tokoh tempatan (moral)

12
Tokoh Tempatan 1.0 Pengenalan Setelah meneliti soalan tugasan untuk diselesaikan pada kali ini, kami secara sepakat telah bersetuju untuk membuat kajian tentang seorang tokoh tempatan yang belum dikenali umum namun tetap berjasa. Dalam perbincangan seterusnya kami telah berjaya menyenaraikan tiga kategori tokoh untuk kami pilih sebagai kajian kami. Kami telah kenalpasti seorang tokoh guru negeri Kedah tahun 2005, seorang guru pondok dan seorang guru silat. Setelah diperincikan lagi, kami telah sepakat untuk memilih guru silat sebagai tokoh pilihan kami dalam kajian ini. Kami merasakan tokoh seperti ini tidak begitu diendahkan oleh masyarakat sedangkan peranan mereka amat bermakna sekali. Tambahan pula tokoh-tokoh yang zahirnya nampak amat biasa ini, kalau tidak diselidiki betul-betul, mereka seolah-olah tiada keistimewaannya. Di kawasan kami ini tidak ada lagi guru silat yang kami ketahui melainkan tokoh yang kami pilih ini. Bermulalah langkah seterusnya kami untuk menemu bual tokoh yang dimaksudkan. Suatu petang kami bertiga telah ke tempat kediamannya, setelah bertanya alamat dan mendapatkan petua untuk ke sana daripada orang-orang kampung di situ. Malangnya tokoh tersebut tiada di rumah, tapi apa yang amat menambat hati kami untuk meneruskan juga kajian tersebut apabila kami ternampak ada galeri kecil di ruang depan rumahnya yang mempamerkan berbagai-bagai gambar kenangan disamping artikel-artikel akhbar dan dokumen- dokumen yang berkaitan dengan beliau. Kami meluangkan sedikit masa untuk melihat bahan-bahan yang dipamerkan di situ. Kami dicadangkan untuk datang pada waktu malam oleh anaknya kerana pada kebiasaannya tokoh tersebut berada di rumah pada waktu malam. Pada 09 Februari 2007, kami sekali lagi ke rumah tokoh tersebut, ternyata malam itu kami amat bertuah kerana telah disambut dan

Upload: piriya94

Post on 26-Dec-2015

75 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bhjbjbjb

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh Tempatan (MORAL)

Tokoh Tempatan

1.0 Pengenalan

Setelah meneliti soalan tugasan untuk diselesaikan pada kali ini, kami secara

sepakat telah bersetuju untuk membuat kajian tentang seorang tokoh tempatan

yang belum dikenali umum namun tetap berjasa. Dalam perbincangan

seterusnya kami telah berjaya menyenaraikan tiga kategori tokoh untuk kami

pilih sebagai kajian kami. Kami telah kenalpasti seorang tokoh guru negeri

Kedah tahun 2005, seorang guru pondok dan seorang guru silat.

Setelah diperincikan lagi, kami telah sepakat untuk memilih guru silat sebagai

tokoh pilihan kami dalam kajian ini. Kami merasakan tokoh seperti ini tidak

begitu diendahkan oleh masyarakat sedangkan peranan mereka amat

bermakna sekali. Tambahan pula tokoh-tokoh yang zahirnya nampak amat

biasa ini, kalau tidak diselidiki betul-betul, mereka seolah-olah tiada

keistimewaannya. Di kawasan kami ini tidak ada lagi guru silat yang kami

ketahui melainkan tokoh yang kami pilih ini.

Bermulalah langkah seterusnya kami untuk menemu bual tokoh yang

dimaksudkan. Suatu petang kami bertiga telah ke tempat kediamannya, setelah

bertanya alamat dan mendapatkan petua untuk ke sana daripada orang-orang

kampung di situ. Malangnya tokoh tersebut tiada di rumah, tapi apa yang amat

menambat hati kami untuk meneruskan juga kajian tersebut apabila kami

ternampak ada galeri kecil di ruang depan rumahnya yang mempamerkan

berbagai-bagai gambar kenangan disamping artikel-artikel akhbar dan

dokumen-dokumen yang berkaitan dengan beliau. Kami meluangkan sedikit

masa untuk melihat bahan-bahan yang dipamerkan di situ.

Kami dicadangkan untuk datang pada waktu malam oleh anaknya kerana pada

kebiasaannya tokoh tersebut berada di rumah pada waktu malam.

