tokoh tempatan bab 7 form 2

20
1 SEJARAH NAMA:-AHMAD IKMAL BIN MAKHTAR NO. MAKTAB:-111163 KELAS:-2 FLORIDA

Upload: kamil-makhtar

Post on 21-Jul-2015

408 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SEJARAH

NAMA:-AHMAD IKMAL BIN MAKHTAR NO. MAKTAB:-111163 KELAS:-2 FLORIDA

1

ISI KANDUNGANBIL 1 2 3 4 5 PERKARA PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN LAPORAN KAJIAN PENUTUP RUJUKAN M/S 3 4

2

PENGHARGAAN

3

OBJEKTIF KAJIAN

4

LAPORAN KAJIAN

DOL SAID PAHLAWAN NANING LATAR BELAKANG: Daerah Naning terletak antara Rembau dan Melaka. Penghulu Naning ialah Dato Naning Abdul Said iaitu Dol Said. Pusat pentadbiran terletak di Taboh. Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi,buah-buahan,sirih danbijih timah. Tahun 1831,Dol Said telah bangkit menentang British.

FAKTOR PENENTANGAN: Mempertahankan kemerdekaan Naning Tahun 1824,British dan Belanda menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda. Dalam perjanjian itu,Melaka diserahkan kepada British. British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka. British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Melaka. Dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning. Menentang pelaksanaan undang-undang British British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah. Tahun 1828,Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning. Dol said diugut akan dilucut jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British. 5

Menentang bayaran cukai Melalui undang-undang 1830,British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian. Arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.

PERISTIWA PENENTANGAN: Pada 15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka. British menghantarkan seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya. British berjaya ditewaskan. Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar. Turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Shaaban. British sedar Naning sukar dikalahkan. British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning. Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning. British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning. Pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning. Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.

KESAN PENENTANGAN: British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka. British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling. walaupun orang Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa Melayu.

6

RENTAP WIRA SARAWAK:AGI IDUP,AGI NGELABAN LATAR BELAKANG: Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak. Dilahirkan tahun 1800. Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud penggoncang dunia. Rentap juga digelar Raja Darat. Merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.

FAKTOR PENENTANGAN: Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.\ James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap.

7

PERISTIWA PENENTANGAN: Pada tahun1853,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh. Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban. Pada tahun1854,James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu. Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar Raja Ulu. Pada tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh. Pada tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal. Kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah. Pada tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas. James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap. James Brooke menggunakan meriam Bujang Sadok untuk menentang Rentap. Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi Bujang Timbang untuk menentang pasukan Brooke. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia.

KESAN PENENTANGAN: Kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap.

8

SHARIF MASAHOR WIRA SARAWAK LATAR BELAKANG: Pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang. Berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang. Dilantik oleh Sultan Abdul Mumein dari Brunei. berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang.

FAKTOR PENENTANGAN: James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei. Kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor. Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya.

9

PERISTIWA PENENTANGAN: Pada tahun 1855 Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke. James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei. Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke. Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar James Brooke dari Sarawak. Pada tahun 1859 pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit. Peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak. Pada tahun 1860 Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke. Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di Betawi. Pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong. Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya terbunuh. Sharif Masahor berundur ke Mukah. Pada tahun 1861 James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura.

KESAN PENENTANGAN: Walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke tidak pernah berakhir. Pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar. Pada tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit.

10

DATO MAHARAJA LELA PEJUANG KEBANGGAAN PERAK LATAR BELAKANG: Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada tahun November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

FAKTOR PENENTANGAN: MENGAMBIL HAK MENGUTIP CUKAI Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor. Mencabar ketuanan Melayu kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak. Pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu. Memperkenalkan cukai baru Birch bertindak sesuka hati. Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin. Mencabuli adat resam Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya. 11

PERISTIWA PENENTANGAN: Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato Maharaja Lela dan pengikutnya Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya. Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak. Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai Perang Perak dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.

KESAN PENENTANGAN: Pada tahun 1877 Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor. British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

12

YAMTUAN ANTAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN SERI MENANTI LATAR BELAKANG: Nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin. Dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875. Wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol.

FAKTOR PENENTANGAN: Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British. Tindakan Dato Kelana mengeruhkan hubungan antara mereka berdua. Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato Kelana bertambah runcing apabila Dato Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya. Dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti. Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera dan juru ukur untuk membuat siasatan. Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah. Berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran. Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Pada Disember 1875 pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ. British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri-Negeri Selat. Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor.

13

KESAN PENENTANGAN: Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British. Pada Mei 1876 Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu William Jervois. Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti. tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato Siamang Gagap. rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan.

14

DATO BAHAMAN PAHLAWAN PAHANG LATAR BELAKANG: Nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh. Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara. Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

FAKTOR PENENTANGAN Hilang hak mengutip cukai Dato Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Dato Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh. Pembinaan balai polis Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman. Konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius. Dato bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya. Perlucutan gelaran Hugh Clifford menganggap Dato Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British memalukan Dato Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang. 15

PERISTIWA PENENTANGAN: Pada 16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang. Pada 26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi. Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura. Pada Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan. British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato Bahaman di Bentong. Pada Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di terengganu ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British. Pada 14 Jun 1894 Dato Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawansemula Jeram Ampai. Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

KESAN PENENTANGAN: Dato Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British. Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang. Kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 1894. British terpaksa menanggung hutang yang banyak. Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

16

MAT SALLEH MENYANGGAH SBUB LATAR BELAKANG: Nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu. Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau Sugut. Berketurunan Bajau dan Suluk. Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang. Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah.

FAKTOR PENENTANGAN: Perjuangan jihad Kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina. Peraturan yang membebankan SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat. Percubaan berunding gagal Pada Ogos 1895 Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort, C.V.Creagh. Tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan. Perkampunngan dibakar Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB. SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh. SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.

17

PERISTIWA PENENTANGAN: Pada Julai 1897 Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya. Pada November 1897 Mat Salleh menyerang Ambong. William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalu menawarkan perdamaian dan pengampunan kepadanya. Pada April 1898 rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal. Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan. penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula. Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan. Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB. SBUB tidak menepati janji sebaliknya tahun 1899 SBUB mengambil alih pentadbiran di Tambunan. Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan membina kubu di Kampung Teboh, Tambunan. SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran. Pada Januari 1900 SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh. Mat Salleh terkorban.

KESAN PENENTANGAN: Perjuangan diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Sator dan Kamunta. Pada Julai 1902 British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya.

18

PENUTUP

19

RUJUKAN http://smkserimutiara-sejarah.blogspot.com/2009/03/sejarah-tingkatan-2-bab-7.html Buku rujukan Poket Memori `A PMR SEJARAH.

20