topik4 rancangan dan ramalan kewangan

Upload: pamela-gan

Post on 14-Apr-2018

288 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    1/11

    4. KEWANGAN PERANCANGAN DAN RAMALAN KEWANGAN

    PENGENALAN

    Sesebuah organisasi perniagaan dapat mengetahui keuntungan dan kedudukan

    kewangan perniagaan berdasarkan penyata pendapatan perniagaannya. Bagi mencapaikeuntungan yang disasarkan, perniagaan perlulah menyediakan proforma lembaran

    imbangan dan anggaran kedudukan kewangan untuk melihat kesan perancangan atas

    aset dan sumber kewangan. Kedudukan defisit tunai dan lebihan wang tunai perniagaan

    pula dapat dikesan dengan penyediaan belanjawan tunai yang teliti.

    OBJEKTIF

    Pelajar dapat:

    1. memahami konsep penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai

    2. menyediakan penyata pendapatan dan lembaran imbangan bagi tempoh tertentu3. menilai belanjawan tunai bagi sesuatu tempoh

    PETA MINDA

    PERANCANGANDAN RAMALAN

    KEWANGAN

    Proformapenyata

    pendapatan

    Proformalembaranimbangan

    Belanjawantunai

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    2/11

    4.1.Profoma penyata pendapatan

    Penyediaan penyata kewangan adalah untuk mengetahui keuntungan dan

    kedudukan kewangan perniagaan. Apabila peniaga merancang kewangan

    perniagaannya, prestasi perniagaan dinilai secara membuat pengiraan dan analisiskeuntungan dan kedudukan kewangan dalam tahun perancangan. Penyata

    pendapatan dapat menilai daya maju bagi keberuntungan perniagaan dan jumlah

    untung bersih yang diperoleh dalam tahun perancangan. Cara mengira untung

    bersih adalah:

    Untung kasar = Jualan bersih Kos jualan

    Untung bersih = Untung kasar - jumlah perbelanjaan.

    Jadual 4.1 berikut adalah Proforma Penyata Pendapatan bagi Syarikat Senang Benar

    bagi Tahun Berakhir pada 31 Disember 20X4 dan 20X5.

    Syarikat Senang Untung Berhad

    Penyata Pendapatan Perbandingan

    Bagi Tahun Berakhir pada 31 Disember 20X4 dan 20X5

    20X4 20X5

    (RM) (RM)

    Hasil Jualan 6,300,000 5,730,000

    Kos Barang Dijual 1,700,000 1,743,200

    Untung Kasar 4,600,000 3,986,800

    Belanja Pentadbiran 340,000 283,000

    Belanja Jualan 220,000 187,300

    Untung Bersih 4,040,000 3,516,500

    Jadual 4.1 : Penyata Pendapatan Bagi tahun Berakhir pada Disember 20X4 dan 20X5

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    3/11

    4.2.Proforma lembaran imbangan

    Proforma lembaran imbangan disediakan pada akhir tahun perancangan yang

    bertujuan membantu peniaga meneliti dan menilai kesan perancangan atas aset

    dan sumber kewangan perniagaan dan menyediakan anggaran kedudukan

    kewangan perniagaan pada akhir tahun perancangan. Ia menunjukkan jumlah asetperniagaan, pembiayaan sumber dalaman seperti modal dan ekuiti pemilik dan

    sumber luaran seperti liabiliti.

    Jadual 4.2 berikut adalah lembaran imbangan bagi Syarikat Senang Benar Sdn Bhd

    bagi Lembaran Imbangan pada 31 Disember 20X5.

    Syarikat Senang Benar Sdn. Bhd.

