topik 3 matlamat kurikulum sekolah rendah

14
TZ10103 UMS BAB 3 : MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH ____________________________________________________ HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat; 3.0 KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Hal ini diterjemahkan dalam matlamat kurikulum sekolah rendah yang memfokuskan pada memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. 1. Mengenal pasti matlamat kurikulum dan pengajaran sekolah rendah. 2. Membuat perkaitan di antara matlamat dan objektif kurikulum dan pengajaran sekolah rendah. 3. Menghubungkan matlamat dan prinsip-prinsip kurikulum dan pengajaran sekolah rendah. 4. Menyenaraikan ciri-ciri kurikulum dan pengajaran sekolah rendah. 5. Membuat perbandingan antara struktur kurikulum KBSR dan KSSR dalam mencapai matlamat kurikulum dan pengajaran sekolah rendah.

Upload: john-chong

Post on 03-Jul-2015

6.227 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

BAB 3 : MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

____________________________________________________

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

3.0 KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar

secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan

jasmani bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Hal ini

diterjemahkan dalam matlamat kurikulum sekolah rendah yang memfokuskan pada memastikan

perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini

meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insane yang seimbang,

harmonis dan berakhlak mulia.

1. Mengenal pasti matlamat kurikulum dan pengajaran sekolah rendah.

2. Membuat perkaitan di antara matlamat dan objektif kurikulum dan pengajaran

sekolah rendah.

3. Menghubungkan matlamat dan prinsip-prinsip kurikulum dan pengajaran

sekolah rendah.

4. Menyenaraikan ciri-ciri kurikulum dan pengajaran sekolah rendah.

5. Membuat perbandingan antara struktur kurikulum KBSR dan KSSR dalam

mencapai matlamat kurikulum dan pengajaran sekolah rendah.

Page 2: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

3.1 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Bagi membincangkan matlamat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),

kefahaman terhadap KBSR itu perlu difahami terlebih dahulu. Hal ini telah dibincangkan dalam

bab 2. Kurikulum disemak semula setiap 5 tahun bagi memastikan keperluan kandungan

kurikulum adalah selaras dengan perubahan semasa. Pengubahsuaian dalam sukatan KBSR

dilakuakan bagi memastikan kandungan yang dibincangkan adalah relevan dengan perubahan

dalam dunia pendidikan. Antara perubahan besar dalam KBSR ialah:

i. Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii. Penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian.

iii. Menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling asas kepada yang

paling kompleks mengikut topik.

iv. Mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran.

v. Mengintegrasi penyelesaian masalah dan arithmatik perniagaan ke dalam topik

berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat.

vi. Mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua, iaitu mata pelajaran

Sains dan Kajian Tempatan.

vii. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua mata

pelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6

Rendah mulai Januari 2003

viii. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains dan Matematik.

3.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

diperkenalkan pada tahun 2011. Dalam KSSR mata pelajaran yang diperkenalkan adalah lebih

sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut

menggabungkan beberapa mata pelajaran menjadi dalam satu bidang dan memperkenalkan satu

subjek baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR mula diperkenalkan dan

Page 3: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

diterapkan kepada murid tahun satu. Hal ini bersesuaian dengan keadaan murid yang baru

mengenali alam persekolahan di peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan di peringkat awal

membantu dan mempermudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut di tahun-

tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur dan kematangan mereka.

