topik 1 islam dan teknologi maklumat

24
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM KEHIDUPAN INSAN KHIRULNIZAM ABD RAHMAN 0129034614 (WHATSAPP/SMS) K [email protected] KERUL.NET

Upload: khirulnizam-abd-rahman

Post on 12-Jul-2015

1.727 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM KEHIDUPAN INSANKHIRULNIZAM ABD RAHMAN

0129034614 (WHATSAPP/SMS)

[email protected]

KERUL.NET

Page 2: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Sinopsis

Kursus ini membincangkan adab pengendalian maklumat, isu-isu yang berkaitan dengan teknologi komputer dan teknologi maklumat. Penggunaan komputer peribadi dengan memberi pendedahan kepada perkakasan dan perisian komputer. Membincangkan mengenai internet, telekomunikasi serta pencarian maklumat melalui web. Membentuk pelajar yang beradab dalam pengendalian dan pengurusan maklumat.

Page 3: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Objektif Kursus

1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas teknologi maklumat dan komputer serta aplikasi semasa penggunaannya.

2. Menanamkan adab terhadap pengendalian teknologi maklumat dan teknologi komputer mengikut syariat Islam yang sebenar dan menelusuri perkembangan teknologi maklumat dalam kehidupan Insan yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan pembangunan ekonomi, pendidikan dan pembentukan sahsiah ummah.

3. Merungkai isu-isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komputer di peringkat nasional dan di peringkat antarabangsa. Menjawab pemasalahan yang sering diperkatakan mengikut perspektif Islam dan bersesuaian dengan kedudukan teknologi maklumat dalam kehidupan Insan.

4. Menjelaskan bagaimana kehidupan Insan yang beradab dan berakhlak dapat menghadapi cabaran dalam proses globalisasi, industrialisasi dan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Page 4: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Tajuk-tajuk Kursus

1. Islam dalam Era ICT

2. Sejarah Perkembangan Ilmu Pengetahuan & Masyarakat

3. Masyarakat Malaysia & ICT

4. Teknologi Komputer: Hardware, Software & Heartware

5. Sistem Pengoperasi dan Perisian

6. Komunikasi dan Rangkaian Komputer

7. Pengurusan Pangkalan Data

8. Internet dan Masyarakat

9. Risiko Keselamatan Komputer dan Maklumat

10. Adab dan Isu-Isu Semasa Pengendalian Maklumat & Teknologi Maklumat

11. Peranan dan nilai maklumat dalam pembangunan sosial

Page 5: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Penilaian Kursus

Page 6: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Rujukan Utama

Mohd Fauzan Noordin, ICT & ISLAM, 2009

Gary B. Shelly, Misty E. Vermaat, Jeffrey J. (CON) Quasney, Susan L. (CON) Sebok, Steven M. (CON) Freund, Discovering Computers, Complete: Your Interactive Guide to the Digital World, Thomson Course Technology, 2013.

Page 7: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Topik 1

ISLAM DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI (ICT)

Page 8: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Apa itu Islam?

Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripadakekurangan kekurangan zahir dan batin.

Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. sepertiyang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Page 9: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Apa itu ICT ?

ICT - satu proses pengaliran, penyebaran pemprosesandan penyimpanan maklumat menggunakanperantaraan teknologi. Ia juga untuk memindah, menyebarkan dan memaparkan maklumat.

Page 10: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Aqidah Islam dalam ICT

Pencipta (Allah)

Penciptaan

Ciptaan

(Makhluk)

1. Setiap sesuatu ciptaan pasti adapencipta.

2. Setiap sesuatu yang diciptakanpasti ada matlamat dan tujuan.

3. Asas aqidah Islam adalah Allah sebagai pencipta segala sesuatu.

4. Tujuan Allah menciptakanmanusia adalah untukberibadah kepada Allah, sertamenjadi khalifah di atas mukabumi.

Page 11: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Tujuan dan matlamatsebenar ICT

ICT merupakan cabang daripada ilmu sains danteknologi.

Sains dan teknologi berkait rapat dengan aspek-aspekajaran Islam yang murni.