Pada 09 Februari 2007, kami sekali lagi ke rumah tokoh tersebut, ternyata

malam itu kami amat bertuah kerana telah disambut dan dipersetujui untuk

menemu bual dengan beliau, walaupun temuramah kami sering diganggu

dengan tetamu yang lain atau panggilan-panggilan telefon. Kami yakin tokoh ini

memang hebat.

Page 2: Tokoh Tempatan (MORAL)

2.0 Latar Belakang Tokoh

2.1 Zaman Kanak-Kanak

Tokoh masyarakat yang telah berjaya kami kesan ialah Tuan Haji Hussain b Din

seperti di dalam Mykad yang ditunjukkan kepada kami. Namun bagi masyarakat

setempat nama Haji Ismail Silat Gayong adalah lebih popular. Nama Ismail

diberikan oleh nenek beliau ketika beliau berusia lebih kurang 2 tahun,

kononnya ketika masih bayi Tuan Haji Hussain selalu menangis tanpa diketahui

sebabnya. Fahaman orang tua-tua ketika itu, bayi yang kerap menangis kerana

nama yang diberikan kepadanya adalah tidak sesuai dan perlu diberikan dengan

nama yang lain.

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail telah dilahirkan pada tahun 1938 di

Kampong Permatang Tinggi, Bertam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Tarikh lahir

yang tepat tidak diketahui kerana tiada dokumen bertulis seperti sijil kelahiran

sebagai bukti. Ayahandanya Din bin Hussin berasal dari kampung tersebut. Pada

tahun 1941 ketika berusia kira-kira 3 tahun beliau telah mengikut ayahanda dan

bondanya meninggalkan kampung tanah kelahirannya di Permatang Tinggi, lalu

berhijrah ke Kampung Limbong, Mukim Langgar, Alor Star, Kedah.

Ketika berusia 7 tahun, Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail, seperti kanak-

kanak yang lain telah melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Beliau

memasuki darjah satu di Sekolah Kebangsaan Langgar, Alor Star. Sekolah

tersebut masih wujud hingga kehari ini dengan wajah yang serba baru lagi

selesa. Beliau belajar di sekolah tersebut sehingga ke darjah empat sahaja.

Kemudiannya beliau telah berpindah dan balik semula ke kampung halamannya

yang asal di Permatang Tinggi dan tinggal bersama dengan datuk dan nenek

yang disayangi. Namun ibu dan bapa serta adik beradik yang lain terus menetap

di Kampung Limbong, Langgar. Beliau menyambung persekolahannya hingga ke

darjah 6 di sekolah yang berhampiran dengan rumah datuknya.

Seterusnya Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail telah melanjutkan pelajaran

peringkat menengah di Sekolah Agama Daeratul Ma’arif Al Wataniah (DMW),

Kepala Batas, Pulau Pinang. Selepas tiga tahun belajar di peringkat menengah di

situ, beliau telah kembali semula ke pangkuan ayahanda dan bondanya di

Kampung Limbong, Langgar kerana datuknya telah kembali ke rahmatullah. Di

sini ayahandanya telah menghantar Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail

meneruskan pengajiannya secara pondok, di Pondok Syeh Abdullah, Langgar.

Page 3: Tokoh Tempatan (MORAL)

2.2 Latar belakang Persilatan

Ketika usia mencecah remaja dan sudah mampu berdikari, dengan berat hati

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail telah menyampaikan hasrat hatinya

kepada kedua ayahanda dan bonda yang sangat dikasihi untuk membawa diri

mencari rezeki di tempat orang. Menurut Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji

Ismail, bondanya Hajah Habsah bt Hj Jaafar amat keberatan untuk melepaskan

anak jejakanya yang masih lembut ubun-ubun membawa diri berkelana,

memperjudikan nasib di tempat orang. Sebaliknya, ayahanda Tuan Haji Hussain

atau Tuan Haji Ismail langsung tidak menunjukkan rasa ragu terhadap hasrat

hati yang telah diluahkannya itu. Barangkali ayahandanya yakin dengan

bekalan ilmu agama yang telah ditimba oleh anaknya.