    Lembaran Imbangan Pada 31 Disember 20X5

    RM RMAset SemasaInventori 207,000

    Tunai 45,000

    Penghutang 13,000 265,000

    Aset Tetap 500,000

    765,000

    Liabiliti Semasa

    Pemiutang 68,000

    Cukai Belum Bayar 40,000 108,000

    Pinjaman Jangka panjang 200,000

    Ekuiti Pemilik 457,000

    765,000

    Jadual 4.2 : Lembaran Imbangan

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    4/11

    4.3.Belanjawan tunai

    Penyediaan belanjawan tunai dapat membantu pengusaha meramal waktu dijangka

    perniagaan bakal berhadapan dengan defisit tunai dan lebihan wang tunai seperti

    berapa jumlah wang tunai diperlukan, bila wang diperlukan dan sumber

    pembiayaan yang boleh diperolehi boleh dikenal pasti oleh pengusaha apabilamerujuk belanjawan tunai. Belanjawan tunai disediakan sama ada bagi tempoh suku

    tahun, setengah tahun atau satu tahun bergantung kepada kekuatan dan

    kelemahan perniagaan. Walau bagaimanapun, pemilihan tempoh belanjawan tunai

    adalah berdasarkan maklumat yang lengkap dan benar dalam membuat anggaran

    penerimaan dan pembayaran tunai dan aliran tunai masuk (penerimaan) dan keluar

    (pembayaran) bagi operasi dan bukan operasi perniagaan.

    Aliran Masuk Wang Tunai

    Aliran masuk wang tunai terdiri daripada sumber-sumber seperti:i. Penerimaan tunai bagi operasi biasa perniagaan perniagaan contohnya

    daripada jualan tunai dan pembayaran hutang oleh pelanggan.

    ii. Penerimaan tunai bagi bukan operasi contohnya hasil pendapatan daripada

    dividen pelaburan, sewa diterima dan jualan aset tetap perniagaan.

    Jualan

    Aliran tunai masuk bagi perniagaan yang menjalankan jualan secara tunai adalah

    mudah dianggarkan. Jika perniagaan menjalankan jualan secara kredit, pengusaha

    perlu melihat rekod-rekod jualannya terlebih dahulu untuk melihat corak jualan

    secara tunai dan julan secara kredit sebelum aliran tunai dianggarkan.

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    5/11

    Contoh:

    Sekiranya Perniagaan Nanimaju Enterprise mempunyai rekod-rekod perniagaan

    tahun-tahun lalu yang mempunyai corak penjualan secara tunai sebanyak 70% dan

    jualan kredit sebanyak 30%, jadi anggaran jualan tunai dan kredit bagi tahun

    kewangan 20X2 adalah adalah ditunjukkan dalam jadual 4.3 di bawah.

    Perniagaan Nanimaju Enterprise

    Anggaran Jualan Tunai dan Kredit

    Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 20X2

    Bulan Tunai Kredit Jumlah

    RM RM RM

    Januari 216,988 92,995 309,983

    Februari 550,545 235,948 786,493

    Mac 471,996 202,284 674,280April 138,825 59,496 198,321

    Mei 296,564 127,099 423,663

    Jun 193,556 82,953 276,509

    Julai 116,052 49,737 165,789

    Ogos 246,875 105,803 352,678

    September 195,138 83,631 278,769

    Oktober 239,156 102,495 341,651

    November 613,426 262,897 876,323

    Disember 79,987 34,280 114,267

    Jumlah Jualan 3,359,108 1,439,618 4,798,726

    Jadual 4.3 : Anggaran Jualaan Tunai dan Kredit

    Kutipan Hutang

    Adakalanya pelanggan membayar hutang kepada peniagaan dengan mendapat tempoh dan

    peratusan tertentu. Peniaga perlu meneliti peratusan kutipan hutang yang sepatutnya

    dibuat dalam bulan-bulan berkenaan. Maklumat jadual dan corak pembayaran hutang

    biasanya tertera dalam rekod-rekod jualan dan ini memudahkan peniagaan mengutip

    hutangnya.