Sebagai agama ‘tauhid’, Islam tidak mengizinkan kitamemisahkan kehidupan manusia termasuk sains danteknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsipnya.

Page 12: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Tujuan dan matlamatsebenar ICT

Tujuan dan Matlamat ICT dalam Islam:

1. Menambah keimanan

2. Membuktikan kewujudan Allah swt

3. Membantu manusia beribadat

4. Menyerlahkan kebenaran

5. Memartabatkan minda dan akal fikiran

6. Supaya ilmu terarah kepada kebenaran

7. Bukti Al Quran firman Allah yang asli

8. Membentuk negara yang tidak didominasi

Page 13: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICTIsu & Cabaran:

Isu penyebaran maklumat palsu, gambar-gambar yang dipalsukan serta gambar-gambar yang tidak bermoral.

Mudah diperoleh oleh golongan remaja yang terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan dan pengawasan.

Kesan yang - peningkatan keterlibatan remaja denganseks luar nikah dan mengakibatkan kelahiran anak luarnikah. Mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi seperti menggugurkan kandungandan membuang bayi.

Page 14: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICT

Isu penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya.

Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubungdengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka

Kesan kepada remaja boleh dilihat dengan banyaknyalaporan-laporan yang didedahkan terhadap kes-keskehilangan remaja kesan daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal.

Page 15: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICT

Isu tersebar luasnya penipuan dalam bentuk kewangan melalui internet. Penipuan ini telah semakin merebak dan semakin ramai mangsanya.

Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak cara.

Antara contohnya;

Tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkansesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui pilihanrambang);

Kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalamjumlah yang besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang lebih keciljumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mestimembayar (melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itudapat dihantar dan dituntut.

Page 16: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat
Page 17: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Phishing

Page 18: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICTPenyelesaian:

Ajaran Islam - alam ini berimbang , dalam keadaan yang harmonis, dan manusia tidak mempunyai hak untukmencabulinya sesuka hati.

Dalam Islam, manusia adalah khalifah yang ditugaskanuntuk memakmurkan alam. Merangkumi semua aspekkehidupan manusia, sama ada yang berkaitan dengan hubungannya dengan Penciptanya, sesama manusia maupun dengan alam sekitarnya.

Di samping itu, keseimbangan yang disarankan olehIslam sejak dari dulu lagi adalah prinsip asas sains alam sekitar, yang mana termasuk di dalamnya sains Islam

Page 19: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICT

Penyelesaian(samb):

Sains Islam merupakan hubungan berbagai dimensiantara pelbagai makhluk dan benda, analisis danrumusan, kesatuan alam sekitar, sintesis dan kesimpulan.

Sains Islam adalah berasaskan sifat salingbergantungan dan berhubungan antara semua benda dan makhluk yang terdapat di alam ini.

Pendidikan yang dibawa hendaklah berkisar menyedarkan manusia kepada keperluan untuk mengekalkan peranan utamanya sebagai khalifah , serta mengekalkan harmoni dan keseimbangan alam.

Page 20: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICT

Penyelesaian(samb):

Islam menekankan konsep menjaga maslahah hidup manusia sepertiyang terkandung dalam Maqasid al-Syariah.

Maqasid al-Syariah menekankan kepada

pemeliharaan agama,

nyawa,

akal,

keturunan,

dan harta.

Asas penjagaan keselamatan diri sendiri dan orang lain juga telahdibicarakan dalam Islam apabila Rasulullah s.a.w menganjurkansupaya membuang duri daripada jalan (elimination of hazard) yang merupakan satu bentuk sedekah di samping bertujuan agar duri tersebut tidak mencederakan sesiapa.

Page 21: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Blok FBPage yg menghina Islam

Page 22: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat
Page 23: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat
Page 24: Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat

Penutup

ICT adalah dunia tanpa sempadan.

Dunia tanpa sempadan juga memerlukansempadan bagi memastikan kemaslahatandalam kehidupan dapat dipelihara.

Sempadan bagi dunia tanpa sempadanadalah ajaran Islam.