warna kuning dan merah telah digunakan untuk menggambarkan pergerakan
trafik yang pantas dan sibuk dengan berkesan.
Gambarajah 6: Artist: Josh wood (Pengkarya Barat) Tajuk: Traffic Media: Website. resolution 883 x 590
13
Merujuk kepada karya Josh wood, unsur-unsur seni seperti garisan dan warna juga
digunakan untuk menggambarkan arus dan kepantasan pergerakan trafik. Menerusi
karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur garisan untuk menggambarkan
suasana pergerakan trafik yang pantas. Selain itu, unsur warna iaitu pelbagai warna juga
digunakan untuk menggambarkan pergerakan trafik yang pantas dan sibuk dengan
berkesan.
Gambarajah 7: Artist: Laskowitz (Pengkarya Asia) Tajuk: Traffic Hong Kong,China Media: Fotografi
Merujuk kepada karya di atas, unsur-unsur seni iaitu jalinan, ruang, garisan,
warna, rupa dan bentuk digunakan untuk menggambarkan suasana pergerakan trafik.
Menerusi karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur garisan untuk
menggambarkan suasana pergerakan trafik. Unsur garisan yang bercondong
menghasilkan kesan pergerakan untuk suasana pergerakan trafik.
14
2.2.2 Hasil Karya Peribadi
Merujuk kepada kajian lepas, saya telah menggunakan beberapa unsur seni seperti
garisan, warna, jalinan, ruang, rupa dan bentuk untuk menghasilkan karya peribadi saya.
Hasil karya saya adalah berbentuk karya seni elektronik. Saya menggunakan media
campuran untuk menghasilkan karya iaitu menggunakan lampu klip-klip, kayu, papan
dan cermin. Karya-karya ini adalah seperti di bawah:
• -0.'. •• • • -•.. ::?...•..' .:::- ..-- .... ,.: ' .-.-::. ,.." : :. ' . # t"~_•.•0....... .. .:.-. ...... -.. -.
.• - ••• .. .• " -t": • ••.. .. . ., .. .. .. ~... - .. '. .. .... ... . ..; : ..~ ": ...- ~ .. .... - ... ...
-: ~ .. ..--.. .. ;,-... .. .. -;:.-. .. . ". .:.. ...... . .. ............... .. ..
~.... -'............ ..-; ..X ... . "! . .. ... • •••-- - ..... .-.-.. ...~ ...-. ..,,-.:..: -.-.:-. . .-. .~.. ....... .':-=.. .... • .... .• · .. -. -:r.,; ::.. : -. ..·z-"": ,, .... • .....::.;: ~ :."...:.::-. -: .. -. ;.-....:.::..;: - : "-... .. . r.. • . ........... .. ..
i:. .. . .- . " .•~.. ::~ : .;;~~.:. .- ..•.,:~..-:.:.;, .
-:r-. . . • •..•.•. -~:: .. -ft.. _ e ..... •• ::-... :.-:::. -. .... -. e..::..- _ ..•.-. .. -. .. - . .... ..... . .......: . ... ..,...-:..... . .... .. =.-
.: .. .:. -..-:-::
Karya 1: Tajuk: Kelipan Trafik Media: Media Campuran
(Lampu klip-klip, papan) Saiz: 122cm x 122cm Year: 2003
Karya "K.elipan Trafik" adalah karya yang menunjukkan cahaya kegelipan trafik
pada aktu malam. Dalam pemerhatian saya, mendapati pantulan cahaya trafik adalah
15