    Contoh:Perniagaan Ninamaju mendapati bahawa kutipan hutang pelanggan dibuat sebanyak 40%

    dalam bulan pertama, 30% dalam bulan kedua dan 30% lagi dalam bulan ketiga. Sekiranya

    urusniaga dalam bulan Februari 20X1 sejumlah RM235,948.00 jadi, kutipan hutang adalah

    seperti berikut:

    Jumlah urusniaga kredit bulan Februari = RM235,948

    Kutipan hutang dalam Bulan pertama (Mac) = RM235,948X 40%

    = RM94,379.00

    Kutipan hutang dalam Bulan Kedua (April) = RM235,948X 30%= RM70,784.00

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    6/11

    Kutipan hutang dalam Bulan Ketiga (Mei) = RM235,948 X 30%

    = RM70,784.00

    Berdasarkan pengiraan kutipan hutang, jumlah anggaran penerimaan jualan kredit adalah

    seperti dalam jadual 4.4:

    Perniagaan Nanimaju Enterprise

    Anggaran Kutipan Jualan Kredit

    Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 20X3

    Bulan

    Jualan

    Kredit

    (a)

    Jumlah

    Kutipan

    Kredit

    (b)

    Jumlah

    penerimaan

    Tunai

    (a)+(b)

    RM RM RMJanuari 92,995

    Februari 235,948

    Mac 202,284 94,379 296,663

    April 59,496 70,784 130,281

    Mei 127,099 70,784 197,883

    Jun 82,953

    Julai 49,737

    Ogos 105,803

    September 83,631

    Oktober 102,495

    November 262,897

    Disember 34,280

    Jumlah Jualan 1,439,618 235,948 624,827

    Jadual 4.4: Anggaran Kutipan Kredit dan Jumlah Penerimaan Tunai

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    7/11

    Aliran Keluar Wang Tunai

    Aliran keluar wang tunai digunakan untuk tujuan berikut:

    i. Pembayaran tunai yang berkaitan operasi biasa seperti belian stok, bayaran

    hutang kepada pembekal dan bayaran kos angkutan masuk belian.

    ii. Pembayaran tunai yang bukan dalam belanja overhed seperti bayaraninsuran perniagaan, belian aset tetap dan bayaran ansuran pinjaman jangka

    panjang.

    Belian Stok

    Belian stok adalah jumlah pembayaran bagi barang-barang yang biasanya dijalankan

    oleh peruncit, pemborong dan pengilang. Anggaran bagi pembelian stok perlu dibuat

    sama ada secara tunai atau kredit kepada pembekal.

    Contoh:

    Perniagaan Nanimaju terlibat dalam pembelian stok secara kredit dan berhasratmembayar hutang kepada pembekal selepas sebulan urusniaga. Sekiranya

    Perniagaan Nanimaju membeli stok secara kredit bermula bulan Jan 20x1, jadi

    pengiraan pembayaran hutangnya dan jumlah wang tunai keluar adalah seperti

    dalam jadual 4.5 berikut:

    Perniagaan Nanimaju Enterprise

    Anggaran Pembelian Kredit dan Jumlah Wang Tunai Keluar

    Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 20X1

    Bulan

    Pembelian

    tunai

    (a)

    Pembelian

    Kredit

    (b)

    Jumlah

    Pembayaran

    Kredit

    (c)

    Jumlah Wang

    Tunai Keluar

    (a)+ (c )

    RM RM RM RM

    Januari 4,563 57,765 4,563

    Februari 7,141 43,987 57,765 64,906

    Mac 4,331 12,372 43,987 48,318

    April 4,775 27,992 12,372 17,147

    Mei 9,854 37,161 27,992 37,846

    Jun 2,541 45,118 37,161 39,702

    Julai 7,542 67,155 45,118 52,660

    Ogos 9,511 96,902 67,155 76,666

    September 7,241 17,689 96,902 104,143

    Oktober 9,173 97,101 17,689 26,862

    November 7,328 14,288 97,101 104,429

    Disember 4,522 21,356 14,288 18,810

    Jumlah Pembelian 78,522 538,886 517,530 596,052

    Jadual 4.5 : Jadual Pembayaran Kredit kepada Pembekal dan Jumlah Wang Tunai Keluar