Suatu pagi yang penuh syahdu dalam tahun 1955, selepas bersalaman dan

berpeluk-pelukan dengan semua ahli keluarga terdekat, rakan sepermainan

serta jiran tetangga, Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail telah nekad untuk

ke Kota Singapura. Jauh di lubuk jiwa ketika itu ialah ingin memasuki

perkhidmatan Tentera British atau lebih dikenali British Army. Benarlah kata

cerdik pandai, kita hanya merancang, tapi Allah jua yang menentukan. Hati kecil

terguris dan menangis sendirian kerana pekerjaan yang diidamkan ditolak

permohonannya, dengan alasan Tanah Melayu sudah hampir mencapai

kemerdekaan. Walaupun tidak begitu jelas maksud kemerdekaan pada ketika

itu, namun hati kecil sedikit terubat apabila masyarakat setempat mula

membicarakan bahawa Inggeris akan menyerahkan Tanah Melayu kepada anak

bangsanya sendiri.

Di Kota Singapuralah tempat yang pada mulanya menghancur luluhkan

perasaannya, telah menjadi detik permulaan Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji

Ismail terlibat dalam dunia persilatan melayu. Oleh kerana tidak mendapat kerja

yang dipohon, maka tidak ada apa yang hendak dilakukan, sehinggalah pada

suatu hari beliau telah menjinakkan diri untuk belajar Seni Silat Gayong di Jalan

Kayu Seleta, Singapura sebagai memenuhi masa yang terluang.

Setelah berguru lebih kurang 2 tahun, ketika Tanah Melayu di ambang

kemerdekaan, Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail telah mengambil

keputusan untuk kembali semula kepangkuan keluarga di kampung.

Beberapa tahun kemudian, kira-kira pada tahun 1963, dengan berkat rezeki

yang Allah swt berikan, Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail, telah berjaya

Page 4: Tokoh Tempatan (MORAL)

menunaikan haji di Tanah Suci Mekah. Sekembalinya dari menunaikan fardu haji

yang menjadi rukun Islam yang kelima, Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail

kembali menetap Permatang Tinggi, Seberang Perai untuk menemani nenek

yang tinggal keseorangan. Di sini beliau telah menyambung belajar Seni Silat

Gayong dengan seorang guru silat yang hebat iaitu Tuan Guru Datuk Meor

Abdul Rahman b Daeng Mohd Hashim. Tuan Guru Datuk Meor Abdul Rahman b

Daeng Mohd Hashim juga adalah merupakan pengasas kepada Pertubuhan Seni

Silat Gayong Malaysia. Selepas 3 tahun berguru dengan Tuan Guru Datuk Meor

Abdul Rahman b Daeng Mohd Hashim beliau sekali lagi kembali ke kampung

halaman tempat beliau dibesarkan. Selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969,

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail telah mengorak langkah membuka

gelanggang untuk mengajarkan ilmu mempertahankan diri kepada anak-anak

remaja tempatan. Keazaman ini lahir kerana semasa peristiwa 13 Mei tersebut ,

beliau dapat merasakan bahawa anak bangsanya sangat lemah dalam

mempertahankan diri dan mereka perlu didedahkan dengan ilmu

mempertahankan diri. Bermula dari tarikh tersebut hinggalah ke hari ini, Tuan

Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail masih aktif meneruskan kewajipannya itu.

2.3 Selepas Berkahwin

Latar belakang Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail, banyak sekali yang

perlu dimuatkan di sini kerana hampir semuanya menarik. Tuan Haji Hussain

atau Tuan Haji Ismail, telah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali dan

dikurniakan seramai lapan orang cahaya mata. Perkahwinan yang pertama

beliau dengan Siti Aminah bt Yaacob seorang gadis dari Seberang Perai. Jodoh

mereka tidak panjang, selepas menimang seorang putera, isteri tercinta telah

menghembuskan nafasnya terakhir. Mendudalah Tuan Haji Hussain atau Tuan

Haji Ismail buat seketika.

Kemudian beliau bertemu pula jodohnya dengan Siti Zubaidah bt Hashim tetapi

jodoh mereka juga tidak panjang, kerana tiada persefahaman, mahligai yang

dibina tidak mampu bertahan. Mereka berpisah cerai selepas mendapat seorang

putera. Selang tidak berapa lama, buat kali yang ketiganya beliau dijodohkan

dengan gadis jelita Siti Fatimah bt Osman. Peristiwa lalu berulang lagi, Siti

Fatimah juga pergi buat selama-lamanya mengadap Ilahi selepas

memputerakan seorang zuriat buat ditinggalkan untuk mengubat kesunyian

suami tercinta.

Page 5: Tokoh Tempatan (MORAL)

Kata orang tua-tua jodoh Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail ringan. Beliau

dipertemukan jodoh dengan seorang gadis kampung yang sopan, Siti Aminah bt

Mahmud. Bersamanya Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail, hidup bahagia

melayari bahtera rumah tangga hingga ke hari ini dengan dikurniakan lima

orang cahaya mata.

