topik12

Upload: amani-mubarak

Post on 12-Jul-2015

1.323 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

TAJUK 12

Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa: Perbezaan Pelajar

SINOPSIS Topik ini membincangkan tentang perbezaan gaya pembelajaran kanakkanak dalam pengajaran sains. Ia turut membincangkan tentang strategi pengubahsesuaian bagi pengajaran tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan strategi pengubahsuaian pengajaran sains kepada kanakkanak berbeza gaya pembelajaran. 2. Mengenal pasti satu aktiviti sains dan membuat pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbeza gaya pembelajaran.

KERANGKA TAJUK

Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa:

Strategi mengadaptasi pengajaran sains kepada kanakkanak berbeza gaya pembelajaran.

Rajah 11.0 Kerangka Tajuk

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

12.0

Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa Setiap kanak-kanak berbeza dari segi kebijaksanaan, sosio ekonomi, budaya, jantina, persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Setiap satu faktor tersebut dapat mempengaruhi keupayaan pembelajaran mereka. Sesetengah gabungan faktor tadi meletakan mereka pada keadaan berisiko kerana tidak berupaya mengambil sepenuhnya faedah terhadap pengalaman pembelajaran yang baik dan cemerlang. Melalui rangsangan persekitaran, emosi, fisiologi, sosiologi dan psikologi terdapat hubung kait terhadap gaya pembelajaran murid. Ini menjadikan mereka mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza.

Modul ini akan membincangkan tentang gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam kalangan kanak-kanak dan bagaimana membuat adaptasi pembelajaran sains terhadap mereka. Modul seterusnya akan menyentuh tentang kanak-kanak istimewa. Mereka merupakan kanakkanak yang luar biasa tahap pembelajaran mereka; boleh jadi kurang upaya dari segi pembelajaran( at-risk), kurang upaya dari segi fizikal atau terlalu bijak (pintar cerdas dan berbakat). Rajah di bawah meringkaskan maksud kanak-kanak istimewa yang akan disentuh secara mendalam di dalam Modul 13,14 dan 15

Rajah 12.1 Kanak-kanak Istimewa

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

Rajah 12.2 Perbezaan Gaya Pembelajaran

Terdapat dua kumpulan murid iaitu Field Dependent dan Field Independent yang mempengaruhi gaya pembelajaran mereka yang. berbeza. Murid Field Dependent (FD) lebih bergantung kepada guru dan memerlukan pembelajaran konkrit manakala murid Field Independent (FI) pula mampu mempelajari sesuatu konsep secara abstrak dan kurang bergantung kepada guru.

(a)

Murid Field Dependent Murid di dalam kumpulan ini berhubung rapat dengan rakan sebaya,mereka lebih mengemari pendekatan secara pemerhatian, memahami sesuatu konsep apabila contoh yang bersesuaian, yang pernah mereka alami diberikan semasa sesi pengajaran. Mereka sangat terpengaruh dengan kritikan serta sering memerlukan motivasi luaran untuk mencapai matlamat pembelajaran.

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH) Pendekatan perlu lebih berpusatkan murid tetapi perlu dengan garispanduan dan arahan yang cukup lengkap.

(b)

Murid Field Independent Murid di dalam kumpulan ini kurang berinteraksi dengan rakan sebaya. Mereka lebih bersikap personal dan tidak terpengaruh dengan kritikan tetapi memerlukan bantuan di dalam kemahiran bersosial. Mereka mempunyai motivasi dalaman yang kuat. Mudah mengikuti pembelajaran secara kuliah. Guru boleh menggunakan soalan untuk memulakan sesuatu topik dan menyemak jawapan murid. Mereka lebih sukakan sesuatu tugasan yang memberikan kebebasan kepada mereka untuk menghasilkannya.

Menurut Witkin et al., (1977). Ciri pelajar FI dan FD dapat diringkaskan seperti di dalam rajah 12.3

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

Layari Internet (i) Baca ciri-ciri pelajar FD dan FI melalui artikel yang boleh di dapati daripada laman sesawang ini : http://www.eltnewsletter.com/back/June2002/art1022002.htm

(ii)

Tentukan apakah gaya pembelajaran anda dengan membuat Survey Gaya Pembelajaran VAK yang dapat diakses melalui laman sesawang ini: http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/styles/vak.html

12.1

Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Berbeza Gaya Pembelajaran

Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid dan guru perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya gaya pembelajaran yang sesuai dapat dikenal pasti. Ada murid yang suka melibatkan diri secara aktif, suka memerhati, gemar menggunakan prinsip dan teori dan ada yang lebih mementingkan hakikat yang sebenar.Semua ini merupakan pemasaalah yang perlu dikenalpasti oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam kelas supaya ianya berjalan dengan lancar dan segala perancangan pengajaran dapat dilakukan dengan baik.

Menurut Azizi (2003) Seseorang pelajar mula membentuk gaya pembelajaran sejak awal kanak-kanak. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh seseorang pelajar, mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor-faktor tertentu. Dunn ( 1979 ) dalam menghuraikan pembelajaran sebagai satu strategi menyatakan bahawa kajian yang dilakukan

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH) semenjak abad yang lalu menunjukan bahawa strategi belajar seseorang adalah berbeza diantara satu sama lain tanpa mengira umur, status sosioekonomi atau IQ. Sesetengah sifat belajar juga turut berubah apabila kanak-kanak membesar dan semakin matang, manakala sesetengah sifat kanak-kanak itu kekal tidak berubah dan sifat-sifat yang tidak berubah inilah yang membawa kesan kepada pencapaian akademik kanak-kanak tersebut seperti yang dikatakan oleh Dunn.