KSSR yang diperkenalkan ini tidak akan menggantikan KBSR tetapi sebaliknya bergerak

beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR, pengajaran

dan pembelajaran akan menggunakan modul bagi menggantikan buku teks. KSSR diharapkan

dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya

dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran

dalam KSSR akan menjadi lebih menarik dan interaktif. Hal ini disokong melalui penggunaan

dua bahasa tersebut. Pada masa yang sama, penguasaan kedua-dua bahasa tersebut dalam

kalangan guru-guru dapat ditingkatkan terutama yang melibatkan pengajaran mata pelajaran

Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Bagi peringkat permulaan perlaksanaan KSSR, sebanyak 500 buah sekolah digunakan

bagi tujuan uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah

akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji

rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul

iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah

(tahun 1 hingga 3) tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul)

serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,

kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Manakala tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga

6) tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan

sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian,

fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai

kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan

Page 4: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik

digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah

3.3 MATLAMAT KURIKULUM DAN PENGAJARAN

SEKOLAH RENDAH

Matlamat kurikulum pengajaran sekolah rendah dibentuk berlandaskan konsep pendidikan

umum, iaitu pendidikan yang seimbang dan berlandaskan prinsip-prinsip dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan sekolah rendah bertujuan untuk memastikan

perkembangan keseluruhan potensi individu secara seimbang dan bersepadu yang termasuk

aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal untuk menghasilkan individu yang seimbang dan

berharmoni dengan piawai moral yang tinggi.(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997). Hasil

daripada pembelajaran KBSR, akhirnya akan dapat mengembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan akan membenarkannya beroperasi dengan efisien dalam struktur sistem sosial

negara.

Manakala, matlamat dalam KSSR menjurus pada keperluan mata pelajaran tersebut. Sebagai

contoh sebahagian matlamat yang digariskan dalam KSSR Tahun 1 adalah:

1. Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

“Matlamat Kurikulum Standard TMK adalah untuk menyediakan penanda aras

pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan

murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari,

menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari

peringkat awal umur kanak-kanak yang akan kekal sepanjang hayat”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

Page 5: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

2. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani

“Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan

membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran dan

berpengetahuan melakukan aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan diri

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

3. Mata pelajaran Matematik

“Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik

adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran

asas dalam pengiraan memahami idea matematik yang mudah dan

berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara

berkesan dan bertanggung jawab dalam kehidupan seharian.”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

Penerokaan Lanjutan.

1. Cari matlamat yang digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Tahap 1.

2. Cari matlamat yang digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk semua mata pelajaran bagi Tahap 2.

3. Buat perbandingan matlamat yang digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi Tahap 1 dan Tahap 2.

FIKIR!

Page 6: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

3.4 OBJEKTIF KBSR

Berdasarkan matlamat yang digariskan, maka objektif KBSR adalah:

i. Supaya murid dapat menguasai kemahiran asas,iaitu membaca, menulis dan mengira

serta memperoleh ilmu pengetahuan yang cukup sesuai dengan peringkat umur dan

perkembangan diri mereka.

ii. Untuk membolehkan murid menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan untuk

diselaraskan dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Selain itu, secara terperincinya, objektif-objektif lain KBSR adalah seperti berikut:

i. Menguasai Bahasa Melayu

ii. Menguasai kemahiran asas bahasa

iii. Mengmbang dan meningkatkan kemampuan intelek termasuk pemikiran rasional,

kritis dan kreatif

iv. Menguasai kemahiran belajar dan berfikir

v. Menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

vi. Mengembangkan sifat kepimpinan dan keyakinan diri

vii. Menjadi peka terhadap manusia dan persekitaran

viii. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal

ix. Memahami dan menghargai budaya serta menyertai aktiviti riadah

x. Menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal

xi. Menguasai asas keusahawanan dan produktiviti

xii. Memperoleh kemahiran membaca, melafaz dan memahami makna ayat-ayat

dalam Al-Quran

xiii. Mengukuhkan asas akidah (kepercayaan pada Tuhan) dan amalan nilai murni

xiv. Menyemai semangat kenegaraan

xv. Mengembangkan bakat dan kreativiti

xvi. Mengembangkan sikap positif

Page 7: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

3.5 PRINSIP-PRINSIP KBSR

Dalam menyusun matlamat kurikulum KBSR, terdapar beberapa prinsip yang perlu diikuti bagi

membolehkan matlamat ini dapat dicapai. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah:

i. Murid di peringkat sekolah rendah lazimnya lebih mudah memperoleh ilmu dan

kemahiran melalui aktiviti pembelajaran di bilik darjah berbanding dengan

pengalaman hidup mereka. Justeru itu, semua aktiviti pembelajaran harus

dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mereka mengikut peringkat-peringkat

perkembangan aspek intelek, rohani dan fizikal.