Begitulah sedikit sebanyak latar belakang tokoh yang kami kagumi ini. Di

samping itu, tokoh yang kami tonjolkan ini memiliki beberapa keistimewaan

yang lain, yang tidak berkaitan dengan dunia persilatan.

3.0 Keistimewaan tokoh

Dari temubual, pemerhatian dan lawatan kami ke galeri kecil di rumahnya, Tuan

Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail, sebenarnya seorang tokoh masyarakat yang

memiliki beberapa keistimewaannya yang tersendiri.

3.1 Dalam Seni Silat Gayong

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail telah berguru secara langsung dengan

pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong iaitu Tuan Guru Datuk Meor Abdul

Rahman b Daeng Mohd Hashim.

Seterusnya Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail pula telah membuka

gelanggang dan mengajarkan seni silat gayong selama 38 tahun iaitu bermula

tahun 1969.

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail sedang menyumbangkan khidmatnya di

9 buah sekolah menengah dan 4 buah sekolah rendah di sekitar Alor Star, di

samping mengadakan perhimpunan mingguan di rumahnya pada setiap malam

Jumaat sejak tahun 1969 hingga ke hari ini tanpa ada minggu yang terkecuali.

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail tidak mengenakan sebarang yuran

bulanan kepada mereka yang datang belajar di rumahnya dan mengenakan

yuran sebanyak RM5.00 kepada setiap pelajar bagi sekolah-sekolah yang

diajarnya. Yuran itu pula diberikan kepada tenaga pengajar atau jurulatih yang

membantunya.

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail juga telah mengadakan Majlis Mandi

Minyak secara tahunan dengan menjemput bekas murid-muridnya, masyarakat

setempat dan orang kenamaan tempatan untuk sama-sama melakukan upacara

Page 6: Tokoh Tempatan (MORAL)

mandi minyak tersebut. Mandi minyak tersebut boleh menjadikan seseorang

yang sihat terus sihat dan yang berpenyakit sembuh daripada sakitnya dengan

izin Allah.

3.2 Sebagai Guru Quran

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail juga berkebolehan mengajar Al Quran.

Tanggungjawab ini dipikulnya serentak dengan tugas mengajarkan ilmu

persilatan. Beliau mengajarkan Al Quran kepada orang dewasa dari rumah ke

rumah pada zaman mudanya, di samping mengajarkan kanak-kanak sekolah di

rumahnya yang sebahagiannya telah dijadikan surau. Sejak kebelakangan ini

oleh kerana kekangan masa, beliau tidak lagi keluar mengajar Al Quran dari

rumah ke rumah.

`3.3 Sebagai bilal

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail telah menjadi bilal di Masjid Limbong

yang letaknya kira-kira 500 meter dari rumahnya sejak masjid tersebut dibina

kira-kira 15 tahun yang lalu. Sekarang usia beliau telah mencecah 69 tahun,

namun beliau tetap mampu melaungkan azan dengan baik.

3.4 Kesihatan yang baik

Menurut Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail, sehingga sekarang beliau

bebas daripada sebarang penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan rakan-rakan

yang seusia dengannya, seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah

jantung dan sebagainya. Sepanjang hayatnya beliau tidak pernah dimasukkan

ke wad hospital kecuali semasa terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih

mengkagumkan diusia emas sebegini, pada setiap malam Jumaat beliau akan

mula mengajarkan murid seniornya pada jam 11.00 atau 12.00 malam dan

berlarutan hingga jam 2.00 pagi. Namun kesihatan beliau masih lagi boleh

bertahan.

3.5 Tukang Urut

Dengan merendah diri beliau mengaku, bahawa beliau juga boleh

menjadi tukang urut apabila anak-anak buahnya tercedara seperti terseliuh atau

bengkak anggota tertentu ketika menjalani latihan. Di samping itu beliau juga

boleh mengubati masalah lemah tenaga kelakian. Beliau menafikan

Page 7: Tokoh Tempatan (MORAL)

kemampuannya untuk mengubati patah tulang, walaupun ada cerita yang

beliau mampu melakukannya.

3.6 Galeri dan Surau

Tokoh ini memang hebat dan istimewa apabila beliau telah menjadikan

sebahagian daripada rumahnya sebagai surau dan galeri yang mempamerkan

gambar-gambar,keratan-keratan akhbar serta dokumen-dokumen yang

diperolehi sepanjang penglibatan beliau dalam Pertubuhan Seni Silat Gayong.