11.1.1 MODEL GAYA PEMBELAJARAN VAK( Visual, Auditouri, Kinestetik) Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu gaya pembelajaran Visual , Auditori dan Kinestetik.

Gaya Pembelajaran Visual

1. Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat dalam buku , papan hitam atau paparan komputer. 2. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. 3. Murid Visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. 4. Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.

Gaya Pembelajaran Auditori 1. Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan.

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH) 2. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru. 3. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

Gaya Pembelajaran Kinestetik 1. Murid Kinestetik belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas. 2. Mereka biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara hands-on.

11.1.2 Matrik Gaya Pembelajaran VAKApabila anda Mengeja Visual Anda cuba melihat perkataan? Auditori Membunyikan perkataan atau menggunakan pendekatan fonetik? Anda suka mendengar tetapi tidak suka untuk bercakap? Guna perkataan seperti dengar dan fikirkan? Berfikir secara bunyi? Terganggu oleh bunyi atau bising? Terlupa muka tetapi ingat nama? Ingat apa yang telah Kinestetik/Tactile Tulis perkataan untuk memastikannya betul. Menggunakan pergerakan dan air muka. Suka perkataan rasa, sentuh dan pegang.

Bercakap

Membayangka n Memberi tumpuan Bertemu semula seseorang

Anda bercakap secara berpasangan tetapi tidak suka mendengar terlalu lama? Lebih suka mendengar perkataan lihat, gambarkan dan bayangkan? Adakah anda dapat melihat gambar dengan jelas dan terperinci? Adakah anda terganggu oleh pergerakan atau keadaan tidak teratur? Terlupa nama tetapi ingat mukanya? Ingat di mana bertemu?

Melihat beberapa gambar, semuanya bergerak? Terganggu oleh aktiviti di sekeliling? Ingat dengan baik apa yang telah dilakukan

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)bicarakan? Lebih suka telefon? bersama? Bercakap sambil atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti? Suka bermain sesuatu permainan atau membuat sesuatu menggunakan tangan? Melihat pergerakan badan?

Menghubungi sesorang atas sesuatu urusan Releks (relax)

Adakah anda suka secara terus, berhadapan atau pertemuan peribadi? Adalah anda lebih suka menonton TV, pertunjukan atau wayang?

Lebih suka mendengar radio, musik atau membaca?

Cuba menginterpreta sikan mood seseorang Membaca

Adakah anda memerhatikan air mukanya? Adakah anda suka situasi deskriptif? Berhenti untuk membayangkan sesuatu tindakan? Adakah anda suka melihat demonstrasi, rajah, slaid atau poster? Adakah melihat arah dan gambar?

Mendengar ton suara?

Gemarkan dialog dan perbualan atau mendengar watak yang bercakap? Lebih suka arahan verbal atau berbincang dengan seseorang? Suka bercakap dengan seseorang atau bercakap kuat semasa bekerja? Panggil mejabantuan, tanya jiran?

Membuat sesuatu yang baru Meletakkan sesuatu bersama-sama Memerlukan bantuan daripada aplikasi komputer Mengajar seseorang

Lebih suka cerita berbentuk aksi atau tidak betul-betul berminat membaca? Lebih suka terus mencuba?

Adakah anda memerlukan gambar atau rajah?

Mengabaikan arahan dan memikirkan semasa melaksanakannya? Terus mencuba atau mencuba di komputer lain.

Adakah anda suka menunjukkan sesuatu?

Lebih suka memberitahu?

Lakukan untuk mereka dan berikan mereka melihat bagaimana dibuat atau minta mereka melakukan?

Layari Internet Murid boleh membuat pembelajaran kendiri tentang air dengan

mengakses laman sesawang berikut : http://ga.water.usgs.gov/edu/mwater.html

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH) (a) (b) (c) (d) Pembelajaran Koperatif-Kaedah Jigsaw Tutor Rakan Sebaya Pengajaran Pelbagai Aras

Latihan

Dengan merujuk kepada Kurikulum Sains Sekolah Rendah, pilih satu aktiviti sains untuk murid-murid anda, buat pengubahsuaian supaya sesuai dengan kehendak murid dengan pelbagai gaya pembelajaran. .

Layari Internet

Layari internet dalam pengumpulan maklumat mengenai mengadaptasi sains ke atas kanak-kanak berbeza budaya

strategi

Rujukan Azizi Hj Yahya, National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, Puteri Pan-Pacific, Johore Bahru, 19-21 October 2003, Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik N.Sembilan (p12-37)

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH) Faterson, H.F., & Witkin, H.A. (1970). Longitudinal study of development of the body concept. Developmental Psychology 2(3), 429-438. Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur Sh.Alawiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd. Unknown Author , Learning style di akses daripada laman sesawang http://www.bcps.org/offices/lis/models/tips/styles.html,