ii. Suasana kondusif di sekolah adalah untuk menyediakan peluang dan

menggalakkan iteraksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan

murid.

iii. Aktiviti bilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis

dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai

kemahiran asas yang diperlukan.

iv. Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel.

v. Penekanan pada nilai (nilai merentas kurikulum).

vi. Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

vii. Penilaian perlu diintergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik

darjah.

Page 8: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

3.6 CIRI-CIRI UTAMA KBSR

Kurikulum sekolah rendah dibahagikan kepada 2 fasa iaitu:

i. Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3)

Di tahap 1, murid-murid diperkenalkan dengan kemahiran-kemahiran asas seperti membaca,

menulis dan mengira. Murid-murid diajar utk mendengar, menyebut dan mengenal pasti simbol-

simbol nombor serta abjad. Mereka menggunakan semua nombor dan abjad ini dalam tulisan

mereka. Murid-murid juga diajar pengiraan asas dan kemahiran matematik seperti campur, tolak,

darab dan bahagi.

ii. Tahap 2 (Tahun 4 hingga Tahun 6)

Di tahap 2, kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari di tahap 1 diperkukuhkan.

Penekanan dalam tahap 2 difokuskan pada penggunaan kemahiran untuk pemikiran dan

komunikasi khasnya dalam penaakulan logik dan memahami isu-isu sosial semasa.

Selain itu, fokus dalam KBSR juga menekankan pada pemindahan kemahiran yang telah

dipelajari ke mata pelajaran lain. Program KBSR juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar kecuali untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain yang diajar

dalam program KBSR adalah Marematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Kemahiran

Hidup, Muzik, Pendidikan Jasmani, Kajian Tempatan dan Ko-kurikulum. Murid-murid diberikan

peluang untuk mempelajari kemahiran bahasa dan kemahiran berkomunikasi dalam dalam

Bahasa Melayu. Semua kemahiran ini akan di nilai secara berterusan bagi memastikan matlamat

kurikulum sekolah rendah tercapai. Antara ciri-ciri kurikulum sekolah rendah ditunjukkan pada

rajah 3.1.

Page 9: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

Rajah 3.1 : Ciri-ciri Kurikulum Sekolah Rendah

3.7 STRUKTUR KBSR

Berdasarkan ciri-ciri utama KBSR, murid-murid mesti mencapai kemahiran dalam 3 bidang

asas:

(a) bidang komunikasi;

(b) bidang manusia dlm alam sekelilingnya;

(c) bidang perkembangan individu sesuai dgn keperluan, minat, bakat dan

kemampuan mental serta kesediaan murid-murid.

Oleh itu, dalam kurikulum ini, pengalaman murid-murid dikaitkan dengan unsur-unsur

Tuhan, persekitaran dan agama bagi membentuk individu-individu yang mempunyai

perkembangan seimbang. Hal ini selaras dengan ciri-ciri yang digariskan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Dalam perlaksanaan KBSR, penekanan diberikan terhadap aspek-aspek

seperti pada rajah 3.2.

Page 10: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

Rajah 3.2 : Penekanan dalam perlaksanaan KBSR

3.8 PENGUBAHSUAIAN SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH

RENDAH

Perubahan baru dalam KBSR telah dilaksanakan secara terhad pada tahun 1982 di 305 buah

sekolah rendah di Malaysia. Selepas 1988, program KBSR dikaji semula dan ditukar kepada

kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dgn satu objektif yang baru iaitu pengaplikasian

kemahiran-kemahiran asas dgn jujur dan betul dlm kehidupan seharian. Amalan Perdagangan

Page 11: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

diterapkan melalui tajuk wang, ukuran dan sukatan sementara Alam dan Manusia dibahagikan

kepada Sains dan Kajian Tempatan.