3.7 Jemputan Persembahan dan Pertunjukkan

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail pernah dijemput untuk mengadakan

persembahan dan pertunjukkan di majlis-majlis perasmian yang dihadiri oleh

orang-orang kenamaan. Beliau pernah membuat persembahan atau

pertunjukkan di Stadium Bukit Jalil dan pernah berbuat demikian di Istana Anak

Bukit, Alor Star, Kedah atas jemputan pihak istana.

3.8 Kelab Vespa

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail juga menyertai Kelab Vespa Alor Star,

kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Beliau memiliki sebuah Vespa antik yang

berusia sekitar 20 tahun. Bagi Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail,

menunggang Vespa ke Sungai Petani, Butterworth dan sekali sekala ke Taiping

secara sendirian atau berkonvoi satu riadah yang mengasyikkan.

3.9 Jawatan Politik

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail, juga terlibat dalam politik dan pernah

menjawat beberapa jawatan dalam sebuah parti politik di peringkat Cawangan.

Sekarang beliau masih memegang jawatan Timbalan Pengerusi atau Timbalan

Yang DiPertua.

3.10 Meminati Bola Sepak

Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail juga amat meminati permainan bola

sepak. Minat tersebut telah menyebabkan beliau pernah menjadi Pengurus

Pasukan Putera Perdana Limbong suatu ketika dahulu, dan pasukan tersebut

pernah menjelajah hingga ke negeri Perlis.

4.0 Sumbangan Kepada Negara

4.1 Mengekalkan Warisan Bangsa

Page 8: Tokoh Tempatan (MORAL)

Dizaman globalisasi ini, semakin hari semakin banyak seni warisan bangsa

seperti silat, wayang kulit, makyong, dan seumpamanya lagi telah mula

dilupakan oleh masyarakat. Malah ramai generasi muda sekarang sudah tidak

mengenali lagi seni warisan kebanggaan datuk nenek mereka dahulu. Namun,

kita patut berbangga kerana masih ada lagi orang seperti Tuan Haji Hussain

atau Tuan Haji Ismail, yang sanggup meneruskan usaha dan mempertahankan

salah satu seni warisan bangsa kita supaya tidak pupus ditelan arus kemajuan

yang sedang menghambat dan menghimpit kehidupan kita. Aktiviti silat ini

adalah merupakan warisan pusaka bangsa melayu dan negara sejak ratusan

tahun yang lalu. Silat melayu secara umumnya merujuk kepada silat yang

terdapat dalam masyarakat melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

4.2 Seni Mempertahankan Diri

Seterusnya Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail, telah menyumbangkan

kepada masyarakat setempatnya seni silat gayong tersebut sebagai salah satu

seni mempertahankan diri yang amat sinonim dengan masyarakat Melayu suatu

ketika dahulu. Sekiranya langkah tersebut tidak dipikul oleh Tuan Haji Hussain

atau Tuan Haji Ismail, kami yakin masyarakat kita telah kehilangan sesuatu

yang berharga yang ditinggalkan sebagai pusaka bangsa. Seni silat gayong atau

seni silat Melayu untuk mempertahankan diri ini semakin diambil alih tempatnya

dengan ilmu mempertahankan diri yang lain, seperti tea kwando, judo, karate

dan sebagainya. Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail sedaya mampu ingin

mempertahankannya, dan yang merunsingkan kita juga hanya beliau sahaja

yang masih bertahan mengajarkan ilmu persilatan melayu di kawasan ini.

4.3 Mendidik Remaja

Sumbangan seperti mendidik anak-anak remaja menjadi insan yang berakhlak,

menghargai kesenian warisan, menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang

berfaedah telah berjaya diterapkan oleh Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji

Ismail, kepada ribuan anak-anak remaja semenjak 38 tahun yang lalu. Melalui

silat juga dapat dipupuk semangat jati diri di kalangan remaja. Mereka mesti

yakin dan berpendirian silat gayong merupakan lambang keperibadian bangsa

dan seni budaya melayu yang sudah sebati dalam jatuh bangun kerajaan

melayu sepanjang zaman

Page 9: Tokoh Tempatan (MORAL)

4.4 Mencegah Masalah Sosial Remaja

Para remaja yang melibatkan diri dengan seni silat gayong ini, secara

keseluruhannya tidak terlibat dengan masalah sosial yang hebat melanda

mereka. Ini memang ditekankan oleh Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail

kepada anak-anak muridnya. Dalam persilatan melayu banyak pantang larang

yang perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin mendalaminya. Melalui silat

secara tidak langsung telah mendisplinkan seseorang supaya tidak terlibat

dengan perkara-perkara yang tidak diingini, seperti maksiat, pergaduhan serta

masalah sosial yang lain.

