tokoh-tokoh dahulu dan kini negara malaysia

Upload: nurina-amirah-mahadzer

Post on 08-Jul-2015

1.627 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk negara Malaysia pada zaman dahulu dan sekarang.

TRANSCRIPT

TOKOH-TOKOH DAHULU DAN MODEN NEGARA MALAYSIA-1

Beta SMKDOB 2011 SEJARAH Nurina Amirah Nur Nazifa Nurul Satirah Nur Nasirah Nur Idayu Afieza Nur Kamelia Syasya

PENDAHULUANNegara Malaysia mempunyai ramai tokoh-tokoh yang telah banyak berkorban demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. Antara tokoh tersebut ialah Tun Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah memerdekakan negara Malaysia yang tercinta. Kita haruslah berbangga dengan kejayaan tokohtokoh negara kita kerana merekalah yang telah menjaga kemakmuran negara dan rakyat Malaysia.

TOKOH-TOKOH DAHULU TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 1903 - 1990

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Almarhum

Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda). Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar. 1916 - Penang Free School, Penang. 1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge. 1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya : 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor. 1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 - Rombongan Merdeka ke London. 1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama. 1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia. 1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963. 1970 - Bersara dari Politik. 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

TUN TAN CHENG LOCK 1883 - 1960

Dilahirkan pada 5 April 1883 di Hereen Street, Melaka.

Berasal daripada keluarga berada.Mendapat pendidikan di Malacca High School dan Raffles Institution, Singapura.

Menjadi guru di Raffles Institution selama enam tahun.Bekerja sebagai penolong pengurus di estet getah sepupunya sebelum membuka syarikat getah sendiri. Dilantik menjadi anggota tidak rasmi Majlis Perbandaran Melaka pada tahun 1912. Pada tahun 1923 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.

Dilantik sebagai Pengerusi Pusat Tenaga Rakyat.Sejak meletusnya Perang Dunia Pertama, beliau bergiat dalam Persatuan Rakyat British Keturunan Cina Selat. ( Straits Chinese British Association ) Pada tahun 1943 beliau menubuhkan Persatuan Orang Cina Seberang Laut India. Usaha Tun Tan Cheng Lock dan beberapa pemimpin Cina lain akhirnya melahirkan Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese Association-MCA) pada Februari 1949. Perjuangan Tun Tan Cheng Lock telah diteruskan oleh anaknya Tun Tan Siew Sin. Beliau meninggal dunia pada 16 Disember 1960.

TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN 1922 - 1976

Nama : Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein Lahir : 11 Mac 1922, di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Pendidikan : Sekolah Melayu Langgar, Pekan. Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK. 1940 - Raffles College Singapura - Pentadbiran 1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang. 1950 - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law.

Kerjaya : 1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang. 1955 - Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan bertanding pilihanraya pertama dan menang, Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak yang menentukan sistem Pelajaran Negara pada 16.05.1956. Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau naikkan taraf luar bandar. 1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani.14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London. Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

TOKOH-TOKOH MODEN DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD 1925 - KINI

Nama : Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.Lahir : 20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah. Pendidikan : Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar. Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran Perubatan MBS 1953.

Kerjaya : 1945 - Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO. 1954 - Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis. 1957 - Membuka klinik sendiri di Alor Setar. 1964 - Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar

Selatan.1973 - Dilantik Pengerusi FIMA. 1975 - Naib Presiden UMNO.

1976 - Timbalan Presiden UMNO, Timbalan PerdanaMenteri. 1981 - Perdana Menteri Malaysia Keempat