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    8/11

    Belanja Overhed

    Belanja overhed adalah belanja yang dikenakan setiap bulan seperti sewa, gaji, kadar

    bayaran (bil elektrik, air, jalur lebar dan telefon). Walaupun belanja overhed dibayar

    secara tunai tetapi pembayaran ini adakalanya dilaksanakan dalam bulan berikut.Terdapat juga belanja overhed dibayar setahun sekali, enam bulan sekali atau tiga

    bulan sekali seperti insurans, cukai jalan pengangkutan, caj pembentungan, cukai

    pintu dan cukai tanah. Hanya belanja overhed yang dibayar tunai sahaja yang perlu

    dicatatkan dalam belanjawan tunai. Contoh perbelanjaan yang tidak termasuk dalam

    belanjawan tunai adalah susut nilai aset. Jumlah susut nilai hanya dikurangkan

    daripada kos aset yang melibatkan pengurangan untung tanpa mengeluarkan wang

    tunai.

    Contoh:

    Belanjawan tunai bagi Perniagaan Nanimaju Enterprise disediakan denganmengambil kira andaian-andaian berikut:

    i. Baki awal tunai pada tahun 20X4 berjumlah RM7,800

    ii. Belanja overhed seperti gaji, penyelenggaraan, kadar bayaran, insurans,

    sewa, alat tulis dan belanja am dibayar secara sama rata setiap bulan.

    iii. Belanja promosi dibayar setiap tiga bulan iaitu: Mac RM1,300, Jun RM3,200,

    September RM4,290 dan Disember RM8,782

    iv. Belanja kenderaan (kompenan tetap) dibayar pada setiap Januari dan belanja

    kenderaan (berubah) dibayar setiap bula pada kadar 0.4% daripada jualan

    v. Belanja bayaran balik faedah pinjaman bank dibayar 4% atas ansuran pokok

    RM1,500 sebulan.vi. Cukai dianggarkan sebanyak RM68,900. Bayaran akan dijelaskan secara

    bulanan selama 12 bulan mulai Mac 20x4 hingga April 20X5

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    9/11

    Berpandukan kepada butiran di atas yang diperolehi daripada belanjawan belanjawan jualan, belian dan belanja overhed, belanjawan

    tunai adalah disediakan seperti jadual 4.6 dan jadual 4.7 berikut.

    Belanjawan Tunai Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 20X4

    ALIRAN MASUK Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec Jumlah

    Jualan Tunai 87,908 56,718 78,397 54,698 63,982 87,229 67,448 86,549 58,735 49,721 59,375 85,950 836,710

    Kutipan Hutang 36,542 37,678 45,278 42,786 38,769 65,498 76,946 94,561 67,854 58,761 49,786 52,185 666,644

    Jumlah Aliran Masuk (a) 124,450 94,396 123,675 97,484 102,751 152,727 144,394 181,110 126,589 108,482 109,161 138,135 1,503,354

    ALIRAN KELUAR -Bayaran kepada pembekal 78,659 54,681 56,649 76,438 36,689 47,765 87,752 85,449 65,289 75,289 82,762 87,693 835,115

    Gaji 5,500 5,500 5,500 5,500 5,500 5,500 5,500 5,500 5,500 5,500 5,500 5,500 66,000

    Penyelenggaraan 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 3,600

    Elektrik, air, telefon 340 340 340 340 340 340 340 340 340 340 340 340 4,080

    Insurans 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 4,200

    Sewa 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 18,000

    Alat Tulis 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 1,200

    Belanja Am 230 230 230 230 230 230 230 230 230 230 230 230 2,760

    Promosi - - 1,300 - - 3,200 - - 4,290 - - 8,782 17,572

    Penghantaran 1,554 1,543 1,869 1,675 1,453 1,214 2,652 2,876 1,872 2,942 2,213 2,351 24,214

    Belanja kenderaan (tetap) 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 24,000

    Belanja kenderaan (berubah) 352 227 314 219 256 349 270 346 235 199 238 344 3,347

    Bayaran pinjaman (pokok) 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 18,000