4.5 Pembinaan Insan berdisplin

Semua jenis silat memang memfokuskan kepada disiplin individu yang tinggi.

Seseorang yang tidak berdisiplin tidak mungkin dapat mempelajari atau

mengikuti setiap ilmu yang disampaikan oleh para jurulatih atau guru mereka.

Ini bermakna peranan Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail, dalam

membentuk disiplin anak-anak muda di kawasan ini adalah amat berharga

sekali. Sekaligus anak-anak muda yang terlibat dengan dunia persilatan ini

sudah terbiasa dengan amalan yang berdisiplin dan ini membantu mereka untuk

mengekalkan disiplin diri dalam setiap masa dan ketika.

4.6 Kemantapan Rohani

Seni silat gayong sangat berkait rapat dengan agama islam, banyak sekali doa-

doa dan amalan yang diajarkan bersangkut paut dengan pegangan agama.

Sehinggakan semua yang dilarang oleh agama Islam juga adalah dilarang dalam

seni silat gayong. Secara tidak langsung semua murid beliau juga mendapat

ilmu agama untuk memantapkan aqidah dan kepercayaan serta mengamalkan

akhlak Islam yang menjadi tunjang dalam ilmu persilatan Melayu khasnya seni

silat gayong.

Dalam agama Islam kitab suci Al Quran adalah panduan hidup di dunia dan

akhirat. Sebelum memahami kandungan Al Quran, adalah menjadi kewajipan

bagi umat Islam untuk menguasai bacaan Al Quran dengan baik. Sebagai guru

Al Quran, sumbangan Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail adalah

merupakan satu sumbangan yang tinggi nilainya.

Page 10: Tokoh Tempatan (MORAL)

4.7 Riadah Bermanfaat

Selain daripada sebagai seni mempertahankan diri, seni silat gayong juga

merupakan salah satu cara untuk melakukan riadah atau senaman yang

berkesan. Ini dapat dibuktikan oleh Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji Ismail,

ketika usianya mencecah 69 tahun, beliau masih sihat dan bebas dari segala

penyakit.

5.0 Penutup

Tuan Haji Hussain bin Din atau yang lebih dikenali dengan Haji Ismail Silat

Gayong adalah antara ribuan tokoh masyarakat yang tidak pernah diberikan

pengiktirafan oleh mana-mana pihak terhadap jasa dan bakti mereka terhadap

agama, bangsa dan negara. Bagi orang seperti Tuan Haji Hussain atau Tuan Haji

Ismail, sumbangan mereka kepada masyarakat bukan untuk mendapatkan apa-

apa ganjaran, jauh sekali untuk mencari gelaran dan pengiktirafan. Keikhlasan

mereka untuk menyumbangkan jasa hanya semata-mata sebagai

tanggungjawab kepada masyarakat. Mudah-mudahan kita berharap akan lahir

dan kekallah tokoh-tokoh kecil

seperti ini yang akan menyumbang dan seterusnya mempertahankan warisan

bangsa daripada ditelan zaman. Semoga Allah memberkati usaha beliau dan

mendapat ganjaran pahala atas amal bakti beliau selama ini.

RUJUKAN

Temubual : Haji Hussain Din (09/02/2007). Guru Seni Silat Gayong.

Pemerhatian: Ruang Pameran (Galeri) (07/02/2007). No 57 Gelanggang Seni

Silat Gayong, Limbong.

Pendekar Muslim.(12/06/2006). Allahyarham Datuk Meor Abd Rahman. [Online].

http://www.geocities.com/gayong_utmkl/mahaguru/html. [12 Februari 2007]

Pendekar Muslim (26/11/2006). Silat Gayong. [Online].

http://www.wikipedia.org/wiki/silat_Gayong. [12 Februari 2007].

Seni Silat Gayong Malaysia Hulu Langat (tiada tarikh). [Online].

Page 11: Tokoh Tempatan (MORAL)

http://ulu_langat.idesa.net.my/budaya.html#gayong. [12 Februari 2007]