tokoh pelajar 2014

7
Tarian gamelan lagu senandung, Warisan bangsa penuh keramat; Sembilan bulan sarat mengandung, Tetap ceria sedia berkhidmat. Anak ikan di dalam balang, Tidak banyak berenang sendiri; Sakit melahirkan bukan kepalang, Melihat anak wajah berseri. Dengan keberkatan penghulu bulan iaitu bulan Muharram, maka selamatlah dilahirkan seorang puteri yang comel secantik namanya iaitu Munirah Thaqifah bt Samsudin Beliau dilahirkan pada 24 Mac 2002 bersamaan 5 Muharram di sebuah hospital yang terletak di daerah Kluang. Hasil perkongsian hidup antara pasangan Tuan Haji Samsudin bin Samudi dan Ustazah Mariyalin bt Md Ayob . Beliau telah dibesarkan di Kampung Seri Tambak Kluang. Oleh kerana beliau anak ke-3 daripada 5 orang

Upload: rokoksalem

Post on 08-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

fhfh

TRANSCRIPT

Page 1: TOKOH PELAJAR 2014

Tarian gamelan lagu senandung,Warisan bangsa penuh keramat;

Sembilan bulan sarat mengandung,Tetap ceria sedia berkhidmat.

Anak ikan di dalam balang, Tidak banyak berenang sendiri;

Sakit melahirkan bukan kepalang, Melihat anak wajah berseri.

Dengan keberkatan penghulu bulan iaitu bulan Muharram,

maka selamatlah dilahirkan seorang puteri yang comel

secantik namanya iaitu Munirah Thaqifah bt Samsudin

Beliau dilahirkan pada 24 Mac 2002 bersamaan 5

Muharram di sebuah hospital yang terletak di daerah

Kluang. Hasil perkongsian hidup antara pasangan Tuan Haji

Samsudin bin Samudi dan Ustazah Mariyalin bt Md Ayob .

Beliau telah dibesarkan di Kampung Seri Tambak Kluang.

Oleh kerana beliau anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik,

maka kedua-dua orang tuanya telah memberikan kasih

sayang sepenuhnya dan dibelai bagai menatang minyak

yang penuh. Ketika ayahandanya sibuk mencari rezeki

sebagai pendidik di sekolah agama kerajaan Johor

manakala , bondanya juga seorang pendidik di sebuah

sekolah agama kerajaan Johor telah menggunakan peluang

untuk mendidik anaknya dengan penuh rasa

Page 2: TOKOH PELAJAR 2014

tanggungjawab.Diberinya didikan agama dan duniawi sebaik

mungkin untuk bekalan hidup pada masa hadapan. Dari

kecil ditimang-timang, bila besar dipimpin dan belajar

memimpin .Pabila mencecah umur 6 tahun , maka

bermulalah beliau berjinak-jinak dengan alam persekolahan.

Pendidikan awal beliau bermula di Kelas Tadika Agama

Johor (TAJ) di Sekolah Agama Kampung Tengah.

Seterusnya beliau meneruskan persekolahan di Sekolah

Tadika Perpaduan Kampung Gajah pada tahun 2008.

Kemudian beliau meneruskan alam persekolahan di Sekolah

Kebangsaan Kampung Tengah dari tahun 1 hingga tahun 6.

Kebolehan dan keterampilan beliau dalam aspek akademik

sememangnya telah mula terserlah sejak di peringkat awal

lagi. Setiap kali peperiksaan dan ujian dijalankan , beliau

sentiasa mendapat tempat yang terbaik di dalam kelas.

Hanya nombor satu , dua dan tiga sahaja yang menjadi

idaman dan dan tersemat di hati dan sentiasa menjadi

realiti.

Tenang-tenang air di laut ,Sampan kolek mudik ke Tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut ,Budi yang baik sentiasa dijunjung.

Page 3: TOKOH PELAJAR 2014

Budi pekerti yang mulia beliau telah melonjakkan

namanya di bibir-bibir pelajar sekolah ini dan menjadi contoh

teladan kepada rakan-rakan di sekolah ini. Ibu bapa beliau

telah memainkan peranan yang sangat besar dalam

membentuk sahsiah anaknya. Tambahan pula bapanya kini

bertugas sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Johor. Sikap

kebertanggungjawaban yang disemai itu telah terserlah

apabila di sekolah beliau merupakan murid yang sentiasa

menunjukkan sifat-sifat kepimpinan dan cemerlang dalam

akademik. Daya kepimpinan beliau diperakui apabila dilantik

sebagai Pengerusi Pergerakan Puteri Islam dan Pengerusi

kelab bola baling, Naib Pengerusi kelab J-robik ,Bendahari

kelas, pengawas dan Penolong Ketua Murid sekolah ini.

Beliau memiliki keperibadian yang baik, keyakinan diri

yang tinggi serta tekun dan tegas dalam melaksanakan

amanah dan tanggungjawab yang diberi. Meletakkan cita-

cita beliau sebagai seorang saintis dan mantan perdana

menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi pendorong

dan Idola untuk beliau mencapai kecemerlangan dalam

semua aspek.

Page 4: TOKOH PELAJAR 2014

Berpegang kepada falsafah hidup “Be The Best Among The

Best” telah jelas terbukti. Sejak di tahun satu lagi sehingga

kini kedudukan prestasi beliau sentiasa berada pada tahap

yang cemerlang. Beliau sentiasa mengekalkan kedudukan di

tangga teratas dalam aliran tahun enam. Beliau sering

terpilih menyertai kem-kem motivasi yang diadakan di

peringkat sekolah, daerah dan negeri dalam rangka

persediaan menghadapi peperiksaan UPSR 2014.

Dalam bidang kokurikulum, beliau merupakan

seorang yang aktif dan berbakat. Keyakinan yang tinggi

telah meletakkan beliau sebagai seorang murid yang sering

dipilih untuk mewakili sekolah dalam pelbagai program dan

pertandingan di peringkat zon, dan daerah. Banyak

kejayaan yang berjaya diraih sama ada dalam aktiviti

koakademik mahupun sukan. Antaranya menyertai,

Pertandingan Saintis Muda , pertandingan pidato peringkat

zon,. Majlis Tilwah Alquran (MTQ) ,Pertandingan Story

Telling peringkat daerah , Kalam Jamaie dan banyak lagi.

Keseimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani telah

berjaya membentuk diri beliau untuk menjadi murid yang

cemerlang.

Page 5: TOKOH PELAJAR 2014

Beradasarkan potensi dan kecemerlangan yang

ditunjukkan maka dengan ini pihak sekolah

menganugerahkan Anugerah Tokoh Murid 2014 kepada adik

Munirah Thaqifah bt Samsudin..

.