    Bayaran pinjaman (faedah) 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 720Cukai - - 5,742 5,742 5,742 5,742 5,742 5,742 5,742 5,742 5,742 5,742 57,420

    Jumlah Aliran Keluar (b) 92,445 68,331 77,754 95,954 56,020 70,150 108,296 106,293 89,308 96,052 102,835 116,792 1,080,228

    Lebihan /defisit (c)=(b)-(a) 32,005 26,065 45,921 1,530 46,731 82,577 36,098 74,817 37,281 12,430 6,327 21,343 423,126

    Baki Awal (d) = [Baki Akhir

    bulan sebelumnya]

    7,800 39,805 65,870 111,792 113,322 160,053 242,630 278,728 353,545 390,826 403,256 409,583 7,800

    Baki Akhir (c)+(d) 39,805 65,870 111,792 113,322 160,053 242,630 278,728 353,545 390,826 403,256 409,583 430,926 430,926

    Jadual 4.6 : Belanjawan Tunai

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    10/11

    Belanjawan Tunai Bagi Tahun Berakhir Pada 31 Disember 20X4

    Jumlah Aliran Masuk (a) 124,450 94,396 123,675 97,484 102,751 152,727 144,394 181,110 126,589 108,482 109,161 138,135 1,503,354

    Jumlah Aliran Keluar (b) 92,445 68,331 77,754 95,954 56,020 70,150 108,296 106,293 89,308 96,052 102,835 116,792 1,080,228

    Lebihan /defisit (c)=(a)-(b) 32,005 26,065 45,921 1,530 46,731 82,577 36,098 74,817 37,281 12,430 6,327 21,343 423,126

    Baki Awal Wang Tunai (d) 7,800 39,805 65,870 111,792 113,322 160,053 242,630 278,728 353,545 390,826 403,256 409,583 7,800

    Baki Akhir Wang Tunai

    (e)=(c)+(d)

    39,805 65,870 111,792 113,322 160,053 242,630 278,728 353,545 390,826 403,256 409,583 430,926 430,926

    Baki Minimum Wang Tunai

    (f)

    6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000

    Keperluan Pembiayaan

    (f)-(e)

    - - - - - - - - - - - - -

    Lebihan Wang Tunai (e)-(f ) 33,805 59,870 105,792 107,322 154,053 236,630 272,728 347,545 384,826 397,256 403,583 424,926 424,926

    Jadual 4.7 : Belanjawan Tunai Yang Dikemas kini

  • 7/29/2019 Topik4 Rancangan Dan Ramalan Kewangan

    11/11

    Dalam belanjawan tunai terdiri daripada dua bahagian iaitu :

    i. Jumlah lebihan/ defisit wang tunai - baki tunai setelah jumlah aliran masuk

    ditolak jumlah aliran keluar.

    ii. Baki Akhir Wang Tunai - Jumlah lebihan/ defisit wang tunai setelah dicampur

    baki awal wang tunai.

    Rumusan

    Berdasarkan perbincangan di atas didapati bahawa sebelum perancangan kewangan

    perniagaan disediakan, seseorang pengusaha perlu terlebih dahulu memahami konsep

    penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai. Perancangan boleh dibuat

    berdasarkan analisis penyata pendapatan tahun-tahun sebelumnya atau dengan meneliti

    perancangan sesebuah organisasi perniagaan lain sebagai panduan. Penyata pendapatan

    dan lembaran imbangan bagi tempoh tertentu boleh disediakan dengan mengambil kira

    belanjawan tunai bagi sesuatu tempoh operasi perniagaan berkenaan.

    Rujukan

    Abu Bakar Hamid. 2006. Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil, Penerbit

    Universiti Utara Malaysia, Sintok.

    Aini Hayati et al. 2009. Teks Pra-U STPM Matrikulasi Pengajian Perniagaan 1, Pearson-

    Longman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.

    Wan Madznah Wan Ibrahim. 2007. Prinsip perakaunan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Shah Alam.