3.9 PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENGAJARAN

SEKOLAH RENDAH

Guru memainkan peranan penting bagi merealisaikan matlamat yang digariskan dalam

Kurikulum Pengajaran Sekolah Rendah. Antara peranan yang dimainkan oleh guru ditunjukkan

pada rajah 3.3 di bawah.

Rajah 3.3 : Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Pengajaran sekolah Rendah

Peranan guru yang paling penting dlm KBSR ialah sebagai seorang fasilitator dalam proses

Pengajaran dan Pembelajaran. Guru KBSR mesti memastikan yang dia dapat membuat

bimbingan pendidikan yang berkesan untuk murid-muridnya serta membentuk satu persekitaran

fizikal dan mental yang kondusif utk pembelajaran. Guru KBSR juga perlu mensimulasikan

aktiviti-aktiviti yang akan menyebabkan murid-murid memperolehi kemahiran berfikir. Guru

juga mesti mengajar murid-muridnya untuk mencari maklumat sendiri. Guru juga mesti

mengajar murid-muridnya cara-cara utk menyelesaikan masalah-masalah yg akan membantu

mereka untuk menghadapi dunia sebenarnya. Guru juga mesti membenarkan murid-murid untuk

Page 12: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

memahami persekitaran mereka. Oleh yang demikian, peranan guru KBSR sangat mencabar, di

mana beliau terpaksa:

a) mengajar kanak-kanak yang ramai pada nisbah 1 guru kepada 45 hingga 50

murid.

b) mempunyai kerja-kerja pentadbiran dan ko-kurikulum selain drpd tugasan

mengajar.

c) sentiasa berada d bawah tekanan ibu bapa utk menyediakan bukti tentang cara-cara

pengajaran dan penilaian yang betul.

3.10 PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

i. Mengubah suai

a. Berdasarkan keperluan (murid, persekitaran)

b. Sumber yang ada

c. Penggunaan ICT

ii. Melaksanakan

a. Melaksanakan dalam bilik darjah

iii. Penilaian

a. Untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi

b. Analisis keputusan

c. Mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

iv. Mentafsir

a. Memahami dan menghargai FPK dan matlamat pendidikan

b. Mentafsir sukatan

c. Memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan

keperluan

Page 13: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

v. Merancang

a. Rancangan semester/tahunan, RPH

b. Mengatur aktiviti-aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai

bagi memudahkan pembelajaran

c. Pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman

pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan

vi. Mengubah suai

a. Berdasarkan keperluan (murid, persekitaran)

b. Sumber yang ada

c. Penggunaan ICT

vii. Melaksanakan

a. Melaksanakan dalam bilik darjah

viii. Penilaian

a. Untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi

b. Analisis keputusan

c. Mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

3.11 RUMUSAN

Kurikulum ialah rancangan yang disediakan untuk satu proses pembelajaran. Semua rancangan

mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemah ke dalam

pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah satu proses di mana nilainya diterjemah dan

disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Guru-guru memainkan peranan penting dalam

pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasi

dan melaksanakan kurikulum.

Page 14: Topik 3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

TZ10103

UMS

Penerokaan Lanjutan.

1. Berdasarkan contoh-contoh yang spesifik, bincangkan bagaimanakah seorang guru dapat mengaplikasikan struktur kurikulum yang dibentuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Bagaimanakah peranan guru dapat membantu pencapaian matlamat yang telah digariskan dalam Kurikulum Pengajaran sekolah Rendah.

3. Buat perbandingan matlamat kurikulum dari pelbagai Negara dan bincangkan secara kritis fokus yang diberikan terhadap matlamat tersebut.

FIKIR!